Tuesday, February 24, 2009






salam,,,,

MESIR,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

rasenya nak dekat 3 thn aku tak balik malaysia,,macam2 bende yang terjadi dalam hidup aku ni selama tiga tahun,,byk dugaan yg datang bergolek-golek yg bisa membuatkan aku lebih tabah mengharungi hidup di bumi anbia' ni,,,,,,mungkin semua dugaan itu membuat kite lebih tahu kuasa ALLAH itu sebenarnya,,klu dugaan tidak datang mungkin kite masih terawang-awang dengan dunia yang tak menjanjikan kebahagian diakhirat kelak,,,,

aku kesunyian tatkala hati ini mengenangkan keluarga di malaysia,,hati ini sangat rindu pada nya,,tak tertahan sebak dihati,,,air mata ku deras mengalir bila menyingkap kisah ku sebelum kehadiran di bumi mesir ini,,,pernah diri ini membuatkan ibuku sedih diatas keterlanjuran bile berkata,,aku kurang ajar dengan nya,,,sebak hati ini untuk ku ingat kembali bile melihat ibu ku mengalirkan airmata yang tidak patut ku ucapkan..ibu maafkan aku,,,tidak terniat dihati ini untuk ku melukakan hati mu,,ampun kan dosa ku ibu,,,abah aku juga mahu minta maaf kepada mu tiap kali kau menyuruh ku melakukan sesuatu aku ingkar,,,,aku menolak permintaan mu,,,maafkan aku abah,,,aku betul2 insaf danmenyesali perbuatan ku ketika itu,,,maafkan aku,,,,akak,abang,adik maafkan aku di atas kesilapan ku,,diatas kesombongan ku terhadap kalian,,,aku menyesali,,,maafkan aku,,,musibah yg aku timpa disini atas perbuatan ku dahulu,,,,aku akur dengan kehendakNYA,,,,,aku redha,,,,,

Pernah ku teringat bila mane aku mahu berangkat ke mesir,,,tak sanggup hati ini untuk melepaskan tangan kedua ibu bapaku,,,hati ini menahan sebak,,,tak akan aku menangis dihadapan mereka walaupun kepergian aku ini ditangisi,,,aku tahan,,,,aku sebak,,,aku takut,,,aku tidak mahu berpisah dengan mereka,,,tapi aku akur kepergian aku ini hanyalah semata-mata menuntut ilmu,,,aku lalui nya juga,,,,aku redha,,,,,

Pertama kali aku menjejakkan di bumi yang asing ini,,,,hati ini masih terhadap mereka,,,rinduku hanya pada mereka,,,aku tidak sedar sekarang ini aku berada di mesir,,,aku rindu pada mu,,,,tiap kali aku melihat potret indah keluarga ku,,aku menangis,,aku sebak,,,aku tidak dapat tertahan lagi untuk menyembunyikan tangisan aku ini,,,berderai juga manik-manik yang ku simpan namun berderai jua,,,,aku redha dengan ketentuan MU,,,,

Hari raya tidak lama lagi,,,teringat keluarga di kampung,,,mesti mereka sedih ketiadaan ku disana,,,inilah kali pertama aku tidak beraya dengan mereka,,,,aku tetapkan hati ini,,aku sabar,,,permergianku ini bukan untuk bersuka-suka tapi menuntut ilmu ALLAH...aku dapat sms dari keluarga yang menyatakan datuk ku sudah kembali kerahmatullah,,,hati ini sedih,,,air mata ini mengalir lagi,,,atuk maaf kan wan,,,,wan banyak wat salah dekat atuk,,,wan tidak sempat minta maaf dengan atuk,,,maafkan wan ye,,,,wan doakan atuk ditempatkan bersama para solihin,,,Al-fatihah,,,,,aku redha,,,,,

Hari raya makin hampir,,,ramai kawan2 ku kembali ke malaysia untuk beraya disana,,,aku disini untuk tahun yg kedua,,sedih mmg sedih,,,namun aku redha,,,mungkin ade hikmah kenapa ALLAH telah tetapkan aku berada disini,,,aku menerima sms lagi dari keluarga,,,"wan abg lang dah tiada,,sudah pergi untuk selama-lama nya",,,air mata ini berderai lagi,,,,aku tidak mampu untuk menerima buat kali yang kedua,,,air mata ini berjujuran tiap kali selepas solat,,,lang wan minta maaf ye,,,,wan tak dapat nak balik untuk mandikan abg,wan tak dapat balik untuk solat kan abg,,wan minta maaf tak dapat kucup dahi abg buat kali yang terakhir,wan minta maaf tak dapat nak mengiringi abg ke perkuburan,,,,maaf kan wan,,wan minta maaf banyak2 diatas kesilapan wan dahulu,,,wan selalu kurang ajar dengan abg,,maaf kan wan ye,,,wan doakan abg ditempatkan ditempat para solihin,,,wan harap abg dapat jumpa atuk disana,,,,aku tabah kan hati ini,,,aku redha,,,,

Hari raya sudah hampir tiba,,,,aku takut,,,aku bimbang akan ade lagi sms yang membuatkan hati ini sedih,yang menbuatkan airmata ini berjujuran lagi,,aku mengucapkan syukur padaMU ya ALLAH,,,aku gembira diatas rahmat MU,,,sedih hati ini bila raya tiada disamping keluarga,,tapi aku gembira bile dapat menelefon mereka,,,,,bertanya khabar,,,bertukar-tukar cerita,,,dan bermacam-macam lagilah,,,kegembiraan ini terpancar bila ibuku menyambut panggila ku,,,,,seronok nya hanya ALLAH sahaja yg tahu,,,namun telah ku tetapkan dihati ini,,walau ape jua yang berlaku,,,tetapkan ALLAH dihati ini,,,redha dengan percaturanNYA,,,

2009,,,periksa tidak lama lagi,,,walaupun aku tidak mempunyai peperiksaan tahun ini,,,aku tetap membaca buku untuk periksa fasa dua nanti,,,serta menolong kawan2 ku yang akan periksa tahun ni,,,,hati ini kembali sedih bila mana abg ku memberitahu kesihatan abahku tidak stabil,,,abah ku sakit,,,aku menelefon ibuku bertanyakan khabar ayahku,,,mmg betul ayah ku sakit,,ibuku menenangkan ku,,,sabar diatas ape yg berlaku,,,doakan moga ALLAH menyembuh kesihatan abah ku ini,,,,sudah lama ayah ku sakit,,tapi ibuku tidak mahu untuk memberitahu kepada ku,,,dia mahu aku belajar dengan tenang,,,,setiap minggu aku menelefon ibuku bertanyakan khabar ayah ku,,,namun ibuku menyatakan yang ayah ku sudah kembali sihat,,aku tahu die mahu menyedapkan hati ini,,,,,tekad dihati ini untuk kembali ke malaysia,,,bukan untuk bercuti tapi untuk berbakti kepada org tuaku dan juga keluarga ku,,,,aku takut aku tidak sempat untuk melakukan kebaikan kepada mereka,,,,,YA ALLAH PADA MU SAHAJA AKU BERSERAH,,,,SEANDAINYA ENGKAU MAHU MENGUJI KU LAGI,,AKU REDHA,,,,,

nukilan: MAS
tarikh: 24/02/2009
masa: 11.21pm

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat