Monday, February 9, 2009





Tanda-tanda dan Penyakit

MATA - Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG - Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
SelsemaProses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
· Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu
· Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
· Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin
· Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
· Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk
· Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
· Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
· Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.



KERONGKONG


Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.Bibir pucat
· Sistem penghadaman yang lemah.
· Perut mengandungi angin.
· Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.



Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.
MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.






INI SEBAHAGIAN DARI PENYAKIT TUBUH BADAN,,,N MORE AFTER THIS,,,WAIT,,,,,,


0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat