Thursday, March 19, 2009

Pembunuhan Laila, tamparan hebat kepada proses perdamaian di selatan Thai

19/03/2009 4:12pm

BANGKOK 19 Mac — Dakwaan pembunuhan kejam tokoh aktivis hak asasi wanita Islam Laila Paaitae Daoh oleh puak pemberontak merupakan tamparan hebat dalam usaha menamatkan keganasan di wilayah selatan Thailand, kerana lebih ramai kumpulan hak asasi menjadi sasaran puak pemberontak dan pasukan keselamatan di negara itu.

Menurut Pengarah Human Rights Watch (HRW) Asia, Brad Adams, pembunuhan Laila pada 12 Mac lepas merupakan kehilangan besar kepada mereka yang cuba mencari penyelesaian secara aman kepada konflik di selatan negara itu yang telah mengorbankan lebih 3,500 orang sejak lima tahun lepas.

“Pembunuhan kejam Laila merupakan sebahagian daripada usaha pemberontak menimbulkan ketakutan dan menyerang orang Islam yang menentang puak pemberontak atau menyokong pihak berkuasa Thailand,” katanya di sini hari ini.

Laila dan keluarganya telah lama menerima ancaman dan menjadi sasaran serangan puak pemberontak. Puak pemberontak didakwa membunuh anak lelaki sulungnya pada 2004 dan suami dan anak lelaki keduanya pada 2006.

Menurut HRW, puak pemberontak di kawasan zon merah yang diisytiharkan oleh kerajaan di wilayah sempadan selatan negara itu menggunakan kekerasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk cuba mengawal penduduk Islam. — Bernama

p/s: dimana maruah islam,,,hanya kalian yg tahu jawapan nya,,

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat