Saturday, April 25, 2009

tidur,,


Tidur adalah normal, sesuatu yang biasa. Ia adalah satu tempoh untuk individu merehatkan dan memulihkan badan dan mindanya. Lebih kurang 10% hingga 20% populasi mengalami insomnia. Kebanyakan orang dewasa memerlukan 6 hingga 7 jam tidur setiap malam. Keperluan ini berbeza daripada individu kepada individu lain. Ada individu yang mampu berfungsi dengan baik hanya dengan 4 jam tidur. kanak-kanak memerlukan masa tidur yang lebih daripada orang tua.


APA BERLAKU JIKA TIDAK TIDUR?


Ingatlah bahawa belum ada orang yang mati kerana kurang tidur. Tidak dapat tidur malam sekali sekala tidak akan menjejaskan sangat kesihatan fizikal atau mental. Pekerja-pekerja waktu malam akan mengalami gangguan tidur semalam-dua selepas bertukar masa kerja. Pengembara jarak jauh yang menyeberangi kawasan masa akan mengalami "jet lag" iaitu terbangun ditengah malam atau merasa mengantuk diwaktu siang. Jika individu tidak tidur beberapa malam, beliau akan merasa sukar untuk membuat keputusan dan perasaan ('mood') akan terjejas. Perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada individu yang mengendalikan mesin-mesin berat atau memandu.Kekurangan tidur kerana masalah-masalah kecil boleh diatasi tanpa berjumpa doktor - Amalkanlah cara tidur yang sihat.


AMALAN TIDUR YANG SIHAT


Jika anda bermasalah untuk tidur, disini ada beberapa panduan yang boleh menolong anda tidur dengan baik :
Cuba biasakan diri masuk tidur pada masa yang sama dan bangun pada masa yang sama.
Pastikan tempat tidur dan biliknya selesa - tidak terlalu panas dan tidak terlalu bising.
Sebelum tidur lakukan senaman ringan tanpa membebankan badan anda.
Cuba relaks sebelum tidur misalnya membaca atau mendengar musik ringan.
Jika ada sesuatu yang tidak boleh diselesaikan, cuba tuliskannya sebelum masuk tidur dan beritahu diri anda ia akan diselesaikan pada esok harinya.
Jika tidak dapat tidur, jangan berbaring dan risau tentangnya. Bangun dan buat sesuatu yang boleh memberi ketenang seperti membaca, menonton TV atau mendengar muzik.
Jika anda tidak dapat tidur semalaman, jangan cuba tidur pada keesokkan harinya - ia akan menyukarkan anda tidur pada malam berikutnya. Jika anda terlalu letih masuklah tidur lebih awal pada malam berikutnya.


Perkara-perkara berikut yang perlu dihindari :


Minum teh, kopi dan minuman ber 'cola'. Susu suam boleh membantu.
Minum alkohol dengan banyaknya, membuatkan anda rasa hendak tidur tetapi ia kemudian akan pasti membuatkan anda berjaga sepanjang malam.
Makan atau minum banyak ke larut malam.
Selalu guna pil tidur - ia digunakan untuk sementara waktu sahaja dibawah arahan doktor.


p/s: sape yg tak leh tdo aku refer korang pegila mesir,,best giler,,nikmat yg tak hingga,,hehehe

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat