Sunday, November 29, 2009

Dalil didalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:-
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya
dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuknya
yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”

Ulama berkata, ayat ini berkenaan dengan takbir raya fitrah (puasa) manakala takbir raya korban diqiaskan hukumnya dengan takbir raya fitrah.

Dalil yang kedua pula ialah di dalam surah Al-Baqarah ayat 203 yang bermaksud:

“Dan ingatlah (sebutlah) akan Allah pada hari hari tertentu ….”
Ibn Abbas r.a berkata: yang dimaksudkan dengan hari hari yang tertentu adalah hari hari tasyrik.


TAKB
IR MURSAL DAN TAKBIR MUQAIYAD

Takbir Mursal

Dilakukan pada hari raya fitrah (puasa). Takbir mursal ialah takbir yang tiada mengiringi solat. Maksudnya takbir yang boleh dilakukan pada bila bila masa dan mana mana tempat seperti yang disebutkan diatas, sama ada sesudah solat atau diluar solat. Takbir mursal ini bermula setelah tengelamnya matahri pada ,malam hati raya fitrah dan berakhir apabila imam bertakbiratul Ikhram ketika solat sunat Aidilfitri (raya fitrah)


Takbir Muqaiyad

Maksud muqaiyad ialah mengiringi atau mengikat. Dinamakan demikian kerana ia mengiringi atau mengikat dengan solat. Oleh yang demikian, takbir muqaiyad ini hanya boleh dilakukan setelah selesai solat sahaja sama ada solat fardu ataupun sunat.

Ia bermula pada Subuh hari Arafah (10 Zulhijjah) sehingga selepas Asar 13 Zulhijjah. Apabila masuknya waktu hari Arafah maka disunatkan bertakbir sesudah solat subuh. Setelah masuknya waktu Maghrib, takbir muqaiyad tadi telah berubah sifat kepada takbir mursal. Sifat mursal ini akan kekal sehinggalah imam bertakbiratul ihram di dalam solat sunat Aidiladha. Ini bermakna, apabila masuknya waktu Maghrib, maka dibolehkan bertakbir pada bila bila masa dan mana mana tempat.
Akan tetapi, sesudah solat sunat Aidiladha, ia berubah semula sifatnya kepada takbir muqaiyad sehinggalah waktu asar 13 Zulhijjah.

Bagaimanapun, apa yang dibuat oleh umat Islam di Malaysia seperti mula bertakbir Aidiladha pada waktu maghrib tidaklah menjadi suatu kesalahan. Cuma yang sebetulnya, ia bermula pada waktu subuh lagi. Mungkin kita tidak tahu tapi janganlah menentang kepada orang yang hendak melakukan perubahan atau perkara yang lebih betul disebabkan kita tidak pernah melihat orang lain buat. Rujuklah kitab kitab fikah andai kita tidak tahu.


Para pembaca bolehlah merujuk kitab:

1. Al-Fiqul Manhajji jilid 1 karangan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji.
2. Atau terjemananya Kitab Fikah Mazhab Syafie penulis yang sama.
3. Al-Mu’in Al-Mubin jilid 1 karangan Ustaz ‘Abdul Hamid bin Hakim.
4. Mana mana kitab fiqh yang masyhur

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat