Sunday, September 27, 2009


salam,,,


dah puas beraya kembali pula ke alam kerja,,,,kepada student pula kembali kealam persekolahan n university,,,mamang first day selepas beraya macam rase tak best je sebb dah lama bercuti,,betul tak? klu aku mmg betul pun,,apa2 pun jgn malas2 dalam melaksanakan tugas masing2 kerana itu amanah dari ALLAH untuk kita laksanakan,,setiap pekerjaan tu ibadah,,setiap ibadah tu mesti dilaksanakan dengan dengan penuh keikhlasan,,,bila kerja dgn penuh ikhlasan insyaalah apa yg kita laku kan sentiasa senang,,,INSYAALAH!!!



P/S: yg kat mesir tu tunggu la aku balik tak lama lagi,,,open house umh aku time raya haji,,,


Wednesday, September 16, 2009


salam,,,,

dh nak abis ramadhan kan,,,korg sedih tak? mungkin bg mereka yg merasakan ibadah mereka tekun dlm bulan ni insyaalah mereka akan rase sedih,,tapi yg tak merasakan itu kembali kepada pengamalan kita dlm apa yg kita lakukan dalam ibadah puasa thn ni,,,mungkin kita ada ruang lagi untuk ditebus dlm beberapa hari lagi,,,nak tak nak hanya bergantung pada diri kita untuk berubah,,,,,pintu taubat ALLAH itu luas,,,,,jgn jadi kan ia sempit disebabkan ketamakkan kita dalam mengejar kehidupan duniawi,,,,,peringatan ini untuk kita bersama,,terutama pada diri aku yg serba kekurangan dan kerdil disisi ALLAH....


dikesempatan ini aku mohd azuan dan boleh dikenali sebagai adam memohon sejuta kemaafan kepada semua diatas keterasaan terhadap penulisan aku yg serba kekurangan ini,,,,dengan saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin,,,,mungkin kita tidak merasa kesedaran dari segi batin,,kerana batin itula yg patut kita tekan kan dalam aspek kehidupan,,,zahir tidak melambangkan apa2 tapi bila hati terasa batin yg merasainya,,,



p/s: pada kawan2 yg kat mesir tu aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin,,jgn sedih2 tau,,sebab korg pun thn lps dah balik,,hahaaha,,,jgn jeles,,!!!!

Monday, September 14, 2009

tahajud cinta
by siti nurhaliza.


Friday, September 11, 2009


Al-'Asr [103:1-3]


Demi Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.


salam,,,


demi masa!!!!


bulan ramadhan sudah masuk ke fasa yg ketiga dimana fasa ini telah dijanjikan kepada kita akan terlepas dari SEKSAAN API NERAKA....tapi dimanakah kita?


pertanyaan dimana kah kita menunjukkn kita tidak lagi mempedulikan 10malam yg terakhir yg mana malam itu adalah malam lailatul qadr,, dimana malam itu adalah malam untuk kita berlumba-lumba untuk bertemu lailatul qadr dengan kita mempeebanyakkan dan mempertingkat ibadah wajib dan sunat agar lebih sempurna seperti hari2 yg sebelum ini....


diamanakah kita?


mungkin dipusat beli belah, mungkin sedang sibuk untuk membuat kuih raya sehingga tidak ada waktu untuk beribadah,,mungkin dan mungkin dan mungkin,,,,,,,


saya teringat kata2 seorang atuk yg saya baru kenali dimana beliau memberi satu kata2 yg boleh kita fikirkan kembali" biar islam disisi manusia tapi kafirlah disisi ALLAH"


P/S: bulan ramadhan ini adalah bulan untuk menilai keimanan,,,mari muhasabah bersama apakah tahap iman kita dinilai di gred yg mana,,,A. B. C. D. HARAPAN SEMOGA TIDAK ADA YG DAPAT E,,,,,

Monday, September 7, 2009

salam to all of u,,,

apa kaba semua sahabat2,,,ok sekarang ni kita sudah masuk puasa ke fasa yg kedua atau lebih dieknalai sebagai fasa pengampunan sepertimana dalam hadis menyatakan fasa pertama itu rahmat,kedua pengampunan dan ketiga terlepas dari api neraka,,,

tapi sebagai hambanya apakah kita sentiasa memohon keampunan kepada ALLAH difasa kedua ini,,,mungkin sebahagian besarnya alhamdulillah kerana meraka tau atas kesalahan diaats perbuatan meraka lakukan, tapi bagaimana pula yg sebahagian nya lagi,,,mungkin klu saya kirakan sedang menikmati dan mengalamun apakah yang patut dibuat untuk menjelang raya yang akan tiba 2 minggu lagi,,,,itu yg difikirkan sedang klu diikut dari hati nurani kita yg paling PENTING dalam hidup ini adalah mengharapkan keampunan dari ALLAH,,,,sebagai manusia kita tidak akan tahu samaada ibadah kita yg kita lakukan selama ini adakah akan diterima oleh ALLAH atau pun tidak,,,melalui doa sahaja yg membolehkan kita sedikit keyakinan agar ALLAH dapat menerima segala ibadah yg kita lakukan selama ini,,,insyaallah...

bagaimana pula masjid ketika ini,,,mungkin sedang kosong separuh didalam sof yg selama ini penuh ketika baru mula2 masuk ramadhan ketika dulu sedangkan sekarang tak tahu la nak kata bagaimana..faham2 sendiri la,,,tapi kita didalam bulan ramadhan ini jgn sesekali suk zon(buruk sangka) kerana apa mungkin yg tidak hadir itu mereka melakukan solat terawih berseorang atau bersama keluarga...oleh itu jgn sesekali bersikap suk zon,,kerana sikap itu mengurangi pahala kita ketika kita sedang melakukan ibadat dimasjid,,,oleh itu jgn ada sapa2 yg mempunyai sifat demikin,,,bg mereka yg bersolat dirumah itu pula khusus bg kaum laki2 digalakkan solat dimasjid,,kerana solat berjamaah itu memjanjikan 27 pahala,,sedangkan solat berseorang satu aje,,,,melainkan ade keuzuran....

oklah untuk akhirnya difasa yg kedua ini,,marila kita bersama-sama memohon keampunan dari ALLAH SEMOGA SEGALA IBADAH YG KITA LAKU KAN INI MENDAPAT KEBERKATAN DAN DITERIMA OLEH ALLAH,,aminnnnnn

p/s: negara arab waktu begini akan sentiasa penuh dgn org sehingga ke pagi,,,

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat