Wednesday, March 10, 2010

halimah jongang hiburan atau kutukan?

Firman Allah ta'ala :

" sesungguhnya telah Kami jadikan insaan ( manusia ) dengan sebaik2 kejadian.." at-tin : 4

manusia itu dijadikan dengan sebaik-baik kejadian dan ciptaanNYA tidak lain dan tidak bukan untuk dimuliakan. Pabila sesuatu yg di cipta oleh SANG PENCIPTA dan dalam masa ciptaNYA dikutuk oleh manusia biasa. Apakah layak manusia yg hina untuk mengutuk sesama muslim sedangkan kelayakkan itu hanya SATU ALLAH.


Halimah jongang the series

memang cerita atas dasar hiburan sehinggakan menjadikan filem kepada series, namun disebalik pembikinannya apakah pembuat cerita ini sudah mengkaji dari semua aspek terhadap elemen penting mengenai sensitif masyarakat. aku merasakan cerita ini sekadar hiburan yg berbentuk kutukan kerana rentetan dari cerita ini timbul pula satu cerita fatimah juling, dan bila ini terjadi layakkah kita ia digelarkan sebagai filem yg mendatangkan faedah kepada masyarakat? dan mungkin juga selepas ini banyak lagi filem yg berbentuk kutukan contohnya ali pendek, mamak sengau, ahmad hitam dan banyak lagi.

tidak salah kalau mahu meletakkan ia sebagai series halimah jongang tapi perlu kepada olahan yg cukup berjaga supaya masyarakat yg jongang akan rasa diri berada tahap yg selamat dan jauh dari kutukan orang. pernah aku berborak dengan kawan yg mana anak muridnya mengejek rakan dengan menyanyikan lagu halimah jongang. jika aku ditempat murid yg diejek mungkin saja perasan terguris dan diri akan rasa malu yg amat sangat2.

mengutuk ciptaan ALLAH

tidak salah jika aku katakan series ini mengutuk ciptaan ALLAH kerana memperlekehkan ketidaksempurnaan seorang dengan mempamerkan cerita sedemikian. jika dilihat pada filem halimah jongang kita dapat lihat yg mana halimah dipandang setelah menjadi cantik dan menjadi kegilaan selepas itu, tapi bagaimana pula jika halimah tidak menjadi cantik dan jongang sampai bila2? adakah manusia akan sentiasa mengutuk halimah sepanjang hayat nya? aku tidak mahu menceritakan tentang series ini tapi mahu kita berfikir secara mendalam tentang perasan manusia setelah melihat cerita ini.

manusia yg jongang, juling, dan pelbagai lagi sifat ketidaksempurnaan tidak lain dan tidak bukan mahu menguji tahap sabarnya dalam menghadapai ujian allah terhadap diri meraka, dan bg meraka yg sempurna matanya, giginya, telinga nya dan banyak lagi tidak lain dan tidak bukan untuk melihat tahap syukurnya bila mana kesempurnaan sudah ada pada diri.

firman ALLAH :

Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mu'min dan mu'minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.

p/s: manusia tidak terlepas dari kesilapan tapi jgn sesekali mebuka talian dosa untuk memperbanyak saham dosa keatas pembuat cerita, manusia suka sesuatu benda yg menarik dipandangan mata dan menariknya lagi bila sesuatu itu melucukan yg membolehkan kita mengutuk. bayangkan jika cerita istifadahnya tiada tapi yg banyaknya keburukan. apakah saham dosa itu akan melambung tinggi!!! yg pentingnya aku bukan penentu dosa dan pahala yg berhak hanya ALLAH.

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat