Tuesday, April 13, 2010

sekadar jawatan tak cukup...


selepas meneliti bermacam-macam jenis orang yg berkepimpinan dan hari ini aku hendak menyatakan yg selama ini kepimpinan itu bukan terletak pada jawatan nya tapi terletak pda pengaruhnya.

selama ini kita memandang orang dengan jawatan nya dan sekaligus memberi kata putus org itu adalah org yg sgt berkepimpinan tapi pernah ke terlintas adakah org itu org yg sangat berpengaruh?

dan kemantapan sesebuah organisasi itu haruslah melalui dari seseorang yg berpengaruh. dan pengaruh itu sendiri bermaksud menghubungkan org dengan yg lain samaada pengaruh positif atau negatif dengan cepat tanpa perlu kepada kuasa atau kedudukan. tapi bilamana seseorang yg berpengaruh diletakkan dlm kepimpinan menjadikan 2 kali ganda kemantapan organisasi yg diceburi.

aku tulis mengikut apa yg terdapat dalam kotak fikiran, ramai yg boleh memimpin melalui kuasa dan jawatan, ya memang benar! tapi kuasa dan jawatan yg diberi itu melalui pengalaman dan bakat. maaf jika aku tulis ramai yg berbakat ketika disekolah dengan memegang jawatan pengawas sekolah atau asrama tapi adakah meraka sedang berkelihatan di universiti ataupun diperingkat atasan. jgn menafikan kerana ia sudah berlaku dan ia nya adalah realiti disemua tempat, tidak sama sekali!! meraka hanya dilatih untuk memgang jawatan bila ada kedudukan tapi tidak selaiin dari itu.

cuba kita renungkan bagaimana seorang pemimpin yg boleh memimpin bila ada jawatan sahaja dicampakkan ketempat yg memerlukan memimpin mengawal persekitaran sebagai contoh ditempat awam. bagaimana tindakan nya bila disuruh mengawal sesuatu tempat tanpa diberi jawatan? dan pemimpin seperti ini tidak dapat memimpin dengan baik kerana kemampuannya terlalu terhad dan boleh klasifikasikan pemimpin yg lemah,

tidak bagi meraka yg berpengaruh bila diletakkan dimana-mana tempat dia mampu melaksanakan dengan baik tanpa perlu jawatan dan kedudukan bahkan akan menjadi baik bila diberi jawatan. dan disebabkan pengaruh itu Michael H. Hart penulis buku bagi THE 100: A Ranking Of The most Influential Person In Histori meletakkan NABI MUHAMMAD S.A.W ditempat yg teratas diatas kejayaan baginda meluaskan pengaruh islam ke serata dunia dan mampu bertahan sehingga kini.

dan aku rangkumkan semuanya disini bahawasanya setiap organisasi didalam persatuan pelajar atau pun NGO ataupun KERAJAAN memerlukan orang berpengaruh dan kedudukan didalam organisasi supaya mudah untuk mempengaruhi orang dekat dengan sesebuah organisasi supaya menjadi kuat dan kukuh. dan akan bertambah kuat bila berhadapan dengan pihak lawan.

dan sebab itulah bila berhadapan dengan pilihan raya calon yg akan diletakan didlm kawasan pilihanraya mestilah yg berpengaruh bukannya disebabkan kedudukan semata-mata. oleh itu bg meraka yg mahu mengundi undilah calon yg berpengaruh serta dihiasi dengan gaya pimpinan islamik.

* minta maaf jika ada yg tidak bersetuju.

p/s: org yg berpengaruh bila sebut nama je org dh kenal dengan gaya pimpinannya...sebut nama ucop org dh tau gaya nya camne..dan ucop adalah ciri2 yg menarik untuk ditonjolkan tak lupa juga ustaz hairul walaupun sekadar penasihat PMRAM org masih ingatkan die sebagai PRESIDEN LAGI sebab kan pengaruh nya yg sgt kuat dan juga yg lain2...

1 comments:

fiqhullughah said...

pengaruh kne ade skill yg pastinya..bg pmimpin jahil berpengaruh jd pemimpin,lebh baik angkat kaki..

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat