Friday, July 23, 2010

masa ?

kenapa perlu masa dalam kehidupan?

dan apa peranan masa pada kehidupan?

semua nya sibuk kata masa itu emas tapi sejauh mana untuk mendapatkan keemasan nya.

dan yang paling menyedihkan orang suka melengahkan masa sedangkan dia tahu masa itu emas.

aku bukan lah orang pandai mengatur masa dan bukanlah orang pandai sgt menjaga masa tapi aku kat sini cuma nak kita bermuhasabah bersama agar kita sentiasa jaga masa walaupun masa itu cuma satu saat.

aku belajar erti masa ketika zaman kecik lagi dimana telah diatur untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan masa. dulu ketika zaman kanak2 aku diajar mandi sebelum 6 petang dan tido pula pukul 10 dan semuanya tentang masa kerana masa itu boleh menjamin kita agar hidup lebih terurus dan tidak serabut.

dan satu lagi yg perlu kita tahu, wajib untuk kita tahu menjaga waktu orang lain dari waktu sendiri supaya kita lebih tahu bagaimana untuk lebih disiplin dan jgn sesekali kita mencuri waktu orang. maaf jika aku nyatakan yg selama ini kita bermesyuarat selalu lewat dari waktu yg sepatutnya sebagai contoh mesyuarat jam 8pg dan terlewat sehingga setengah jam or satu jam. ini perkara yg memalukan disebabkan orang yg selalu bermesyuarat ni bukan lah calang2 orang. dan fikirkan perasaan orang yg datang awal mesyuarat tu. pastinya meraka telah menetapkan waktu untuk waktu sekian-sekian dan tidak lebih dari itu, dan cuba bayangkan jika mesyuarat lewat dan pastinya abis lewat. dan telah mencuri waktu org yg telah datang awal.

akhirnya, waktu dijaga bukan untuk kepentingan sendiri tapi lebih kepada kepentingan orang lain. belajar lah untuk menjiwai masa supaya kita lebih disiplin. dan diingatkan kepada meraka yg bergelar pimpinan amda sebagai model untuk pengurusan masa. jika anda kantoi jgn salahkan anak buah anda. prganisasi yg terbaik dilihat dari pucuk pimpinan yg terbaik.

p/s: muhasabah bersama kau dan aku...dan aku pun sedang cuba untuk menjiwai masa...lagi best klu korang baca surah al-asr..demi masa.!!!!

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat