Tuesday, August 17, 2010

sahur dan himah nya..

HIKMAH BANGUN SAHUR

[Mutiara Ramadhan]

sahur

Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Nabi saw:
“Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi bersabda:
“Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur.”
(Hadis Riwayat Ahmad)


Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut. Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya. Pertama, ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi yang lebih besar ertinya pada kita ialah sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat. Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta dan Penguasa Alam dan para malaikatNya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu direbut oleh setiap insan. Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk kita bangun esok pagi untuk bersahur.

Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga di penghujung malam menjelang subuh, satu saat yang amat mustajab untuk berdoa. Ambillah peluang bangunnya kita di waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat tahajud atau hajat dan berdoalah kepadaNya yang maha mendengar.

Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar kita dapat solat subuh di awal waktunya, satu amalan yang amat disukai.

Menurut sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:
“Bahawa Rasulullah saw melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mula terang. Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat, dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.”
(Riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

dialog-kartun-1

Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk menambah tenaga bagi menguatkan badan, mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu, ia adalah satu sunnah Nabi apabila kita melakukannya akan memberi peluang kepada kita mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, peluang untuk berdoa di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.

Wallahua’lam……

sahura

2 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

lukisan terakhir. sempoi

adam said...

hahahaha,,mmg sempoi pun,.,,
thaqib doakan kita semua najah ye,,,

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat