Wednesday, December 29, 2010

aku lalui jua....

lama tak bersua untuk berkongsi masalah dan dalam saat ini aku tidak keruan untuk mencari jalan penyelesaian mengenai masalah yg aku hadapi,,,aku tahu aku tidak mampu untuk menangung sendirian tapi hakikatnya hanya aku sendiri yg harus menyelesaikan,,,walaupun aku tahu aku tidak mampu ntuk melakukan aku cuba untuk lakukan demi untuk diri aku dan masa depan aku sendiri,,

aku tahu walaupun aku hanya besendirian tetap bersama aku ALLAH yg akan menemani ku dan pemberi ubat segala masalah,,,aku bersyukur dan aku redha setiap ujian yg dtg pada diri aku kerana disitu banyak mengajar apakah erti kehidupan sebenarnya,,,aku tidak sesekali untuk menyalahkan takdir yg telah berlaku bahkan aku menganggap ia sebagai satu wasilah untuk meningkatkan iman yg selama ini terumbang ambing dipukul ombak yg mengganas yg mahukan kapal karam,,,tapi aku masih setia dengan pautan yg ALLAH berikan pada aku untuk bergantung padanya....

pernah aku berputus asa dengan apa yg berlaku,,,tapi aku bersyukur kerana dihadiahkan teman yg setia dapat mengurangkan kesakitan dalaman yg selama ini aku tanggung bertahun-tahun lamanya dan pejam celik pejam celik sudah masuk 12 tahun dan aku buntu,,,kerana dia aku jadi begini,,,kerana dia aku tidak mampu untuk melakukan apa yg aku mahukan,,,,aku redha,,,walaupun begitu aku tetap juga mahukan perubahan dari alam kezulumatan sehingga aku bertemu cahaya azhar yg banyak mengajar ku erti hidup syariat yg sebenar,,,

aku sangka ia akan berakhir,,sangkaan ku meleset,,aku terus dihantui dengan mereka yg banyak membawa aku kegelapan kembali dan aku takut,,aku tidak mampu,,aku harus keseorangan untuk mencari jalan muktamad yg perlu aku korban demi kebaikan orang lain,,aku redha dan aku percaya ALLAH tetap bersama aku walaupun dulu aku pernah lari dari syariatnya,,tapi itu dulu,,namun sekarang? kenapa tetap menghantui aku,,YA ALLAH!!! BANTULAH AKU,,,JAUHKAN aku dari maksiat durjana kan diri,,,ya ALLAH,,,KUATKAN aku!!!

sedih tetap sedih tapi tidak perlu aku tunjuk pada meraka kerana bg aku akan menyusahkan dan menyulitkan mereka,,,cukup bg ku untuk ceria seperti biasa dan aku terus melangkah untuk mencari sinar yg telah kelam yg pernah aku jejak dulu,,dan tidak pernah aku merasa seperti ini dan ini amat menyakitkan sedang keadaan menjadi rumit tatkala aku dalam fatrah imtihan,,tapi aku bersikap positif supaya tidak mencampur adukan segala masalah dalam masalah sedang aku hadapi,,,cukup bg ku mempunyai ahli bait yg sedikit banyak memberi kecerian dalam hidup walaupun untuk seketika,,aku bersyukur kerana KAU hadirkan meraka untuk ku...jika meraka membace pasti meraka merasa hairan tapi tidak perlu risau dan tidak perlu bertanya kenapa? insyaallah biarlah aku lalui sendirian...dan aku harap kita semua najah dan mencapai kejayaan masing2,,,

kepada sahabat diluar sana jika membaca tulisan aku tolong saling menasihati jika terdapat aku melakukan kesalahan yg aku lakukan dengan sengaja...nasihat itu satu tuntutan,,,dan sekarang ini aku sungguh runsing dan perlu untuk menenangkan hati dan aku akan bersikap berdiam diri,,,untuk kebaikan orang lain,,,pernah terlintas untuk membalas dendam tapi aku kuburkan demi untuk kebaikan orang lain,,,dendam bukan segalanya tapi penyelesaian sebagai jalan yg dituntut islam yg suci,,kesucian tidak akan dicemar dengan kebencian!!!!

akhirnya kita sama berdoa didlm imtihan yg akan tiba akan menjadi suatu realiti diatas kejayaan kita kelak,,,cuma doakan agar aku kuat untuk keluar dari setiap masalah yg hadir kerana ujian yg ALLAH BERIKAN tidak lebih dari apa yg kita mampu,,,

p/s: doakan....

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat