Friday, January 14, 2011

cepat or lembab?

Kata seorang pujangga:Orang yang berminda kecil membicarakan mengenai orang lain; orang yang berminda sederhana membicarakan mengenai peristiwa dan kejadian; dan orang yang berminda besar membicarakan mengenai idea dan keilmuan.?

3 jenis minda dalam pemikiran dan setiap minda itu mempunyai kelebihan yg tersendiri dan paling aku tidak suka bila sesetengah orang berfikiran dengan minda kecil.

bilamana ada orang yg menggunakan minda kecil menampakkan kejelekan dlm berfikir dan berfikir dengan objek yg terdiri disekeliling dia. meraka juga sentiasa dan terlalu suka menerima idea2 dari orang lain dari diri sendiri memberi idea.

jika korang nak tahu, meraka yg berminda kecil ini suka memberi alasan yg sama tatkala disuruh memuntahkan idea. nak tahu apa? ha... ni dia ' aku penatlah nak fikir' tak ke sengal ayat tu dan cukup aku tak suka dan bila ayat itu didengar oleh aku sendiri akibatnya meranalah mereka mendengar semburan free dari aku. tapi biarlah menggunakan semburan hikmah supaya orang2 begini akan terbuka mindanya dan cuba untuk berfikir secara intelektual!

sebenarnya, minda itu anugerah dari ALLAH untuk makhluknya supaya berfikir dengan lebih meluas dan disebabkan itu kenapa manusia itu dibezakan dengan haiwan adalah dengan MINDA. kadang2 kita sekat minda dari perkara2 yg mencambahkan kebijakasaan diri supaya sentiasa berfikiran jumud dan atas dasar itu manusia akan hidup didalam kepompong kemunduran dan akan sentiasa mundur dek perubahan zaman.

aku dengan minda aku dan kau dengan minda kau dan jika kita bergabung minda akan dapat melahirkan satu transformasi minda kepada yg lebih baik dan KRITIS. jika ini berlaku manusia dapat membezakan dimana yg buruk dan dimana yg salah dan sentiasa membawa kepada kebaikkan bila pergabungan minda2 menjadi satu! dan disebabkan itulah idea2 yg dimuntahkan akan mendapat keberkesanan dalam mana2 mesyuarat kerana akan mendatangkan satu natijah yg baik sentiap individu dan am nya pada semua orang. oleh itu jgn malas untuk berfikir! bodohnya namanya itu!

aku tahu setiap org minda lain2 dan ada baik dan ada yg lebih baik tapi bukan bermakna orang baik mindanya tidak boleh berfikir kerana ALLAH lahirkan ilham kepada setiap orang da yg membezakan adalah lambat dan cepat. amat malanglah jika kita mengalah awal dari menarik diri untuk kita kembangkan minda.

dan akhirnya, minda itu digunakan untuk kita berfikir secara terbuka dan kehadapan supaya kita akan dapat gambaran awal apa yg akan berlaku pada masa akan dtg dan mempersiapkan segala kelengkapan bila berlakunya kecacatan. dan bukan nya baru berlaku, ketika itu mahu berfikir dan disitu belum tentu dapat melahirkan natijah yg baik (boleh jadi baik juga jika mindanya besar). dan minda itu walaupun minda besar wajiblah mengikut selaras kehendak syarak dan bukannya berfikir kehadapan sepertimana meraka yg beraliran liberal dan sekular kerana aliran begitu tidak menguntungkan pada masa akan datang malah banyak mendatangkan kemudharatan ummat. lihatlah dunia!!!!

dan cuba lah berfikir secara minda besar dan intelektual kerana menatijahkan suatu fikiran yg KRITIS!

P/S: aku pelik kenapa suka mesyuarat lama2?

1) masuk mesyuarat tak tau mesyuarat untuk apa.
2) rentetan tu bila buka persoalan terhegeh2 baru nk fikir.tidak sedia!
3) tidak guna masa kualiti, main mesyuarat je.
4) malu nak beri idea- baik tak yah jadi ad-hoc!
5) tidak pernah kaji event2 yg lps.(idea2 hambar) bleh jadi memalukan
diri sendiri je.

6) korg carilah sendiri.
7) muhasabah aku dan korg semua.!!!!

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat