Wednesday, April 20, 2011

bisikan cinta adam 7.

sambungan dari bisikan cinta adam 6.

azan subuh berkumandang dan aku cuba untuk memutuskan tali2 yg sudah dirantai oleh syaitan-syaitan untuk membiarkan ummat muhammad tidur dalam lena. aku berjaya dan aku mengucapkan syukur keatas pertolongan ALLAH yg telah memperkuatkan diri melawan godaan syaitan. aku bersiap dan terus melangkah ke rumah ALLAH untuk solat berjemaah. amat indah perjalanan kemasjid pagi ini dan aku pun tidak tahu mengapa perasaan aku sangat teruja dan seolah-olah ada keajiban yg berlaku. aku terus bertasbih dan bertahmid dan kaki terus ku ayun laju agar sempat untuk bersama jamaah masjid.

alhamdulillah,

sambil berjalan mengirup udara hening pagi sambil ditemani kabus-kabus putih yg segar melalui setiap ruang tubuhku, mata ku meliar mencari ruang yg boleh aku bertafakur seketika sambil menunggu fajar terbit. air sungai yg mengalir laju membuatkan fikiran ku tenang dan mengenangkan segala keindahan yg pernah aku lalui ketika waktu dahulu. aku terfikir adakah keindahan yg aku pernah cipta akan aku cipta untuk kali kedua sedang percubaan untuk cipta keindahan kedua telah hancur luluh. namun aku redha walaupun aku telan pahit namun aku tahu ianya pasti ada hikmah yg boleh aku rungkai pada masa yg ditentukan.

diri aku sudah menampakkan bayangnya menandakan fajar telah terbit untuk mengeluarkan sinar yg tertahan dari malam. aku merencanakan apakah program yang boleh membuatkan diri aku keluar dari kepompongan kebosanan yg selama ini aku lalui seorang.

' baik aku kol hawa, ajak dia keluar arini,' cetus hati aku yang merasakan sudah terpikat dgn gadis litup itu.

aku menekan punat telefon dan terus mendail no gadis itu.

' assalamualaikum, boleh saya cakap dgn cik hawa.' tanyaku perlahan.

' w'slam, adam tak perlulah awk skema nk cakap ngn cik hawa sedang awak pun dah tau yg tu no saya. kenapa awak kol saya pagi2 syuruk ni.' jawabnya keret.

' tak, sebenarnya saya nak ajak awak keluar pagi ini, saya tahu awak mesti ingat kita berdua kan? kalau awak free awak ajak lah teman yg boleh menemani kita berdua. saya tak kisah siapa pun yg awak bawak.' balas ku ringkas dan yakin.

' boleh tak saya gtau awak kemudian? kalau jadi saya kol awak dan kalau tak jadi pun saya kol awak, saya ni masih ade orang tua dan perlu mendapat keizinan. awak tunggu panggilan saya ye.' jawapan kata dua yg diberikan dan harus aku terima apa jua jawapan yang akan diberikan sebentar nanti.

ring! ring! ring! ring!

aku berlari untuk mendapatkan handphone yg aku sendiri nantikan bunyinya berdering untuk aku mendengar jawapan kepastian dari hawa.

'assalamualaikum adam. alhamdulillah awak boleh keluar dengan saya tapi ada syarat. pertamanya setiap kali azan pastikan kita solat dulu tanpa melengahkan. kedua hantar saya pulang sebelum pukul 5 petang dan ketiga saya jenis suka makan dan pastikan cari tempat yang best kalau nak makan. nanti awak amik saya kat umh, nanti saya sms alamat umh saya kat awak ye. saya bertemankan adik lelaki saya nanti.' jawapan yg sudah aku jangka dan aku sendiri terkejut dan inilah kali pertama ada syarat yg dikenakan bila mahu bawa anak orang keluar. aku sendiri suka akan syarat2 yg diberitahu sekurangnya aku dapat mentarbiahkan diri aku juga dalam waktu berhibur. betullah orang kata matlamat itu tidak semestinya menghalalkan cara.

aku terus bersiap dan sebolehnya tidak mahu lewat walaupun sesaat dan itulah etika kerja aku yg selama ini aku pegang sampai bila-bila pun. aku terus memperkemaskan diri agar
tampak segak bila dihadapan wanita yg aku tiba-tiba merasakan suatu kelainan bila bekerja bersamanya. adakah ini namanya cinta? aku tolak tepi semua perasaan itu dan tidak mahu nafsu mengawal perasaan aku. aku meneliti semula alamat rumah hawa yg dikirimkan melalui pesanan ringkas tadi. aku menghidupkan enjen kereta dahulu sementara menunggu siap kesegakkan aku seratus peratus.

sampai sahaja dihadapan rumah gadis pujaan aku terus memberi salam untuk menandakan hormat aku pada tuan rumah supaya nampak lebih santun dan aku kira inilah masa untuk aku berperlakuan baik dihadapan orang tuanya andai aku berjodohan dengan hawa. memang ternyata sekali keluarganya jauh berbeza dengan keluarga kekasih pertamaku mysara. keluarga mysara tidak pernah kesah dari sudut agama dan berbeza pula keluarga hawa yg aku lihat kewarakan setiap ahli keluarganya membuatkan aku mahu lebih dekat dengan hawa. tapi manusia itu boleh berubah seperti berubah nya mysara yg sekarang ini sudah bertudung dan aku bersyukur dengan perubahannya sekurangnya dakwah aku untuk membaiki mysara menjadi walaupun kisah silam itu masih lekat dalam kepala aku. mysara sudah berubah walhal aku sendiri tidak pernah berubah dan memberi dia peluang untuk menjelaskan keaadan sebenarnya. ternyata aku sendiri yg perlu didakwah!

sampai sahaja kedestinasi yang telah kami sepakati aku, hawa dan aman adik hawa terus menuju pintu masuk......................................

sambungan ke bisikan cinta adam 8


p/s: setiap episod ada faedahnya,,,jgn tunggu cinta adam hawa je,,,amik juga kebaikan yg ada pada jalan cerita ni,,,klu tak best maaf la ye....

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat