Sunday, April 10, 2011

politik itu harus dlm islam.

" Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah "(Ali Imran : 110).

sesetengah masyarakat mengandaikan sistem politik itu hanyalah untuk mereka yg cenderung kearah itu tapi sebahagian yg lain tidak perlu dan sudah cukup untuk menjadi pemerhati untuk menghasilkan matlamat dan maksud. aku sama sekali tidak setuju dgn kenyataan ini.

dari sudut logikal nya siyasah(politik) itu adalah berkait rapat dengan kenegaraan dan kekuasaan. politik adalah salah satu jalan untuk membawa manusia keluar dari kesusahan kepada kesenangan dan kesesatan kepada jalan diredhoi dan kita rangkumkan maksud siyasah itu adalah politik yg memainkan peranan untuk mengatur, membaiki dan juga mendidik dalam mengendalikan rakyatnya.

Syeikh Yusuf al Qaradhawi menyatakan bahawasanya ibadat itu tidaklah tertumpu dengan satu bahagian antara hamba dengan tuhannya tanpa melibatkan yg lain. sedangkan islam itu ada akidah dan ibadah, akhlak dan syariat yg saling memperlengkap antara satu sama lain dan kelengkapan ini jugalah memerlukan sesuatu titik permulaan untuk menghasilkan semua maksud dengan kita letakkan siyasah(politik) sebagai wasilah bg perkara-perkara diatas. dan siapakah yg harus mencapai maksud siayasah ini? tidak lain dan tidak bukan pastinya kita! tidaklah pemimpin itu naik dengan sendirinya jika bukan kita yg pilih. oleh itu harus untuk semua golongan terlibat dengan politik kepartian.

namun sekarang hakikat dalam politik masyarakat kini tidak sedar akan perkara-perkara yg sedang berlaku disetiap negara didunia kerana politik sekarang amat mementingkan kekuasaan dan kekayaan. golongan elit akan didahulukan golongan bawahan menjadi pekerja yg berikan keuntungan kepada tuannya. setiap perkara yg melibatkan ibadah semuanya ditolak tepi tanpa berselindung dgn hukum-hukum ALLAH. setiap urusan yg menjadi halal pada hakikat telah menjadi haram dan dilarang dan setiap yg haram itu menjadi halal dek kerana mahukan keuntungan. pekerja menjadi takut untuk buat perubahan kerana kebimbangan setiap kemudahan akan ditarik balik dan akan menyusahkan meraka kelak. dan dimana nilai islam disitu bila pemimpin yg diangkat tidak mengikut rumbu-rumbu syariah. dan kenapa ini terjadi? jawapanya masyarakat sudah dihidangkan dengan penuh keseronokan tanpa perlu takut untuk melaksanakan hukum2 sekularisme ciptaan mereka.

bangkitlah wahai manusia nikmat kesenagan itu hanya sementara dan tidak kekal, kembalilah kepada percaturan ALLAH dengan MELAKSANAKAN segala amar ma'ruf nahi mungkar dan marilah sama-sama kita menegakkan keadilan yg berpaksikan politik islam. marilah sama-sama kita menurunkan pemimpin yg zalim tanpa sedikit pun peduli hal rakyat dan yg paling menyedihkan pemimpin yg menolak perlembagaan ALLAH.

Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermakna adalah mengurusi urusan masyarakat dalam semua aspek walaupun sesetengah negara mempunyai masyarakat non muslim.

Rasulullah SAW. bersabda :

"Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani)

dari hadith diatas amat berbeda setuasi era kini, yg sudah jauh dr landasan yg sebenar. urusan kaum muslimin diabaikan dan kroni didahulukan. dimanakah slogan rakyat didahulukan dan ianya hanya pada pilihan raya sahaja! tanpa berselindung jika ia benar menganggap rakyat didadulukan kenapa masyarkat sarawak masih lagi ketandusan. kenapa banyak lagi ada kemiskinan dan semuanya kenapa? dan kenapa pemimpin parti itu mempunyai aset yg banyak sedang rakyat menderita. dan adakah kita mahukan pemimpin-peminpin seperti ini yg sekian lama diajar oleh juak2 pemimpin didahulukan.

marilah sama2 kita membuat perubahan bukan atas dasar parti tapi atas dasar politik islam yg mahukan keadilan dan kesaksamaan. jika kita membuat pilihan atas dasar parti dan menurut pandangan saya itu salah kerana islam itu terbina dengan siyasah islam bukan siaysah parti dan parti itu adalah wasilah untuk membantu manusia keluar dalam membuat perubahan. dlm istilah lain jgn kita taksub kepartian tapi kita harus lihat apa yg dibawa oleh parti itu sendiri samaada perlembaan ALLAH ataupun sebaliknya.


sebagai teguran kepada meraka yg terlalu obses mengatakan golongan tabligh tidak mendatangkan manfaat pada golongan parti islam dan secara logiknya kita tidak perlu menyalahkan mereka walhal meraka juga mahukan islam dan pastinya mereka akan mendatangkan undian yg memihak pada parti islam. kita tidak nampak apa yg meraka lakukan tapi dari sudt lain meraka juga turut membantu membawa keluar golongan yg kurg faham islam terus faham islam! bila manusia sudah faham islam pastinya meraka akan memberi credit yg byk pada parti islam yg membawa perlembagaan islam.

akhir kalam, hidup untuk islam dengan mengikuti lunas2 perlembagaan islam dan jikalau UMNO itu melaksanakan PERLEMBAGAAN ISLAM apakah tindakan anda!

p/s: aku undi pas bukan sebb taksub tapi sebb perlembagaan meraka yg pertama. dan penyebab pas ada kelompongan disebbkan ahli2 pas yg belum faham perlembagaan pas itu sendiri.


0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat