Wednesday, May 11, 2011

Demonstrasi menentang Israel di Kaherah

KAHERAH - Gerakan 'pemuda 6 April' telah mengadakan demontrasi menunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di Giza, Kaherah pada jam 2.00 petang tadi.

Penyelaras media gerakan itu berkata, demontrasi ini adalah sokongan kepada intifadhah Palestin dan tanda setuju persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin yang berlangsung bawah seliaan Mesir. Jelas lagi, demontrasi ini juga membantah ancaman-ancaman Israel dan jajahan ke atas tanah-tanah Arab.

Sementara itu, satu demontrasi lain selepas Jumaat berlangsung di dataran Tahrir
(Medan Tahrir). Beratus-ratus penduduk Mesir berdemontrasi bagi menyokong penduduk Palestin dan menyatakan mahu menyertai intifadhah ketiga Palestin yang dijangkakan berlaku pada 15 Mei ini.

Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk-sepanduk yang mengutuk kekejaman rejim zionis
(Israel) di tanah Palestin.

Mereka melaungkan, 'khaibar...khaibar ya Yahud, jaish Muhammad saufa ya'ud..wahai tentera Qassam hancurkan Tel-Aviv, wahai Yahudi..kami mahu kamu tahu 15 Mei ini kami akan pergi ke Al-Quds..wahai zionis adakah kamu masih berbuat fitnah atau apa'.


Sejak 25 Januari yang lalu, demontrasi membantah dan menentang rejim zionis telah meningkat. Hal ini menyebabkan rejim zionis dihantui kebimbangan dan perasaan itu kerap kali diungkitkan melalui ucapan serta kenyataan pemimpin-pemimpin zionis.
Sumber 06/05/2011, web berita safa.ps


p/s: nantikan intifadhah jaish muhammad s.a.w.....

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat