Monday, May 30, 2011

tanpamu...

sedih jiwa ini bila aku melihat kelakuannya semakin mahu menjauhkan diri dariku atau pun aku sebenarnya yg menjauhkan diri tanpa aku sedar. tapi bila ku lihat setuasi yg sedang terjadi sebenarnya dia yg mahu menjauhkan atau lebih elok jika aku guna istilah lain 'mengasingkan diri' dari bertemu dengan ku. aku senyap dan aku terus membisu tanpa perlu aku bertanya dan aku sendiri dapat mengaggak apa yg terjadi diantara kami adalah berpunca diri aku yg sedang mengalami gangguan jiwa yg semakin hari semakin aku tidak dapat bendung lagi.

aku tidak tahu kenapa ini terjadi dan kadang-kadang aku sendiri menyesal atas apa yg aku lakukan pada awalnya dan kenapa ini harus terjadi dan kenapa aku tidak sedar atas apa yg ku lakukan padanya. kini aku tahu dia mulai sedar dan tahu siapa sebenarnya diri aku.

bila melihatnya semakin hari semakin sedih hati ini. kalau boleh dia tidak mahu bertemu dengan ku lagi. bila aku mahu berbicara seoalah aku tahu dia tidak berminat untuk memandang wajah ku lagi. tidak sedikit suaranya untuk dikeluarkan berbanding dengan kawannya yg lain. jawapan bila ditanya hanya isysrat tanpa suara. banyak kali ini terjadi pada ku namun aku hanya diam dan aku tidak mahu untuk terus berbicara, biarlah aku dengan hati ku dan biarlah aku simpan disudut hati aku yg sedang duka. aku masih teringat dengan kata-katanya 'NGADU LAH PADA ALLAH.' itulah yg sedang ku lakukan. aku amat menyanyangi sebagai seorang sahabat tapi aku menyesal atas apa yg telah aku lakukan. aku tahu aku lah yg bersalah dlm perkara ini. maafkan aku!!

aku terlalu rindu untuk berbual bersamanya dan aku terlalu ingin berkongsi masalah bersamanya tapi aku sendiri tidak mampu untuk mengulanginya lagi. aku terus simpan dihati untuk bersama melaluinya. aku harus kuat tanpanya aku harus kuat mnelalui nya seorang. dialah sahabat bila ku pandang wajahnya tenang jiwa ini. masalah aku kian terurus bila berkongsi bersamanya. kadang2 aku tidak mampu untuk terus begini dan hidup begini.

kini aku seorang dan sahabat itu sudah pergi untuk mencari apa yg dia inginkan. aku doakan sahabat itu bahagia disamping itu aku doakan kejayaannnya didunia akhirat. aku mahu melihat mu dari jauh walaupun kau sendiri tidak tahu sebenarnya aku ikhlas untuk bersahabat bersamamu.

akhirnya. aku minta maaf atas perlakuan ku terhadapmu. moga ini adalah jalan yg terbaik untuk kita berdua. kau tetap sahabat ku didunia dan diakhirat. satu dari aku tolong doakn aku diberi kekuatan untuk melalui kehidupan ini seorang.

credit to mas :cerita seorang sahabat yg aku terjemahkan melalui tulisan.

p/s: Kata seorang ulama: " Hendknya seorng yg brilmu mnyampaikn ilmu ilmunya dgn niat dn matlamat yg baik. Jika ucapannya bgitu menyenangkannya,hendaklah dia diam. Dan jika dia begitu ingin utk diam, hendaklah dia mengucapkannya. Jika diam khuatir akan pujian, hendaklah dia diam dan jangan ragu2 untk mnjaga nafsu dirinya. Kerana Nafsunya menyukai untk dikenal dan dipuji," NauzuBILLAH min zalik. YA MUHAIMIN, YA 'ALIIM, YA MUQIIT, pelihara hati kami , perbaiki sifat buruk kami, kurniakan kami ikhlas dlm menyampaikan dan amal yg disampaikan.

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat