Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0 MESIR.












alhamdulillah mahasiswa mesir telah menjayakan satu anjuran BERSIH dibawah kelolaan suara yg diterajui saudara firdaus bin mazlan. kejayaan ini dilihat melalui rakan2 yg hadir untuk meramaikan lagi bahawasanya ketidaksetujuan terhadap pilihan raya yg selama ini BERAT SEBELAH dan tidak memenuhi tuntutan bersih 1.0. /


aku merasakan sedikit keterujaan bilamana beberapa pegawai kedutaan yg hadir untuk menangkap gambar pelajar bagi tujuan bahawasanya pelajar telah melakukan kesalahan berhimpun secara haram. dan yg lebih kelakar mereka menangkap gambar secara ketakutan duduk dalam kereta sambil memegang kamera. kami selaku mahasiswa tidak gentar ugutan pegawai kedutaan dan secara peribadinya tidak seorang pun pegawai kedutaan yg aku respect disebabkan meraka bekerja mengikut ideologi politik bukan atas dasar bekerja mengikut portfolio./

aku sendiri tidak pernah gentar ugutan2 selepas ini jika meraka mengeluarkan kenyataan yg berbentuk ugutan. jika meraka mengugut kita juga akan membuat ugutan versi mahasiswa. jika dimalaysia boleh buat BERSIH kita juga mampu buat NAZOFAH versi mesir. seperti biasa zakat adalah mainan ugutan pegawai2 kerajaan dinegeri dibawah kerajaan BN. mahasiswa tidak gentar!/

cukup kesian ada golongan agama mengatakan hukum kita duduk belakang ambiga itu adalah haram. disebabkan ambiga adalah golongan bukan islam dan pernah mencetus isu bagi peguam untuk isu murtad. perlu kita jelas dalam politik islam diharuskan untuk kita menerima orang bukan islam untuk kita jadikan ketua walaupun apa jenis pengajuran. islam meltkkan syarat ketua itu mestilah bukan ketua hal2 yg melibatkan akidah dan persoalannya adakah ANJURAN AMBIGA HIMPUNAN BERSIH termasuk dalam bab akidah? tentu sekali tidak dan ianya adalah mainan isu supaya meledakkan isu perkauman. who stupid now? oleh itu meraka yg belajar agama yg masih tidak mengerti tentang hukum belajar lah sampai dlm jgn amik sekerat2, keliru masyarakat yg sekarang ini yg tengah keliru dibawah pimpinan NAJIB. elakkan dari menjadi ULAMAK SUU'. nauzubillah min zalik..../

akhirnya, kita manusia dilahirkan untuk berfikir dan bukan dilahirkan untuk ikut telunjuk. jika berfikir jgn berfikir untuk satu tempoh yg sekejap tapi biarlah berfikir untuk tempoh panjang. jika kita tidak buat BERSIH, cuba kita fikir bagaimana pemerintahan meraka? dari demokrasi ke setengah demokrasi dan dari setengah beralih kuku besi. manusia cepat untuk bertindak demi melangsungkan keinginan mendapat jawatan dan kekayaan. oleh itu ketepikan isu yg kecil2 supaya kita dapat manfaat yg besar kelak./

Pandangan ulamak tentang perhimpunan aman atau demonstrasi.

1. Kebanyakan ulamak muktabar seperti Dr. Yusof Al-Qadhowi, Dr. Ali Jumaah, Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq dalam kitabnya ( فصول من السياسة الشرعية ), Syeikh Salman Fahd Audah dan Dr. Sa'aduddin Mus'ad Hilali serta kebanyakan ulamak masa kini berpendapat HARUS mengadakan demostrasi aman lebih-lebih lagi ia dibenarkan oleh perlembagaan sebagai cara untuk rakyat menuntut keadilan dan menyuarakan hak serta pendirian mereka.

Malah gabungan suara rakyat yang ramai lebih didengari dari menyuarakannya bersendirian. Ini berdasarkan Firman Allah bermaksud : "Dan tolong-menolonglah dalam mengerjakan perkara kebaikan dan taqwa, jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan" (al-Maidah : 2).

Dalam kaedah fiqh juga ada menyatakan : "Asal sesuatu perkara itu harus selagi tidak ada dalil qat'ie dan sorih yang mengharamkannya.

2. Diriwayat dari ibnu Abbas bahawa Sayyidina Umar al-Khattab ketika menjawab soalan ibnu Abbas tentang kenapa dia digelar Al-Faruq oleh Rasulullah S.A.W . Ini kerana disebabkan keberaniannya bersama dengan Sayyidina Hamzah memimpin dua saff muslimin yang turut disertai oleh Nabi S.A.W berjalan beramai-ramai menuju ke Masjidil Haram untuk menzahirkan Islam dan kekuatan muslimin di Mekah. (تاريخ دمشق /حلية الأولياء)

3. Demonstrasi walaupun dilihat berasal dari Barat tetapi intipatinya tidak bercanggah dengan dasar Islam dan erti kemanusiaan. Malah himpunan umum menjadi salah satu syi'ar islam dalam menzahirkan' izzah, kekuatan dan kesatuan umat Islam seperti himpunan ketika solat berjemaah, hari raya dan ketika ibadat haji.

4. Diriwayatkan dari ibnu Abbas, Hadis yang dikeluarkan oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim) bahawa Nabi S.A.W suka menyamai Ahli Kitab pada perkara yang tidak ada perintah tertentu berkenaannya. Malah Rasulullah S.A.W ketika membina parit dalam perang Khandak,membuat cop dan asal kaedah jual beli salam juga mengambil contoh dari orang bukan islam. Sistem Kharaj juga diambil oleh sahabat dari negara Parsi.

5. Demonstrasi bukan bermaksud menentang atau mengangkat senjata menghadapi pemerintah. Ia adalah sebagai salah satu cara untuk menasihati pemerintah dan menegahnya dari terus melakukan mungkar serta ketidakadilan terhadap rakyat.

Ini berdasarkan dua Hadis Rasulullah S.A.W : "Agama itu nasihat". Adapun Hadis yang kedua : "Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah menegahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, tegurlah menggunakan lidah dan jika tidak mampu juga, maka dengan hati dan ia selemah-lemah iman".

6. Kaedah المصلحة المرسلة " dan " للوسائل حكم المقاصد " juga menjadi hujjah selagi tujuan iaitu maslahah yang mahu dicapai diakui oleh Islam serta mendatangkan manfaat kepada rakyat. Antara maslahah yang diperakui mendatangkan padanya manfaat seperti nasihat kepada pemerintah, meneguhkan pendirian umat Islam pada perkara hak dan memperkukuhkan suara rakyat menentang ketidakadilan pemerintah.


p/s: perlu ke mahasiswa tutup mulut dan diam bila ada kemungkaran berlaku? bukan mahasiswa je,,tapi semua org terlibat....

2 comments:

School Of Tots said...

TQ Adam ziarah pakcik di SOT. Tahniah anak muda. Teruskan perjuangan. Pandang dan fikir. Pakcik doakan supaya Allah memudahkan segala urusan Adam.

alexayussida said...

:) thnks singgah my blog.wah sampai ke mesir ade bersih ye:)

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat