Wednesday, January 11, 2012

luahan aku.....

aku bingung tidak terkata,

kenapa ini terjadi pada diri aku dan acapkali melelapkan mata aku seolah mendengar esak suara perempuan itu.

aku terus akui tanpa alasan yg aku sendiri tidak perlu.

sejenak aku dalam kamar dgn mata tidak mampu untuk ditutup walaupun dipaksa erat, namum suara petang itu buat aku terlalu rasa bersalah dan inilah pertama kali aku mendengar tangisan seorang wanita.

"ana minta maaf dan ana tidak mampu untuk mengatakan kebenaran nya dan kita terpaksa membawa haluan yg sepatutnya dicipta kita berdua namun ana minta maaf" perasaan aku melafazkan kalam derita menjatuhkan airmata jernih aku sendiri walaupun aku sendiri tidak mampu untuk mengucapkan pada wanita yg sebaik dipandangan mata ku sendiri.

jika keadaan mampu diubah mungkin tetap bersama dia namun hakikat aku sendiri harus terima dan hakikat yg sebenarnya aku sendiri telah melukai hatinya. memang benar aku manusia yg zalim dalam bercinta sehingga mampu melukai hati wanita itu.

wanita sebaik dia tidak pantas untuk aku bersamanya dan tidak layak bersuamikan nya dan aku yakin memori bersamanya walaupun tidak pernah bertemu, walaupun jarang menitip mesej, namun bg aku dia wanita yg sgt setia, kuat dan sering memberi semangat ketika aku lemah, sedih dan dia lah tempat aku berkongsi kegembiraan.

"ustaz, ana ada hadiah untuk ustaz! nnt bukak kertas yg warna biru yg terselit dlm buku yg ana bg kat ustaz tadi" msg itu masih aku simpan dan semalam aku sudah men delete nya, itulah kertas SELAMAT HARI LAHIR USTAZ dan terselit kalam2 ingtan dari quran buat aku. ketika itu aku hanya merasakan hanya seorang adik dan seorang abang yg hanya berkenalan dilaman sosial sebagai wasilah untuk bertanya kan pendapat dan juga hal2 berkaitan pelajaran dan tidak  lebih dari itu.

setiap hari aku menduga perasaan aku sendiri siapakah wanita berpurdah itu? dan aku mula terpikat dan menyukai perawakannya. namun ke egoan aku tertunduk bila aku sendiri mengataan aku suka padanya.

namun kini tiada yg menduga dan aku sendiri tidak mahu diduga tapi hakikat aku sendiri harus berbuat demikian untuk wanita itu terus menjalani kehidupan dgn lebih baik dan aku hanya mendoakan kebahagian wanita itu disamping aku mahu wanita itu bertemu dgn seorang lelaki yg soleh dan lebih baik dari aku sendiri.

ana minta maaf dan ana sendiri faham jika tidak mahu memaafkan ana. selama ini ana banyak menduga walhal ana sendiri menyukai tanpa disedari. kini ana terpaksa bukan bermaksud ana melarikan diri kesalahan dan kekurangan pada diri ana dan biarlah sebab itu menjadi penyebab kepada keterpaksaan ana untuk melakukan tindakan yg ana rasa amat memeritkan. ana minta maaf dan ana minta maaf.

buanglah segalanya ke sungai nil agar biarkan memori itu terus dibawa arus.



p/s: cinta berputik tp kembangnya kadang2 menampak ketidak seimbangan namun hakikat hidup tiada siapa menolak takdir....


0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat