Thursday, August 30, 2012

fikirlah beb!!!

seharian kita berfikir belum tentu akan dapat satu jawapan yg pasti dan menjadi penentuan dalam kehidupan. kita dilahirkan untuk menjadi seorang yg berfikir bagaimana untuk mendapatkan satu keputusan dan satu kepastian yg mana setiap jawapan yg lahir dalam diri akan menjamin seumumur hidup sepanjang menjalani kehidupan insani.

orang sering melepaskan sesuatu itu pada yg lain agar diri tidak tertangkap dgn kelemasan otak untuk mendalami masalah yg bukan perlu untuk kita fikirkan walhal selayaknya dan spatutnya memang patut untuk difikirkan!

tertanya dan terkata " apa jenis manusialah, bukan suruh buat kerja pun,,,suruh pikir pun malas "

manusia dan sebahagian manusia akan mencari seribu satu alasan untuk lari dari berfikir!

belajar lah untuk berfikir dengan melahirkan satu PERSOALAN dimana setiap soalan itu perlukan jawapan yg mana setiap jawapan itu perlukan berfikir. jangan malas untuk mencari soalan bukan mencari kesalahan ! that wrong!!!

p/s: susah tapi senang jika ade kemahuan untuk mencuba walaupun kdg2 jawapan itu BODOH tapi hakikat ia amat membanggakan!!!!

Saturday, August 25, 2012

menanti DIA

entah kenapa hati ini tiba teringat kat DIA. aku tidak mengerti kenapa perasaan ini tiba-tiba terfantasi dengan perasaan yg selama ini aku sendiri belum pernah merasai dan mengenali apa itu rindu dan cinta tapi kadang2 itu aku tahu perasaan itu hanya lah nafsu walaupun aku sedar dan aku teruskan untuk merasainya. aku beristigfar!

entah kenapa aku sering sms DIA tpi menunggu REPLY  begitu buat aku tertunggu tunggu sehingga membuatkan perasaan tadi berubah marah dan sesak menanti bila akan balas. aduhai wahai hati yg tidak keruan aku cuba tenteramkan dengan pelbagai cara namun alhamdulillah segalanya begitu mudah jika kembali pada jalanNYA.

aku cuba alihkan perasaan tadi menjadi natural tiba-tiba satu sms datang dari DIA dan aku memang sudah cukup lama tertunggu sehingga terbawa dalam mimpi dan baru kini aku tahu itulah penangan CINTA SEBELAH TANGAN walaupun DIA tidak tahu aku memang benar menyukainya.

kini aku REDHA dan tidak lagi menunggu sms mahupun menghantar sms kepada DIA lgi dan biarlah hubungan tadi menjadi semulajadi tanpa nafsu yg sering memangggil untuk turut serta bersamanya. JIKA DIA UNTUK AKU JAUH BERIBU BATU DIA TETAP MENJADI JODOHKU, JIKA SEINCI SEKALIPUN BELUM TENTU MENJADI JODOHKU JIKA TAKDIR TELAH TERTULIS SEBEGITU.

P/S: biarkan perasaan ini ini semulajdi tanpa NAFSU!

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat