sejadah,,,,
senja semakin menunjukkan kezulumatan,,,,warna di ufuk semakin hilang kemerahan nya,,,ku sedari jam ditangan menunjukkan azan seakan-akan memanggil untuk bertemu illahi,,ku bertafakur seketika tatkala lambaian azan sayup-sayup menyelusuri di hati ini,,,,ku bertasbih,,ku bertahmid kehadapan tuhan rabbul alamin,,,ku menjadi hina dan daif pabila lambaian tu sentiasa didengari,,,ku bertafakur,,
gelora hati bak buih dipantai memecah ombak,,,,,ku duduk ditikar sembahyang,,,bertasbih,,bertahmid memuji kebesaran tuhan,,,hati mula sebak pabila mengenangkan dosa yang selalu ku lakukan,,,ku berdosa pada MU YA ALLAH,,ampunlah diriku ini YA ALLAH,,,teringat akan dosaku ini membuatkan hati ini sentiasa merintih untuk meminta keampunan kepada MU,,,,YA ALLAH ADAKAH AKU LAYAK UNTUK SYURGAMU,,,
hari berganti hari,,,terpaksa hati ini ku lalui nya juga,,walaupun aku dihina,,,aku dikeji,,aku dimaki,,,aku redha YA ALLAH,,,,walaupun uijian yang engkau datangkan pada ku ini terlalu berat sehingga pernah seketika waktu aku menjadi futur akan uijian mu,,,,,YA ALLAH berilah kekuatan pada hambamu ini ya allah,,,aku lemah ya Allah,,aku tidak terdaya akan menanggung ujian mu ini ya allah,,,ko lepaskan aku dari ujian ini ya Allah,,,seandai hidupku ini sudah tertulis begini aku redha YA ALLAH,,,aku terima balasan mu ini diatas dosaku kepada mu,,,
mengenang kembali lembaran sejarah hidupku,,,aku berasa menyesal diatas apa yang berlaku,,,hidupku kotor,,hidup ku jijik,,,hidupku hina ketika itu,,,syaitan menjadi panduan ku,,,,syaitan menjadi sahabat ku,,,syaitan menjadi kekasihku,,,aku menyesali,,,,begitu bodoh hidupku ketika itu,,,kenapa semua ini harus terjadi,,seandainya nafsu ku ini dapat dikawal mungkin dapat ku gambarkan hidup ku seindah cahaya matahari yang dapat memberi manfaat kepada seisi alam,,,namun itu angan-angan kosong yang tidak boleh ku putar kan kembali masa silamku,,,,airmataku mengalir mengenangkan dosa-dosaku yang silam,,,,ya ALLAH dapat kah diri yang hina ini sedikit keampunan yang boleh kau palit kan keatas diri ku,,,,dapat kah,,,,
ayah,ibu,abang,akak,,,maafkan adik,,,hari adik semakin hampir,,,adik tak dapat nak bersama kalian,,adik bersalah kepada kalian,,adik berdosa kepada kalian,,,adik menipu kalian,,,adik tidak belajar belajar bersungguh-sungguh di universiti,,adik tidak menerima ijazah sebenarnya,,,adik tidak dapat memakbulkan permintaan kalian untuk adik menjadi seorang doktor,,,adik banyak menghabiskan wang kalian semata-mata untuk menjalani kehidupan adik yang songsang,,,adik bercinta dengan seorang lelaki yang banyak membantu adik disini,,tapi disebabkan adik tidak mampu untuk mengawal nafsu,,adik turuti segala kehendak teman adik,,,adik tidak belajar,,,,adik berfoya-foya,,,segala yang ibu dan ayah ajar tentang agama adik tinggalkan demi kepentingan hidup adik,,,adik lupa ALLAH,,,adik lupa semua syariat ALLAH,,,adik abaikan segala perintahNYA,,,maafkan adik AYAH,IBU,ABANG,AKAK,,,adik berdosa pada kalian,,,adik malu untuk bertemu kalian,,,adik tidak mahu kalian menanggung malu atas perbuatan adik,,adik dihidapi penyakit yang tidak ade penyembuh nya,,,biarlah adik membawa diri ini,,,adik malu dengan kalian,,,,maafkan adik,,,,,
terasa hati ini sudah pergi untuk selam-lama nya,,,aku akur dengan MU YA ALLAH,,,malam menghidupkan heningnya,,,lantas ku persiapkan diri ini untuk menghadap MU,,,aku membentang tikar sejadah,,,,ku bertahajud,,,ku bertaubat,,,ku bermunajat keatas RABBUL IZZATI,,,air mata berjujuran seakan tahu apa yang dimaksudkan oleh hamba MU yang hina dan kerdil ini,,,sakitku mula terasa mencucuk-cucuk sanubariku,,,seakan-akan masa yang telah dinantikan sudah tiba,,,,aku kuatkan semangat,,,hati ini sering barkata diriku milik MU,,,diriku ini milik MU,,,YA ALLAH AKU REDHA DENGAN KEHENDAKMU,,,MATIKAN AKU DALAM IMAN,,,MATIKAN KAN AKU INI SEBAGAI HAMBA MU,,,JAUHKAN DIRIKU BELENGGU SYAITAN NIRRAJIM,,,malam yang sayup-sayup ini menjadi saksi keatas pemergian ku ini,,,,tikar sejadah menjadi tempat berakhirnya kehidupanku sebagai khalifah dibumi,,,
ibu ayah abang akak ADIK PERGI DULU,,,,ADIK TAK DAPAT NAK TUNGGU KALIAN,,,,adik tidak mahu kalian menatap kematian adik,,,,cuma satu sahaje yang adik mahukan dari kalian redhakanlah pemergian adik ini,,,doakanlah kehidupan adik disini ditempatkan bersama-sama para-para solihin,,,,adik sayang kalian,,,,janganlah tangisi pemergian adik ini,,,adik tunggu kalian disana,,,,adik rindu kalian,,,,,,,,,,,
nukilan: MAS
tarikh: 5/03/2009
masa: 2.17am