Thursday, April 30, 2009

salam untuk ikhtibar bersama,,bersyukurla dgn apa yg ade,,jgn asyik bersungut je bila tak berkenan didepan mata,,,semua rezki tu dari ALLAH,,klu kite tak berkenan dgn ape yg kite ade ibarat kita telah menolak pemberian ALLAH,,INGAT TU KAWAN2,,,




Wednesday, April 29, 2009

karipap bujang,,,hehehe

karipap yg dah siap,,yg cantik dah abis,,tinggal yg ni je,,last2 minute,,hahaha

ni semua aku n kwn2 yg klim,,cantik tu,,,ni dulang no 2,,
ni dulang yg pertama,,yg ni kurang jadi sikit,,coz tepung lembut,,,





tlh dibulat2 kan,,,cantik tak,,hehehe
hahaha,,teka sape punya tgn,,







inti ni aku masak lps breakfast,,,mmg sedap,,tak dinafikan lagi,hehe


p/s: nila karipap bujang,,korg yg kat luar tu jgn malas nk wat ye,,lg2 akhwat,,mesti pandai,,aku yg laki pun pandai,,hahaha














isntitusi mufti dalam ikatan!!!

bila aku melihat n mengkaji blog sesorang mamat mmg ade betul pun yg mengatakan mufti malaysia ni di politikkan,,sepertimana kita lihat pada zaman rasulullah yg mana hukum nya yg dikeluarkan terus melalui rasulullah dengan perantaraan al-quran dan juga assunnah,,boleh aku ibaratkan mufti negara kita klu di ikutkan logik nya byk fatwa yg boleh mereka keluarkan seperti rancangan berbentuk maksiat malaysian dreams girl,,cara2 politik dalam islam,,,cerita yg membawa unsur2 lucah,,namun semua itu tidak diendahkan,,,bukan itu sahaja byk lagi,,,ape2 pun ia ibarat ibarat semua itu tidak penting,,aku bukan nya mahu menolak kerja mufti,,kecewanya aku disini adalah sebab pengaruh mufti melalui kerajaan,,,,ade ke patut hukum yg dikeluarkan mufti yg berpandukan quran assunnah tidak dipedulikan kerajaan,,disini kite melihat institusi mufti tidak lagi penting dikerajaan malaysia,,,mana tak nya kabinet boleh mengeluarkan hukum tanpa merujuk org yg alim seperti mufti,,seperti kes ridzuan abdullah yg baru memeluk islam,,bagaimana untuk menentukan nasab anak selepas memeluk islam,,aku tahula kat kabinet tu ade seorang ustaz yg boleh aku kata kan alim la jugak,,insyallah,,tapi kite kembali kepada perlembagaan setiap hukum yg berkaitan dengan perkara yg boleh menjejaskan maruah islam haruslah kite merujuk kepada pihak mufti,,,,mufti la yg paling layak untuk menentukan kestabilan sesebuah agama,,,klu kerajaan yg wat keputusan buat apa lagi untuk kita menubuhkan sebuah institusi mufti dinegara kita,,adakah itu merugikan duit kerajaan,,? aku disini bukan untuk protes tapi tak puas hati kenapa kerja mufti ada campur tangan pihak kerajaan,,mufti cakap betul tapi kerajaan endah kan,,ade ke patut,,macam kat perak la jom heboh,,,,harus sani siap cakap bende tu tak leh,,tapi si zambry tu on je,,,mmg tak guna!!!,,


p/s: satu pengharapan agar institusi mufti tidak lagi ber boskan kerajaan,,mufti bos die hanya AL-QURAN DAN SUNNAH sahaja,,,tak de yg lain,,

Tuesday, April 28, 2009

Menahan Lapar Semalaman Kerana Menghormati Tetamu

Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku ?"Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lau isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya."Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu,

Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

p/s: ade sorang mamat ni tak suka bila tamu dtg,,,sape org tu,,cuba teka,,,anda ke? hehehe

3 Questions

There was a young man who went overseas to study for quite a long time. When he returned, he asked his parents to find him a religious scholar or any expert who could answer his 3 questions. Finally, his parents were able to find a Muslim scholar.

Young man: Who are you? Can you answer my questions?

Scholar: I am one of Allah (SubHana Wa Ta`ala )'s slaves and insha-Allah (God willing), I will be able to answer your questions.

Young man: Are you sure? A lot of Professors and experts were not able to answer my questions.

Scholar: I will try my best, with the help of Allah(SubHana Wa Ta`ala).

Young Man: I have 3 questions:1. Does God exist? If so, show me His shape.2. What is takdir (fate)?3. If shaitan (Devil) was created from the fire, why at the end he will be thrown to hell that also created from fire. It certainly will not hurt him at all, since Shaitan (Devil) and the hell were created from fire. Did God not think of it this far?

Suddenly, the Scholar slapped the young man's face very hard.

Young Man (feeling pain): Why do you get angry at me?

Scholar: I am not angry. The slap is my answer to your three questions.

Young Man: I really don't understand.Scholar: How do you feel after I slapped you?

Young Man: Of course, I felt the pain.

Scholar: So do you believe that pain exists?

Young Man: Yes.

Scholar: Show me the shape of the pain!

Young Man: I cannot.

Scholar: That is my first answer. All of us feel God's existence without being able to see His shape.

Scholar: Last night, did you dream that you will be slapped by me?

Young Man: No.Scholar: Did you ever think that you will get a slap from me, today?

Young Man: No.Scholar: That is takdir (fate).

Scholar: My hand that I used to slap you, what is it created from?

Young Man: It is created from skin.

Scholar: How about your face, what is it created from?

Young Man: Skin.

Scholar: How do you feel after I slapped you?

Young Man: In pain.

Scholar: Even though Shaitan (Devil) and also the hell were created from the fire, if Allah wants, insha-Allah (God willing), the hell will become a very painful place for Shaitan (Devil). SUBHAAN ALLAH!

p/s: sama2 la kite meyakini yg ALLAH itu berkuasa dari sgala yg berkuasa,,,satu je yg penting sentiasa husnu zon billah,,


Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.
Sabda Nabi SAW:

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat mua'akad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam.
Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah.

Syarat-syarat sah solat berjemaah:
1. Berniat mengikut/menjadi imam (untuk solat Jumaat sahaja, dan tidak diwajibkan bagi solat-solat yang lain).
2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.
3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.
4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.
5. Tidaj mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.
7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur, Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.
8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.

Semasa berniat, seseorang itu disunatkan menambah perkataan makmuman (makmum lelaki), makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan. Solat seseorang itu tetap sah walaupun tidak berniat menjadi imam/makmum, melainkan ketika solat Jumaat.
Antara syarat untuk menjadi imam:
* Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum.*
Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain.
* Imam itu sudah mumaiyiz.

Terdapat sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Imam ialah yang menanggung pembacaan, apabila baik pembacaannya maka pahala untuk dirinya dan untuk mereka (makmum) dan jika rosak pembacaannya maka dosanya ialah di atas dirinya sendiri, dan bukannya atas mereka (makmum).”

Dalam solat berjemaah bersama satu makmum, maka makmum itu kedudukannya di sisi kanan imam, asalkan tidak terkehadapan ataupun sebaris dengan imam.
Sekiranya hanya ada satu makmum dalam solat berjemaah, dan makmum pertama sedang berdiri di tepi kanan imam, lalu disertai pula seorang lagi makmum, maka imam disyaratkan maju ke hadapan atau makmum yang pertama berundur belakang (tidak melebihi tiga langkah) ke saf bersama makmum kedua.
dengan artikel tentang solat jemaah ini akan menjadikan kita ini lebih suka ke masjid,,or solat berjemaah dirumah,,,,,mungkin lepas ni kite boleh mengubah diri kita kepada yg lebih baik,,
p/s: artikel ni sempena untuk mereka yg tinggal hidup membujang,,yg dah kawin tu aku husnu zonla sebab mereka jemaah bersama laki bini,,yg bujang ni camne plak,,hehehe

Sunday, April 26, 2009




MEXICO CITY 25 April – Seramai 68 orang maut akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi, lapor Setiausaha Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova.Menurut beliau, sekurang-kurangnya 1,004 yang lain pula sakit dipercayai akibat penyakit yang sama.(gambar - ORANG ramai memakai penutup hidung dan mulut berbaris untuk memasuki Hospital Besar Mexico City, kelmarin.– AP/REUTERS)Sebanyak 13 daripada 20 kematian tersebut berlaku di Mexico City, empat di San Luis Potosi, dua di Baja California berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS) dan satu di selatan Oaxaca.Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan pihak berkuasa semalam telah mengarahkan penutupan sekolah, muzium, perpustakaan dan teater, bagi membendung penyebarannya.Virus baru yang merisaukan itu, yang mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini, turut mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang sakit di Texas dan California, walaupun masih belum ada kematian dilaporkan di Amerika Syarikat (AS).‘‘Kami sangat sangat bimbang. Kita sedang berdepan dengan satu virus baru dan ia tersebar daripada manusia kepada manusia,’’ kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham.Penyebaran virus selesema babi itu menimbulkan suasana cemas di Mexico apabila orang ramai mula mengenakan topeng muka dan pihak berkuasa mengarahkan penutupan tempat-tempat tumpuan umum secara meluas.Orang ramai diminta tidak datang ke hospital melainkan benar-benar memerlukan rawatan kerana premis itu menjadi ‘pusat’ penyebaran wabak. Selain itu, orang rami juga diminta berhenti seketika daripada bersalam tangan atau mencium pipi. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City, setiap penumpang disoal bagi menghalang sesiapa yang mempunyai petanda demam daripada menaiki pesawat.Presiden Felipe Calderon berkata, kerajaannya hanya mengetahui tentang bahaya virus itu kelmarin, dengan bantuan makmal antarabangsa.‘‘Kita akan lakukan apa yang perlu, kita juga faham betapa seriusnya perkara ini,’’ katanya selepas mengadakan pertemuan dengan barisan Kabinetnya sebagai respons kepada penyebaran wabak itu.Dalam pada itu, sekumpulan panel pakar WHO sedang bersidang bagi menimbangkan sama ada untuk mengumumkan amaran berjaga-jaga wabak atau mengeluarkan larangan perjalanan.‘‘Ia mungkin sudah terlalu lambat untuk mengekang wabak itu daripada merebak,’’ kata seorang pakar, Dr. Michael Osterholm dari University of Minnesota. – AP






P/S: NAK CARI BAKAL ISTERI SEPERTI GAMBAR DIATAS,,,

Saturday, April 25, 2009

cat,,











p/s: aku mmg uka kucing tapi tak suka pegang,,tak tau napa,,


Anak ikut agama asal ibu bapa bercanggah syarak...

untuk keterangan lebih lanjut pihak PMRAM telah mengeluarkan draf cadangan bg kes bekas penganut Hindu yang kini memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah, 40,,,lawati laman www.pmram.org

p/s: dalam hal ni pihak kerajaan kene rujuk org yg lebih arif,,,jgn terlalu cepat dlm mengeluarkan hukum,,,

tidur,,


Tidur adalah normal, sesuatu yang biasa. Ia adalah satu tempoh untuk individu merehatkan dan memulihkan badan dan mindanya. Lebih kurang 10% hingga 20% populasi mengalami insomnia. Kebanyakan orang dewasa memerlukan 6 hingga 7 jam tidur setiap malam. Keperluan ini berbeza daripada individu kepada individu lain. Ada individu yang mampu berfungsi dengan baik hanya dengan 4 jam tidur. kanak-kanak memerlukan masa tidur yang lebih daripada orang tua.


APA BERLAKU JIKA TIDAK TIDUR?


Ingatlah bahawa belum ada orang yang mati kerana kurang tidur. Tidak dapat tidur malam sekali sekala tidak akan menjejaskan sangat kesihatan fizikal atau mental. Pekerja-pekerja waktu malam akan mengalami gangguan tidur semalam-dua selepas bertukar masa kerja. Pengembara jarak jauh yang menyeberangi kawasan masa akan mengalami "jet lag" iaitu terbangun ditengah malam atau merasa mengantuk diwaktu siang. Jika individu tidak tidur beberapa malam, beliau akan merasa sukar untuk membuat keputusan dan perasaan ('mood') akan terjejas. Perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada individu yang mengendalikan mesin-mesin berat atau memandu.Kekurangan tidur kerana masalah-masalah kecil boleh diatasi tanpa berjumpa doktor - Amalkanlah cara tidur yang sihat.


AMALAN TIDUR YANG SIHAT


Jika anda bermasalah untuk tidur, disini ada beberapa panduan yang boleh menolong anda tidur dengan baik :
Cuba biasakan diri masuk tidur pada masa yang sama dan bangun pada masa yang sama.
Pastikan tempat tidur dan biliknya selesa - tidak terlalu panas dan tidak terlalu bising.
Sebelum tidur lakukan senaman ringan tanpa membebankan badan anda.
Cuba relaks sebelum tidur misalnya membaca atau mendengar musik ringan.
Jika ada sesuatu yang tidak boleh diselesaikan, cuba tuliskannya sebelum masuk tidur dan beritahu diri anda ia akan diselesaikan pada esok harinya.
Jika tidak dapat tidur, jangan berbaring dan risau tentangnya. Bangun dan buat sesuatu yang boleh memberi ketenang seperti membaca, menonton TV atau mendengar muzik.
Jika anda tidak dapat tidur semalaman, jangan cuba tidur pada keesokkan harinya - ia akan menyukarkan anda tidur pada malam berikutnya. Jika anda terlalu letih masuklah tidur lebih awal pada malam berikutnya.


Perkara-perkara berikut yang perlu dihindari :


Minum teh, kopi dan minuman ber 'cola'. Susu suam boleh membantu.
Minum alkohol dengan banyaknya, membuatkan anda rasa hendak tidur tetapi ia kemudian akan pasti membuatkan anda berjaga sepanjang malam.
Makan atau minum banyak ke larut malam.
Selalu guna pil tidur - ia digunakan untuk sementara waktu sahaja dibawah arahan doktor.


p/s: sape yg tak leh tdo aku refer korang pegila mesir,,best giler,,nikmat yg tak hingga,,hehehe



uji minda,,,


Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil
gantang jemurkan pala,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa ekor di kepala?


Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara, ahli bait lama
makin diisi makin ringan.?


Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya si gula batu,
Kalau tuan orang yang pandai,
Apa binatang tulangnya satu.?


Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?




p/s: ni pantun budak sekolah,,cuba2 la jawab,,,aku pun pening ,,,hehehe

Wednesday, April 22, 2009

kepenatan,,,,

salam,,,


selama seminggu ni aku byk menghabiskan masa kat asrama,,,bukan abiskan masa dgn main2 tapi dgn study,,bukan aku tak nak study kat umh,,,tapi kasih sayang aku kat bilik tu masih sama seperti dulu,,bilik tu byk meninggalkan kenangan bg aku yg sudah 2 thn setengah duduk disana,,,selesai maghrib aku mulakan aktiviti biasa dgn membaca,menghafal,dan mengulang al-quran untuk juzuk yg bakal aku hadapi dalam peperiksaan tu nanti,,mmg nmpk sikit tapi itu la madah yg paling aku geruni sampai sekarang ni,,,yela memerlukan kerajinan yg tinggi,,,klu malas seolah-olah telah menempa dhoif dalam resullt yg akan muncul pada bulan lapan nnt,,minta dijauhkan la,,,

selesai isyak aku pun menggerakkan diri ni ke bilik kesayangan 202 dalam mengulang kembali quran dalam mase sejam,,,,,,dalam masa beberapa harini ,3 buku yg telah aku study diantaranya muqoron,usul fiqh dan juga bahs,,,kesemuanya sudah aku buka tapi semuanya tidak abis2 aku bacanya sampaila skgni,,harap2 abisla,,,mmg byk nak di baca tapi itu la yg akan kuar pada peperiksaan kelak,,nak tak nak aku tak leh lah nak ade rase malas nk bace,,,,kene kuat kan semangat untuk membaca even aku ni pemalas tapi demi untuk mencapai matlamat supaya thn ni thn ni menjadi saksi untuk aku gembira kan family dgn result yg baik,,,amin,,,ape2 pun thanks bro hakim u sanggup terima saya as a ahli bait even aku ni dah nak dekat 6 bulan duk luar tapi masih aanggap aku ni sebagai ahli bait seperti dulu,,,i know u r very kind to me,,thanks a lot for everything,,

beberapa arini mmg aku study sampai lewat malam,,nak balik umh pun rase malas je,,kawan2 pun menasihati aku agar balik esok jela,,aku pun turuti nasihat lalu memilih teratak mana yg sesuai untuk beradu,,aku tak memilih untuk tidur dibilik sendiri,,,tapi transit tidur di bilik "zul fumi" dan juga ameer shipuden di bilik 402,,,,mmg pada awalnya aku tak terniat nak tdo bilik tu tapi ade invitation from zul to stay there,,aku pun ikut jela,,,mmg die bdk yg baik,,even umur die beza setahun aku lebih selesa muamalat dgn panggilan kau aku,,,yg best ttg mamat ni die macam bdk2 n bolah dikatakan dengan istilah manja,,,jgn mare zul,,hehehe,,,aku pun dah anggap die sebagai kawan baru merangkap adik la,,,konon2 nya,,tapi bukan adik angkat,,adik angkat bleh bla,,,lagi satu yg best beberapa kali aku tdo kat bilik die,,baru satu pijat yg berjaya menjejaki leher aku ni,,,alhamdulillah,,pijat pun faham nak ikram tetamu,,yg malang nya kat zul,,setiap hari pijat menyerang die,,sabo bro,,itu dugaan musim panas,,,klu tak de pijat tak best bro,,sekkurang-kurang nya walaupun ko tak menderma secara jelas, senyap2 ko telah mendermakan darah kat pijat,,hahahaha byk pahala tu,,,ape2 pun aku ucapkan thanks to u bro,,,

for the last word,,aku pun dah nk bla dari keyboard ni,,byk bende nak wat lps ni,,,,mungkin klu ade masa kite bertemu kembali dgn diary2 yg boleh kite manfaatkan bersama,,,doakan kejayaan bersama,,jgn kedekut doa,,doa itu silah mukminin,,doa dari kawan yg kite tidak tahu lebih cepat dimakbulkan dari doa yg kite tahu sapa orgnya yg doakan untuk kite,,

p/s: teringat kat zul,,die kate pijat ni dtg dari org lama,,siap bawak dari msia lagi,,,,hahahaha

Tuesday, April 21, 2009

Semangat timba ilmu pudar

SAYA seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Selama ini, saya main-main dan tidak serius menimba ilmu.Apabila melihat rakan berjaya, semangat untuk bersaing itu bertambah. Masalahnya, kadangkala saya tidak dapat fokus ketika belajar dan ia membuatkan semangat untuk bersaing itu pudar.
Dr, apa yang harus saya lakukan? Saya juga ingin berjaya seperti rakan lain.

Insan Lemah,
Kuala Lumpur

Dr ucapkan tahniah kerana adik mempunyai keinginan untuk serius dalam pelajaran. Iman Al Ghazali ada mengatakan ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. Seterusnya, menuntut ilmu adalah takwa, menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulang-ulang ilmu adalah zikir dan mencari ilmu adalah jihad.Persaingan yang sihat dalam pelajaran boleh membuatkan individu itu lebih bermotivasi dan ingin berjaya dalam hidup. Ada beberapa petua untuk adik fokus dalam pelajaran iaitu dengan mencari tempat belajar yang bebas atau kurang gangguan. Ini sangat penting untuk adik mudah mencerna maklumat. Selain itu, adik juga perlu membentuk sendiri strategi untuk belajar seperti bila, di mana dan berapa banyak yang adik ingin pelajari. Disiplin adalah elemen yang sangat penting jika adik ingin fokus pada pelajaran. Tentukan sendiri peraturan belajar dan ia perlu diikuti. Apa yang penting, adik harus selalu memberi motivasi dan mengingatkan diri mengapa adik perlu belajar. Buat jadual belajar sendiri serta ikuti kuliah dengan bersungguh-sungguh. Selain itu, jumlah jam belajar berbeza antara satu individu dengan individu lain. Lebih baik seseorang itu belajar dalam jangka waktu yang pendek tetapi kerap kerana maklumat yang adik boleh peroleh selalunya hanya pada satu jam yang pertama. Adik juga perlu selalu mengulang kaji pelajaran untuk menguatkan ingatan. Kajian yang dibuat mendapati sesuatu perkara yang dibaca dan jika tiada pengukuhan dalam masa 24 jam, individu hanya akan dapat mengingati 35% daripada maklumat itu dan selepas 24 jam seterusnya, hanya 10 % ingatan yang kekal. Untuk lebih mengingati apa yang sudah dipelajari, adik boleh gunakan beberapa cara. Antaranya belajar bersama-sama dengan rakan dan terjemahkan apa yang sudah dipelajari dengan menulisnya semula. Luahkan juga apa yang dipelajari dengan suara yang kuat. Adik juga boleh terjemahkan apa yang dipelajari dengan membuat senarai peristiwa. Belajar istilah dan simbol baru. Hubung kaitkan maklumat yang dipelajari dengan apa yang adik ketahui atau pengalaman yang ada. Jika adik fokus dalam pelajaran, adik boleh berjaya seperti rakan lain.


p/s: Meminjam kata-kata Iman Al-Ghazali, bersungguh-sungguh engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan. Selamat berjaya.

sumber dari surat khabar my metro

salam,,,

apa kaba semua,,,harap2 sihat-sihat belaka la semua,,,aku tak tau nak tulis ape kat blog ni,,,cuma satu bende yg terfikir tulis jadual pekse takhaluf,,,

3/5: al-quran syafawi
9/5:bahas nassi
11/5: al-quran tahriri,,

klu korang tgk tarikh 11/5 tu wat aku sebak je,,nak tau kenapa itu la tarikh mak aku lahirkan aku kat dunia ni,,,mmg setiap tahun aku pekse kat mesir ni mesti tarikh keramat tu menjadi tarikh exam,,tp itu tak membuatkan tarikh tu amat penting bg aku,,yg penting exam aku,,exam la yg jd cermin untuk kehidupan aku kelak,,,tarikh lahir tu tiap tahun boleh sambut,,tp exam ni waktu nya terhad untuyk 4 tahun je,,aku tak nak tambah tahun,,sakit tu,,cukupla thn ni aku tambah setahun,,,bg mereka yg sewaktu dgn aku belajarla rajin2 jgn duk main depan komputer je,,,komputer tu tak menjamin mase depan,,,kite kene ingat waktu sebegini perlula untuyk kite membahagikan masa yg secukupnya untuyk menghabiskan membaca n mengulangkaji pelajaran,,,marilah kita naik tahun sama ye kawan,,yg tak nak naik thn tu teruskan perjuangan dalam menghabiskan masa dengan main,,,hehehe,,

p/s: kwn2 doakan kejayaan bersama,,jgn kedekut doa ye,,tak baik,,,gud luck,,,

Monday, April 20, 2009

salam,,

25 Tabiat Melambangkan Sikap Suka Berfikiran Negatif


Anda memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:

1. Memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.


2. Anda memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.

3. Anda cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.

4. Anda selalu mengomen, mengkondem, mengkritik, hentam belakang.

5. Anda suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga Anda.

6. Tak pernah terfikir untuk merasa bersyukur, bahkan ia takde guna bagi Anda.

7. Tak pernah meminta maaf dan tak mahu melafazkan kemaafan.

8. Sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada Anda.

9. Anda banyak bercakap untuk menampakkan Anda tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tak penting bagi Anda kerana mereka hanya tahu sedikit saja, tak setanding Anda.

10. Anda suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.

11. Lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.

12. Sakit hati melihat orang lebih berjaya dari Anda atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari Anda.

13. Anda menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar Anda sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.

14. Cakap tak berlapik, tak sopan, main hambur ikut suka hati.

15. Mahu orang lain respek Anda, tapi sukar untuk Anda respek orang lain kerana berbuat begitu memalukan Anda.

16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat Anda marah.

17. Menganggap diri Anda kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.

18. Anggap apa yang Anda miliki jauh lebih hebat, pencapaian Anda lebih hebat dan Anda tak sanggup dikalahkan.

19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.

20. Tak nak berubah, selesa kekal dengan yang ada.

21. Mahu orang lain mengikut saranan Anda, langsung tak menghormati keputusan mereka.

22. Berlagak seolah-olah Anda orang penting ketika berada dalam sesatu majlis keramaian.

23. Amat menjaga sembahyang, tapi mulut memaki-maki.

24. Berjanji insya Allah, tapi asyik mungkir janji.

25. Suka mempergunakan, memperalatkan kejujuran dan kebaikan orang.

p/s: Biar orang kritik kita, jangan kita mengkritik sebab itu akan memfull-powerkan pemikiran negatif yang ada dalam diri kita. Banyakkan yang positif supaya dapat mengurangkan yang negatif. Pemikiran negatif sukar untuk dibuang, tapi boleh dilatih untuk menjadi semakin mengurang.

Friday, April 17, 2009

Penyakit Stadi Last Minit


Masalah ramai pelajar universiti atau kolej adalah penyakit stadi (study) last minit. Cemana nak ubah penyakit ni?
Apa cara nak mengubahnya?. Sikap stadi last minit boleh dikategorikan sebagai sikap bertangguh, sebab Anda bertangguh nak mengulangkaji pelajaran. Sebab tu yang terkandas sampai terstadi last minit.
Student yang suka bertangguh, maknanya dia student yang tak ada target. Dia tak ada matlamat nak dicapai lalu dia menangguh-nangguh kerja mengulangkaji, anggap study untuk exam tu sesuatu yang remeh.
Tak penting pada dia. Mungkin, dia masuk U sekadar suka-suka nak kenal kengkawan baru atau nak tekel awek baru. Mungkin saja, mungkin!
Tu pasal bila tiap kali nak stadi, hati dia kata, “Alaaa. Nantilah stadi, aku nak tengok TV dulu.” Boleh jadi juga, dia lebih mementingkan tidur dari stadi atau selalu relaks lebih banyak dari stadi.
Dia kata, “hek elleh. Nantilah stadi pasni, aku nak relaks dulu.” Ada beberapa student yang saya kenal, lebih banyak berjalan-jalan dari stadi, sebab katanya biar stadi last minit supaya cepat masuk semua apa yang dibaca. Masalahnya, boleh ke masuk ilmu time kepala sesak gitu, time last minit sebelum esok pagi nak masuk dewan exam?
Terimalah hakikat. Anda stadi last minit sebab Anda tak nak skor dalam exam. Ye dak? Anda cuma nak sekadar pass saja, asal dah boleh lepas. Mindset Anda berkata, Anda mahukan skor yang sederhana saja. Tak nak menyekor result tinggi.
Sesuatu kerja yang dibuat last minit biasanya dilakukan dalam suasana kelam kabut. Nak cepat. Kesannya, kualiti kurang.
Dalam sesetengah kes, makin berterabur jadinya. Minda kita ni semakin dipaksa, ia jadi semakin lemah, makin tak prodaktip (productive). Cayalah.
Kereta bila semakin dipaksa dalam keadaan yang kelam kabut, semakin kuat mem”vrooooomm” dia punya enjin, last-last jadi semakin panas lalu meletup. Stadi last minit akan membuat Anda makin tertekan.
Nak mencegah perangai study last minute, paksalah diri untuk study awal-awal. Kasi disiplin diri Anda tu sikit, er, disiplinkan diri Anda tu banyak-banyak! Untuk kebaikan Anda juga.
Jangan ikut sangat cakap kengkawan yang kata study awal buang masa. Ini Anda, itu diorang. Anda ikut cakap diorang, Anda sendiri yang cari susah. Kalo dia genius sampai boleh skor walaupun stadi last minit, itu dia. Bukan Anda. Kenapa ikut stail dia? Sesuai ke dengan Anda? Dah test ke sure boleh skor sebelum ni?
Bila Anda susah, diorang tak nak masuk campur. “Ha ko susahle sendiri” kata diorang. Diorang kasi ketawa lagi sebab Anda diperbodoh-bodohkan oleh kata-kata diorang. Jangan jadi mangsa kawan sendiri walaupun Anda kenal benar kawan Anda.
Anda perlu jadi diri Anda sepenuhnya bukan dibentuk oleh kata-kata kawan Anda. Student cemerlang adalah student yang tahu, sebenar-benar tahu apa yang dia nak capai.
Study kat U ni tak sesusah study time tingakatan 5 atau tingkatan 6 atas. Jadi, amik le kesempatan untuk skor tinggi time di universiti. Sky is the limit!
Sepatutnya, Anda kena bersyukur sebab dapat masuk belajar di universiti. Ramai orang kat luar sana tak dapat masuk U, terpaksa cari kerja dalam usia muda. Anda kira dah bertuah. Jangan sia-siakan peluang.
p/s: semua ade hak menentukan cara study yg berkesan untuk diri sendiri,,,,tapi jgn sampai cuai hingga lupa terlupa tajuk bila study last minute,,

Bagaimana Nak Bersemangat Ketika Emosi Negatif Menyerang


Satu perkara paling penting yang perlu dilakukan ketika Anda tertekan adalah memfokus fikiran pada hasil. Anda sudah pasti sedang mengusahakan sesuatu ketika ini. Pasti kita mengusahakan sesuatu sama ada ketika di dalam rumah atau di luar rumah. Mungkin, anda sedang mengusahakan sesuatu masakan mengikut resepi sendiri dan Anda berusaha menjadikannya sedap dimakan. Anda mahu usaha Anda berhasil, iaitu menjadikan masakan Anda sedap dimakan.
Mungkin, anda sedang melakukan sesuatu tugasan dalam waktu kerja Anda dan Anda mahu menyiapkannya secepat yang boleh dengan kualiti seOK yang boleh. Anda mahu ia berhasil, iaitu siapnya cepat dan kualitinya hebat.
Mungkin, Anda sedang mengusahakan perniagaan Anda. Anda memfokus pada usaha meneliti produk, memberi khidmat pelanggan atau melakukan promosi dan Anda juga mahu usaha Anda itu berhasil. Anda mahu barang jualan Anda laris. Walau apa jua yang Anda lakukan, apa jua Anda yang Anda usahakan, Anda mahukan hasil.
Di kala emosi Anda merundum atau ketika Anda tidak bersemangat, ubah fikiran kepada niat mahu menghasilkan sesuatu dengan baik sekali. Fokus pada output. Tumpukan perhatian pada apa yang Anda mahu hasilkan, apa yang Anda mahu ada.
Kemudian, sibukkan diri mencapainya. Biar momentum tercipta dalam proses itu, ibarat sebuah kereta yang sedang berjalan, berjalan dan terus berjalan.
Biarkan ‘kereta’ itu hanya akan berhenti pada destinasinya, iaitu target Anda (di sinilah nampak pentingnya Anda perlu ada target dan matlamat). Setelah apa yang Anda mahu dah berjaya dicapai, barulah Anda berhenti berusaha. Jika nak terus berjaya, set lagi target baru, matlamat baru.
Emosi banyak dikawal oleh tindakan, perkataan dan fikiran. Kawal 3 perkara ni, Anda dah boleh kawal mood Anda juga emosi Anda. Perubahan emosi banyak dipengaruhi oleh perubahan tindakan, perubahan perkataan-perkataan yang berada di fikiran Anda. Nak bersemangat ketika emosi negatif menyerang, pertama sekali Anda kena ada target.
Dalam pelajaran, rumah tangga, kerjaya atau perniagaan, Anda kena ada target supaya Anda ada momentum. Bila dah ada momentum, walaupun perasaan tak bersemangat datang menyerang, ia hanya akan sekejap saja kemudian berlalu pergi sebab kerana fikiran Anda dah berubah pada hal lain bukan pada apa yang membuat Anda down. Target kena ada, walaupun ia kecil. Janji ada! Kat situlah kita boleh berubah jadi bermotivasi.

“Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan untuk memajukan diri sendiri.”

salam to all my fren,,
sekian lama aku tidak bersua muka bersama kalian,,bukan niat ku untuk menjauhkan diri,,tapi menjauhkan diri bg mencapai kecemerlangan ku,,,peperiksaan semakin hampir bagaikan malaikat maut datang untuk mencabut si sang manusia,,,semakin dekat ia semakin takut untukku hadapi,,,namun perasaan begitu aku cuba untuk mengawalnya agar prestasi dalam kehidupan ku tetap stabil seperti dulu,,,betullah kata mereka yg berilmu bila sesuatu yg dtg menduga kita hanya iman sahaja yg layak untuk menghalang nya,,,begitu juga kepada peperiksaan,,,hanya buku sahaja yg boleh menghalang kegagalan,,,aku gagahkan diri agar diri ini tidak terjerumus kelembah kegagalan,,,aku sgt takut untuk menempa kegagalan,,,kegagalan bg ku sebagai racun dalam diri ini,,,yg susah untuk kita jauhkan tapi boleh dihalang dgn kejayaan,,,manusia sudah dilahirkan dgn fitrah insani yang hanya mahu kecemerlang,,bukan nya kegagalan,,mungkin sesuatu yg mustahil bg mereka yg mahukan sebaliknya,,,mungkin org tu adalah org yg tidak mempunyai arah tuju dlm kehidupoan seperti org gila bila tidak berakal,,,aku harap kalian bukan org yg seperti yg ku katakan tadi,,,,,untuk akhirnya sebagai peringatan bersama cari ilmu bukan untuk menempa sijil tapi ilmu itu sendiri,sijil adalah wasilah dalam mencapai matlamat dalam kehidupan,,,,sebagai hamba ALLAH yg banyak melakukan kesalahan ,aku azuan or adam memohon seribu kemaafan kepada kalian seandainya dalam penulisan,perbuatan,mulut ku ini mengguriskan kan hati kalian,,,dan satu pengharapan dari ku agar kalian dapat mendoakan diri ku ini berjaya dalam peperiksaan yg akan tiba tidak lama lagi,,,maafkan ye,,,,

p/s: doakan aku mudah hafal dlm madah yg aku bawak ni,,,lagi satu doakan kejayaan umat islam ye,,,

Monday, April 13, 2009

laskar pelangi

Friday, April 10, 2009

p/s: pening kapla nak pilih yg mana satu,,kesian kat pengundi,,,

Thursday, April 9, 2009

gadis seksi


nak tahu siapa di ats tu,,tula anak-anak malaysia yg akan menjadi teras kemajuan ummah,,,amat menduka citakan apabila ada anak gadis dari keluarga islam yg sanggup menayangkan dirinya dengan menonjolkan seluar dalam dan juga baju dalam,,,amat malang jua kepada ibubapa yg selalu memberi sokongan keatas anak mereka yg sudah tidak ade harga diri lagi,,inikah dikata melayu islam,,,amat malang jua kepada pemerintah yg selalu kita hormati seperti mufti2 yg ade hak untuk memberi dan mengeluarkan hukum bg mengharamkan rancangan ini,,,,dimana letaknya maruah islam sekiranya penhalallan program yg mempunyai anak gadis yg lahirnya sudah ada title islam,,,,

saya tidak mahu menyalahkan sesiapa, tapi mereka yg saya sebut diatas adalah satu wasilah dalam pembentukkan  sebuah masyarakat yg mempunyai ketamdunan yg tinggi,,bukan gambar seperti gadis diatas memakai baju nipis yg mahukan tonjolkan aset berharganya  menjadi tatapan umum,,,,,adakah ini sudah dikatakan sebagai masyarakat tamadun!!!!

p/s: kita boleh kata haram,tapi org tak dengar,,bagaimana mufti pula yg mempunyai kuasa dalam memberi fatwa!!! 

SITI NURHALIZA-LELAKI



*THANKS AKHI PENDUGA ARUS,,SEDAP LAGU NI,,

p/s: cuba untuk menjadi seorang penjuang agama,,insyallah,,TAKBIR!!!

kabinet


Perdana menteri - 
Datuk Seri Najib Razak 

Timbalan perdana menteri - 
Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah 

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak 

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah 
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan) 

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin 
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan) 

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat 
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan) 

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan) 

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan) 

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim 
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan) 

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan) 

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal 
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan) 

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin 
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan) 

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan) 

Menteri sains, teknologi dan inovasi 
Datuk Dr Maximus Ongkili 
Fadillah Yusof (timbalan) 

Menteri sumber asli dan alam sekitar 
Datuk Douglas Uggah Embas 
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan 
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan) 

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan) 

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan) 

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan) 

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek 
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan) 

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan) 

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan) 

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan) 

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan) 

Menteri luar
Datuk Anifah Aman 
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan) 

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)


p/s: harap2 yg baru ni tak menjadi pak turut najib,,,

Wednesday, April 8, 2009


salam,,,

ape kaba2 semua,,asyik tulis blog tapi lupa untuk menanya kaba kepada pelawat2 blog aku ni,,,aku doakan semua yg melawat sihat2 belaka dan hidup sentiasa dirahmati oleh ALLAH,,,arini tak de cerita untuk diceritakan,,cuma untuk bersapa dan bertanya kaba kepada sahabat-sahabat yg melawat blog ni sahaja,,,aku begitu terharu kepada sahabat sekalian kerana sudi melawat blog ni,,,thanks fren,,,,first anggapan aku bile mula2 membuat blog tertanya-tanya,,adeke org nak bace blog aku ni,,,tapi untuk mencuba sesuatu yg lain, aku cuba jua untuk membuat satu blog yg mempunyai unsur2 available,,,semua ade,,,seperti mana yg korang lihat skg ni,,resepei ade,agama ade,cerpen ade,,n macam2 lagi la,,ape yg membuat aku seronok sahabat2 yg melawat blog ni semakin bertambah,,nak tahu jumlah nya berapa,,rahsia,,hehehe,,thanks ye fren,,,aku seronok ngn kalian,,kerana kalian la aku dapat mendapat byk maklumat yg selama ini aku tidak tahu,,blog kalian pun power giler,,best n byk input,,,klu boleh sahabat selalu la update ye,,tak sabar nak bace blog korg,,klu tak update nnt terlupa yg aku ni ade blog kalian,,jgn lupa update ye,,aku pun akan cuba untuk update,,insyaallah,!!! okla selamat bertemu kembali dgn entry yg baru,,,

p/s: sahabat2 klu visit blog aku tu jgn lupa letak alamat ye,,lagi2 kat chatters tu,,aku pun nak tgk blog korg,,lagi satu jgn lupa bg komen yg membina,,

Monday, April 6, 2009


Kek Coklat

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )


2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

==============================


** Topping **


1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk


p/s: aku mesti cuba,,,klu jadi aku nak bukak kedai kek,,impian ku..


From: Puteri Kayangan
Date:Apr 3, 2009 4:51 PM
Subject:Warkah CInta Berbau Syurga


Tuhan, engkau berikan kepadaku sekeping hati yang lemah hingga aku tidak pandai membela diriku. Aku sering tertindas dengan situasi. Aku mudah dipersalahkan namun tidak tahu mempersalahkan orang. Aku benar-benar berasa walah.
Wahai Tuhanku, aku mahu menjadi diri sendiri. Diri yang memiliki kekuatan dan keberanian. Diri yang mampu memberi keadilan kepada diri dan orang di sekelilingku. Aku tidak mahu diperlekeh. Aku tidak mahu memandang diriku sebelah mata. Aku mahu menjadi manusia hebat!
Wahai Tuhanku, aku buikan para sahabat yang hidup di zaman baginda Muhammad. Aku bukan pahlawan Badar dan Uhud. Aku bukan para soldadu yang berjuang di medan Khandaq. Namun, aku mohon supaya sedikit keberanian mereka dicebisi untuk diresapkan ke dalam nubariku. Tuhan, aku benar-benar mahu berjuang untuk…Untuk membangunkan diriku yang dhaif ini.


p/s: jgn merasakan diri itu hebat,,hebat tu dtg nya dari ALLAH,,,




salam,,,




aku arini nak tulis status ym kawan aku kat blog ni,,bukan ape aku dah tak de idea nak tulis ape kat blog ni,,,petang2 ni otak jd stuck yg terfikir bende2 yg merepek je,,ape2 pun my fren maaf ye klu aku tulis status korang kat blog ni,,hehehe




1) ahmad taufiq: ALLAH sebaik-baik penguat dan penguasa,,(betul tu)


2)aizam: pi keluarkan peluh,,,(petang 2 ni sesuai untuk bersukan,,bgs2)


3)ayung_sayang87: gempur subuh!!!,,( gempur je bg bangun sikit yg liat t


u,,hahaha,,)


4)azfar: syukran wat sahabat2 yg bantu ana,,(tak pe kami bantu yg patut2 je)


5)azizy azizi: jom sapa nak g city star,,(baru je pegi semalam beli barang umh)


6)bkasm65: selamat ke kuliah,,pakat ramai2 g kuliah,,(kuliah aku tak full sebab iadah,,hahaha)


7)timah suraya: malam ni ade fiqh mauduie kat umh penang,,(pegi2 jgn tak g,,jgn malas)


8)lan alan: sifar vodofone,,(tak fhm ape si lan ni tulis,,)


9)ma.ha: kehabisan credit,,zaujah ku bisnes topup vodofon & itisalat le10,,(patut dicontohi oleh wanita 2 dalam membantu suami tercinta,,)


10)marul: main bola di suk suyarat,,(sama macm aizam kuar peluh)


11)zura: headace,,(sabo ye zura sakit tu boleh menghapuskan dosa)


12)huda: i really miss family,,(huda relax ye,,ko kat msia pun rindu apatah lagi aku ni yg 3 thn tak lik,,,lagi rindu...)


13)ucop: kuliah,persatuan,tafaquf,tutorial,,(kena pandai manage time la,,tak pandai bahaye tu)


14)razi: YA ALLAH ku pohon hidayah mu,terangila hati kami dgn nur imanMU,,(AMEEN,,,)


15)siti azurah: berusaha n berusaha,,(jgn putus usaha,klu putus nmpk kite lemah dalam iman)


16)timah haziz: esok penetu segalanya,,(tgk jela timah,,ape esok ape akan terjadi..yg pntg perancangan mesti disediakan untuk esok,,jd tak jadi hanya ALLAH SAHAJA YG TENTUKAN)


17)zulaikha: tiap jalan pembuka jalan untuk kembali kepada ALLAH,,(btul hanya DIA tmpat mengadu)




semua status yg aku tulis mempunyai mesej yg tersendiri,,perlunya kite bermuhasabah dalam setiap perbuatan yg kita lakukan,,,jgn duk muhasabah sahaja tapi tak ubah,,,




p/s: semua status baik2 belaka,mungkin ini adalah satu jln dakwah kepada manusia,,sikit tapi berguna kepada semua,,

Saturday, April 4, 2009

Orang yang melukai hati

Orang yang melukai hati orang lain, melukai hatinya sendiri.

Orang yang otaknya cerdas, tiada gunanya kalau hatinya kaku.

Berikanlah kegembiraan hati barang sesaat kerana hati itu apabila

penat boleh menjadi buta.

Apabila hati busuk maka tujuan pun turut menjadi busuk.

Kerendahan hati adalah dasar yang kukuh bagi segala kebajikan.

Apapun yang kita lakukan, lakukan dengan hati² dan perhitungkanlah

akibatnya.

Berhati-hati datangnya daripada Allah, terburu-buru datannya

daripada syaitan.


salam,, alhamdulillah selesai sudah urusan untuk menghidupkan iqomah(visa),,tapi itu baru sahaja mentaqdim,,ade lagi perjuangan yg belum untuk ku selesaikan iaitu mentaslim,,taslim adela satu perkara yg membuatkan hati sentiasa sakit dan penat tatkala menunggu berjam-jam,,,bukan setakat 1 atau 2 jam,,tapi memakan mase 7 jam,,bayangkan kalau kite dimalaysai dimana tempat yg sudah kita sampai tatkala mase sudah berlalu 7 jam,,,hahaha,,fikir2 kan la,,ape2 pun bukan semua yg dapat bertemu masa 7 jam tu,,tapi org2 terpilih sahaja,,macam kawan serumah ku arini begitu tabah hati nya untuk mendapatkan cop penghidupan warga asing di mesir,,hahaha,,,segala penat lelah sudah dibayar dengan kegembiraan,,,tapi itu mereka yg sudah mentaslim la,,tapi aku ni masih seperti org yg bergelar pendatang,,faham2 jela ye,,,masih hidup ketakutan,,,masih hidup seperti katak dibawah tempurung,,,(bg ayat best je,,hehehe),,,itu semua cerita disebalik mahu mendapatkan iqomah,,,satu lagi yg aku mahu kongsikan pada kalian tentang memastikan persedian sebelum membuat urusan,,macam akula pagi tadi barula nak terhegeh-hegeh nak tulis borang iqomah,barula nak cari dokumen untuk memastikan perjalanan ku lengkap dengan tanpa dokumen tertinggal,,,,,,itu semua very2 worse,,,tp alhamdulillah semua aturan telah dimudah kan oleh ALLAH,,,syukur pada MU YA ALLAH KERANA PERMUDAHKAN URUSAN HAMBAMU INI,,,,,perkara last2 minute nmpak macam tak penting tapi itula satu perkara yg boleh merosakkan kan segala kehidupan kita suatu hari kelak,,contoh nya klu keje pejabat,,,klu la masih mengamalkan sikap2 last2 minute i think boss will say get lost my worker,,u not deserve it to work at my company,,,aku n kalian mesti tak nak bende ini terjadi dlm kehidupan,,ia sgt memalukan dan sekali gus merangkap habit yg boleh memalukan diri kita dlm semua keadaan,,,even dalam solat,,,ingat ye dlm solat pun tak leh nak lambat2 kan,,ia satu dosa,,,sudah tersedia satu neraka keatas mereka yg melewat-lewatkan solat,,nak tahu neraka ape,,neraka willlllllllllllllllllllll!!!! ooo,,takut nya,,,,,,marila sama-sama kite memperbetulkan diri ini dgn membuang sifat buruk dengan serta merta,,tak dapat serta merta pun,,perlahan-lahan,,lama2 hilang la tu,,,u can do it,,!!!!

p/s: seimbangkan dengan duniawi n ukhrawi,,klu keje lain boleh wat awal bukan solat pun tak leh awal,,,,,

Friday, April 3, 2009


salam,,, tak de yg lebih menggembira apabila dapat bertemu rakan2 apabila waktu cuti ni,,lagi2 ari jumaat,,,lps je solat jumaat aku pun relax la kat umh sementara menunggu panggilan dari ketua u ku ateng,,,first2 aku ingat tak dela,,boleh la layan cita gak,,,tapi selang setengah lps solat jumaat,,telefon berdering,,"helo wan dtg kat umh marnawi ade usrah,,,",,hati ni pun berkata-kata sinisla,,"ek ele,,,aku nyirap betul la arini ade program arini la baru nak gtau,," relax dan sabar terlintas di ruang fikiran,,tak pela demi untuk merapatkan usrah yg sudah jauh terpisah selama seminggu ku turutkan jua hati,,walaupun hati ni berat untuk melangkah jauh,,pergila,,,,,sampai je kat umh fren aku marnawi,,kwn2 sedang berborak-borak sementara menunggu kedatangan ku,,,alhamdulillah sampai jugak la ka rumah fren aku tu,,,air sudah dihidang dgn persaan yg tak malu terus je meneguk air untuk menghilangkan kepenatan berjalan,,,mulala sesi bermesra-mesra sambil diisi dengan perbincangan ilmiah,,,nak tahu perbincangan apa yg kami wat,,,hahaha,,besela bincang isu semasa kat malaysiala,,tapi itu sekadar perbincangan ilmiah tak de la sampai provokasi,,,hehehe,,selesai sudah sesi bual-bual,,apalagi wat la suara aduh lapar nya perut ni,,hahaha,,gurau2 je,,rupa2 nya menjadi kenyataan,,,tak sangka plak marnawi masak untuk kami,,,tak kisah la masak ape yg penting bleh kenyang kan perut aku ni,,,mee goreng masakan yg lama tak ku mkn,,dgn penuh selera ku menjamah tanpa mempedulikan org kiri kanan ku disebabkan semalaman ku tidak mkn,,,alhamdulullah,,jimat duit aku arini,,,hahaha,,,thanks marnawi n ahli bait,,,!!! selesai mkn bincang pula minggu depan rumah sapa plak,,,umh rosli lah,,sambil berbincang nak masak ape,,aku pun dengan selera tinggi terus mengeluarkan idea merangkap idea yg kekal tanpe perlu diubah,,nasi impit,kuah kacang n rendang haikal,,,tak sabar rasenya nak tunggu minggu depan,,,okla aku pun nak rehat n tdo coz esok aku perlu menjalan kan satu misi menghidupkan iqomah(visa),,tak de visa ibarat aku ni pendatang asing la,,,,,tak nak jd macam org asingkan kat malaysia,,malu beb,,,,muka baik tapi pendatang,,malu siot,,,,jumpa esok ye,,,,,

p/s: pilihla kwn yg boleh mencerminkan diri kita,,,,,bukan kwn yg menghancurkan kita,,mashi!!!!


Tahukah anda, apa puncak dari semua ibadah. sekiranya diperhatikan, puncak ibadah haji adalah wukuf atau berdiam diri di Arafah, puncak ibadah puasa adalah i’tikaf artinya juga berdiam diri. Dalam sholatpun, yg paling utama adalah tumakninah. Setiap ganti gerakan sholat kita dianjurkan untuk diam sejenak, begitu pun dlm bacaan shalat, dianjurkan ada jeda antara ayat yg satu dgn ayat berikutnya. Ternyata puncak dari ibadah adalah DIAM.

Begitu juga, dalam pergaulan seharian, ternyata ibadah paling mudah adalah berdiam diri.

Berdiam diri daripada berkata-kata sesuatu terutama yang boleh membawa dosa; menyakitkan hati dan merosakkan kebahagiaan ; baik kebahagiaan orang lain mahupun kebahagiaan diri sendiri.

apa yang ada pada mulut sehingga boleh membawa mala petaka besar?

pernah dengar pepatah

1. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

2. kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

itu antara pepatah melayu, bagaimana dengan hadis Rasul?

1.”sesungguhnya diam itu mengandungi 6000 kebaikan”

2. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata benar atau diam.”, hadits diriwayatkan oleh Bukhari.

Maka, sesungguhnya diam itu manfaatnya besar.

banyak berkeluh kesah membuatkan ujian semakin berat, maka lebih baik berdiam diri tetapi bukan berdiam mati sebaliknya berdiam memuhasabah, memerhati dan mentaakul. ‘

kerana muhasabah, penilitian dan pentaakulan yang benar akan menambahkan ketaqwaan dan menjadikan ujian bertambah manis.

banyak mengadu domba akan memburukkan keadaan, lalu berdiam diri itu jauh lebih baik dan membawa kebaikan.

banyak mengumpat itu dosa, lalu berdiam diri itu adalah pahala.

merasa marah itu membuka laluan syaitan dalam diri, apatah lagi marah yang diluahkan melalui kata-kata, kerana waktu marah, syaitan bermaharaja lela dan menguasai diri, kita akan bercakap sesuatu yang menyakitkan hati agar orang merasai apa yang kita rasa, kesannya jauh lebih buruk, lalu berdiam diri adalah pilihan terbaik. berdiam ketika marah menutup pintu masuk syaitan dalam hati manusia, tatkala marah hilang, kita akan rasa syukur yang amat kerana mampu mengawal diri.

namun, dari sudut lain, berdiam perlu bijak. berdiam untuk kemanfaatan bukan untuk kemudharatan. maka, pilihlah masa , saat dan ketika untuk berdiam diri.
p/s: klu aku ni diam sgt pun tak leh,,,lagi2 org kutuk2 ni rase nak bg kaki je,,hahaha,,jgn tiru sifat aku ye,,x baik,,hehehe

Lelaki, makanlah banyak sayur


Lebih daripada dua pertiga kaum Adam adalah obes. Adakah ini petanda masanya sudah tiba untuk mereka mengubah tabiat pemakanan?


LELAKI dan wanita sememangnya berbeza. Bukan sahaja dari segi gender, penampilan, perilaku dan reaksi malah, juga dari aspek pemakanan.

Satu kajian baru yang melibatkan lebih 14,000 peserta dari 10 negeri di Amerika mendapati, pengambilan makanan berdaging adalah lebih tinggi di kalangan lelaki.

Kaji selidik yang berlangsung menerusi panggilan telefon ini turut mendedahkan wanita mengambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka.

Piza beku, burger beku dan makanan-makanan Mexico adalah antara makanan pilihan kaum lelaki. Pun begitu, mereka masih cenderung mengambil sayuran seperti asparagus, brussel, kacang pea, kacang tanah dan pucuk-pucuk sayur.

Selain itu, lelaki juga lebih gemar mengambil makanan stik yang tidak masak sepenuhnya, burger dan makanan bertelur. Makanan-makanan ini biasanya mempunyai risiko pencemaran yang tinggi dan berpotensi membuatkan anda jatuh sakit.

Wanita sebaliknya lebih kerap mengambil tunas-tunas alfalfa mentah yang pernah dikaitkan dengan keracunan makanan kira-kira 15 tahun lalu.

Keprihatinan kaum wanita terhadap kesihatan dengan mengambil makanan yang menyihatkan turut dibuktikan dalam satu kajian baru oleh Yayasan Majlis Maklumat Pemakanan Antarabangsa (IFIC).

Pengambilan makanan sihat bukan hanya untuk mengekalkan tahap kesihatan secara menyeluruh malah bagi memperbaiki rasa kenyang dan keadaan sistem pencernaan mereka.

Menurut Pengarah Kesihatan dan Nutrisi Yayasan IFIC, Wendy Reinhardt Kapsak: "Tidak terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita tentang pandangan terhadap jenis makanan yang diambil. Memang jelas mereka mempunyai tahap keutamaan dan keadaan berbeza yang mempengaruhi tabiat pemakanan dan nutrisi mereka."

Keperluan nutrisi wanita adalah lebih unik dan bukan sahaja berbeza daripada lelaki. Tambahan pula, keadaan ini juga berubah sepanjang kehidupan mereka.

Bermula dari zaman remaja, wanita lebih memberi tumpuan kepada makanan yang kaya dengan kalsium, vitamin D dan menyediakan satu pemahaman asas terhadap pengamalan tabiat yang baik.

Ini kemudiannya berterusan kepada pengambilan antioksida pada usia 20-an dan 30-an sebelum menjadikan kesihatan jantung satu keutamaan sebelum mencecah 40 tahun ke atas.

LELAKI lebih gemar mengambil makanan yang terdedah kepada risiko pencemaran tinggi seperti stik separuh masak dan burger.

Dalam pada itu, seorang pakar diet bertauliah, Dr. Chris Mohr yang telah mengarang ratusan artikel mengenai tahap kecergasan dan nutrisi kaum lelaki berkata: "Saban kali dalam sesuatu masyarakat, kita sering terlebih makan tetapi masih tidak memperoleh nutrisi mencukupi."

"Pengambilan nutrien yang betul sememangnya boleh memberi kesan kepada perasaan, tahap tenaga dan mengurangkan risiko mendapat penyakit sepanjang hidup anda. Berikan perhatian kepada sayuran dan buah-buahan termasuk makanan tinggi serat dan lemak omega-3 adalah penting untuk mengoptimumkan kesihatan dan kecergasan anda."

Sayuran dan buah-buahan mengandungi pelbagai nutrien yang penting untuk badan. Vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang mampu membantu mengurangkan risiko pelbagai kanser, penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi.

Jadi, mengapa lelaki memerlukan hidangan sayuran dan buah-buahan yang lebih banyak berbanding golongan Hawa?

* Lebih daripada dua pertiga kaum Adam adalah obes. Malah, lelaki juga mencatatkan kadar kematian lebih tinggi untuk sesetengah jenis penyakit berbanding wanita.

* Lelaki adalah dua kali ganda lebih cenderung mendapat kanser paru-paru, satu kali ganda memperoleh penyakit jantung dan kanser kolorektal.

Oleh itu, biarpun sebab utama lelaki lebih cenderung memakan asparagus berbanding wanita belum dapat dijelaskan, sekurang-kurangnya kajian ini membawa satu mesej penting. Lelaki mungkin perlu mengubah gaya pemakanan mereka mulai hari ini.

p/s: jgn lupa solat juga slh satu untuk makanan rohani,,klu sihat tak de rohani tak guna gak,,,

Thursday, April 2, 2009


Khamis 2 April 2009 | 6 Rabiul Akhir 1430 Hijrah

Siti Nurhaliza, Dato' K temui Nik Aziz

Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir
Thu | Apr 02, 09 | 7:34:54 pm MYT

KOTA BHARU, 2 April ((Hrkh) - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin hari ini melakukan kunjungan hormat terhadap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut.
Iklan




� Ketika ditemui selepas kunjungan itu beliau melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan.

"Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat.

"Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa.

"Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," ujarnya.

ImageBeliau berkata, Menteri Besar Kelantan seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar berlangsung kira-kira setengah jam turut dihadiri suaminya, Dato' Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan 'Dato' K'.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan 'Siti' mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana diundang membuat persembahan pada majlis Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda malam tadi.

Sempena kunjungan itu, Siti turut menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar juga menyampaikan cenderahati kepada mereka.

Pada pertemuan tersebut Dato' K juga bertanya tentang kesihatan Menteri Besar yang dihidapi sebelum ini.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar dan pejabat berdekatan turut mengambil peluang bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar. - mj/mks.�� _

p/s: doa bersama agar siti boleh menjadi pendakwah seni,,,,,

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat