TAKB
Takbir Muqaiyad
ilahi anta maQsudi waridhoka mathlubi
Posted by adam at 3:11 AM 0 comments
salam,,, selamat hari raya eidul adha kepada sahabat2 yg dirahmati ALLAH... bila raya haji mungkin yg akan terungkap dibibir mengenai pengorbanan,,,apakah itu pengorbanan? dan apakah pengorbanan itu ketika raya haji sahaja? atau ade org yg memang tak sanggup untuk berkorban, tak kisah la berkorban harta atau manfaat...
aku bukan la layak untuk mengatakan apa itu pengorbanan,,tapi cukup la sekadar diri aku untuk mengatakan apa itu pengorbanan!!!! pendapat aku sendiri mungkin aku khususkan kita masyarakat dimalaysia yg hanya tau bila raya haji meraka tahu korban lembu,kerbau dan kambing,,,sekadar tau pengorbanan harta,,,memang ia adalah dituntut didalam islam untuk kita menyingkap kisah silam dizaman nabi ibrahim dimana diperintahkan oleh ALLAH untuk mengorbankan anaknya nabi ismail untuk disembelih,,,
memang bagus untuk memenuhi tuntutan agama dalam mengorbankan binatang2 untuk disembelih ketika raya haji,,tapi apa yg penting untuk kita nilai sekarang ini adalah maksud tersirat didalam kisah nabi ibrahim itu sendiri,,bagaimana sanggup untuk menyembelih anaknya ismail,,
tapi bagaimana pula kita? kita hanya tahu untuk korban sahaja!!! tapi adakah kita sanggup korbankan diri kita kepada ALLAH...SANGGUP KAH!!!!!! sanggupkah kita korbankan diri untuk menuruti perintah ALLAH,,,bg aku untuk solat lima waktu pun tak sanggup dikorbankan walaupun waktu nya taklah sepenjang hari,,,,klu nak ikutkan sebahagian dari kita termasuk aku masih lagi sanggup mengorbankan masa untuk ketempat-tempat hiburan,,,tempat beli belah,,,dan sewaktu dengan nya,,berapa orgkah yg sanggup untuk korbankan masa untuk solat di masjid2, surau2 dan sewaktu dengan nya,,,
ramai org yg sanggup untuk korbankan duit untuk perkara yg tidak faedah dengan mengeluarkan duit untuk perkara yg tidak memberi manfaat pada diri,,,sanggup beli itu dan ini,,tapi berapa orgkah yg sanggup korbankan duit untuk di infakkan kepada meraka yg memerlukan dan sewaktu dengan nya,,, korban itu maksudnya luas,,,tapi kita sahaja yg suka sempitkan dengan perkara sebegini,,,korban untuk raya haji sahaja!!! hakikatnya ia lebih dari apa yg dijangka....
p/s : aku pun diantara org2 diatas,,,doakan aku untuk berubah,,,beri aku kekuatan...
Posted by adam at 1:55 PM 0 comments
cinta
ia sebuah cerita yg menarik untuk dipertontonkan kepada masyarakat agar dapat membuka mata supaya masyarakat menilai sebuah percintaan bukan terletak pada nafsu tapi terletak pada nilai2 keislaman. mungkin selepas menonton cerita ini antum wa antunna sekalian sedar betapa mulianya mereka yg bercinta berlandaskan syariat ALLAH.
pengorbanan
jalan cerita ini juga bukan lah meletakkan cinta semata-mata tapi untuk melihat bagaimana kesanggupan siswa khairul azam dalam membantu keluarga sedangkan waktu yg patut dilakukan adalah belajar semata-mata, tapi apakan daya sebagai ketua keluarga beliau sanggup mengorbankan masanya untuk membantu keluarga dlm mencari rezki.
usaha
tatkala melihat mas azam menangis ketika beliau melihat natijah ditembok batu kuliah azhar anda akan sedar betapa susahnya untuk mendapatkan keputusan yg terbaik dlm result di azhar, sembilan tahun menunggu tapi berjaya juga akhirnya, bg meraka yg tidak tahu pasti akan mengatakan "duduk sembilan tahun wat pe kat sana,,melancong ke ape". semuanya bermula pada usaha dan diakhiri dengan doa, itulah kunci kejayaan.
teringat dengan kata2 seorang ustaz pernah berkata pada aku " wan, jgn sangka org yg balik 4 thn alatul tu semuanya berjaya kat malaysia,,hakikatnya meraka itu adalah golongan yg ALLAH hantar pulang kerana tidak bersungguh-sungguh dlm mencari ilmu ALLAH,, sebab itu meraka alatul,,,dan ada juga yg 4 thn alatul balik dengan mencipta kejayaan di malaysia kerana ALLAH menghantar mereka pulang kerana mahukan org sebegini untuk menjalankan misi dakwah" dan ada juga yg duduk lama bukan disebabkan mereka tidak pandai atau malas, tapi mereka adalah org yg diberi peluang oleh ALLAH untuk mencari ilmu dengan sebanyak mungkin...oleh itu jgn nilai seseorang sebelum kamu menjejaki ke mesir dan belajar dahulu" itulah kata seorang senior kat aku...
p/s: sebenarnya kami klu amik result tak de nangis macam mas azam...klu nangis gembira pun kat dlm bilik,,nangis kecewa pun dalam bilik,,,
Posted by adam at 12:08 PM 0 comments
WANITA SOLEHAH
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
p/s: untuk lelaki anda mahu wanita solehah,,sebelum mencari yg solehah jadikanlah diri anda seorang yg soleh dahulu,,,
Posted by adam at 11:28 AM 0 comments
Posted by adam at 10:54 AM 0 comments
salam,,, mungkin arini aku nk gtau secara terperinci mengenai adab2 ketika bertandang dirumah org,,lebih2 lagi kita masih belajar,,, memang ada kalam yg mengatakan tamu ni membawa rahmat tapi mari kita melihat bagaimana tetamu yg boleh kita kata sebagai org yg membawa rahmat,,,org yg membawa rahmat ini akan tahu adab2 ketika bertandang, meraka akan bertanya khabar, tahu limit time to ziarah, tahu menjaga privacy org mereka tandang, dan bertandang dengan tujuan yg baik,,,
yg ini pula bg tamu yg membawa mudharat pada tuan rumah...tetamu seperti ini bukan mahu bertandang untuk bertanya kan khabar tapi mahu mengambil kesempatan terhadap tuan rumah dari semua segi,,,contoh nya mereka ingat tuan rumah tu sporting tapi pada hakikatnya tuan rumah pun ada perasaan,,,jgn ingat bila tuan rumah tu sporting kita boleh sesuka hati nk wat macam umh kita,,,
bila dah jadi tetamu kita mesti tahu limit time untuk duduk kat umah tuan rumah,,,bukan duduk berjam-jam sehingga kan menimbulkan rase tidak senang tuan rumah terhadap tetamu...ia akan mendatangkan sakit hati kepada tuan rumah,,, kita mesti tahu time bila harus kita ziarah,,,look time tuan rumah la,,,jgn semua waktu nak ziarah, tak salah ziarah,,tapi klu ziarah dah macam wat umh sendiri payah la,,ingat! tuan rumah pun ada privacy nya sendiri,,,
ape2 pun jadilah tetamu yg terbaik,,,jadilah tetamu yg membawa manfaat kepada tuan rumah dan khususnya pada tamu itu sendiri,,,dan bukannya tamu yg boleh mengundang mudharat pada tuan rumah,,
p/s: yg penting jalinkan hubungan tetamu n tuan rumah dengan baik,,,bila tuan rumah tak suka faham2 la kenapa?
Posted by adam at 1:00 PM 0 comments
Posted by adam at 8:31 AM 0 comments
salam,,, mungkin arini aku tak byk nk bg input yg berguna,,just nk cakap aku stress,,sgt stress memikirkan masalah org,,,tapi insyallah aku cuba untuk mengatasi masalah aku ni,,mungkin masalah peribadi,,,aku cuba yg terbaik,,,,doakan aku,,,
penyakit hati dapat dihilangkan dengan beristigfar,,,,,,
p/s: cuba menjadi seorang yg terbaik,,,dan cuba untuk memahami org sekeliling,,,
Posted by adam at 1:27 PM 0 comments
salam,, alhamdulillah selesai juga akhirnya taklimat tentang mushrif,,,,sebenarnya aku bukan lah yg terbaik dlm menyampaikan sesuatu yg penting untuk acara sebegini tapi aku cuba jua untuk mencapai yg terbaik dlm menjalankan tugas yg telah diamanahkan kepada aku,,,alhamdulillah semuanya selesai,,,
kepada mereka yg mengikuti taklimat aku sebentar tadi aku, aku ingin meminta maaf diatas kalam2 yg kalian tidak sukai,,,aku bukan la yg tebaik tapi aku cuba sampaikan apa yg sepatutnya dalam memenuhi tuntutan agama,,,satu yg aku harapkan cuma mahu kemaafan dari kalian,,,
kepada sesiapa yg mahu menegur aku atau apa2 pun cuba sampaikan kepada aku secara menerus,,,jgn sampaikan dr seorang ke seoarang,,,setiap kesalahan harus ditegur,,tp akulah org yg melakukan kesalahan itu,,,,,aku juga layak ditegur,,,oleh itu tegurla aku,,,
ok, selamat malam,,,ngntuk sgt ni,,lps ni ade program lain plak,,,
p/s: jgn bangga dengan jawatan kerana jawatan itu yg akan menentukan kita baik buruknya pada masa akan datang,,,
Posted by adam at 2:12 PM 1 comments
salam,,,
bagaimana untuk menghormati org lain,,,?
dulu aku susah untuk menghormati org lain,,sampaikan aku tidak peduli akan kesusahan org sehingga kan ramai yg menganggap aku ni sudah buta dalam menilai erti kehidupan,,,memang itu dulu semua,,,,,
aku mula mengerti nilai kehidupan setelah aku menjejaki kesatu negara yg penuh barakah,,,aku mula belajar sedikit demi sedikit ttg erti persahabatan,,aku mulai belajar bagaimana menghormati org tua,,dan juga aku mula belajar bagaimana untuk mengasihi org yg susah dan juga miskin,,,, jgn la kita sombong dan bongkak dibumi ALLAH ini kerana disisi DIA begitu hina dan terlalu kerdil,,,siapakah kita? apakah dengan kesombongan itu dapat memberi kebahagian didunia? tentu sekali tidak!!!!! tidak percaya cuma kita lihat bagaimana firaun laknatullah telah dihancurkan ALLAH dengan sekelip mata sahaja,,,,itu firauan!!! bagaimana kita pula? mahu sebegitu kah kita,,byk lagi contoh untuk diperlihatkan tapi cukup la sekadar firaun yg sombong tu,,,
org yg sombong tak kemana,,,cuma kita beruntung disebabkan kita berada diummat akhir zaman,,,zaman yg begitu beruntung dari ummat yg terdahulu,,,,pintu taubat begitu luas,,,cuma kita sahaja yg perlu mengejar pintu itu,,, aku berharap aku adalah org yg sempat untuk pintu itu,,,doakan aku agar aku menjadi seorang yg tawadduk dlm menfaatkan hidup yg diberkati ALLAH,,
anda pula bagaimana?
p/s: cuba yg terbaik,,,jgn jadi seperti aku ketika dahulu,,,jadilah manusia yg dihormati....
Posted by adam at 12:43 AM 0 comments
salam,,, selama satu hari dihari jumaat aku terasa yg diri aku ni kurg bermuhasabah,,,mungkin merasakan diri sudah hebat sedangkan hakikat yg ada pada diri tak sehebat org yg hebat,,,apa lah diri aku ni,,,sebab tu aku merasakan setiap perbuatan yang salah yg pernah aku lakukan akan kembali berulang dengan disebabkan tidak bermuhasabah,,,,,mungkin disebabkan itu manusia tidak boleh tidak mesti sentiasa bermuhasabah dengan tidak kira hari,,,
kenapa kita perlu muhasabah,,,?
jawapan aku kita bukan org baik pun,,,kita sentiasa melakukan kesilapan,,,kita juga sentiasa melakukan kesalahan,,,tapi dlm masa yg sama kita mesti sentiasa memperbaiki diri agar lebih berhati-hati dalam menilai mana yg hak dan yang batil,,,klu tak muhasabah yg batil akan didahului dari yg hak,,,terlalu suka melakukan kesilapan sehingga die merasakan yg silap itu adalah betul,,,sebab itu kuasa muhasabah itu penting untuk diri,,,klu tak sebaliknya la kita ni,,,
ape2 pun jgn la muhasabah tahi ayam....muhasabah hari ini,,esok dh wat balik bende yg sama,,,klu arini sama macam semalam rugi,,,klu lagi teruk zalim,,,,tapi kita mahukan arini lebih baik dari semalam,,, klu ada penambahan just tambah kat komen je,,ok bye,,selamat malam,,,ngantuk giler ni,,,
p/s: untuk muhasabah program selalunya sama,,,bila nk yg terbaik,,,? bukan nak makan je kot,,
Posted by adam at 12:54 PM 0 comments
MASA...
Sabda baginda Nabi S.A.W:"Dua nikmat dari ALLAH yg ramai manusia terpedaya dgnnya iaitu nikmat SIHAT & KELAPANGAN."
Pembahagian waktu seorang hamba ALLAH:
1)WAKTU TAAT : Ia mengakui anugerah Allah kpdnya berupa hidayah dan taufiq dari NYA.
2)WAKTU NIKMAT : Ia mnsyukuri segala nikmat yg telah dianugerahkan oleh ALLAH kpdnya.
3)WAKTU MAKSIAT : Ia segera beristighfar dan bertaubat di atas setiap kesilapan yg telah dilakukan.
4)WAKTU UJIAN : Ia mampu bersabar dgn sgala ujian dan bersangaka baik terhadap ketentuan ALLAH.
Waktu telah berbicara dan berbisik kpd dirinya:
"aku sentiasa hidup"
"aku xblh bertukar ganti"
"aku musnah ktika tiba waktu peredaran diriku"
"aku umpama pedang,jikalau engkau xmemotongku nescaya aku akn mmotong kamu"
"aku xblh disimpan utk digunakn dihari mndatang"
"aku diberikan kpd manusia secara adil dan sama rata"
"aku xblh dijual beli"
"aku xblh ditambah"
"aku jg mnyebabkn kmu ditanya dan dihisab di hari kiamat nnti"
P/S: AMIK DARI SAUDARI SAKINAH,,,,APA2 PUN MARI MUHASABAH BERSAMA,,,
Posted by adam at 7:55 AM 0 comments
dimana sayap kiri ku,,,,
sudah lama aku impikan seorang puteri untuk dijadikan sebagai sayap kiri,,,namun semua itu tidak kesampaian kerana cintaku hanya separuh jalan,,,mungkin ade hikmah kenapa? tapi aku lalui juga dengan hati yg tenang,,mungkin semua itu seabagai satu pencaturan bg diri untuk menyiapkan diri agar lebih matang untuk menilai apa itu sebuah institusi kekeluargaan,,,
kadang2 ada juga perasaan cemburu apabila melihat kawan2 ku sudah berumah tangga,,,tapi kita sebagai hamba ALLAH yg bujang ini hendaklah menjadikan mereka contoh untuk kita pada masa hadapan,,,jadikankah mereka sebagai mentor ke gerbang perkahwinan,,,
tapi sehingga sekarang kenapa hati aku begitu susah untuk membuka pintu hati untuk seorang wanita,,,adakah aku ini seorang yg agak pemilih atau pun lebih selesa dengan keadaan sebegini sampai bila2,,,cuma aku berharap agar aku golongan yg akan diberikan seorang yg sudi untuk melengkap aku dengan separuh keimanan kerana bila seseorang sudah berkahwin ia telah meneyempurnakan separuh dari imannya,,,
untuk akhirnya aku ini memang seorang pelajar,,tapi aku berhak untuk dicintai sepertimana siti khadijah mencitai suaminya,,,seperti aisyah mencintai kekasihnya,,,mungkin sudah tiba untuk aku membuka hati untuk seorang yang bergelar perempuan,,,
p/s: cinta perlu dicari bukannya menunggu...tapi biarlah sesuatu itu dibuat atas niat kerana ALLAH,,
Posted by adam at 7:31 AM 0 comments
gambar abstrak,,,
salam,,, alhamdulillah,,aku bersyukur kerana dapat menyelesaikan beberapa urusan kuliah dlm sehari ini,,,walaupan setiap urusan disini memerlukan kesabaran yg amat tinggi,,,,aku memang seorang cepat marah apatah lagi untuk bersabar,,,tapi untuk mendapat sesuatu yg terbaik pasti dilalui dgn penuh cabaran,,ibarat naik gunung everest sgt la susah tapi bila sudah mencapai di kemuncaknya terasa kepuasannya,,,,,,sebab itu kita sebagai manusia mesti meletakkan sifat sabar dlm kehidupan kerana sifat sabar itu melambang kita adalah org yg beriman dan salah satu cara untuk menarik org ramai dekat kepada dakwah,,,,,,marilah kita mencontohi sifat nabi muhammmad bagaimana beliau dapat mengembangkan dakwah dengan begitu luas sekali,,ia bermula dgn sifat sabar,,,dgn sabar islam berkembang sgt meluas hingga keabad ini,,, oleh itu aku mengajak diri aku n yg seangkatan dengan aku marilah kita berubah kepada sifat yg mulia ini,,,kerana sabar itu dapat melemahkan kuasa syaitan nirrajimm...
p/s: mari kita muhasabah.....yg lain2 tu klu nmpk aku tak sabar tegur je,,jgn cakap belakang,,,
Posted by adam at 9:57 AM 0 comments
Posted by adam at 12:53 PM 0 comments
salam,,, kepulangan kemesir membawa seribu harapan tatkala minda terfikir melangkah dari lapangan terbang dari klia,,,,,tapi adakah harapan itu akan menjadi kenyataan? atau sekadar omongan kosong untuk memberi kepercayaan kepada kedua ibu bapa?
tapi aku mengharapkan doa kalian agar aku terus sabat didalam hati agar tidak terpesong dalam mencari keredhaan untuk menimba ilmu ALLAH,,,
terlalu byk pengalaman dan juga kenangan yg aku timba dimalaysia,,,,setiap detik yg aku lalui dimalaysia sebagai satu wasilah untuk menjadikan kita terus matang dalam menongkah arus kehidupan,,,,,aku akan cuba untuk memberi yg terbaik untuk diri n umumnya kepada yg memerlukan,,,,
p/s: hidup bukan untuk menjadi bonaka yg untuk diketawakan,,,tapi jadilah manusia yg hanya untuk dimanfaatkan dan memberi manfaat,,,,
Posted by adam at 10:59 AM 0 comments