Friday, January 29, 2010

peringatan!!!

إن أخوف ما أخاف عليكم بعدي كل منافق عليم اللسان

" Sesungguhnya perkara yang amat aku takuti berlaku kepada kamu selepas kewafatanku adalah orang munafik yang pandai bercakap (tapi tidak mengamalkannya)." (Hr Thabrani, Bazzar dan Ahmad - SAHIH)


satu perkara yang amat takuti bila mengajak org untuk melakukan kebaikan sedang org yg mengajak tak sama-sama dengan apa yg meraka katakan,,,

mengikut rasional aku, kadang2 org yg menyampaikan kebaikan itu mmg sukar untuk melakukan kebaikan tapi dengan cara die mengajak org melakukan kebaikan dalam masa yg sama meraka juga turut serta dengan apa meraka ajakan...itu bagus untuk kita yg sedang bertekad untuk mengubah diri.

mengikut pandangan lain pula, ada sesetengah org menyuruh melakukan kebaikan, tapi dengan niat untuk menunjuk2 yg dia mempunyai ilmu yg sangat bagus...tapi hakikat nya dia ni mmg sengal dan hampeh cakap tak serupa bikin,,,kalau jumpa penceramah seperti ini ko boooooooooooo kan je.

mengikut farasat aku pula, ade sesetangah org berniat untuk menyampaikan ilmu agama sebab meraka kata sampaikanlah ilmu itu walaupun sepotong ayat...tapi bila dah sampai tu buat bodo sudah,,,,sebb dah sampaikan ilmu itu pun dah cukup bagus daripada tak sampaikan,,,klau jumpa org sebegini korg jumpa la meraka terangkan cara yg betul,,,,that good than booooooooooooooo..

mengikut kata hati aku, bila sudah ada ilmu beramallah dengan ilmu itu,,tapi bila sudah beramal jgn sesekali untuk menyembunyikan ilmu tu sebab nabi melarang dari ummatnya menyembunyikan ilmu....sabda nabi s.a.w :


من كتم علما ألجمه الله يوم القيامة بلجام من نار


" Sesiapa yang menyembunyikan ilmunya , Allah akan mengekang dirinya dengan kekangan dari neraka pada hari kiamat. " (Hr Ibnu Hibban dan Hakim - sahih)

oleh itu ayat akhir aku try ur best kepada bakal pnceramah,,,jauhkan diri anda dari fitnah!!!!!!


p/s: aku tulis pandai tapi camne nak di hukum kan kepada aku yg suka menulis tapi tak pandai nak aplikasi dengan apa aku tulis? hehehehe

updated gambar di asir suk suyarat


naim tg posing tu....
apip bersama adik asirnya
pasar kerita dibelakang tu,,,kat mesir je kot yg ade
sgt sesak bersama arab yg berperangai zahmah
dating nampak wan o n naim
org dh mula gelar adam


p/s: untuk tatapan sesiapa yg mahu mengenali kaum adam,,hehehe

Tuesday, January 26, 2010

serumah tapi x sebulu

salam my fren,,

aku bukan yg terbaik tapi aku tulis ini untuk menyedarkan meraka yg tidak hormat tentang hak kawannya sendiri ketika duduk sebumbung dibawah satu rumah yg indah zahirnya tapi busuk bila diterokai,,,,,

aku berpendapat bila mana org sudah duduk satu rumah meraka ibarat satu keluarga tapi sebaliknya...ibarat ko duk utara dan aku duk selatan,,,,cukup aku meyampah bila ade ahli rumah sebegini..,,sedangkan dalam islam telah menetapkan tentang berbuat baik pada sesiapa tapi kenapa masih ade lagi ade org tinggal satu rumah tapi tak sebulu,,,,Perkara tersebut ada dijelaskan di dalam al-Quran dalam

surah an-Nisa' ayat 36 yang bermaksud:

" Dan hendaklah kamu berbuat baik terhadap dua orang ibu bapa, terhadap kaum kerabat, terhadap anak yatim dan golongan sekalian jiran yang dekat serta jiran yang jauh. Kawan terdekat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu muliakan. "

kita bila dah satu rumah kenelah wat macam satu keluarga....dan bila dah duduk satu keluarga kita perlu lah tahu bagaimana untuk menghormati hak masing2,,ini tak!!! hak ko hak aku,,,mmg betul kita satu keluarga tapi korg tahu ke bagaimana untuk menjaga hak org lain,,,?

kalau meraka yg tak tau jaga hak org lain macam ni la jadi nya bila tanggal baju letak merata tempat,,tempat sendiri boleh terima tapi letak kat tempat org lain.,,,tandas tak reti nak guna,,kene ingat lah bukan seorang je nk guna tapi ramai lagi ahli bait nak guna,,faham2 sendirila bagaimana caranya untuk membersihkan balik selepas diguna,,,bila guna komputer tu bila nmpk org study kita pun faham2 la bagaimana untuk megurangkan volume tu,,,ni tak pasang bagai nk bg dengar satu bangunan.,,...dan macam2 lagi lah yg boleh dijadikan contoh,,,bila mana ade org seperti diatas,,korg pasti ke korg sedang berbuat baik pada kawan kamu?

aku letak contoh yg kecil je sebb org yg selalu rase die ni terpelajar dorg rase bagus padahal bende kecik pun tak pandai nak uruskan ini kan pula nak manage yg beso,,silap lah wei,,sedar2 sikit kalau rase diri tu terpelajar,,mengaji agamake medicke jurutera ke,,,pilot ke,,,dan ape2 ke,,,klu bende kecik tak pandai nk urus baik tak yah nk uruskan yg beso2,,,wat fitnah kat diri sendiri je,,,

dari anas r.a katanya,sabda rasulullah s.a.w:

tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga lah dia mengasihi kepada saudaranya seperti dia kasih kepada diri sendiri..

aku cakap dr aspek dalam umah je,,malas nk jauh2,,,,aku nak tanya korang sayang ke dengan ahli bait(ahli rumah)? kalau sayang apa yg korang lakukan untuk meraka,,,,banyak perkara yg boleh kita lakukan untuk mengasihi meraka,,,seperti menyediakan makanan,,,membersihkan rumah,,,menasihati kawan ketika ahli bait tengah lalai,,,,memberi telunjuk yg baik kepada ahli rumah,,,itulah cara nya kita mengasihi ahli bait kita,,,bukan nya mengasihi dengan cara kita bersetuju diatas kemaksiatan yg ahli bait lakukan,,,,senang cite tgk diri korang jaga diri camne...klu diri pun tak pandai nk urus baik tak yah nak jaga org lain...belajar dulu untuk mengasihi diri sendiri itu lebih afdhal dari menjaga org lain...dan ingat lah semua perkara didunia ini berkaita rapat dengan iman,,,,KASIH SAYANG PUN DENGAN IMAN,,KEBERSIHAN PUN DENGAN IMAN....indahnya islam....

Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 96 bermaksud:

" Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan membalas orang yang bersabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan. "


dan sebaik-baik meraka yg tidak tahan dengan ahli baitnya sendiri walaupun telah memberi pengajaran kepada meraka tapi tetap juga meraka tidak menerima kritikan sabarlah pengubatnya,,,kerana sabar adalah sebaik tempat dari kita meluahkan amarah yg boleh mendatangkan keburukan pada diri dan ahli bait nya sendiri,,,

p/s: coretan ini untuk kawan aku yg duk diseberang negara sana....moga2 ko dapat bersabar,,,bila kita dapat menangani masalah ini insyaallah bila kita berdepan dengan masyarakat ko akan jd lebih kuat dan mudah untuk memahami bila berdakwah....

Saturday, January 23, 2010

doa perkahwinan



p/s: dengar lagu ni macam nak kahwin tapi lek dulu,,,ubah diri dulu,,,,

kenangan batch 2006,,,

batch 2006

teringat kata sorg kawan ni,,he said" wei kawan2 ingat!!! kita pergi sama-sama, tapi pastikan kita pulang pun sama"

tapi hari ini " minta maaf aku tak dapat bersama korang,,,mungkin bukan rezeki aku untuk pulang bersama korang,,,tapi aku tetap pulang cuma tahun yg akan datang...insyaallah!!

klu imbas kembali dari zaman kita pkg hinggalah skg,,macam2 pengalaman yg kita dapat,,,,kekuatan kita terletak pada ukhwah,,dan sehinggalah skg ukhwah kita tetap utuh,,dan mungkin ada hikmah disitu kenapa korg pulang dulu dan kami pulang kemudian,,,insyaallah kami akan cuba yg terbaik untuk membentuk adik2 baru yg akan dtg dgn ukhwah sepertimana yg kita bina dulu,,,insyaallah,,

dan ingat tak berapa bilangan kita pada masa kita dtg dulu,,ramai kan...tapi sekarang sorg demi sorg kawan kita pulang,,,,tapi aku yakin walaupun rezeki dorg bukan disini tapi meraka kat malaysia berjaya dgn sukses sekali,,,keep it bro,,,

dan akhirnya nasihat aku kat korg yg berada dlm gambar n yg takde dlm gambar manfaatkan waktu yg ade untuk kita menimba ilmu sebaik mungkin....kita bukan thn satu n dua lagi,,,kita bukan zaman cc lagi...kita kat sini dh masuk 4 tahun,,,org malaysia dh tunggu,,,bukan tunggu peluk cium tapi ilmu,,,dan nasihat ni juga untuk kawan perempuan aku,,,

p/s: aku cakap untuk aku dan kawan2,, klu nmpk kawan kita ade yg lalai tegur je,,tak yah la nak ckp2 belakang,,




Friday, January 22, 2010

minta maaf,,,

iklan sinai bkasm selangor,,,jon kita pergi,,


ko maafkan la die,,,,"kata wan leman..
wat pe aku nk maaf kan die,,,aku tgk muka die pun dh nyampah,,klu boleh aku nk pijak2 je,,,
dah la kutuk aku siap wat fitnah lagi,,,mmg layak tak payah dimaafin,,sekali aku sakit hati sampai mati pun aku sakit hati,,," said adam to wan

dlm bab manusia dgn manusia inilah yg menjadi punca bila diakhirat kelak ada yg terkandas bilamana mahu masuk ke syurga disebab kerana hutang didunia belum dilangsaikan,,,, perkara yg lebih mulia disisi Allah adalah memaafkan kesalahan org lain walaupun kita merasakan kita tidak bersalah,,,

Orang-orang yang menafkahkan, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (QS Ali Imran: 134)

Tetapi orang yang bersabar dan mema'afkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan. (QS Asy-Syura: 43)


dari ayat diatas sebagai manusia kita tidak lari dari perkara dosa,,,dan pendapat saya sendiri baik sekiranya kita memaafkan nya,,dan sekiranya org yg mengfitnah itu tidak mahu meminta maaf biarlah urusan die dan TUHAN,,kerana die lagi berhak untuk menghukum..

p/s: dialog tu tak ade kene mengena dgn aku,,sekadar dialog je...tapi dulu pun aku camtu,,tapi skg ni hati dh lembut sikit,,hhehehe

Wednesday, January 20, 2010

goreng pisang guna tangan




sekadar hiburan ilmiah yg memerlukan kepada penelitian bahwasanya apa yg berlaku dimuka bumi ini tidak mustahil...kun fayakun!!!!

p/s: rindu plak pisang goreng dimalaysia,,,kruk3

hutang dunia paling rendah


4 Safar 1431

"Laporan Daya Saing Global 2008 hingga 2009" yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia menyebut hutang kerajaan Brunai Darussalam paling rendah di dunia. Kestabilan ekonomi makronya menduduki tempat kedua, selepas Kuwait.

Berdasarkan media Brunai Darussalam, krisis kewangan global yang berlaku dari 2008 hingga 2009 hampir tidak membawa kesan negatif kepada negara itu. Sebaliknya, krisis itu menggalakkan program pembangunan ekonomi yang baru dan membawa reputasi baik kepada negara itu di arena antarabangsa serta meningkatkan keyakinan peniaga luar. Laporan Forum Ekonomi Dunia juga menyebut, "Laporan Brunai Darussalam" yang dikeluarkan oleh Kumpulan Perdagangan Oxford, London bersama-sama Jabatan Perdana Menteri Brunai Darussalam pula mengakui kestabilan kewangan dan kecukupan rizab mata wang asing negara itu.

Tuesday, January 19, 2010

ketika cinta bertasbih 2


banyak pengajaran yg boleh diambil dari cite ni,,tapi aku malas la nk bgtau better korg je tgk dulu,,,

cuma satu je yg aku kagum,,,kalau nak cari zaujah kelak cari lah yg tak tido lps subuh...sebb dalam cerita ni bue tidak bersetuju sekiranya rina kawan husna menikah sama mas azzam,,,walaupun perempuan tu berjilbab tetap juga dinilai dari sudut lain,,,

oleh itu bg meraka yg tidak berjilbab ada masa dan ade kesempatan lagi untuk berubah...jilbab bukan kerana mahu kan sesuatu tapi kerana ALLAH,,,tapi kenapa harus tunggu sehingga benar2 ikhlas...tahukah kita ikhlas nya bila...tahukah kita mati nya bila,,,

dan bg meraka yg sudah berjilbab perlukah untuk mengubah dengan cara jilbab yg lain? tak salah berfesyen tapi biarlah fesyen jilbab nya menepati syarak,,,bukan lari dari kaedah syarak,,,

dan akhirnya bg meraka yg berjilbab,,,klu sudah berjilbab baikkan lagi dengan ilmu2 didada,,,tdo lps subuh pun boleh reject!!!!


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
-Hamka
-

p/s: untuk kaum lelaki pulak klu nk perempuan yg baik akhlak anda pun kene la selari...nak zaujah hafizah tapi juzuk pertama pun masih x hafal lagi,,,aku la kot,,hehehe

Monday, January 18, 2010

Mahfuz: Pengumuman Nazri boleh rumitkan lagi isu 'Allah'

03 Safar 1431H

Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh menggunakan perkataan Allah, tetapi melarang mereka di Malaysia Barat berbuat demikian, boleh merumitkan lagi isu tersebut, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, bukan sahaja kini ada dua set peraturan, tetapi menteri berkenaan juga tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut memandangkan proses mahkamah berhubung isu itu masih berjalan.

"Bagaimana kalau Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi? Bagaimana pula kalau ia menolaknya? (Pengumuman Nazri) akan menimbulkan lebih banyak masalah," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Semalam, Nazri mengumumkan bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung juga mesti menghormati larangan tersebut.

Nazri menyatakan demikian satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Menteri itu berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.

Mahfuz adalah antara pemimpin PAs yang paling lantang mengkritik cara kerajaan menangani isu tersebut, yang telah mengakibatkan berlakunya insiden di mana beberapa gereja dibaling bom api dan menjadi sasaran perbuatan vandalime.

Insiden tersebut berlaku selepas Mahkamah Tinggi membenarkan mingguan Katholik, Herald menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Malaysianya.

Friday, January 15, 2010

cinta terakhir



dedikasi kepada sesiapa2

kita hanya mampu merancang

dan sebaik-baik perancang adalah ALLAH

p/s: cinta itu manis,,,,kadang2 boleh jadi busuk,,,,kenapa boleh jadi busuk,,,sebab tidak dijaga dengan penuh kasih sayang...

release tension





p/s: tajamkan mata anda supaya ia tidak bergerak,,,

Thursday, January 14, 2010

my beloved fren...ijan

ijan

selamat hari lahir...sanah helwa ya gamil,,,

minta maaf aku bukanlah kawan yg terbaik untuk ko tapi cuma yang aku harapkan terima seadanya atas diri aku yg tidak seperfect org lain,,,

semoga dengan hari keputeraan ko yg ke 24 aku doa semoga setiap perjalan hidup ko sentiasa dalam perlindungan dari ALLAH...

sempena exam yg sudah dekat ni,,,aku doakan ko najah n always success what u do,,,dan bila jawab pekse tu,,jawab dengan penuh keyakinan dan keyakinan itu biarlah kerana ALLAH,,kerana ilmu itu datangnya dari ALLAH,,,,

n lastly semoga mencapai apa yg dihajati...dan doakan aku ye,,

p/s: kita celebrate lps aku pekse ye...

gerhana matahari

Gerhana matahari akan berlaku lagi dan akan dapat di lihat di Malaysia pada Hari Jumaat 15 Januari 2010 antara pukul 3 petang - 5.30 petang.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah kepada Allah." (Fussilat: 37)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)

*Sembahyang sunat gerhana adalah sunat muakad

*Masuk waktu sembahyang gerhana matahari dengan permulan melindungi bulan akan matahari. Habis waktunya dengan taida lagi permukaan matahari yang terlindung dengan bulan atau jatuh matahari dalam keadan gerhana.

Cara melakukan sembahyang sunat gerhana

*Niat sembahyang sunat gerhana matahari

أصلي سنة كسوف الشمس ركعتين لله تعالى

Sahaja aku sembahyang sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah تعالى

*Yang palig sempurna disembahyangkan dua rakaad dengan dua kali rukuk dan dua kali berdiri pada tiap-tiap rakaad dan dipanjangkan bacaan pada tiap-tiap rakaad.


(Sahih Muslim 2-hlm: 81)

Secara ringkasnya seperti berikut :

A. Rakaat pertama.

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.

6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.

8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

9. Iktidal.

10. Sujud dan membaca tasbih.

11. Duduk antara 2 sujud.

12. Sujud kembali.

13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.

3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.

4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah

atau mana-mana surah.

5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

6. Iktidal.

7. Sujud dan membaca tasbih.

8. Duduk antara 2 sujud.

9. Sujud kembali.

10. Membaca tasyahud akhir.

11. Memberi salam.

* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )

* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.

* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

P/S: selamat menunaikan solat kusuf (gerhana matahari)

Wednesday, January 13, 2010

Syair Ibnu Ad-Dahhan

Wahai orang yang terpesona dengan dunia, hati-hatilah

Sesungguhnya ia (dunia) akan sirna dan berubah

Bersungguh-sungguhlah untuk meraih kerajaan yang abadi

Kebaikan apapun dalam syurga Naim akan hilang

Jika kita berfikir, kita tak akan tertawa walau sejenak

Hanya saja kita telah kehilangan akal sihat kita.


Petikan:
Ringkasan Siyar A'lam An-Nubala' karya Imam Az-Zahabi (Buku 4)

p/s: nak tau biografi ulamak nusantara just klik tajuk...

Monday, January 11, 2010

telalu suntuk,,,

gud pic with big head,,,

masa terlalu suntuk bila keadaan exam semakin hampir...

org pula asyik bertanya...camne study,,dah abis ke bace,,,dah start hafal ke,,,n many question for ask,,

aku pula mengamalkan konsep selagi belum pekse selagi itulah ade masa,,,tp benar2 ke aku ni memegang pada konsep tu,,,maybe ye or not,,or or 4awhile,,,,

even we have more time if were not use as well natijah nya seperti biasa lah kegagalan in ur hand,,,
but aku tak nak gagal,,aku nak lulus,,,

maybe aku kena manfaatkan masa selagi ade,,,masa tak pernah tunggu kita,,malah akan memotong kita,,n thn what r u waiting wan leman..,,wake up from dreaming,,,

although u have more concept take it with carefully..dont let go ur concept,,,fokus!!!!

p/s: peringatan si teruna macho

Saturday, January 9, 2010

open ur lens



aku pasang lilin dan aku bukan tingkap dan terus menghadap ke sebuah bukit..

aku membuka quran dan terus membaca,,,niat aku hanya satu,,aku mahukan pembuktian yg wujudnya kekuasaan ALLAH,,,

aku berhenti membace dan aku berkata YA ALLAH aku sudah tergerak kepada islam dan berikan petunjuk kepada ku yg ENGKAU ini berkuasa,,,,tunjukkanla aku walaupun DGN sekecil perkara,,,aku melihat bukit agar sesuatu yg terjadi kepada nya..aku menunggu dan menunggu tapi tiada bukti kekuasaanMU,,,aku kecewa dan sekarang aku seperti dihujung cerun menunggu org menolak ku,,,supaya aku menjadi islam...

aku berikan ENGKAU peluang sekali lagi supaya ENGKAU berikan bukti pada ku yg ENGKAU ini BERKUASA,,,aku berharap agar terjadi sesuatu kepada lilin tu,,,mungkin meletup keatas or apa2...aku kecewa sekali lagi...peluang untuk aku memeluk islam amat tipis,,

dan akhirnya aku membuka lembaran QURAN dan mencari ayat dimana tempat aku berhenti tadi,,,tapi dengan KUASA ALLAH mata ku tertangkap dengan satu ayat DAN ayat itu telah menyedar kan aku dan aku melihat yang ISLAM itu adalah agama yg membawa kebenaran,,dan ALAM itu adalah tanda kekuasaan ALLAH..(LIHAT VIDEO)

p/s: kita manusia yg mempunyai akal tapi gunakanlah untuk melihat kekuasaan ALLAH...DAN bukan untuk menyekutunya,,,

tobat song,,,



Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

p/s: hidup hanya untuk sementara tapi apa guna hidup klu tidak kerana ALLAH

Friday, January 8, 2010

gereja hangus terbakar


Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya hangus terbakar, kata sumber gereja.

Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Dua lagi gereja di Lembah Kelang turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran beberapa NGO Islam.

Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.

Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bom petrol ke dalam bangunan gereja.

Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut. Gereja itu yang terletak di bahagian hujung lot rumah kedai di situ, dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.

"Api memusnahkan bahagian pentadbiran gereja tersebut. Kita tidak tahu sama ada dewan sembahyang di tingkat tiga juga mengalami kerosakan," katanya sambil menggesa gereja lain supaya meningkat kawalan keselamatan.

Anuar Harun, yang mengetuai operasi memadam kebakaran tersebut berkata, pakar forensik sedang bekerjasama dengan polis dan unit anjing untuk menyiasat kebakaran tersebut.

"Kami sedang menyiasat punca kebakaran. Kami tidak boleh memberi lagi maklumat. Ia isu sensitif," katanya ketika ditanya sama ada ianya kes khianat dengan api.

"Kita telah meminta semua balai bomba supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kebakaran di tempat ibadat," katanya kepada AFP.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sabtu Othman berkata polis menemui satu spanar dan satu bekas minyak tanah di tempat kejadian, bersama dengan dua helmet yang terbakar.

Katanya, polis menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara atau denda.

Sementara itu, Gereja Assumption yang terletak di sebelah Hospital Assunta, dipercayai turut menjadi sasaran kira-kira jam 4 pagi tadi.

Pegawai gereja itu berkata, bom petrol dibaling ke dalam kawasan perkarangan gereja, tetapi tidak meletup.

Gereja ketiga di Seksyen 17, Petaling Jaya juga menjadi sasaran malam tadi, menyebabkan kerosakan berlaku di bahagian luar luar bangunan Gereja Life Chapel.

sumber :Malaysiakini/-


p/s: pendapat aku ini adalah satu konspirasi dan yg melakukan mesti dari org dalam(org gereja) kebarangkalian semuanya..

Thursday, January 7, 2010

mencipta kegagalan


amat senang untuk cipta kegagalan kalau kita tahu resepinya,.,,tapi setahu aku resepi gagal di banyak,,,tak macam resepi kejayaan yg hanya terhad dan terlalu exclusive dan amat mahal serta terlalu sukar untuk terokainya kecuali dgn kecekalan hati yg kuat...

tapi kenapa masih ramai lagi org menggunakan resepi kegagalan sedang kan sudah terang lagi bersuluh dengan perkataan gagal pun amat menakutkan bg org yg mahu kejayaan,,,,tapi ada ke manusia zaman ini yg mahukan kegagalan sedang kan fitrah manusia itu sentiasa mahukan yg terbaik,,,,mungkin ada tapi die sendiri yg telah meletakkan diri die kearah kegagalan walaupun dalam diri die mahukan kejayaan...


dan kenapa org nak berjaya tapi tidak menggunakan resepi kejayaan dan masih mengagungkan resepi kegagalan,,,ibarat nak masak ikan masak kicap tapi meletakkan gula merah(asal mesir)....hasilnya tetap tampak hitam tapi tidak seanak yg kita mahukan....oleh itu jgn lah berangan nak berjaya kalau hidup berpaksikan angan2,,,oleh itu klu nak masak ikan masak kicap gunalah resepi yg paling berkualiti,,,byk kicap yg berkualiti just pilih,,n hasilnya akan nampak jelas kualiti ketika makan...


oleh itu kalau hasilnya sudah kualiti ingat2 lah org belakang agar mereka pun akan menggunakan resepi yg sama...sebb kejayaan itu milik bersama,,,sepoerti yg aku cakap pada entri yg lps,,"kejayaan milik bersama" ,,,,,ingat nikmat ALLAH itu hanya sementara dan bila2 masa nikmat itu akan ditarik,,,ibarat ikan kicap yg enak dan sudah dimasak n nak makan sorang2 je tapi dgn izin ALLAH ikan kicap itu basi,,,dan moralnya kalau dah masak sedap2 jemput la kawan 2 sekali seperti yg aku cakap kan "kejayaan milik bersama" sedap pun milik bersama....hehehehe

oklah sampai disini sahaja aku punya idea,,,letih nak fikir idea sebb masih lagi nak cari resepi kejayaan untuk memotivasikan diri,,,n lastly biarlah motivasi itu seiring dgn amal...jgn duk dgr motivasi tapi masih lagi bermalas-malasan....

p/s: untuk diri aku yg byk juga pemalasnya...muhasabah bersama..lama plak tak mkn ikan masak kicap,,ade sapa yg boleh masakkan..n jemput aku mkn...hahaha

Wednesday, January 6, 2010

doa untuk didoakan

salam,,

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah Ya RabbulJalil,berikanlah kami kesempatan waktu untuk memohon dariMu..anugerahknlah kejayaan dlm imtihan kami ini..anugerahkanlah kejayaan kpd smua rakan² kami..jgn ada di antara kami yg sedihnya dan dukanya sendirian..andai telah tertulis d LuhMahfuz akan kegagalan kami maka ubahlah ia Ya RabbulJalil menjadi kejayaan..Engkau yg Maha Agung dan Maha Memberi Rezeqi,mudah²an kptsn fasal ini dan fasal² yang mendatang nanti adalah lebih cemerlang dr sebelumnya..Kejayaan InsyaAllah mengiringi kami..berkatilah ilmuMu Ya Rabbul`Izzati kpd kami agar dpt d manfaatkn ke jln Mu yg di redhai..
aminn..

sebar²kn doa ini,mungkin ada di antara kita yg doanya d makbulkan Allah..Insyaallah.


p/s: doa untuk sahabat2,,copy n paste n send,,,,

Tuesday, January 5, 2010

media lalai

firman ALLAH :

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Al-Hijr 39-4

Mungkin kita tidak sedar bahawasanya kita sudah diancam dengan bermacam-macam agenda oleh kaum yahudi yg mahukan islam itu jatuh sehingga tidak ada nama islam didunia,,,,,kita tidak sedar disebabkan kita tidak mengkaji,,kita sebenarnya sudah di kontrol oleh2 org kafir dalam menunjuk telunjuk mereka,,tapi ia sudah jelas terjadi,,,tidak perlu rase bersalah kerana ia mmg benar2 terjadi,,,


cuba kita lihat bagaimana media dalam memainkan peranan yg besar dalam mengemudi otak2 kita untuk kita turut serta dengan meraka,,sehingga kita jauh dgn ALLAH...KITA lagi suka duduk didepan tv semata untuk mendapatkan huburan yg tidak syarie,,,kita lebih suka dgn hiburan yg berbentuk kemaksiatan,,,kita lebih suka duduk didepan tv semata-mata untuk melihat rancangan kegemaran seperti bola,,,af,,,n seumpama dengan nya,,,

tapi suka ke kita dengan rancangan yg berbentuk keagamaan...jawapan nya sudah tentu tidak,,,sebab media telah men set kan otak kita dengan perancangan syaitan,,seperti yg telah dinyatakan dalam firman ALLAH,,bahawanya sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis kemaksiatan,,,,dan ia sudah jelas....dan kita seolah-olah telah memberi kemenangan kepada syaitan laknatullah,,,nauzubillah min zalik,,,

tapi adakah kita sedar dengan semua ini,,,kita sanggup melewatkan solat semata-mata untuk melihat cerita yg diminati...dan itu kira baik sembahyang dan bagaimana pula sekiranya yg tidak sembahyang? dan juga bagaimana pula perkara 2 yg lain...sedangkan ketika dipadang mahsyar kelak soalan pertama yg akan ditanya adalah solat,,,baik solatnya baik lah segal-galanya...dan sekiranya solat sudah rongak bagaimana pula amalan nya sudah pasti rongak...fikir2 kan lah...

syaitan tidak akan sesekali memberhentikan misi dakwah meraka,,,selagi wujud anak adam dimuka bumi selagi itu lah misi mereka tidak akan berhenti,,,oleh itu adakah kita salah seorang yg telah berjaya memenangi hati syaitan,,,ingatlah membezakan kita dengan org islam yg lain adalah iman.....kita lihat kembali iman kita ditahap yg mana....

dan harapan dengan penuh pengharapan agar kita adalah golongan yg diberi perlindungan oleh ALLAH dari segala bentuk ancaman dan juga hasutan,,,,dan ingatlah kita adalah milik ALLAH,,dari DIA kita datang dan dari DIA kita kembali,,,,dan kembalinya kita disisiNYA BIARLAH DENGAN PENUH KEIMANAN....mati tidak kenal erti masa....

p/s: tak de idea nk tulis apa,,,just ni je,,,muhasabah untuk aku dan kau,,,klu nmpk tak betul tegurnya

Monday, January 4, 2010

bangunan tertinggi dunia

PENDUDUK sekitar Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjalan melepasi bangunan tertinggi dunia dikenali Burj Dubai, yang turut dilengkapi masjid tertinggi. Ia membabitkan 169 tingkat dengan kolam renang tertinggi di dunia pada tingkat 76 dan masjid di tingkat 158. Burj Dubai yang dibangunkan dengan kos RM2.7 bilion akan dirasmikan malam ini. - Foto AFP

gambar jamuan sanah helwa



maaf tak de masa nak letak entry yg berbentuk taipan,,,sebb nak bace madah adab yg amat membuat hati aku tersgt jiwa kacau,,,,nak faham pun susah,,,amik masa depan komputer dengar rakaman kelas,,,,

just ini yg dapat aku bg sekadar tatapan n cuci mata korg semua,,,mungkin lps ni byk letak gambar2 je kot,,klu ade masa aku letak entry yg baru.....

p/s: selamat berstudy...n selamat memahami madah killer..

Sunday, January 3, 2010

selamat tinggal sahabat ku,,,









majlis ini telah dibuat oleh saudara hannan selaku ketua lajnah rehlah dan sambutan dan semua ajk yg terlibat,,tahniah to hanan...mungkin sebelum2 ni kita nmpk rehlah n sambutan lebih tertumpu kepada rehlah sahaja tapi atas anisiatif pihak lajnah telah mengadakan satu perhimpuan yg mengumpulkan semua graduan yg telah abis taamat tempoh pembelajaran disini...semoga usaha murni akan diteruskan pada masa2 akan datang,,yg pastinya time aku balik nnt jgn lupa nak wat ye,,,pasti kan gempak bagaikan aku di carpet merah,,,hahaha...

slot yg menarik minat aku tentang majlis ini adalah slot peringatan....ia amat berharga bg aku yg masih belajar disini....kalam2 meraka ibarat permata yg dapat menyinari hidup pabila kita terokainya...tak cuba tak tau,,,tapi bende yg baik mustahil untuk kita tidak mencuba,,,,

ukhwah memang susah nak dibina tanpa komitmen yg tinggi,,,tapi aku bersyukur kerana BKASM telah melahirkan ramai org2 yg dapat menghidupkan budaya kasih sayang sesama meraka,,,tak kira duduk dimana,,tak kira ko duduk walidain or diceruk2 mesir,,tapi mereka masih sempat untuk berukhwah,,,,walaupun event ni nmpk kecil tapi dari sudut dalaman ia memberi impak yg besar dr segi ukhwah...susah nk suruh org luar dtg....tapi anda bersyukur kerana org luar masih sudi untuk melawat,,,dan anda sgt beruntung kerana sempat bermanja-manja dgn abg2 lama...kami dulu tak,,,org lama tak bleh nk masuk asrama,,,sebb org lama dulu dibenci oleh pihak yg tertentu,,,senang cite cik deris,,,tapi itu tidak mendtgkan kerisauan bg kami kerana ukhwah kami tetap terbina..senang cite cik deris tak suka org lama sebb dorg ni PMRAM,,,tapi kami tidak peduli,,,kami redah je,,,

dan seterusnya kepada meraka yg berada diatas,,,kami doakan yg terbaik untuk anda....harapan kami cuma satu supaya anda membawa manhaj dakwah untuk ditatapi meraka yg kehausan ilmu,,,,dan kami juga akan cuba untuk menjadi yg terbaik seperti anda,,,kerana anda inspirasi kami....dan doa anda menjadi satu jambatan untuk kami berjaya,,,,

wan o, ust syafik, ust no an, daus, shah, ust lokman kami mendoakan agar u all semua success n always success,,,,

p/s: dah besar rupanya ust halim,,,selamat hari lahir yg ke -40,,,dari anak2 mu di walidain,,

Saturday, January 2, 2010

pergi seorang sahabat



Al Fatihah...

Sahabat kita Hidayatussaufi telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.15 pagi waktu Malaysia (10.15 malam waktu Mesir).

semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....

terima dgn penuh redha diatas pemergian beliau.....

sangat sedih....

PERKIRAANKU...

fIRMAN ALLAH :

”وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْ
ا

"Dan berpegng teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai". Ali Imran, 3:103.

ayat diatas menerangkan pada kita tentang bepegang dengan 2 elemen penting dlm islam iaitu QURAN N SUNNAH,,,,kita memang saling mempercayai dgn 2 elemen penting ini,,tapi adakah kita berpegang teguh dengan sebenar yakin,,or berpegang tapi tidak menunjukkan kesungguhan dlm mengikuti nya,,,mungkin apa aku lihat ummat islam sekarang ini lebih cenderung dalam menggunaka logik akal dalam memikirkan satu kemaslahatan,,,sedangkan mafhum dari hadith NABI MUHAMMAD S.A.W ada menyatakan bahwasanya sekiranya ada perselisihan diantara kamu hendaklah kamu merujuk pada 2 perkara iaitu quran n sunnah,,,tapi apakah mafhum hadith ini dapat diadaptasi oleh pemimpin zaman sekarang? jawapannya sudah tentu tidak,,,,

banyak golongan yg bangkit selepas kejatuhan zaman khilafah,,,,tercipta satu jenama baru dalam memertabatkan islam dgn menggunakan nilai kesemarataan,,,dgn menolak tepi quran n hadith iaitu sekularism yg mahu kan logik akal didahului tanpa merujuk 2 elemen penting ini.....dan dari sebab itu lah islam itu bermacam-macam jenis,,,,,BUKAN AGAMA ISLAM TAPI PENGANUTNYA!!! dan dari sinii jelas ayat ALLAH MEREKA yang memegang tali ALLAH AKAN SENTIASA mendapat hidayah dan petunjuk yg benar dan meraka yg menolak dari berpegang tali ALLAH akan mendapat kehinaan.....

firman ALLAH :
ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ اَيْنَ مَا ثُقِفُوْا اِلاَّ بِحِبْلٍ مِّنَ اللهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ

"Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia". Ali Imran, 3:112.

semua nya bermula dari sikap pemimpin samaada mahu martabatkan islam atau mahu mengumpul harta sebanyak yg mungkin sampai makan 7 keturunan tak habis,,,,adakah pemimpin kita sekarang ini mahukan islam?,,,,tentunya tidak!!! sebb apa sekiranya mahukan islam hudud itu akan diaulakan dr yg lain,,,tapi meraka takut dalam memertabatkan hudud sedangkan hudud itu jelas dalam quran n sekali gus merangkap perudangan islam....tapi kenapa masih lagi meragui perundangan islam...? islam itu syumul,,,islam itu adil,,,islam tidak pernah memaksa org selain org islam mengikuti nya,,bahkan diberi pilihan samaada mahu perundangan islam ataupun dihukum sepertimana hukuman dibawah sivil,,,

tokoh islam pula bagaimana septutnya meraka lah selaku tulang belakang kerajaan dlm membawa islam itu dimertabatkan,,meraka lah penasihat agama....tapi HAKIKATNYA dimana martabatnya islam bilamana meraka ade dikerusi kerajaan,,,dimana letaknya perundangan islam...kenapa masih ramai lagi yg bermain rasuah.....dan kenapa n kenapa gejala sosial masih bermaharajalela,,sepatutnya meraka lah merencanakan segalanya,,,atau meraka takut untuk bersuara,,,or pun pisau yg tajam itu sudah berada dihujung leher,,,,dakwah islam itu tidak pernah erti kata pengecut,,kerana dakwah itu perlukan pengorbanan...dan dari sini jelas lah firman ALLAH diatas yg mana golongan seperti meraka akan turut mendapat kehinaan kerana meraka juga penyebab kepada kehancuran dan berpecahnya ummat islam...

dan beruntung pada mereka yg berpegang teguh dgn tali ALLAH dgn beramal dan mengikut petunjuk yg benar iaitu quran dan sunnah...

firman ALLAH :

اِنَّ هَذَا اَلْقُرْآنَ حَبْلُ اللهِ الْمَتِيْنُ ، مَنْ قَالَ بِهِ صَدَق وَعَمَلَ بِهِ رَشَد ، وَمَنِ اعْتَصَمَ بِهِ هدى اِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.

"Al-Quran adalah tali Allah yang kukuh, sesiapa yang berkata dengannya benar, beramal dengannya mengikut petunjuk dan sesiapa berpegang kepadanya mendapat hidayah ke jalan yang lurus".


P/S: dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda:

اِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِنَّ اللهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلاَثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلاَثًا ، يَرْضَى لَكُمْ اَنْ تَعْبُدُوْهُ وَلاَ تَشْرِكُوْا بِهِ شَيْئًا ، وَاَنْ تَعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَتَتَفَرَّقُوْا وَاَنْ تُنَاصِحُوْا مَنْ وَلاَّهُ اللهُ اَمْرَكُمْ وَيَسْخَطُ ثَلاَثًا : قِيْلَ وَقَالَ ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ ، وَاِضَعَةَ الْمَالِ.

"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya Allah meredhai tiga perkara dan memarahi (murka) tiga perkara: Allah redha kepada kamu apabila kamu mengibadahiNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, berpegang teguh kepada tali Allah dan tidak bercerai-berai, dan kamu sentiasa menasihati pemimpin yang diangkat Allah menguruskan urusanmu. Dan Allah marah (murka) kepada kamu tiga perkara: Memperkatakan itu dan ini (banyak berdebat), banyak bertanya dan boros (menyia-nyiakan) harta".

Friday, January 1, 2010

celebrate happy new year 2010

zaman, marul, wan leman, ghazali, naim, n last yassir kat umah ijat...(ahli bait mithali)

ukhwah itu terbina diatas dasar persefahaman....dan seANDAInya persefahaman itu tidak diletakan dalam ukhwah maka disini byklah kerosakan dibumi ALLAH ini,,,

kepada sesiapa yg mempunyai ahli bait kekal kan kasih sayang anda dan jgn biarkan ia terlerai,,,

dan seandainya ada kesilapan dalam hubungan pasti diselesaikan secara berhikmah...

i love my ahli bait n love my fren of all u,,,

p/s: begitu mudah melafazkan sayang tapi begitu sukar untuk direalitikan..

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat