Wednesday, March 31, 2010

kuasai minda anda

pemikiran negatif vs pemikiran positif

ini adalah antara beberapa ayat yg selalui di kata oleh org yg mempunyai jiwa yg lemah :

1. aku tak pandai wat lah...
2. aku bodoh la,,,
3. aku ni dah la tak lawa...
4. aku lemah lah
5. dan banyak lagi....

dan ini adalah beberapa ayat yg selalu dikata bg org yg berjiwa kental dan beretika :

1. aku cuba buat yg terbaik...
2. aku pandai....
3. aku ni lawa n hensem
4. aku kene sentiasa kuat....

kesimpulannya jauhilah dari menyebut perkataan yg menyerupai sesuatu yg tidak baik kerana jika ia disebut berulang kali minda akan dikuasai dengan sikap dan sifat yg negatif,,,dan jgn jadikan semua perkara didunia ini penuh dengan alasan kerana alasan adalah satu perkara yg cukup memualkan melainkan ada perkara2 yg tertentu.

dan ingat setiap manusia itu sudah ditentukan oleh ALLAH dengan kebolehan masing2. oleh itu jangan lah sentiasa bersifat negatif dengan apa yg berlaku pada diri kita. kita tidak tahu mengapa ia terjadi tapi semuanya ada hikmah yg tersembunyi, dan belum tentu org yg berkebolehan dapat melakukan tugas yg lain sedang kan anda boleh!!!!!

p/s: fitman Allah s.w.t. "Tidak aku bebankan seseorang hamba itu melainkan dia
mampu untuk m
emikulnya."

Tuesday, March 30, 2010

undilah calon bp PMRAM anda!!!!




NAMA : MUHAMMAD YUSUF BIN ABDUL KADIR
NO.PMRAM : 19000
NEGERI : SELANGOR
KULIAH : USULUDDIN TAHUN 4
CAWANGAN : KAHERAH

1) undilah calon anda ucop,,,,,berkaliber,,,berpakej lengkap,,,berpedidikan sentiasa bagus dari awal sekolah hingga nak akhir kuliah(x caya bace lah kertas yg diagih semalam,,kelap penyokong ucop)


2) nak tau ucop yg mana tgk gambar yg berwarna sahaja,,,dan jgn lupa undi lagi 8 lagi untuk melengkap kan sembilan kerusi....ape2 pun ingat gambar yg berwarna itu sebagai pilihan anda untuk mengundi,,,kerana dia adalah yg terbaik,,,

3) lastly,,,jgn lupa undi ucop,,,mulut tgn kaki semua gerak,,, dan diantara org yg paling berpengaruh kat mesir ini,,,lagi2 dlm bab menyampaikan ilmu,,,itu yg kita carikan,,,,hehehe

undilah ucop,,,ucop,,,,ucop,,, pilihan kami!!!!!!!!!

p/s: satu tempat je yg ada slogan satu fikrah lain amal,,,,try find out,,who's?


Friday, March 26, 2010

kpi

BORANG PENGUKUR ARAS PRESTASI KECEMERLANGAN (KPI) PER WEEK

20-26 Mac 2010 :

1. subuh berjemaah: 4/7

2.zohor berjemaah: 5/7


3.asar berjemaah: 7/7


4.maghrib berjemaah: 6/7


5.isyak berjemaah: 3/7


6.solat dhuha: 0/7


7.solat tahajud: o/7


8.baca quran: 7/7


9.puasa sunat: 1/7 (hari isnin dan selasa)


10.kehadiran kuliah: 1/7
(kurangkan program dan tumpukan kuliah 100%)

11.pembacaan ilmiah: 7/7


12.isu semasa: 7/7


13.usrah(jumaat): 2/7



jumlah keseluruhan : 57/91 (62.6%)


p/s: kepentingan bagi kita untuk menilai prestasi samaada baik atau buruk, bagi
aku jika 60% itu tetap juga gagal dan perlu dipertingkatkan lagi.


: kepada meraka yg berada diluar sana aku mensyorkan agar kalian buat
seperti ini dan
sama2 kita nilai diri kita sebenarnya dan jgn cuba jadi
plastik, kita sebenarnya dlm
proses perubahan dan masih perlukan
bimbingan dan dorongan.


Thursday, March 25, 2010

mulut tak de insuran!!!


“Barang siapa yang memelihara apa yang ada di antara janggutnya (yakni lisannya) dan apa yang ada di antara kedua pahanya (yakni farjinya) karena aku, “ sabda Rosulullah, “niscaya akan kujamin dia masuk surga” (HR Bukhari).

Sesungguhnyalah, “Yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka adalah dua lubang, yaitu mulut dan farji” (HR Tirmidzi).

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya ia mengucapkan kata-kata yang baik atau diam” (HR Bukhari Muslim)

pernah atau tidak semuanya terserah pada kita samaada kita tergolong orang yg menjaga lisan atau sebaliknya.

just nk remind kepada sesiapa expecially diri aku yg tak berapa perfect ini, kita hidup di dunia bukan nya hidup selama-lamanya tapi hanya sementara, cuba kita koreksi kembali selama kita mencapai tahap baligh ada ke tak perbuatan kita sentiasa baik dan sentiasa terpuji?

sama sekali tidak kerana aku tahu setiap orang pasti melakukan sesuatu yg berada diluar kotak minda sebagai contoh yg kecil tapi besar " word ". kita memang mampu berkata dan kita mampu berhujah tapi sebalik itu apakah kita mampu untuk menjaga lisan dari mengguriskan hati seseorang. banyak ayat quran dan hadith yg menuntut kita supaya menjaga lisan dari memperkatakan sesuatu yg tidak baik hakikatnya sedar atau tidak semuanya tidak sedar.

tidak salah untuk kita berkata tapi apakah setiap apa yg diucap memberi satu impak positive pada org yg mendengar? jika ye memang digalakkan untuk menyampaikan sesuatu yg baik kerana ia dituntut. namun yg menjadi permasalahan bg mereka yg tidak pandai berbicara tentang kebaikan dan setiasa laghoh didalam percakapan.

dari ayat diatas semua kembali pada hati samaada bersih atau sebaliknya. sekaligus kita boleh klasifikasikan seseorang itu dinilai dr percakapan nya sahaja sebagai contoh jika mengucapkan sesuatu yg tidak baik begitulah hatinya, jika pecakapannya baik maka hatinya memang diselaputi nur. itu hakikat!!!! bagaimana pula aku?

dan satu lagi jika berkata dengan semata-mata untuk mendatangkan riak atau ujub pada diri jelas sekali orang itu sedang memperkatakan ucapan yg sia2 walaupun penyampainnya yg diberikan adalah sesuatu yg baik. kerana apa yg diperkatakan itu tidak dapat diterima oleh pendengar dan hati yg mendengar akan tertolak dengan sendirinya. oleh itu kepada aku dan korg yg ingin menyampaikan sesuatu perkataan lihatlah hati dahulu sebelum kita melontarkan perkataan itu. dan sebelum itu kenapa bila seorang anak dinasihati org tuanya atau guru supaya menjadi baik meraka tetap juga dengan berkelakuan buruk? jawapanya kerana meraka(penyuruh) tidak tulus ikhlas dalam menyuruh si anak tadi melakukan perkara baik disebabkan meraka dalam keadaan nafsu imarah!!!

khulasoh bg perkara diatas semua nya kembali pada hati samada black atau white. jika black simbahlah cahaya dan jika white jgn sesekali palitkan hitam itu walaupun sebesar zarah kerana setiap permulaan yg didahului dgn tidak baik maka ia menjadi virus.

monolog : susahnya menjaga lisan, mungkin lps ni senyum je kot,,,hehehe

p/s: setiap ucapan Bani Adam itu membahayakan dirinya (bukan memberi manfaat), kecuali kata-kata berupa amar ma’ruf nahi mungkar ( memerintahkan kebaikan, melarang kemungkaran) dan Dzikrullah Azza wa Jalla (mengingat Allah Azza wa Jalla). (HR Tirmidzi)




Friday, March 19, 2010

sheikhul azhar gadid

أحمد الطيب شيخ الأزهر الجديد


أحمد الطيب
شغل الدكتور أحمد الطيب منصب رئيس جامعة الأزهر إلى أن أصدر الرئيس المصري حسني مبارك قرارا يوم الجمعة 19 مارس/آذار 2010 بتعيينه شيخا للأزهر خلفا لشيخ الأزهر الراحل محمد سيد طنطاوي الذي توفي في السعودية ودفن فيها الأسبوع الماضي.
وبتعيينه شيخا للأزهر يكون الطيب الشيخ الثالث والأربعين في تاريخ الأزهر الشريف.
والطيب (66 عاما) أستاذ في العقيدة الإسلامية ويتحدث اللغتين الفرنسية والإنجليزية بطلاقة وترجم عددا من المراجع الفرنسية إلى اللغة العربية وعمل محاضرا جامعيا مدة من الزمن في فرنسا.
ويحمل الطيب درجة الدكتوراه في العقيدة والفلسفة الإسلامية نالها من الأزهر عام 1977. وعمل الطيب معيدا ثم أستاذا وعميدا في كليات الأزهر كما عمل في جامعات إسلامية خارج مصر. ولديه مؤلفات عديدة في الفقه والشريعة وفي التصوف الإسلامي.

وينتمي الطيب -وهو من محافظة قنا في صعيد مصر- إلى أسرة صوفية ويرأس طريقة صوفية خلفا لوالده الراحل.
ويقول علماء في الأزهر إنه واسع العلم ولم يدخل من قبل في مناقشة قضايا خلافية ولم يصدر حين كان مفتي مصر في
فترة ما بين 2002 و2003 فتاوى تثير الجدل.

ويرأس الطيب لجنة حوار الأديان في الأزهر وهو عضو في مجمع البحوث الإسلامية الذي يعتبر أعلى هيئة للعلماء في الأزهر.




terjemahan:

dr.ahmad tayyib yg btugas sbgai reakt
or universiti al- azhar telah di lantik menyandang jawatan syeikhul azhar mengikut arahan dari presiden husni mubarak yg dikeluarkan pada hari jumaat bersamaan 19 mac 2010 bagi menggantikan al marhum fadhilatu imam al-akbar dr. muhammad syyid at-tantawi yg telah meninggal dunia di arab saudi dan di semadikan disana minggu lepas.

dengan perlantikan dr. ahmad sebagai syaikhul azhar menjadikan beliau penyandang yang ke-43 bagi jawatan tersebut.

dr.ahmad tayyib 66 bertugas sebagai pensyarah jurusan aqidah islamiyah dan mammpu bertutur dalam dua bahasa asing iaitu bahasa perancis dan inggeris dan telah menterjemahkn sebilangan rujukan2 yg berbahsa perancis kpd bahs arab.beliau juga pernah btugas sebagi pensyarah universiti di perancis selama beberapa tahun.


dr.ahmad tayyib yang memegang ijazah kedoktoran (phd) dalam jurusan aqidah islamiyah dan falsafah dari universiti al-azhar pd thun 1977.beliau tlh dilantik sbgai pensyarah dan dekan di beberapa cawangan universiti al-azhar dan telah bertugas di beberapa buah universiti islam di luar mesir.beliau juga telah mnulis beberapa kitab feqh perundangan islam serta tasawuf.

dr.ahmad tayyid telah membesar di Qana
selatan mesir.beliau di besarkan didalam keluarga yg mengamalkan aliran sufi dan menjadi ketua tariqat sufiyyah menggantikan ayahnya yg telah mninggal dunia.ulama al-azhar menyifatkan beliau seorang yg berpengetahuan luas dan tidak ada satu pun fatwa yg dikemukakan olehnya menjadi perbahasan dalamn perkara2 khilafiyah semasa beliau menjawat jawatan mufti pada 2002 hinnga 2003.

beliau mengetuai badan dialog antara agama di al-azhar dan memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa institusi penyelidikan islam yang mana ia adalah badan tertinggi ulama al-azhar.


sumber :

http://www.aljazeera.net/NR/exeres/6113B798-7145-48C2-9583-EB566576B1EA.htm

di terjemah oleh herwan n the geng bait mihtali (naim's walidain home)

p/s: orang malaysia je yg boleh bace,,,org yg tau bahasa arab bace arab je,,,

Wednesday, March 17, 2010

karangan upsr 2007

Karangan Terbaik UPSR 2007

Tajuk : satu kemalangan

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

p/s: ayat yg menarik tapi isinya yg sgt luar biasa...wa salute r sama adik ini,,,,

Tuesday, March 16, 2010

palestine dilihat sahaja!!!






banyak cara sudah dilakukan untuk kita mempertahankan palestin,,,dari doa hinggalah ke demonstrasi. apalagi yg masih tidak dibuat oleh kita? perang?


semua yg kita lakukan diatas seharusnya diteruskan oleh kita yg beragama islam bg menunjukan tanda protes kita terhadap zionis laknatullah yg sekarang ini sudah berani untuk mengusik masjil aqsa. tapi apa yg kita lakukan sudah cukup ke ? masih tidak cukup dan masih kurang dan masih kurang kesedaran ummat islam itu sendiri. ia benar!!!!!!


bagaimana pula peranan negara islam yg sepatutnya membantu tapi membantu dengan mengatakan OHHH I SEE (OIC) that why kenapa mereka diwujudkan kerana perananya sekadar untuk melihat tapi bukan untuk mendesak zionis laknatullah. sampai bila harus kita melopong dengan asakan yg diberikan oleh zionis laknatullah terhadap negara islam(palestine)!!!
sudah meletup sana sini, mati bergelimpangan, dan ketika itu OIC baru mahu mengumpulkan negara islam untuk membincangkan tentang isu palestine. hamas sehingga kini dipersalahkan tapi apakah kesalahan hamas?

dan mengikut kajian yg dikeluarkan oleh pemerhati, isreal amat menggeruni hamas disebabkan oleh pentarbiahan yg dibuat oleh syiekh ahmad yassin terhadap pengikutnya dan sehingga saat ini apa peranan fatah? masih kosong dan masih tidak perlu ditanya kenapa kerana fatah hanya mahu mahu melihat hamas lingkup!!!!


kita hanya mampu berkata dan mampu meluahkan perasan dengan berbagai cara tapi tidak mampu untuk merubah, hakikatnya sudah diketahui semua nya itu kembali kepada sesebuah negara islam itu untuk menyelesaikan dan membantu palestine. kebanyakkan negara2 islam hanya mampu untuk memberi sumbangan dari segi harta benda tapi masih tidak berani untuk mempertahankan hak seagama kita.

bagi peringatan untuk negara2 islam dipelusuk dunia jadikanlah terbiah hamas sebagai panduan untuk menakutkan musuh kerana terbiah nya kental dari sudut militer dan rohaninya.
untuk pengetahuan semua salah satu sebab israel membunuh anak2 kecil di palestine kerana meraka sudah ditarbiahkan oleh hamas dengan ideologi2, ilmu agama dan hafidz quran sejak dari kecil lg untuk menjadikan meraka kental untuk masa akan datang dan hasilnya sudah kita lihat bagaimana meraka sanggup bertahankan negara meraka dengan bermatian-matian. dan sistem ini wajiblah dipandang serius bg melahirkan generasi yg berkualiti dan lebih2 lagi hasilnya untuk islam. dan sistem pendidikan dihamas amat luar biasa dan menjadi sebab kenapa israel sehingga kini masih tidak dapat menakluki palestine!!!!


p/s: apalah yg boleh kita lakukan untuk palestine? mungkin anda tahu bagaimana!!!



Monday, March 15, 2010

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

Sunday, March 14, 2010

untuk bakal ibu



PERINGKAT SATU

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

A- Sperma B-Sperma menembusi ovum

PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.

PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

Janin pada usia 12 minggu

PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Janin mendapat makanan melalui uri

PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

ALLAH MENJADIKAN MANUSIA SEBAIK KEJADIAN TIDAK PERLU DISANGKAL DENGAN DALIL LAIN!!


P/S: jika ditanya sama perempuan pastinya anaK menjadi idaman>

Friday, March 12, 2010

hanya dibibir


kesedihan dapat dirasakan tatkala hilangnya sebutir permata islam yg banyak berjasa dalam ilmu agama

tapi disebalik kesedihan itu apakah kita dapat menilai dari sudut lain kenapa ALLAH mencabut permata itu dari kita?

setakat sedih tak guna!!!!

sedih yang hanya seketika!!!

sedar ke wahai aku yg sering alpa?

bila rasa ia pergi pastinya terasa berat islam itu untuk diteruskan.

tapi mana peranan kita yg menjadi kesinambungan kpd permata itu.

duduk dan bersedih !

gembira ia pergi!


malaslah nak cari ilmu, cukup lah yg ada!


tak perlu kot sebab kan ramai yg dh belajar agama...

p/s: coretan untuk diri yg sentiasa leka dengan dunia

Wednesday, March 10, 2010

halimah jongang hiburan atau kutukan?

Firman Allah ta'ala :

" sesungguhnya telah Kami jadikan insaan ( manusia ) dengan sebaik2 kejadian.." at-tin : 4

manusia itu dijadikan dengan sebaik-baik kejadian dan ciptaanNYA tidak lain dan tidak bukan untuk dimuliakan. Pabila sesuatu yg di cipta oleh SANG PENCIPTA dan dalam masa ciptaNYA dikutuk oleh manusia biasa. Apakah layak manusia yg hina untuk mengutuk sesama muslim sedangkan kelayakkan itu hanya SATU ALLAH.


Halimah jongang the series

memang cerita atas dasar hiburan sehinggakan menjadikan filem kepada series, namun disebalik pembikinannya apakah pembuat cerita ini sudah mengkaji dari semua aspek terhadap elemen penting mengenai sensitif masyarakat. aku merasakan cerita ini sekadar hiburan yg berbentuk kutukan kerana rentetan dari cerita ini timbul pula satu cerita fatimah juling, dan bila ini terjadi layakkah kita ia digelarkan sebagai filem yg mendatangkan faedah kepada masyarakat? dan mungkin juga selepas ini banyak lagi filem yg berbentuk kutukan contohnya ali pendek, mamak sengau, ahmad hitam dan banyak lagi.

tidak salah kalau mahu meletakkan ia sebagai series halimah jongang tapi perlu kepada olahan yg cukup berjaga supaya masyarakat yg jongang akan rasa diri berada tahap yg selamat dan jauh dari kutukan orang. pernah aku berborak dengan kawan yg mana anak muridnya mengejek rakan dengan menyanyikan lagu halimah jongang. jika aku ditempat murid yg diejek mungkin saja perasan terguris dan diri akan rasa malu yg amat sangat2.

mengutuk ciptaan ALLAH

tidak salah jika aku katakan series ini mengutuk ciptaan ALLAH kerana memperlekehkan ketidaksempurnaan seorang dengan mempamerkan cerita sedemikian. jika dilihat pada filem halimah jongang kita dapat lihat yg mana halimah dipandang setelah menjadi cantik dan menjadi kegilaan selepas itu, tapi bagaimana pula jika halimah tidak menjadi cantik dan jongang sampai bila2? adakah manusia akan sentiasa mengutuk halimah sepanjang hayat nya? aku tidak mahu menceritakan tentang series ini tapi mahu kita berfikir secara mendalam tentang perasan manusia setelah melihat cerita ini.

manusia yg jongang, juling, dan pelbagai lagi sifat ketidaksempurnaan tidak lain dan tidak bukan mahu menguji tahap sabarnya dalam menghadapai ujian allah terhadap diri meraka, dan bg meraka yg sempurna matanya, giginya, telinga nya dan banyak lagi tidak lain dan tidak bukan untuk melihat tahap syukurnya bila mana kesempurnaan sudah ada pada diri.

firman ALLAH :

Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mu'min dan mu'minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.

p/s: manusia tidak terlepas dari kesilapan tapi jgn sesekali mebuka talian dosa untuk memperbanyak saham dosa keatas pembuat cerita, manusia suka sesuatu benda yg menarik dipandangan mata dan menariknya lagi bila sesuatu itu melucukan yg membolehkan kita mengutuk. bayangkan jika cerita istifadahnya tiada tapi yg banyaknya keburukan. apakah saham dosa itu akan melambung tinggi!!! yg pentingnya aku bukan penentu dosa dan pahala yg berhak hanya ALLAH.

Tuesday, March 9, 2010

kuda qonatir




Dari Abu Hurairah r.a.katanya Nabi saw. Bersabda
"Siapa yang memelihara kuda untuk perang dalam agama Allah, kerana percaya kepada Allah membenarkan janjiNya maka makanan kuda, minuman dan kencingnya menambah berat timbangan amal pada hari kiamat"


kadang2 kita terlepas pandang tentang sunnah RASULULLAH s.a.w dalam menunggang kuda, mungkin sesetengah orang tidak tahu ia salah satu sunnah dan sebahagian nya tahu tapi mungkin saja zaman ini tidak lagi menggunakan kuda.

semalam aku n the geng walidain pergi ke qonatir untuk melakukan satu aktiviti riadah didalam taman, cukup seronok dan sangat menyeronok walaupun tahi lembu bersepah-sepah bagaikan periuk api yg menunggu mangsa, tapi alhamdulillah kami terselamat.

cerita disini bukan nak katakan kami mahu riadah saja2, tapi mahu mendalami sukan berkuda, jika dilihat mata kasar mungkin orang kata senang untuk menunggang tapi hakikatnya hanya penunggang yg tahu, jika difikirkan kembali bagaimana zaman baginda s.a.w ketika dahulu yg mana berperang menggunakan kuda jika digunakan zaman sekarang mungkin tidak bisa menandingi meraka. tapi aku bersyukur aku n kawan2 masih sempat untuk menjalani satu sunnah yg sungguh berharga, walaupun kami tidak dapat untuk setiap hari tapi alhamdulillah kami sempat juga untuk menjalani satu sunnah...alhamdulillah,,,

p/s: ape2 pun kawan aku still penembak yg berjaya,,,hehehe

Tuesday, March 2, 2010

bila lagi,,,

jika orang tanya mahu berubah tak?

pastinya jawapan "ye"

tapi sejauh mana ye kita untuk berubah?

aku pun tak de jawpan untuk soalan itu.

tanya hati masing2.

bila dikenangkan dosa yg lalu pasti dosa itu masih lagi dibuat sampai skg.

betul tak?

tandanya masih lagi tidak mahu berubah.

kecewa dengan diri, tapi diri juga yg salah.

jika dikata ibadah sudah lengkap tapi kenapa masih lagi buat maksiat?

jawapan nya senang, iman masih lagi tak kukuh.

aku rasa korg mungkin ada jawapan lain selain dari iman.

kdg2 mesti rasa sedih, kecewa, bengang dengan diri sendiri.

namun satu yg harus aku lakukan tekad!!!!!!

p/s: maksiat kenapa ade disekeliling kita? carilah jawapanya

jauh dari MU,,,,,



P/S: takut cinta ku kerana nafsu....aku lemah,,,YA ALLAH bantulah AKU!!!!!

Monday, March 1, 2010

untuk partiku

Sesungguhnya Allah telah menetapkan dalam al Quran surah an Nahl ayat 44 sebagai berikut :

بِالْبَيِّنَاتِ وَالزُّبُرِ وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (٤٤)

”Dengan keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. dan Kami turunkan kepadamu (Muhammad) Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan”.


ko kalah sapa peduli
dah tak best sapa nak sokong
klu ko menang aku dh tau
hanya pangkat harta tujuan ko

ko menang aku peduli
sebb ko penipu beso
duit rakyat sume nak kaut
nampat sgt ko pembelot

aku tak kira ko parti apa
yang penting bawak agama
tapi ko bawak apa
bawa bala adalah

sibuk bincang kekeluarga islam
sibuk bincang tentang hak wanita
org yg bincang tahu cakap saja
aurat die tak pernah nak tutup

sebut negara islam ingat hadhari
sebut negara maju ingat satu malaysia
sebut pasal kartika sibuk nak bela
sebut pasal halal haram tak da sapa nk peduli!!!!!!

p/s: tak de kene mengena dengan sesiapa, just coretan ringkas dari otak

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat