Tuesday, August 31, 2010

mohon nusrahMU

salam.

aku percaya ramadhan adalah bulan yg penuh dengan tarbiah. kini aku dalam penuh kedukaan atas dosa yg aku lakukan dan sungguh aku bersedih atas apa yg aku lakukan selama ini. aku tidak sanggup untuk memendam perasaan ku seorang dan aku memrlukan seseorang untuk menjadi pendamping untuk melepaskan apa yg terpendam dalam hati aku selama ini. dan aku tdk minta atas apa yg telah ku lakukan selama ini dan percayalah aku masih mahu hubungan yg dahulu kini menjd seperti dulu tapi apakan daya dan aku tidak sanggup dan ini adalah penyebab atas dosa2 yg lalu.

ya allah!!!! berilah kekuatan pada ku untuk aku melalui hidup ini dengan penuh waras. berilah aku kekuatan untuk aku berubah.. dan aku inginkan cahayaMU untuk aku keluar dari kegelapan. aku mohon pda MU ya allah. aku mohon nusrahMU ya allah.!!!!!

aku tahu jalan yg kita pilih ini terbaik untuk diri kita berdua bg bermuhasabah atas apa yg kita lakukan dan aku terima jika itu yg terbaik untuk mengenal diri kita siapa sebenarnya. percayalah aku rindukan persahabatan kita. aku rindukan gurauan kau wahai sahabat, kau banyak mengajar aku erti kehidupan dan kau banyak memberi erti dalam hidup ku selama ini. aku tidak sesekali akan membuang memori yg telah kau hidupkan dalam benak nurani ku selama ini. satu yg aku pinta agar kau doakan aku kuat untuk menjalani hidup yg penuh berliku ini.


ya allah!!! aku mohon KAU terima lah taubat kami ya allah. KAU ampunkan dosa kami allah.!!!!
kau hadirkan kebaikan pada diri kami ya allah..aku terima balasan yg telah kau berikan pada ku.
aku amat kesal atas apa yg ku lakukan. dengan balasan yg kau berikan menjadi satu pengajaran dalam hidupku.


Azfar - Akan
Ku Jumpa
(Versi Ramadhan)

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu


p/s: minta maaf jika aku buat kalian resah. dan percayalah aku cuba untuk mengatasi diri ini dengan doa kalian.

Tuesday, August 17, 2010

sahur dan himah nya..

HIKMAH BANGUN SAHUR

[Mutiara Ramadhan]

sahur

Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Nabi saw:
“Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi bersabda:
“Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur.”
(Hadis Riwayat Ahmad)


Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut. Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya. Pertama, ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi yang lebih besar ertinya pada kita ialah sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat. Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta dan Penguasa Alam dan para malaikatNya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu direbut oleh setiap insan. Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk kita bangun esok pagi untuk bersahur.

Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga di penghujung malam menjelang subuh, satu saat yang amat mustajab untuk berdoa. Ambillah peluang bangunnya kita di waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat tahajud atau hajat dan berdoalah kepadaNya yang maha mendengar.

Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar kita dapat solat subuh di awal waktunya, satu amalan yang amat disukai.

Menurut sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:
“Bahawa Rasulullah saw melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mula terang. Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat, dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.”
(Riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

dialog-kartun-1

Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk menambah tenaga bagi menguatkan badan, mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu, ia adalah satu sunnah Nabi apabila kita melakukannya akan memberi peluang kepada kita mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, peluang untuk berdoa di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.

Wallahua’lam……

sahura

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat