Wednesday, December 29, 2010

aku lalui jua....

lama tak bersua untuk berkongsi masalah dan dalam saat ini aku tidak keruan untuk mencari jalan penyelesaian mengenai masalah yg aku hadapi,,,aku tahu aku tidak mampu untuk menangung sendirian tapi hakikatnya hanya aku sendiri yg harus menyelesaikan,,,walaupun aku tahu aku tidak mampu ntuk melakukan aku cuba untuk lakukan demi untuk diri aku dan masa depan aku sendiri,,

aku tahu walaupun aku hanya besendirian tetap bersama aku ALLAH yg akan menemani ku dan pemberi ubat segala masalah,,,aku bersyukur dan aku redha setiap ujian yg dtg pada diri aku kerana disitu banyak mengajar apakah erti kehidupan sebenarnya,,,aku tidak sesekali untuk menyalahkan takdir yg telah berlaku bahkan aku menganggap ia sebagai satu wasilah untuk meningkatkan iman yg selama ini terumbang ambing dipukul ombak yg mengganas yg mahukan kapal karam,,,tapi aku masih setia dengan pautan yg ALLAH berikan pada aku untuk bergantung padanya....

pernah aku berputus asa dengan apa yg berlaku,,,tapi aku bersyukur kerana dihadiahkan teman yg setia dapat mengurangkan kesakitan dalaman yg selama ini aku tanggung bertahun-tahun lamanya dan pejam celik pejam celik sudah masuk 12 tahun dan aku buntu,,,kerana dia aku jadi begini,,,kerana dia aku tidak mampu untuk melakukan apa yg aku mahukan,,,,aku redha,,,walaupun begitu aku tetap juga mahukan perubahan dari alam kezulumatan sehingga aku bertemu cahaya azhar yg banyak mengajar ku erti hidup syariat yg sebenar,,,

aku sangka ia akan berakhir,,sangkaan ku meleset,,aku terus dihantui dengan mereka yg banyak membawa aku kegelapan kembali dan aku takut,,aku tidak mampu,,aku harus keseorangan untuk mencari jalan muktamad yg perlu aku korban demi kebaikan orang lain,,aku redha dan aku percaya ALLAH tetap bersama aku walaupun dulu aku pernah lari dari syariatnya,,tapi itu dulu,,namun sekarang? kenapa tetap menghantui aku,,YA ALLAH!!! BANTULAH AKU,,,JAUHKAN aku dari maksiat durjana kan diri,,,ya ALLAH,,,KUATKAN aku!!!

sedih tetap sedih tapi tidak perlu aku tunjuk pada meraka kerana bg aku akan menyusahkan dan menyulitkan mereka,,,cukup bg ku untuk ceria seperti biasa dan aku terus melangkah untuk mencari sinar yg telah kelam yg pernah aku jejak dulu,,dan tidak pernah aku merasa seperti ini dan ini amat menyakitkan sedang keadaan menjadi rumit tatkala aku dalam fatrah imtihan,,tapi aku bersikap positif supaya tidak mencampur adukan segala masalah dalam masalah sedang aku hadapi,,,cukup bg ku mempunyai ahli bait yg sedikit banyak memberi kecerian dalam hidup walaupun untuk seketika,,aku bersyukur kerana KAU hadirkan meraka untuk ku...jika meraka membace pasti meraka merasa hairan tapi tidak perlu risau dan tidak perlu bertanya kenapa? insyaallah biarlah aku lalui sendirian...dan aku harap kita semua najah dan mencapai kejayaan masing2,,,

kepada sahabat diluar sana jika membaca tulisan aku tolong saling menasihati jika terdapat aku melakukan kesalahan yg aku lakukan dengan sengaja...nasihat itu satu tuntutan,,,dan sekarang ini aku sungguh runsing dan perlu untuk menenangkan hati dan aku akan bersikap berdiam diri,,,untuk kebaikan orang lain,,,pernah terlintas untuk membalas dendam tapi aku kuburkan demi untuk kebaikan orang lain,,,dendam bukan segalanya tapi penyelesaian sebagai jalan yg dituntut islam yg suci,,kesucian tidak akan dicemar dengan kebencian!!!!

akhirnya kita sama berdoa didlm imtihan yg akan tiba akan menjadi suatu realiti diatas kejayaan kita kelak,,,cuma doakan agar aku kuat untuk keluar dari setiap masalah yg hadir kerana ujian yg ALLAH BERIKAN tidak lebih dari apa yg kita mampu,,,

p/s: doakan....

Sunday, December 26, 2010

wajah ku kelihatan muda

Petua Awet Muda Untuk Wajah

Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.


p/s: x caya lihat wajah saya sentiasa muda,,

wajah ku kelihatan muda

Petua Awet Muda Untuk Wajah

Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.

Wednesday, December 22, 2010

celik isu jgn buta isu

saya terbaca status facebook seseorang yg menyatakan bila orang kenamaan dtg ke mesir hanya untuk memomokkan isu semasa supaya menentang kerajaan khususnya bagi negeri selangor yg selama ini kerap hadir ke ardhu kinanah.

dan pandangan saya ianya tidak salah untuk kita membicarakan isu semasa yg berkaitan politik, dunia, dan sebagainya dari kita mendengar ceramah2 tentang satu malaysia yg bg saya tidak mendatangkan hasil yg cukup lumayan bg kerajaan untuk membawa mahasiswa kearah politik umno yg sengkek. itu cuma pengamatan saya sahaja bg menolak pandangan individu yg bergelar mahasiswa.

isu semasa amat penting bg semua khususnya mahasiswa yg boleh berfikir bukan sekadar mendengar tapi perlu perincian apa yg mahu disampaikan dan saya cukup teruja bilamana wakil kerajaan selangor hassan ali akan datang kemesir untuk lawatan sementara nya bg bertemu pelajar. dan kesempatan ini kita selaku mahasiswa perlu men"look forward"-grab peluang yg ada untuk mencari satu motivasi yg berpengalaman dari dato hasan sendiri dan dalam masa yg sama kita mahu kan satu pendedahan dari dato sendri apa isu yg sebenarnya berlaku dimalaysia. saya tahu pastinya saudara sebalik saya akan berkata "macam tak da internet je kat umh" memang ia tapi tidak sama dan perlunya satu perincian dari pihak melalui lisan. sepertimana kita membaca akhbar utusan dan juga berita harian dan saya ingin menanyakan berapa orang sahaja yg yakin tentang apa yg dikhabarkan oleh berita cap umno? boleh jadi 100% yakin tentang sukan dan hiburan tapi isu semasa yg disampaikan hanya tak sampai 50% dan mereka adalah puak yg tidak pernah berfikir apa yg dikhabarkan hanya menerima sahaja. mereka juga dikalangan mahasiswa yg terlalu taksub dengan kepartian tidak kira mahasiwa umno mahupun mahasiswa pas.

saya memang penyokong PAS tapi tidak semestinya saya perlu menyalahkan umno 100% dan semua parti dimalaysia ada kelemahan nya dan nyata terdapat kelemahan hanya dipuak sana dan perlu mencontohi pas dan PAS MAMPU mengatasi kelemahan dengan mengalirkan satu aliran syariah yg mampu menyelesaikan bilamana terdapat kecacatan didalam parti. dan saya disini bukan untuk bercakap tentang parti tapi mahasiswa perlu cakna tentang isu semasa!

kebodohan mahasiswa bila terlalu taksub sehingga bila isu semasa dibangkitkan hanya menerima bulat2 dan tidak pernah mengkaji. dan saya ucapkan syabas to PMRAM bila isu agama dibangkitkan ada kajian yg dilaksanakan dibawah MANHAL PMRAM dan disitu perlu kita mengambil tahu kerana ia satu maslahah ummah. dan jika isu semasa berkaitan politik guna lah otak untuk memahami isu itu dengan membaca akhbar2 milik umno dan pas dan perlu ada seseorang yg boleh menyampaikan sesuatu yg hak dari kerajaan negeri. setiap kerajaan negeri mesti dan pastinya menyampai sesuatu yg benar tidak kira negerinya pasti pr or umno yg pastinya bila wakil kerajaan negeri dari umno, mahasiswa islam tidak akan menerima bulat2 kerana distu ada pembohongan dan ia pastinya menyampaikan matlamat slogan umno dengan mengUMNO kan pelajar mesir. saya bercakap bukan kerana nafsu tapi pengalaman yg mana pada tahun 2008 pelajar2 selangor perlu mengisi borang umno luar negara dengan tidak rela hati jika tidak berbuat demikian zakat menjadi taruhan!

akhirnya bg mahasiswa islam khususnya timur tengah saya terbaca dari status facebook seorang teman yg menyatakan " ustaz2 sekarang pandai berceramah tapi buat lawak kampung " sepatutnya kita selaku mahasiswa perlu men-injakkan ceramah dengan isu2 semasa tapi bila ceramah bukan bermaksud kita suka suki bercerita tentang politik tapi banyak lagi isu semasa yg berkaitan dunia islam seperti contoh isu palestin, isu bush baling kasut, isu peperangan dan banyak lagi isu2 yg menarik untuk menarik audien kita celik isu bukan kita selaku ustaz islam membutakan isu bg audien! dan tak salah untuk lawak kampung ye ustaz2 tapi pada2 lah.

p/s: misi aku bila sudah bekerja memindakan semula pelajar universiti...

Monday, December 20, 2010

cerita lawak...

1.
Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.

2.
Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..

p/s: klu naik ktm pasti anda dianggap tak betul sebab tergelak dengan tidak menhirau kiri kanan anda,,,rahsianya hanya org yg selalu naik ktm je tau...

Thursday, December 2, 2010

kehilangan

setiap manusia tidak lari dari perkataan kehilangan dan sungguh menipu jika ia menidakkan sedangkan kehilangan itu tidak kenal masa dan tempat.

aku juga sedang menghadapi kehilangan dan kehilangan yg aku maksud kan ini jiwa yg kadang2 hilang tatkala aku dalam kelakaan.

kadang2 aku mula terfikir apakah sebab aku hilang sesuatu yg berharga ini? jawapan nya cuma satu IMAN.

KITA bukan malaikat dan kita ini hanya manusia yang asyik berbicara dengan kalimah insan dan bg mereka yg suka mencari alasan manusia itu nisyan(lupa) dengan menggunakan nisyan sebagai langkah penyelamat pada diri.

memang benar kita insan yg tidak pernah sempurna tapi adakah kita sebenar-benar insan yg mahukan kesempurnaan walaupun hakikat kita tidak sempurna. adakah kita pernah berusaha untuk kesempurnaan itu? mahukan perubahan "yes" mencari alasan "no". hanya kita yang mampu mengubahnya.

kadang-kadang kita cepat futur apabila berlaku kehilangan sedangkan ALLAH telah mencipta setiap satu kalimah itu mesti berpasangan sebagai contoh hilang pasangannya jumpa. oleh itu masihkan ada alasan lagi untuk membiarkan sesuatu itu hilang tanpa dicari?

muhasabah kau dan aku!!!!!

p/s; makin mendekati imtihan makin cepat kita lupa dosa pahala....

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat