pertamanya aku gembira diatas hadiah yg diberikan mak aku. aku pun terkejut tiba2 je mlm tadi mak aku nk belikan beg nike n sehelai baju diadora.. apa2 pun gembira sebenarnya,,hehehe
ape2 pun kasih ibu bawa ke syurga jgn sesekali mengata ah walaupun perkataan nya pendek tapi maknanya sungguh menyakitkan hati orang tua kita.
pernah atau tidak kadang2 tidak sedar apa yg kita luahkan acapkali boleh mengundang kekecewaan di hati mereka walaupun ditelan pahit tetap juga mahu menunjukkan ketenangan dihadapan anak2. dan disebab itulah setiap kali mahu berbicara perlu berfikir dahulu sebelum memulakan percakapan. kadang2 bila rasa tidak puas hati dengan ibu bapa tidak rasa bersalah menengking bainahumma. sedang kesalahan itu sudah nyata terang lagi bersuluh. dan jika tidak betul sekalipun apa yg dinyatakan oleh kedua ibubapa, tidak perlulah untuk kita berang sedang islam itu indah dan dan amat indah jika penyelesaian dilakukan secara harmoni. dan bermacam-macam contoh lagi bagaimana untuk menjadi anak derhaka. nauzubilah minzalik.
Terdapat beberapa jumlah dalil syara‘ yang menegaskan mengenainya dengan jelas dan nyata. Di antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr, beliau berkata yang maksudnya:
“Seorang berbangsa Arab datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata: “Wahai Rasulullah apakah dia dosa besar?” Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Mensyirikkan Allah.” Dia (orang Arab itu) berkata lagi: “Kemudian apa?”, Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Kemudian menderhaka kedua ibu bapa …”
Di dalam riwayat yang lain lagi dinyatakan bahawa orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya tidak akan mendapat perlindungan pada hari kiamat. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Tiga golongan yang tidak dipandang oleh Allah ‘Azza wa Jalla pada hari kiamat: orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, perempuan yang meyerupai seperti laki-laki dan orang yang dayus…”
berbuat pada orang tua adalah farhu ain dan maknanya disitu adalah wajib untuk kita menghormati dan berbuat ehsan pada mereka. Dan kewajipan ini tidak tertentu kepada ibu bapa yang berugama Islam sahaja. Malahan bagi sesiapa yang ibu atau bapanya, atau kedua-duanya bukan berugama Islam juga diwajibkan taat dan berbuat baik kepada mereka, selama mana mereka tidak menyuruh anaknya untuk berlaku syirik (menyekutukan Allah) atau melakukan maksiat yakni perkara-perkara yang bertentangan dengan perintah Allah dan laranganNya.Perkara ini jelas sebagaimana firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
Selain itu hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam juga menjelaskan mengenai perkara ini sebagaimana yang diriwayatkan daripada Asma’ binti Abu Bakar Radhiallahu ‘anhuma, beliau menceritakan yang maksudnya :
“Pada zaman Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ibuku yang masih musyrik suatu hari datang mengunjungiku. Lalu aku meminta fatwa kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, aku berkata: “(Ibuku datang) dalam keadaan senang hati, apakah aku masih perlu meneruskan hubunganku dengan ibuku?” Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Ya, tetaplah meneruskan hubungan dengan ibumu.”
akhirnya, sama ada orang tua itu beragama islam ataupun agama lain wajiblah untuk kita berbuat ehsan dan menghormati mereka. ingat jgn sesekali menyakiti meraka kerana REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA KEDUA ORG TUA NYA!!!!P/S: aku pun tak tau kenapa aku letak entry ni,,maybe terlalu sayang kepada mak abah aku. semoga entry ni menjadi rujukan aku pada masa hadapan kelak supaya aku menjadi anak yg baik.