Sunday, June 5, 2011

hidup ini penuh celaru

aku melalui dihadapannya dan aku berpura-pura tidak bertemu dengan nya dan aku sendiri tidak tahu mengapa ia berada disitu sedang aku turut ada disitu. aku teruskn langkah seperti aku tidak tahu yg dia sedang berada disitu dan niat aku juga tidak mahu agar dia menganggap diri aku sedang perhatikan dirinya yg sedang berjalan.

aku sendiri keliru dalam keadaan diri aku sendiri tidak begitu stabil dan bergantung pada ubat boleh yg menyembuhkan jiwa aku yg sedang kembali sakit setelah sembuh hanya sementara. aku sendiri tidak tahu kenapa ia datang kembali dan semua nya perlu kenapa pertanyaan kenapa dan kenapa aku begini. aku bersamanya tidak bersama lagi dan kami berjalan mengikut jalan yang terbaik untuk dirinya dan terbaik untuk diriku. tapi aku sendiri tidak sanggup untuk melepaskan dia dihati aku, tapi aku terpaksa agar aku tidak mahu dia membenci aku dan tidak mahu untuk bertemu ku lagi walaupun aku tahu hati ini seolah tidak dapat terima hakikat yg dia kini sudah jauh dari aku.

lebih baik aku tidak berhubungan dari aku terus berhubungan dlm keadaan aku sendiri tidak stabil dan sentiasa akan menyakit kan nya dengan perbuatan aku sendiri dan aku sendiri tidak mahu ia terjadi tapi aku tidak boleh berbuat apa jika aku sendiri tidak sedar apa yg sedang aku lakukan terhadapnya. kini aku hanya mampu melihat mu dari jauh dan setiap saat aku tidak mahu untuk melepaskan untuk menatap wajahmu walaupun dalam kau ketiduran dan tidak sedar akan kehadiran ku.

masih teringat dikala kenangan diantara kita bergurau senda dan waktu itu adalah waktu yg terindah dalam ketika peekenalan kita tapi kini kau sudah tiada untuk kita bersama bergurau dan aku akur kita bukanlah kenalan yg kekal untuk kita berdua dan aku tahu kau adalah milik untuk orang lain yg lebih baik dari diri aku yang hina.

kini tiada lagi kedengaran suara dan tiada lagi sendaan dan tiada lagi hubungan dan kenalan kita semuanya hanya terbina desebabkan sakit aku dan kini baru aku sedar yg sebenar aku lah punca kenalan kita menjadi retak tanpa sebab dan aku lah punca segalanya. maafkan aku jika kau kecewa atas perbuatan ku dan berilah aku ruang untuk aku berubah dan mencari penyelesaian diri aku yg kini celaru dan aku tiada lagi tenpat bergantung untuk aku gantungkan diri aku kepada mu yg pernah aku lakukan ketika perkenalan kita dahulu.

kini aku keseorangan tiada tempat untuk mengadu dan tiada tempat untuk bersua masalah dan aku hanya aku dan masalah hanya padaku. kadang-kadang penyesalan itu tiada berguna jika diri sendiri penyebab kepada penyesalan itu dan aku lah sebabnya menjadi sesal dan aku lah yg harus menjadi tenpat bagaimana untuk aku keluar dari penyesalan.

p/s: dari cite kat atas penyesalan itu disembuhkan melalui taubat,,,dan sakit dan dugaan itu dapat diselesaikan jika kita menghadap ALLAH.

Allah berfirman, “Atau siapakah yang memperkenankan (do’a) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati-(Nya).” “Atau siapakah yang memimpin kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan siapa (pula)kah yang mendatangkan angin sebagai kabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-Nya? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Maha Tinggi Allah terhadap apa yang me-reka persekutukan (dengan-Nya). (Qs. An-Naml: 62 – 63)

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat