Saturday, March 3, 2012

qiamullail dan isinya.

qiamullail dan isinya.

Firman Allah Taala :

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

(الإسراء : 79)

Maksudnya : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

kelebihan :

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى اْلأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلاَمًا , وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا ,

(الفرقان :63-64)

Maksudnya : Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

Berkata Salman Al-Farisi : Rasulullah SAW. telah bersabda Maksudnya :

"Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana iaitu ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan".

waktu :

Sembahyang malam itu harus dikerjakan, sama ada pada awal malam, di tengah-tengah malam atau di akhir malam.

dari Abi Hurairah (RA) beliau berkata bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Allah Azzawajalla turun pada tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir , maka ia berfirman : " Sesiapa yang akan berdoa kepada aku akan aku perkenankan. Sesiapa yang meminta ampun kepada aku akan aku ampuninya". (Al-Bukhari)

rakaat :

Sembahyang malam itu tidak ada baginya bilangan rakaat yang khusus.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya : Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan sembahyang malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda : "Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang malam itu walaupun satu rakaat". (Al-Tibrani)

tempat niat :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa tiba di hamparan tempat tidur serta ia berniat hendak bangkit mengerjakan sembahyang malam tetapi dia dikalahkan oleh matanya- Yakni terus tertidur-sehingga waktu subuh, maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan, dan tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada Tuhannya". (An-Nasai dan Ibnu Majah)

hukum :

Sunat Muadkadah

dalam hadis Muslim : Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW : Sembahyang apakah yang terafdhal selain dari sembahyang fardhu? Jawab baginda : "Sembahyang Malam"

penutup :

berdoa dan menangislah dihadapan ALLAH..MOGA disana terdapat keberkatan dan keampunan.

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat