Thursday, May 31, 2012

bila belajar agama tapi x suke agama!!!

aku bukan berpersatuan sgt malah tidaklah politik sangat but still looking perkara yg baik dan mencari pengalaman dalam 2 perkara diatas.

aku tersangat kecewa ada beberapa individu terlalu taksub dgn kebenciannya terhadap persatuan sehingga semua perkara yg boleh dianngap baik ditolak atas alasan PERSATUAN itu bukan platform yg terbaik untuk beliau.

dan aku bukan lah disini untuk memburukkan GOLONGAN ini tapi aku terfikir KENAPA?

apakah satu perkara itu dianggap salah jika perkara itu baik namun dipertikaikan cara atau uslub walhal pokok suatu perkara asas itu adalah WAJIB!

uslub itu ataupun cara boleh diubah namun bukan boleh merubah dari semua aspek yg mana perlu ditinggalkan atas sebab suatu perkara yg tidak disenangi.

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR ITU WAJIB!!

aku akui sesetengah DAI'E itu tidak menggunakan uslub yg terkeluar dari kehormatan yg sepatutnya tapi bukan lah disebab kan itu amar makruf nahi mungkar dikecam dan dikecam lagi HEBAT disebabkan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR itu dari pihak yg tidak disenangi.

makanya dimana NILAI pelajar AGAMA yg mana sepatutnya ARIF tapi menolak satu perkara yg jelas dan patut disokong dan diperjuangkan?

tiada!

maka benarlah hadith ini,

عَنْ أَنَسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ ، قَالَ : " مَنِ ازْدَادَ عِلْمًا وَلَمْ يَزْدَدْ هُدَى لَمْ يَزْدَدْ مِنَ اللَّهِ إِلا بُعْدًا "
Barangsiapa yang bertambah ilmu, tetapi tidak bertambah hidayah. Tidaklah Allah tambahkan baginya kecuali ia semakin jauh daripada Allah.


Belajar setinggi mana, jika kamu tidak semakin dekat kepada Allah, maka sia-sialah apa yang kamu perolehi itu. Bimbang ia hanyalah istidraj bukannya nikmat atau pertolongan daripada Allah.

Maksud Istidraj

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w.bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
ilmu setinggi gunung, seluas lautan alam, terbentang 7 petala lagi 7 petala bumi namun masih lagi durhaka dan menolak ayat2 ALLAH makanya jgnlah terlalu lena dgn kehidupan kerana REDHA ALLAH tidak ada disitu.

p/s: aku tulis ini bukan untuk kata aku ini menyokong mana2 pihak,,tapi aku fikir sebab aku nak balik malaysia dan jika golongan ini masih menolak bagaimana untuk menjadi daie di malaysia kelak...seriesly im not gud untuk tulis  ni but terpanggil untuk tulis disebbkan terbaca something kat fb seseorang///  whatever is who r u PLZ LAH jgn wat andaian BURUK tentang AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR jika tidak suka PERSATUAN itu...x suke senyap dan chill bro....jika salah daie tu, u just ask pada AHLI NYA....not dragging SOMETHING like that...

Wednesday, May 30, 2012

berpagian....


pagi ini ku rasakan seolah seperti ada semangat baru untuk bersama mereka yg sering bersemangat untuk melakukan kebaikan membantu pada mereka yg perlukan.

bukan kali pertama tapi cuma kali pertama berpagian bersama mereka.

seolah diri ini perlukan bantuan itu!

bukan tidak mahu membantu tapi cukuplah sekadar pembantu mengikut kemampuan si mereka yg sedang memberi bantuan yg terhad walhal ianya tidak. itu juga adalah salah satu bantuan walaupun bukan seratus peratus tapi itu juga satu bentuk amal yg sikit tapi berharga disisi ALLAH.

tidak salah untuk menyelit asal ada niat untuk membantu walaupun bukan pemberi bantuan yg sah namun ia juga meliputi maksud bantuan itu sendiri. tidak salah menyelit asal baik bukan menyelit tapi meloyakan orang yg sedang memberi bantuan dan menerima bantuan.

memang salah!

dan wujudkan suasana harmoni dlm majlis yg harmoni dgn suasana yg hening.

terbaik diwaktu pagi ini!!!!!!

sekali kita melangkah untuk membantu jgn henti untuk terus membantu untuk mereka yg perlukan bantuan. andaikan jika anda tidak lagi menjadi 'PEMBANTU' apakah ilmu itu melekat bertahun lamanya atau sekadar satu hari kemudian hilang ditiup zaman?

aib!!

ilmu itu bukan untuk dihilangkan mahupun dilupakan melainkan ALLAH hijabkan sesuatu sehingga kita tidak lagi nampak ILMU itu bersama kita disebabkan kemaksiatkan kita sendiri.


oleh itu, bersama menjadi seorang pembantu yg setia agar mendapat tempat disisi ALLAH. tidak salah untuk membantu selagi bantuan itu untuk kebaikkan semua pihak.

p/s: aku bangga menjadi sebahagian dari mereka yg tidak jemu untuk meminta bantuan...hehehe..KURANG ILMU PERGILAH CARI ILMU....makin kita banyak ilmu MAKIN banyak BODOHNYA...thats why u need 'PEMBANTU'....TO GUIDE UR WAY,,,

Tuesday, May 29, 2012

PERIHAL SUMPAH DAN KAFARAH YAMIN.


sumpah : 


Kata aiman huruf hamzah diharakati fathah adalah bentuk jama’ dari yamin (sumpah).


Menurut bahasa, kata yamin asal artinya yad ‘tangan’. maksud lain pula adalah kekuatan. dan juga dibawa maksud sumpah.


syar’i : kata yamin adalah menguatkan sesuatu dengan menyebut nama Allah atau sifat-Nya dengan lafaz yg tertentu.


tidak sah sumpah kecuali :


Sumpah tidak terangkat dan tidak sah, kecuali dengan menyebut lafadz Allah, atau salah satu nama-Nya, ataupun salah satu sifat-Nya.


contoh : aku bersumpah dgn nama ALLAH/ aku bersumpah dgn sifat ARRAHMAN/ aku bersumpah dgn nama ALLAH yg ARRAHMAN.


selain dari diatas sumpah tidak sah dan tidak dikira sebagai SUMPAH. 


sumpah selain nama ALLAH :


-Dari Ibnu Umar ra, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa bersumpah dengan (menyebut nama) selain Allah, maka sungguh ia telah kafir atau musyrik.”


contoh : aku bersumpah dgn nama BAPAK AKU / aku bersumpah atas nama PEMILIK UNTA ini / 


langgar sumpah (kaffarah yamin) :


wajib keatas orang yg bersumpah (halif) untuk membayar kafarah yamin jika dia melanggar sumpah dgn apa yg dia sumpah.


Allah swt berfirman:


“Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi -Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kafarah (melanggar) sumpah itu ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian itu, maka kafarahnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kafarah sumpah-sumpahmu, bila kamu bersumpah (lalu kamu melanggar).” (QS al-Maa-idah: 89).


Barangsiapa yang melanggar sumpahnya, maka kafarahnya salah satu dari tiga bentuk kafarah  yg ALLAH telah dtgkan dari firmannya :


1.Memberi makan sepuluh orang miskin makanan yang biasanya kita berikan kepada keluarga kita.


2.Atau memberi pakaian kepada mereka.


3.Atau memerdekakan seorang budak.



-Kemudian barangsiapa tidak mampu melaksanakan salah satu dari tiga bentuk di atas, maka kafarahnya harus berpuasa tiga hari. Tidak boleh membayar kafarah dengan jalan berpuasa selagi mampu melaksanakan salah satu dari tiga bentuk kafrah diatas itu.


penerangan yg ringkas ini dpt difahami secara keseluruhan kerana ini basic dlm PERLAKSANAAN SUMPAH mengikut syariat islam.

p/s: doakan aku INSYAALLAH 31 MAY ni aku exam untuk madah FIQH SYAFIE dan PERKARA diatas adalah salah satu topik dlm tajuk perbincangan dlm fiqh syafie...sebenarnya banyak lagi perbincangan..tp pembacaan begini seeloknya menyenangkan org nak faham,,,minta maaf segala kekurangan! PRAY FOR ME!!!



Friday, May 25, 2012

sepanjang mencari tarbiah dari budak 'BERDOSA'

syukur padaMU atas segala kenikmatan dan kebahagiaan yg telah ENGKAU kurniakan kepadaKU bermula lahirku hingga kini aku masih lagi bernafas dan aku bersyukur pada MU YA ALLAH.


dulu, aku tiada sesiapa disekeliling hanya berteman titik noda dalam diri. aku terlalu hina sehingga aku tersa diri tidak ada lagi pengharapan yg boleh aku teruskan kehidupan. aku terlalu kotor sehingga tidak dapat lagi memlihat cahaya yg dapat memberi simbahan nurcahaya pada hati.

aku duduk dan duduk kaku tanpa bergerak hati ini walaupun untuk seinci. 

manusia tidak lagi aku percaya dan kawan tidak lagi menjadi teman. aku buta tidak derita sehingga tidak nampak lagi kebaikan. hati ini senantiasa mendorong dilorong gelap yg sering memanggil diriku untuk bersama lorong itu.

ya, pernah aku cuba untuk berubah namun perubahan itu hanya sia2 dan aku sendiri tertangkap diri dgn mainan jiwa  yg terlalu sakit sehingga memaksa diri untuk menghentikan. terlalu bodoh ketika itu sehingga menjadi nafsu sebagai raja. kadang2 aku tidak merasakan kesalahan itu pada aku tapi aku salah kan kawan2 yg tidak mahu aku bersama mereka untuk berubah malah mereka sering mencaci dan menghina tanpa sekelumit harapan mereka berikan untuk aku mencari sinar cahaya.

benarlah sekian lama aku menjauhkan diri dari ALLAH semakin aku buta dari melihat KEKUASAANNYA. aku kecewa dgn diri sendiri dan semakin aku kecewa semakin itu aku lupa untuk mengingatiNYA. SOLAT dan DOA aku tinggalkan demi kebahagian gelap aku sendiri. benarlah AKU MANUSIA HINA!

HARI semakin berganjak tahun silih berganti kini usia TARBIAH telah menjangkau 6 tahun dibumi barakah dgn barakah nabi2 terdahulu. dlm usia itu aku tidak nampak melainkan jiwa TERPAKSA mengikut rentak yg telah diaturkan namun aku cuba fahami dan aku cuba selami. aku tahu memang terlalu jauh dan tersangat jauh dari kehidupan yg terdahulu namun aku cuba cekalkan hati untuk mencari TARBIAH itu. 

aku pernah tewas dgn TARBIAH dan aku pernah GAGAL namun aku terus usaha dan usaha. aku percaya  mencari nur ILLAHI memerlukan seribu satu rintangan dan aku perlu harungi ujian PENGHINAAN dari mereka diluar sana yg tidak tahu JIWA aku perlukan ROHANI dan TARBIAH. aku kecewa dan hampir futur dgn diri.

aku bersujud!

kini, jiwa semakin tenang dan aku tidak lagi akan kembali ke lorong itu walaupun lambaian lorong sering memanggil untuk bersama meraka. aku perlu kuat dan aku perlu thabitkan hati untuk teruskan dgn TARBIAH ini.

dulu aku tidak pernah merasakan kawan itu penting dan aku sendiri tidak percaya yg kawan itu boleh memberi satu suntikan TARBIAH. aku percaya KAWAN DAN SAHABAT adalah penguat untuk diri untuk terus berubah. selama ini aku hanya memandang mereka dgn pendangan yg SINIS dan tiada apa yg mereka boleh lakukan untuk aku berubah namun aku silap! TARBIAH mereka buat aku terus tergerak dan aku perlu mengikut mereka tanpa perlu merasakan kesangsian. benar! 

aku seakan tenang ketika ini dan jiwa kembali terisi dgn ROHANI. aku bersyukur ALLAH campakkan aku dibumi barakah ini selama 6 tahun walaupun kelewatan menerima TARBIAH namun aku tetap bersyukur ALLAH telah bukakan pintu ini. 6 tahun bersama TARBIAH dan tahun ke ENAM itulah aku mengerti kenapa aku diletakkan disini! 

alhamdulillah, 

aku mengharapkan doa dari kalian untuk aku terus ISTIQOMAH pada jalanNYA.

aku dedikasikan syukur dan TERIMA KASIH kpd mereka yg disayangi selama aku dibumi TARBIAH ini, TANPA mereka mungkin aku masih sama dilorong itu dan tanpa meraka mungkin SIA2 aku hidup dibumi barakah ini.

syukran to MAK ABAH dan ADIKBERADIK yg hantar ku kesini untuk ditarbiah dan berubah menjadi lebih baik dan taat kpd org tuanye. 

syukran juga pada ahli bait : MARUL, NAIM, YASSIER, ZAMAN dan GHAZALI tanpa  mereka aku kesunyian sendirian dan sebab mereka aku tahu nilai kawan sebenarnya.

syukran kpd seseorang yg sering buat aku rasa malu dgn akhlaknya yg terlalu baik buat aku kagum HAZAZI. sebb hazazilah aku menjadi kuat untuk terus berubah.

syukran juga pada mereka yg aku anggap adik yg sering buat aku selesa dan mendengar masalah walaupun kdg2 itu masalah itu x dpt untuk diselesaikan tapi aku bersyukur ada tempat mengadu, thanks MUHAMAD AMIN SHAHRIL DAN HISYAM MAHADI.

dan syukran KPD SEMUA......
 

Thursday, May 24, 2012

making donut!!! superb!!! perfect!!!

selepas dibiarkan selama 30minit

panas minyak

gebu x?

menanti turn..

follow turn by turn!!!

yg siap disusun dlm tray.

gula aisin

sejukkan sekejap

perfect!!

resepi donut gebu :

tepung gandum
yis atau mauripan
susu serbuk 2 sudu
telur 2 biji
marjerin atau badalnya minyak
garam secukup rase

cara making donut gebu:

a)bancuh yis sehingga berbuih
b)campurkan tepung, telur, marjerin atau minyak, susu serbuk dan garam.
c)campurkan bahan a dan b satu bekas kemudian uli sehingga tangan anda tidak melekat.
d)bentukan doh sesuka hati anda
e)peram selama 30 minit
f)apalagi lah!!!
g)mmg gebu beb!
h)sapukan dgn gula atau apa manisan yg korg suke strawberry ke or chocolate ke or ape2 la,,yg pntg jgn sampai potong kaki!!!


????????

sometime i felt like im falling in love with someone but unfortunetly i cant.

aku pernah terpifikir kenapa aku tidak boleh but i masih x jumpa jawapan dari persoalan kenapa?

jika ikutkan nafsu siapa tidak mahu wanita cantik but jiwa sendiri masih tidak punya hati untuk bersama sicantik manis pujaan lelaki malaya.

perlu ke aku istikharah?

i should be atleast once!

i try n i try harder but i still x jumpa. my answer is MAYBE ALLAH know why?

im looking myself  ' ya, i deserve it!! '

diri sendiri masih tidak yakin malah diri sendiri masih bergelut masalah dgn diri sendiri.

mana mungkin untuk bercinta jika diri sendiri masih tidak cukup ilmu didada.

ya!! to me untuk bercinta mesti ada ilmu.

klu x de,,u fail!!!!

Wednesday, May 23, 2012

mode today!!!

speechless


makan hati


merajuk


sensitif


inilah jiwa lelaki yg kdg2 merasakan seperti wanita merasa..


now AKU MERAJUK..tidak salah kan!

Friday, May 11, 2012

my birthday picture...simple!!


 thanks to nuar
Posted by Picasa

Thursday, May 10, 2012

today my bufday!! alhamdulillah!!!

bila makin bertambah usia
makin kurang hidup dunia.

mati adalh sebaik tempat untuk dekat dgn ALLAH...begitulah KELAHIRAN JDKAN IA SEBAGAI SATU PROSES hampir kematian.

umur semakin pendek hampir kematian. sebelum berlalu tempoh yg bakal pendek dan pendek, bersegeralah kita TAUBAT mohon keampunan selagi pintu TAUBAT itu luas...

syukran EMAK lahirkan insan yg dari tidak tahu tiba sudah wujud dgn kasih sayang.

thank ABAH who support me dari kecil hingga dewasa.

thanks juga to my siblings kak long along bangah kak ngah kak lang kak uda bang uda bangdak bangjang bangteh kaktam n liza yg sentiasa tidak jemu melayan kerenah aku yg sgt2 teruknya.

thanks to my friends selalu berdamping tika susah dan senang.

aku mengabadikan 2 teman yg aku menganggapnya sebagai adik MOHD HISYAM MAHADI DAN MUHAMMAD AMIN SHAHRIL yg byk berdamping sepanjang perkenalan kita. hope ALLAH give both of u najah exam tahun ni. ilove u...dan juga kpd adik2 yg lain turut najah bersama( banyak nama nk tulis )

juga teman serumah YG SELALU bersama 6 tahun TANPA henti penat mendengar kecerewatan aku yg tersangat cerewet. MAY ALLAH bless u KAMARUL NAIM ZAMAN YASIER JALAK. IM HAPPY WITH U.

im happy n sedih....

thanks my friend even KORG X BACE tapi aku senantiasa ingat korg dlm hati ini sehingga aku kawin dapat anak cucu mati akhirat syurga...insyaalah..i love u all!!!

Wednesday, May 9, 2012

SAD...


aku tidak tahu mengapa dan sering ianya terjadi pada aku sendiri yg mana kadang2 aku sendiri tidak mampu untuk menghadapinya.

kawan?

aku tiada sesiapa disisi, aku hanya hidup bersendirian diperantau tanpa aku ditemani hakikat kawan itu sendiri.

aku punya kawan tapi aku merasakan seolah aku bersendirian. aku tiada teman untuk aku bualkan aku tiada teman untuk aku bicarakan masalah. aku tiada sesiapa.

aku sekat segala kasih sayang demi aku sendiri tidak mampu untuk mempercayai sesiapa sahaja mereka yg berada dikeliling aku sendiri.

mungkin itu silap aku! ya mmg silap aku yg masih tidak terbuka untuk percaya kata manusia. boleh saja apa meraka kata adalah salah dan aku sendiri tidak pernah ambil peduli.

aku bosan!

aku mencari siapakah TEMAN baik untuk diri ini yg sombong. aku temui walaupun begitu berjaga untuk tidak menyerahkan segala kepercayaan aku kepadanya.

begitu baik padaku tanpa sedikit aku meragui keikhlasan sepanjang kami mengenali selama 3 tahun. mulanya aku sendiri tidak percaya hidup aku sudah punyai teman yg terlalu aku sayang sehingga aku sendiri tidak mahu melepaskan nya.

aku kejam.

mmg aku kejam sehingga aku tidak mahu dia jauh dari aku yg mana aku sendiri perlukanya sepanjang diri aku yg yg bermasalah.

setiap waktu kami berjumpa bukan kerana perjumpaan yg sia2 tapi kadang2 dia tempat aku mengadu dan dia tempat aku gembira walhal aku tahu aku mempunyai kawan yg ramai tapi bagi ku dia adalah kawan dan adik yg tidak pernah aku lalui hidup bahagia dan terisi begini.

aku sendiri takut akan kehilangan nya tapi bila aku berfikir sejenak AKU KEJAM dan aku sepatutnya perlu rasa hidup bersendirian tanpa teman. aku tidak perlu bergantung harap dgn teman yg rapat. aku perlu belajar hidup sendirian!

aku duduk dihadapan pc ini hanya satu aku mahu luahkan AKU TERPAKSA BELAJAR HIDUP SENDIRI WALAUPUN KAWAN MENGENALI AKU SEBAGAI SEORANG YG BERDIKARI. aku terpaksa dan aku terpaksa dan jika ianya berterusan bagaimana aku mahu hidup dimalaysia kelak?

mode : SEDIH.

Tuesday, May 8, 2012

jgn risau jika jodoh masih belum kunjung tiba...


Surat Asy Syuura Ayat 11 Allah SWT berfirman :


(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.


menunggu jodoh itu bukan seperti menunggu bulan jatuh keriba. bulan bila jatuh keriba makanya mati.


asyik kali kita mendengar kenapa dan sebab KENAPA AKU MASIH TIDAK KETEMUI CINTA? persoalan itu memang ada jawapan tapi bukan bermakna kelambatan itu penyebab kita harus berputus asa.


pernahkah kita melihat dirI sebelum mempersoalkan tentang JODOH?


ALLAH mengaturkan kehidupan mengikut aturan yg terbaik bagi setiap manusia yg fitrahnya mahu menampakkan kesempurnaan dalam kehidupan. kelewatan jodoh bukan bermakna kecintaan ALLAH pada kita semakin berkurang namun punca sebab perlu dilewatkan jodoh itu sendiri! 


takrif lewat jodoh itu bukan pula mengambil masa yg lama sehingga andartu atau pun sebaliknya tapi kelewatan itu mengikut perancangan seseorang yg mana ketika itu dia memerlukan jodoh agar perancangan nya mengikut aturan yg telah ditetapkan. 


disini beberapa perkra yg boleh dikongsikan dgn persoalan persoalan manusia yg sering melihat perkara ini penyebab kepada kurang keyakinan dan futur pada diri sendiri.


1) belum redha dan ianya kasih sayang ALLAH.


melihat keadaan ini ALLAH lebih berhak akan keputusan yg telah dicatitkan pada catatan di luh mahfuz pada setiap kehidupan HAMBANYA. kemungkinan yg boleh diandaikan, boleh jadi ALLAH mahu kita lebih bertanggungjawab atas urusan peribadi yg mana kita sendiri masih tidak dpt menguruskan nya secara syumul ( sempurna ). sembahyang tidak cukup, tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga yg baik dan banyak lagi. disini bukan bermakna ALLAH tidak redha tapi kasih sayang ALLAH itu yg mahu melindungi diri kita dari sifat yg negatif sebelum masuk gerbang perkahwinan.tanggungjawab menjadi ketua keluarga bukan mudah dan mmg mudah untuk melafazkan akad nikah tapi tanggungjawab selepas itu yg ALLAH tekan kan dari segala aspek. 


2) sabar dan usaha


memang manusia itu perlu sabar dalam menghadapi tekanan tapi bukan sabar yg boleh menggerakkan diri pada pasrah tapi sabar yg mana diri kita perlu lebih berusaha untuk mendapat cinta yg sempurna dgn mengikut lunas2 agama. kesabaran beserta redha ALLAH itu akan menatijahkan suatu kesempurnaan yg telah ditetapkan ALLAH dgn kesempurnaan yg hakiki bg hambanya yg bersabar dan terus berusaha untuk menjadi baik dan insyaallah nilai tambah keatas perubahan akan mendapatkan jodoh yg baik dari PEMBERI YG TERBAIK. 


perlu mengambil perhatian jika sifat sabar itu tidak ada pada diri makanya diri sendiri akan terjebak dgn perkara maksiat yg mana maksiat itu mengundang keseronokan yg sementara dari keseronokan yg kekal dari allah.Ingat setiap amal baik dan buruk sekecil apapun akan mendapat balasan dari sisi Allah SWT.


3) rebut cinta ALLAH.


sebelum mencari cinta manusia tanya pada iman dan tanya pada nafsu. sejauh mana perjalanan hidup sepanjang mencari cinta manusia adakah cinta ALLAH sudah berada pada hati atau cinta manusia semata-mata? bila sudah kita capai CINTA ALLAH makanya urusan cinta manusia akan lebih mulia tanpa sedikit calar dlm perhubungan. jika semata-mata cinta itu untuk manusia,  terdapat satu titik yg tidak selari dimana titik cinta itu tidak seimbang diantara 2 paksi. pastikah hubungan tanpa cinta ALLAH akan lebih bahagia? masalah ? cerai? dan sebaginya. rebutlah cinta ALLAH terlebih dahulu sebelum merebut cinta manusia. lengkap diri dgn ilmu dan perbaiki diri dgn sifat mahmudah dan jauhkan dari sifat mazmumah.


4) doa


"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)




Al Quran Surat Al Baqarah Ayat 186:


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)


jika doa pun malas macam mana ALLAH nak perkenankan apa yg kita hajati! berdoalah setelah kita berusaha, disitu ada kemanisan yg mana kita sendiri tidak tahu apa yg kejutan yg ALLAH berikan sehingga kita sendiri tidak mengjangka kejutan itu. kita hajati wanita wanita solehah tapi ALLAH bg lebih dari solehah tambah cantik!


5) tawakal


ALLAH mengetahui apa yg baik dan buruk pada diri makanya setelah berdoa dan berusaha bertawakal pada ALLAH dan percaya qada dan qodar atas ketentuan yg ALLAH tetapkan pada setiap dari kita.  jgn pernah berputus asa kerana setiap ketetapan dan ketentuan itu ada sebab dan musababnya. ALLAH mengetahui segalanya tentang kita dari kita sendiri.




kita harus sedar siapa kita untuk mendapatkan yg terbaik jika kita sendiri tidak baik. maka dengan persoalan2 yg dinyatakan sudah pasti untuk setiap seorang dari hamba ALLAH perlu berusaha menjadi yg lebih baik untuk mendapatkan kehidupan yg mawaddah warrahmah. 


jelas dari firman ALLAH : 


“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”~an-Nuur;26.

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat