Wednesday, July 18, 2012

tiada ape..

aku bukan lah insan yg baik
tidak pula dianggap baik
jgn pula dipotretkan insan baik

aku bermula dari kosong
aku tiada apa-apa
melainkan dosa

aku cuba mencari
aku cuba melepasi
namun aku terkandas

ketika itu aku kosong
aku jauh kehilangan
tersasar jalan dari nur cahaya

tuhanku
benarlah ini dugaan
tabahkan aku dengan bebanan
cekalkan hati demi sebuah keredhaan.

terang cahayamu mulai menyinar
hati yg mulanya rosak kini sudah pulih
sukar yg dulu kini tenang
moga bersamaku RAHMAT illahi.

Tuesday, July 10, 2012

persahabatan kerana ALLAH.

Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian..

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. 


Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.



nasihat itu tidak pernah aku gambarkan apatah lagi untuk diamalkan, dulu aku seorang yg sombong malah tidak terniat untuk berukhwah dan bersahabat. aku tidak pernah percaya pada sesiapa dan cukup kisah2 dahulu buat aku rasa tidak perlu lagi aku percaya manusia yg mahu untuk berkawan.


ya! memang salah tindakan aku dan memang bersalahan dgn septutnya rasulullah anjurkan pada kita sebagai ummatnya 'golongan yg akan mendapat naungan ALLAH dipadang masyar kelak adalah 2 sahabat yg saling mencintai kerana ALLAH'


kini aku baru sedar dan betapa begitu angkuhnya aku disisi manusia sehingga terpaksa kepuraan untuk duduk bersama mereka sedangkan mereka ikhlas dlm berkawan. maafkan aku TEMAN. kini aku bukan lagi seperti dahulu.


setelah lama duduk diBUMI tarbiah ini kini aku baru mengerti asas ukhwah itu adalah KEIKHLASAN tanpa sepadan.


baru semalam mereka pulang kini aku rasa seolah keseorangan dan begitu cepat merindui mereka yg sering bersama aku dlm susah dan senang. aku gelarkan mereka sebagai adik dan juga sahabat yg sering memberi sokongan dan dokongan malah teguran yg sering aku lakukan. tanpa mereka aku tidak tahu SIAPA AKU. 


HADITH :


"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)


satu perkara yg buat aku MALU untuk LAFAZ yg aku sebenarnya BEGITU SAYANGKAN MEREKA seperti mana aku sayangkan FAMILY aku sendiri. aku sudah merasakan apa yg aku miliki adalah hak mereka juga. begitu sayang aku padanya tiada tandingnya dan semuanya KERANA ALLAH.

HADITH :

 “Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

tidak salah jika aku lafaz sayang aku didalam blog ini, mungkin satu hari nanti mereka akan terbuka dan mendapati yg aku sebenarnya sayang pada mereka.

muhammad amin bin shahril


     mohd hisyam mahadi 
                                                    

alhamdulillah....kini baru dapat merasakan nikmat PERSAHABATAN.

Thursday, July 5, 2012

HUKUM MELAMBATKAN HAID DLM HAL IBADAH (puasa)

HUKUM MELAMBATKAN HAID DLM HAL IBADAH (puasa atau umrah haji)

HAID : 

menurut bahasa, berErti sesuatu yang mengalir.

Dan menurut istilah syara’ ialah darah yang terjadi pada wanita secara NORMAL, bukan karena suatu sebab, dan pada waktu tertentu.

Didalam Al-Qur’an haid dijelaskan dalam QS. Al-Baqarah ayat 222

Artinya: Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah, “Itu adalah sesuatu yang kotor.” Karena itulah jauhilah istri pada waktu haid, dan janganlah kamu dekati mereka sebelum mereka suci.

kebanyakkan wanita akan mengambil inisiatif makan ubat melambatkan haid dlm melakukan ibadah2 wajib seperti menunaikan ibadah puasa dan umrah mahupun haji.

disitu ulamak ad membincangkan perkara ini mengikut keperluan atau mudharat dlm hal ini.

Aisyah r.a yang ertinya:

“Kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak diperintahkan mengqadha shalat.”

dalam hadith diatas jelas jika keadaan biasa dimana fitrah seorang perempuan akan didatangi haid mengikut masa yg ditentukan tanpa perlu untuk menafikan fitrah haid bg seorang perempuan dimana keringanan itu terdapat pada seorang wanita dan tidak bg seorang lelaki.

kenapa perlu untuk melakukan sesuatu yg telah ALLAH dtgkan keringanan dengan melakukan hal2 yg menafikan kehadiran haid pada waktu yg telah ditetapkan?

Syekh al-Qordhowi berkata,

”lebih afdhal jika segala sesuatu berjalan secara alamiah sesuai dengan tabiat dan fitrahnya,”

Oleh sebab itu, Allah SWT mewajibkan berbuka bagi wanita yang sedang haid dan bukan membolehkan mereka untuk berbuka, bahkan apabila dia berpuasa, puasanya tidak akan diterima bahkan justeru berdosa. Wanita yang sedang datang bulan hendaklah bersabar dan mengharap pahala, berzikir kepada Allah, bersedekah, berbuat baik kepada orang lain dengan kata-kata dan perbuatan.

namun, bukanlah ini bermaksud untuk menafikan apa yg dikata tentang HAID bg seorang perempuan tapi sebagai seorang muslimah juga mahu melakukan suatu perkara yg sempurna dlm melakukan ibadah2 sepertimana kesempurnaan itu dpt pada seorang lelaki.

dalam kitab fatawa muasorah karangan dr syeikh yusf al-qordowi telah menyatakan bahawasanya tidak menjadi kesalahan bg seorang wanita untuk mengambil ubat melambatkan haid namun ade beberapa syarat yg telah ditetapkan bg membolehkan perkara diatas:

1) ubat itu tidak memudhratkan selepas wanita itu mengambilnya.
2) sebelum mengambil ubat perlulah mendapat nasihat dari pakar samaada dari doktor pakar atau dari mereka yg arif dalam hal keperempuanan.

berdasarkan firman Allah dalam surat Al-Baqarah ayat 195

Artinya :“…Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, …”.


p/s: 
‎'sebaik yg mungkin , ikutlah fitrah yg ditetapkan ALLAH'...

-rujukan-

fatwa muasoroh : jilid 1

p/s: sekadar perkongsian namun jika ada terdapat kesalahan tolong betulkan...

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat