Tuesday, August 25, 2009

Salam…..
Aku mempunyai seorang kawan yang mempunyai identiti yang amat menyedihkan, mereka bukan dari kalangan mereka yang normal seperti kita walaupun hakikatnya mereka normal dimata kasar kita. Lagak gaya seperti jantan macho yang boleh memikat anak dara ibarat sekali petik 10 yang datang, itulah dia kawan yang aku kenali di layar siber.
Tapi bila aku mengatakan demikian mesti terdetik dihati kecil tatkala melihat aku senantiasa besama dengan mereka, mungkin ada yang beranggapan aku ini species seperi mereka yang mempunyai naluri yang berlaianan dari lelaki yang mana telah ditetapkan oleh ALLAH setiap pasangan itu berlainan jantina nya, yang hanya diciptakan oleh NYA negatif bila bertemu negatif maka jawapan yang kita temui mereka tidak akan bercantum sama sekali,,, cuma yang dapat mencantum kan mereka hanya la bila sesuatu cas yang berlainan iaitu nagatif dan positif yang boleh menghasilkan tarikan yang amat kuat. Begitu juga lah manusia yang memerlukan lelaki dan perempuan dalam melengkapi hidup bagi melahirkan institusi kekeluargaan yang berkembang.


Aku cuba menyelami hati mereka dan mengcungkil kenapa mereka didalam kedaan yang amat merumitkan, sedangkan mereka tidak seperti aku lihat lelaki lembut bahkan mempunyai raut wajah yang tampan dan mempunyai susuk tubuh yang boleh dikatakan maskulin. Aku cuba dekati meraka dengan serapat yang mungkin walaupun pada masa yang sama meraka juga meluahkan perasaan kepada aku yang tak seberapa macho seperti lelaki macho. Aku endahkan perasaan mereka, yang penting bagi aku bagaimana untuk menyelesaikan masalah meraka.
Aku bertanya bagi mendapatkan kepastian ‘ zan bila kali pertama enta perasan yang diri enta ini ada perasaan kepada seorang lelaki’ hati aku jadi takut kalau zan terguris dengan pertanyaan ku tadi. Dari raut wajah zan aku dapati memang sukar untuk memberikan jawapan yang bertemakan kehidupan peribadi, bagi aku itu tidak penting yang penting sekarang ini aku mesti meneyelamatkan mereka dari sisa yang telah dibawa oleh kaum luth laknatullah. Terketar suara zan bila mahu memulakan jawapan bagi pertanyaanku sebentar tadi,,‘sebenarnya dulu saya pernah di liwat oleh rakan saya sendiri ketika darjah enam, tapi ketika itu saya masih tidak mengerti apakah itu seks, saya endahkan apa yang dia laku kepada saya,’ aku terkejut dengan sedikit perasaan sedih terhadap beliau, aku melihat manik jernih bergenang dimata zan, aku cuba tenteram kan perasaan nya, aku tahu banyak lagi dia mahu kongsikan pengalaman beliau bersama aku. Zan teruskan dengan nada yang lebih sayu ‘ meningkat ke alam remaja saya mula melangkah ke sekolah menengah dan ketika saya duduk asrama sama seperti di sekolah rendah saya dulu dimana ketika itu juga saya duduk diasrama selama 2 tahun darjah lima dan enam. Saya fikir bila masuk didunia remaja ini saya boleh menjauhkan diri dari perkara terkutuk tapi sangkaan saya silap sekali lagi saya telah diperlakukan sama seperti diperlakukan disekolah rendah dulu, tapi yg ini saya sudah mengerti apakah makna seks. Saya pun tertanya kenapa saya dianggap seperti perempuan, sedangkan saya tidaklah lembut seperti perempuan akhirnya saya bertanyakan kepada kawan2, dan kawan2 saya baritahu wajah saya seperti perempuan dan mempuyai bentuk badan yang menarik dan sebab kejambuan saya mereka tertarik dengan saya walaupun hakikatnya kehidupan nyata ini songsang.’ zan ceritakan sehingga habis mengenai kehidupan peribadinya dengan begitu panjang lebar dan dari penceritaan nya saya faham kenapa?


Setalah mendalami dan menyelami kisah hidup zan aku mula mengatur sterategi bagi membantu beliau yang berada didalam landasan yang amat jauh dari ajaran RASULULLAH S.A.W., aku bercadang untuk bertemu zan bagi memudahkan untuk aku berkomunikasi dengan beliau.

Tapi sebelum aku berjumpa dengan beliau aku mahukan strategi dari mereka yang bacakan artikel ini, aku harap orang di luar sana boleh membantu aku untuk menyelesaikan masalah zan ini


P/s: artikel ini aku dapat dari seorang kawan baik aku yang forward kan dari email..kawan dari luar negara tu…tolong ye!!!!!!


salam,,,


selamat berpuasa semua,,ramadhan kareem,,,kullu 'am wa antum bikhoir,,,


dah masuk 4 hari kite berpuasa,,,tapi apakah dalam empat hari tu kita dapat merubah diri kita kepada yang lebih baik,,,harap2 kita tergolong dalam golongan yg sentiasa mahu mengubah diri kepada yg lebih baik,,,insyaallah


bg aku puasa ni sebenarnya nak nak tgk kita ni dipihak yg mana,,,pihak syaitan atau berpihak pada iman,,,ALLAH bg nikmat kepada kita dgn mengurung syaitan nirajim supaya hidup tidak mengikut dgn hasutan syaitan,,semua itu kembali pada kita,samada nak jd syaitan atau manusia,,,klu tak suka ayat aku korg ubah la ayat yg lebih sedap ye,,hehehe


dan rugi juga kepada mereka yg berpuasa dgn berpandukan pada adat dgn mengetepikan ibadah,,,contohnya senang je,,,tgk jela time bila nak juadah di bazar,,,seolah makanan yg dibeli tu nak wat kenduri untuk org yg berada sekitar taman...time tu yg ada cuma nafsu n ibadah tolak tepi,,,time itula ALLAH nak tgk kita samaada puasa kita ni diterima atau tidak,,kalau tak terima sia2 jela pose kita,,,berdoala supaya puasa yg kita laku kan mendapat keredhaan n diterima oleh ALLAH...jgn jd seperti org yang aku nyatakan kat atas tadi,,,


akhirnya jadikan la ramadhan kita yg terakhir dalam hidup didunia ini supaya dgn demikian akan menjadikan diri kita lebih dekat kepada ALLAH..


muhasabah bersama...!!!!



P/S: suka puasa kat negara arab,,lagi2 mesir coz beza dari malaysia,,,,mungkin dari segi penghayatan nya,,,

Sunday, August 9, 2009

salam,,,

bersyukur pada ALLAH dengan segala nikmat dan anugerah yang telah diberikan pada aku, dapat juga menikmati nikmat iman dan islam,,,kegembiraan ini tidak dapat digambar apabila ade satu sms dari kawan yang memberitahu natijah ku,,,,dalam kekalutan dan resah yg teramat sgt,,aku selalu memohon pada ALLAH agar kejayaan akan berpihak pada diri ini yg kerdil,,,dengan penuh kesyukuran aku panjat kan pada ALLAH aku berjaya jua menaiki setapak lagi untuk aku ketahun tiga,,,alhamdulillah,,,kejayaan aku selama ini adalah kejayaan dari semua pihak yg banyak membantu aku dari semua segi,,dari pelajaran nya,motivasi nya,,dan bermacam-macam lagi,,,disini aku ingin mengucapkan sekalung peghargaan kepada mereka yg banyak mendorong aku dalam mencapai kejayaan ku selama ini,,,my dad,may mom,,my siblings n my friens,,thanks!!!! hanya ALLAH yg dapat membalasnya,,,

kegembiraan ini tidak akan bermakna sekiranya usaha untuk ketapak yg akan datang tidak dimulai sekarang,,,oleh itu aku menyeru kepada sahabat2 yg seangkatan dengan aku berusaha lah dari sekarang,,,gembira tidak akan lama sekiranya korang masih leka dengan kegembiraan,,jgn menyesal natijah untuk akan dtg akan dihurungi rase kesedihan,,,,muhasabah lah wahai sahabat kenapa kita tidak dapat mencapai kejayaan pada yg lepas,,,adakah kita mahu mengulanginya pada masa yg akan dtg ini,,,???? tentu sekali tidak,,,,oleh itu move now!!!! makesure for the next year we can achive good natijah,,,

bg mereka yg tidak berjaya,,ingat lah gagal sekali belum tentu gagal selamanya,,,yg penting keazaman yg kuat,,,tekad kan dalam hati,,,muhasabah kenapa kita tidak capai apa yg kita hajati,,semua itu hanya korg yg dapat mengetahuinya kenapa?

p/s: sense the begin with the end in mind,,,,,

Tuesday, August 4, 2009

salam,,,

just nak inform je,,,terutama kepada mereka yg bergelar wanita,,,aku dah baca sebuah buku yg bertajuk AISHAH UMMUL MUKMININ,,,,kisah dalam buku ni byk membantu kita berubah kepada kebaikkan, dimana buku ini ditulis setiap sudut mengenai kehidupan AISYAH,,,dari kepintaran,kecerdasan,adab,budi pekerti dan bermacam lagi,,,oleh itu saya menyeru la kepada semua tidak kira man or woman to buying this book just rm 23.90,,,semua kedai buku ada..buku ini ditulis oleh sulaiman an-nadawi,,beliau adalah ulamak terkemuka dari univrsiti nadwatul ulamak,,,seperkara lagi buku ini menunjukkan kepada kita bahawa AISHAH ini adalah sumber rujukan intelektual para sahabat terkemuka.....nak lebih g la beli ye,,

p/s: kepada sahabat yg dh kuar natijah tu mabruk kepada yg berjaya,,n tak berjaya tu cuba lagi,,insyaallah mungkin ALLAH bg yg terbaik pada masa akan dtg..

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat