Salam…..
Aku mempunyai seorang kawan yang mempunyai identiti yang amat menyedihkan, mereka bukan dari kalangan mereka yang normal seperti kita walaupun hakikatnya mereka normal dimata kasar kita. Lagak gaya seperti jantan macho yang boleh memikat anak dara ibarat sekali petik 10 yang datang, itulah dia kawan yang aku kenali di layar siber.
Tapi bila aku mengatakan demikian mesti terdetik dihati kecil tatkala melihat aku senantiasa besama dengan mereka, mungkin ada yang beranggapan aku ini species seperi mereka yang mempunyai naluri yang berlaianan dari lelaki yang mana telah ditetapkan oleh ALLAH setiap pasangan itu berlainan jantina nya, yang hanya diciptakan oleh NYA negatif bila bertemu negatif maka jawapan yang kita temui mereka tidak akan bercantum sama sekali,,, cuma yang dapat mencantum kan mereka hanya la bila sesuatu cas yang berlainan iaitu nagatif dan positif yang boleh menghasilkan tarikan yang amat kuat. Begitu juga lah manusia yang memerlukan lelaki dan perempuan dalam melengkapi hidup bagi melahirkan institusi kekeluargaan yang berkembang.
Aku cuba menyelami hati mereka dan mengcungkil kenapa mereka didalam kedaan yang amat merumitkan, sedangkan mereka tidak seperti aku lihat lelaki lembut bahkan mempunyai raut wajah yang tampan dan mempunyai susuk tubuh yang boleh dikatakan maskulin. Aku cuba dekati meraka dengan serapat yang mungkin walaupun pada masa yang sama meraka juga meluahkan perasaan kepada aku yang tak seberapa macho seperti lelaki macho. Aku endahkan perasaan mereka, yang penting bagi aku bagaimana untuk menyelesaikan masalah meraka.
Aku bertanya bagi mendapatkan kepastian ‘ zan bila kali pertama enta perasan yang diri enta ini ada perasaan kepada seorang lelaki’ hati aku jadi takut kalau zan terguris dengan pertanyaan ku tadi. Dari raut wajah zan aku dapati memang sukar untuk memberikan jawapan yang bertemakan kehidupan peribadi, bagi aku itu tidak penting yang penting sekarang ini aku mesti meneyelamatkan mereka dari sisa yang telah dibawa oleh kaum luth laknatullah. Terketar suara zan bila mahu memulakan jawapan bagi pertanyaanku sebentar tadi,,‘sebenarnya dulu saya pernah di liwat oleh rakan saya sendiri ketika darjah enam, tapi ketika itu saya masih tidak mengerti apakah itu seks, saya endahkan apa yang dia laku kepada saya,’ aku terkejut dengan sedikit perasaan sedih terhadap beliau, aku melihat manik jernih bergenang dimata zan, aku cuba tenteram kan perasaan nya, aku tahu banyak lagi dia mahu kongsikan pengalaman beliau bersama aku. Zan teruskan dengan nada yang lebih sayu ‘ meningkat ke alam remaja saya mula melangkah ke sekolah menengah dan ketika saya duduk asrama sama seperti di sekolah rendah saya dulu dimana ketika itu juga saya duduk diasrama selama 2 tahun darjah lima dan enam. Saya fikir bila masuk didunia remaja ini saya boleh menjauhkan diri dari perkara terkutuk tapi sangkaan saya silap sekali lagi saya telah diperlakukan sama seperti diperlakukan disekolah rendah dulu, tapi yg ini saya sudah mengerti apakah makna seks. Saya pun tertanya kenapa saya dianggap seperti perempuan, sedangkan saya tidaklah lembut seperti perempuan akhirnya saya bertanyakan kepada kawan2, dan kawan2 saya baritahu wajah saya seperti perempuan dan mempuyai bentuk badan yang menarik dan sebab kejambuan saya mereka tertarik dengan saya walaupun hakikatnya kehidupan nyata ini songsang.’ zan ceritakan sehingga habis mengenai kehidupan peribadinya dengan begitu panjang lebar dan dari penceritaan nya saya faham kenapa?
Setalah mendalami dan menyelami kisah hidup zan aku mula mengatur sterategi bagi membantu beliau yang berada didalam landasan yang amat jauh dari ajaran RASULULLAH S.A.W., aku bercadang untuk bertemu zan bagi memudahkan untuk aku berkomunikasi dengan beliau.
Tapi sebelum aku berjumpa dengan beliau aku mahukan strategi dari mereka yang bacakan artikel ini, aku harap orang di luar sana boleh membantu aku untuk menyelesaikan masalah zan ini
P/s: artikel ini aku dapat dari seorang kawan baik aku yang forward kan dari email..kawan dari luar negara tu…tolong ye!!!!!!
CURANG TANPA NIAT?
10 hours ago
3 comments:
salam
Allah izin ana terbaca post ini. Dalam pemahaman ana, kalau ikut konsep tarbiyyah paling simple adalah dengan membaiki hubungan 'zan' dengan Allah. Maksud ana, disebabkan trauma lepas dan juga disebabkan keadaan persekitaran yang xmembantu serta syaitan yang membisikan perkara mungkar, mungkin sahabat enta boleh membantu 'zan' dengan solat jemaah bersama dengannya, tilawah & tadabbur al-Quran.
Antara sebab cadangan ini:
1. solat jemaah besar pahala & menguatkan ukhuwwah&saf
2. bacaan al-Quran akan menyucikan jiwa dan menjadi penawar bagi penyakit hati [Yunus:57]
3. Dengan mentadabbur al-Quran (dan pada waktu yang sama, sahabat enta pasti akan quote hadith/sirah berkenaan apa yang ditadabburkan) kita akan mengenal Allah, mengenal hakikat Pencipta kita serta hakikat kita diciptakan, mengetahui realiti syurga dan azabnya neraka
Mungkin boleh buat seminggu sekali atau 2 kali atau everyday (kalau sahabat enta belajar di tempat yang sama dengan 'zan').
Tetapi, perkara ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana perubahan bukanlah sesuatu yang instant, ia mengambil masa dan proses tazkiyyah an-nafs amat memerlukan masa.
Insya Allah, ana yakin, berkat keikhlasan, usaha, istiqamah dan atas izin Allah, 'zan' akan kembali kepada fitrahnya dan mungkin lebih baik dari orang lain. Ini pun kita doakan 'zan' dan ramai lagi lelaki di luar sana agar mereka sedar & faham akan amanah dan tanggungjawab mereka sebagai rijal. Insya Allah.
Moga terus thabat dalam melaksanakan amanah sebagai seorang hamba dalam membawa manusia mendekatkan diri kepada Allah ta'ala.
Ini adalah sekadar cadangan dari ana. Moga ia membantu. Insya Allah
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah,Tuhan sekalian alam
salam,,terimaka kasih kedapa saudari,,insyaallah ana akan cuba sedaya upaya untuik membawa kawan ana kepada jalan yg benar,,agar segala yg baik itu saya harap kan dari saudari,,
Ya akh,
Insya Allah, semoga berjaya...
[Kahf:10]
Post a Comment