Thursday, April 8, 2010

pemimpin cikai

kadangkala kita tidak tahu bagaimana rupanya orang yg berjiwa pemimpin, bila menjadi pemimpin semestinya kita anggap ia seorang pemimpim dan itu hanya hakikat luaran sahaja bagaimana pula hakikat yg sebenarnya adakah ia seorang yg benar2 pemimpin?

kita boleh jadi pemimpin tapi adakah jiwa kita seorang yang kuat?

selaku pemimpin pastinya ada sedih, ada gembira, ada ada rasa ketidakpuahatian, ada rasa lemah dan berbagai emosi yg bermain dlm kepala tapi dalam masa yg sama bagaimana untuk seorang pemimpin mahu mengadu nasib sedangkan dia menjadi tempat orang mengadu nasib dan penyelesai segala kekusutan pengadu. jawapan hanya satu MENGADU PADA YANG MAHA KUAT!!! oleh sebab itu lah islam menitik beratkan tentang jiwa seorang pemimpin meslilah kuat dari semua sudut tidak boleh tidak JIWA WAJIB KUAT!!!! jiwa yg kuat dan kental lahirnya dari dugaan yg kuat kerana dugaan itu adalah untuk melatih jiwa.

nak jadi pemimpin tapi tak berani!!!!

bagaimana nak jd pemimpin jika tak berani nak ambil risiko sedang kan dalam kepimpinan sentiasa bersedia dan berhadapan dengan risiko. kita bukan membuat risko tapi risiko sedang menanti untuk mereka yg bergelar pemimpin, jika tidak berani untuk berhadapan dengan risiko bagaimana pula nak membawa anak buah yg berada bawah pimpinan kita!!!!

mengawal dosa dalam keberanian?

maksudnya bukan menyuruh untuk melakukan dosa tapi berani dalam membuat sesuatu yg baru dan sentiasa berjaga-jaga dalam terjerumus ke lembah dosa. Berani biar bertempat. Bukan berani tanpa ilmu dan berani tanpa akhlak. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis. "Bukanlah seorang yang benar-benar berani dengan menunjukkan kekuatan. Tetapi orang yang benar-benar berani ialah berjaya mengawal diri sewaktu kemarahan!"

mesti ada ego ke?

ego bukan untuk menjadi diktator tapi keperluannya hanya tempat yg tertentu bilamana berhadapan dengan musuh2 yg hebat. percayalah tanpa ego anda tidak layak untuk berhadapan dengan musuh2 yg hebat dan sekali gus tidak layak untuk mengepalai sebuah organisasi dengan baik. tapi harus beringat jgn sampai ego itu memakan diri sendiri kerana syaitan sentiasa berada dipersekitaran dan sentaisa mahu menyesatkan!!! dan ingatlah setiap sesuatu yg ada didunia ini hanya ESA MAHA KUAT, maka rendahkan diri bila berhadapan dengan ALLAH kerana dihadapan DIA bukan tempat untuk berego. dan ingatlah bila ego bukan pada tempatnya anak buah dibawah pimpinan akan rasa mual dengan sikap dan anda harus tunggu untuk ditukar kan kepada orang lain!!!

bertanggungjawab lah sangat!!!

sah2 lah klu nk jadi pemimpin mesti ada sikap bertanggung jawab, kerana bila anda seorang pemimpin haruslah bertanggungjawab dengan semua yg anda pimpin tidak kira anda berhadapan dengan orang yg bijak pandai atau sebaliknya.
Awal-awal Rasulullah menyatakan, "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya." harus diingatkan jika tak pandai nak pimpin diri sendiri jangan haraplah nak pimpin orang lain. sebab apa tak pandai pimpin diri kerana diri dipimpin oleh nafsu bukan akal, bila nafsu menjadi ketua dalam diri akal akan lemah dan tidak mampu untuk membuat keputusan dan berakhir dengan kerosakan diri. Justeru, bagi mereka yang ingin menjadi pemimpin yang baik laksana Umar bin al-Khattab, perlu ada sikap bertanggungjawab. Jangan ada sikap lepas tangan terutama ketika dilanda masalah.

mesti pandai control orang.

? anda tahu bagaimana...tolong aku!!!!!!


Firman Allah SWT (yang bermaksud) :

“..Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil..” (Surah An-Nisa’, ayat 58)


p/s: kita bukan perfect tapi boleh jadi perfect dengan mencuba melatih menjadi pemimpin diri sendiri dan barulah beralih kepada organisasi.

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat