Sunday, June 27, 2010

cinta world cup

kemana hilangnya semangat cinta palestin

kemana hilannya semangat ghaza

kemana hilangnya benci yahudi

kemana hilannya sifat sekawan

kemana hilangnya sifar kasih sayang

semuanya kerana CINTA WORLD CUP!!!!!


P/S: SEBELUM WORLD CUP PROFILE BERKAITAN PALESTIN TAPI BILA WORLCUP BERTUKAR JERSE PLAK.

Tuesday, June 22, 2010

hidup pertama

kadang2 kita perlu menjadi org yg pertama supaya tidak tertinggal kebelakang. kadang2 kita perlu berada dibelakang supaya sedar yg diri kita ini hanya seorang insan yg tidak akan sesekali sempurna.

sedang dalam islam mengajar ummat nya supaya menjadi seorang yg berdiri pada tahap wasitiah yakni kesederhanaan didalam semua perkara. ini perlu supaya diri tidak angkuh dengan kelebihan yg ada pada diri.

ada orang mahu jadi yg pertama, dan jika boleh dia lah yg layak mendapat tempat yg pertama dari semua orang. dari semua segi nak pertama. tapi apakah pertama itu terbaik untuk diri sedangkan dalam masa yg sama hidup dikeji oleh masyarakat!!!! jadi apa motif untuk menjadi yg pertama sedangkan hidup dikeji dan dihina. dan sebab itulah islam mengajar ummatnya supaya bersederhana dalam semua perkara.

akhirnya, jadilah manusia yg sederhana dalam semua perkara dan sedarlah hidup kita tidak sesekali sempurna. jika hidup tidak sesekali semuprna apakah layak diri kita untuk mendapat tempat yg pertama. kesempurnaan itu hak milik ALLAH TAALA.

p/s: yg pertama itu lebih menjadikan kita lebih sombong dengan kelebihan yg ada.

Thursday, June 17, 2010

bicara jumaat

Keluasan Neraka….

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada
Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa
Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair
sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak
kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
Bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
Sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


> >> Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk..

salingan:::::

kata2 hikmah yg disalah ertikan,,,
Kata-kata bijak yang disalah ertikan

1. Wang bukan segalanya.
Masih ada Mastercard dan Visa.

2. Di belakang setiap lelaki yang berjaya ada seorang wanita .
Di belakang setiap lelaki yang tidak berjaya ada dua atau lebih wanita.

3. Cintailah jiran tetangga.
Tetapi jangan sampai tertangkap basah.

4. Kita seharusnya menyayangi binatang.
Rasa mereka lazat.

5. Semakin banyak belajar, semakin banyak yang kita tahu.
Semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak yang kita lupa.
Semakin banyak yang kita lupa, semakin sedikit yang kita tahu.
Jadi kenapa kita sibuk belajar ?

6. Latihan membuat kita menjadi sempurna
tapi tidak ada manusia yang sempurna,
jadi buat apa kita susah payah berlatih?

7. Belajar menjadikan kita pintar
pintar buat kita sukses
sukses buat kita kaya
kaya buat kita sombong
sombong di benci oleh tuhan
MAKNANYA KITA TAK USAH BELAJAR!!..

8. Berkahwin dengan wanita yang cantik tak semestinya bahagia
apalagi yang buruk….ngeh3X

p/s: kadang2 tu bila mentafsirkan sesautu perlu lah berdsarkan ilmu,,,ibarat kalau ckp fikir dulu jgn sembur je,,,

Wednesday, June 16, 2010

ku merindui








p/s: gambar keluarga...cuma sebahagian....ramai lagi yg tak diletak,,,aku harap kalau aku balik program berbentuk keluarga masih dibuat lagi...semua gambar yg kat atas semuanya semasa aku kat mesir,,,sedih siot...

Thursday, June 10, 2010

tak sempat...

tak sempat nak tunggu seminggu dua hari dah menulis balik,,,,alhamdulillah walaupun terpaksa nak mintak izin dengan tuan pc takut2....thanks amir for ur permission. semoga ko najah dalam exam dengan meminjamkan laptop ko kat aku even forwhile. thanks a lot.

tak ade apa untuk dinukilkan just saje2 untuk bertemu dengan korg dialam maya even i cant see u all at my blog...hehehee.

dalam beberapa hari ni aku rasa tak sedap badan plak,,aku pun tak tau kenapa...bila pakai baju sakit je badan2..gesiran baju tu buat aku sakit2...ape2 pun aku tahan jela,,,,nak pegi klinik malas...jujurnya aku tak suka pergi klinik,,,sebb tak suka jumpa doktor...tapi jika dibiarkan melarat,,apa2 pun aku tunggu dalam sehari dua ,,jika ok okla,,,klu tak ok,,,better n wajib for me jumpa doktor...islama menggalakkan ummatnya berusaha bukan membiarkan dengan melaratkan kemudaratan,,,berdosa jika mengabaikan kesihatan sebab ia salah satu dosa pada diri.

cuma aku harap pada korg supaya doakan aku agar diberi cepat sembuh diatas musibah yg aku lalui. kadang2 terfikir apa dosa aku sehingga sakit ni tak baik2,,,rupa2 nya banyak cuma tidak sedar apa yg dibuat...dosa kicik jika ditambah lama2 akan jadi besar gak kan...ibarat macam menabung...dari sikit lama2 jadi bukit...begitulah dosa...

oklah, just nak cerita apa yg terkandung dalam pnceritaan ini ada 2 perkara yg perlu kita hindarkan pada diri,,,jauhkan diri dari buat dosa pada diri,,dengan membiarkan kesakitan,,sedangkan islam mengajurkan usaha dalam mencegah kemudaratan. dan yg kedua elakan diri dari berterusan melakukan dosa2 kecil..kerana ia dikira fasik,,,oleh itu jom muhasabah diri yg tak berapa nak perfect...hehehe...

p/s: letakkan diri pada tempatnya jgn salah tempat ye....korg cari apa yg aku maksudkan...gud luck!!!!!

Wednesday, June 9, 2010

exam


salam semua...

pastinya aku disini untuk menulis walaupun terpaksa meminjam pc org dirumah orang...jika dikutkan hati memang malas nak pegi umh org ni sebb segan la duk sini semata-mata untuk guna pc, btw thanks zul for allow me to use ur computer.

ALHAMDULILLAH dan syukur pada ALLAH aku telah melalui 4 pepriksaan dalam tempoh 2 minggu setiap minggu 2 madah. dan setiap madah ada keistimewaan nya tersendiri, ada senang dan juga ada susahnya tapi setiap kesusahan itu bila diminta pada ALLAH akan menjadi mudah dan dilapangkan dada seolah-olah buku ada didepan mata kita. semua itu adalah untuk mereka yg akan diberi kesenangan oleh ALLAH dengan syarat usaha seseorang itu bagaimana.


ada ke kesenangan itu akan menjadi mudah pada meraka yg pemalas?


BANYAK perkara yg difikirkan dalam tempoh peperiksaan ni. nak balik malaysia lah nak kahwin lah tapi itu cuma angan2 setiap insan yg belum berkahwin tapi pastinya setiap org mahukan kebahagian cuma perlu bersabar dan tunggu masanya akan tiba kelak. bila fikir nak balik malaysia aku hanya fikirkan satu sahaja jika akak aku kahwin pasti nya aku nak balik. jika tidak kahwin tak balik lah aku. doa2 la akak aku kahwin...hehehe
ape2 pun aku mahu mengingatkan diri aku dan korg kat luar sana tentang isu ummat islam sekarang ini makin mendapat tempat didalam masyarakat. bermacam-macam isu dan paliing mendapat tempat isu palestin dan juga isu bola.

GAZA kadang2 terfikir alangkah indah jika diberi peluang untuk shahid bersama-sama meraka yg telah gugur dimedan pentempuran. tapi selaku org yg beragama islam pernah ke terfikir bagaimana untuk memikirkan cara untuk menyelamatkan meraka bebas dari cengkaman israel laknatullah dan perlu diingatkan jihad itu tidak semestinya dengan menggunakan senjata. jika dimalaysia salah satu usaha jihad kita dengan mendesak kerajaan dengan membatalkan kerjasama bersama isreal laknatullah dengan desakan agar berhenti dari hubungan diplomatik dengan misi demonstrasi, boikotnya, menghantar maklumat2 dimedia2 cetak, derma dan bermacam-macam lagi.


INGAT palestin tidak perlukan kita tapi kita perlukan palestin untuk kita menjawab SOALAN dari ALLAH RABBUL IZZATI " APA USAHA KITA UNTUK PALESTIN ". ada org cakap buat apa boikot dan demonstrasi ? bukan mendatangkan hasil pun. tapi pernah kah kita terfikir dengan soalan diatas. APA USAHA KITA? berhasil atau tidak semuanya datang dari ALLAH yg penting usaha. ALLAH boleh bankrapkan isreal dengan sekelip mata je jika DIA nak tetapi ALLAH mahu melihat kita samaada ada sifat taawwun ke tidak!!!!


AKHIRNYA, sebelum menutup tirai kepada blog yg akan hadir tapi tak tau bila, aku mahu ucapkan selamat MENYAMBUT BULAN REJAB yg akan hadir tidak lama lagi.

p/s: doakan aku untuk madah yg masih berbaki 3 madah 12,15,19 / jun / 2010. lps tu 1hb 7 ( shafawi ) n last sekali aku sayang kat korg semua.

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat