Wednesday, June 9, 2010

exam


salam semua...

pastinya aku disini untuk menulis walaupun terpaksa meminjam pc org dirumah orang...jika dikutkan hati memang malas nak pegi umh org ni sebb segan la duk sini semata-mata untuk guna pc, btw thanks zul for allow me to use ur computer.

ALHAMDULILLAH dan syukur pada ALLAH aku telah melalui 4 pepriksaan dalam tempoh 2 minggu setiap minggu 2 madah. dan setiap madah ada keistimewaan nya tersendiri, ada senang dan juga ada susahnya tapi setiap kesusahan itu bila diminta pada ALLAH akan menjadi mudah dan dilapangkan dada seolah-olah buku ada didepan mata kita. semua itu adalah untuk mereka yg akan diberi kesenangan oleh ALLAH dengan syarat usaha seseorang itu bagaimana.


ada ke kesenangan itu akan menjadi mudah pada meraka yg pemalas?


BANYAK perkara yg difikirkan dalam tempoh peperiksaan ni. nak balik malaysia lah nak kahwin lah tapi itu cuma angan2 setiap insan yg belum berkahwin tapi pastinya setiap org mahukan kebahagian cuma perlu bersabar dan tunggu masanya akan tiba kelak. bila fikir nak balik malaysia aku hanya fikirkan satu sahaja jika akak aku kahwin pasti nya aku nak balik. jika tidak kahwin tak balik lah aku. doa2 la akak aku kahwin...hehehe
ape2 pun aku mahu mengingatkan diri aku dan korg kat luar sana tentang isu ummat islam sekarang ini makin mendapat tempat didalam masyarakat. bermacam-macam isu dan paliing mendapat tempat isu palestin dan juga isu bola.

GAZA kadang2 terfikir alangkah indah jika diberi peluang untuk shahid bersama-sama meraka yg telah gugur dimedan pentempuran. tapi selaku org yg beragama islam pernah ke terfikir bagaimana untuk memikirkan cara untuk menyelamatkan meraka bebas dari cengkaman israel laknatullah dan perlu diingatkan jihad itu tidak semestinya dengan menggunakan senjata. jika dimalaysia salah satu usaha jihad kita dengan mendesak kerajaan dengan membatalkan kerjasama bersama isreal laknatullah dengan desakan agar berhenti dari hubungan diplomatik dengan misi demonstrasi, boikotnya, menghantar maklumat2 dimedia2 cetak, derma dan bermacam-macam lagi.


INGAT palestin tidak perlukan kita tapi kita perlukan palestin untuk kita menjawab SOALAN dari ALLAH RABBUL IZZATI " APA USAHA KITA UNTUK PALESTIN ". ada org cakap buat apa boikot dan demonstrasi ? bukan mendatangkan hasil pun. tapi pernah kah kita terfikir dengan soalan diatas. APA USAHA KITA? berhasil atau tidak semuanya datang dari ALLAH yg penting usaha. ALLAH boleh bankrapkan isreal dengan sekelip mata je jika DIA nak tetapi ALLAH mahu melihat kita samaada ada sifat taawwun ke tidak!!!!


AKHIRNYA, sebelum menutup tirai kepada blog yg akan hadir tapi tak tau bila, aku mahu ucapkan selamat MENYAMBUT BULAN REJAB yg akan hadir tidak lama lagi.

p/s: doakan aku untuk madah yg masih berbaki 3 madah 12,15,19 / jun / 2010. lps tu 1hb 7 ( shafawi ) n last sekali aku sayang kat korg semua.

2 comments:

fiqhullughah said...

Allahumma yassir lak..fa'iza azamta fatawakkal 'alaAllah..

adam said...

aiwah syukran ala dua,,,

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat