aku tulis bukan untuk menyalahkan sekolah tapi ini adalah kebenaran yg perlu disedari oleh para pendidik untuk mendidik para2 pelajar supaya berfikir dengan berfikiran proaktif yakni berfikir disebalik maksud dan keadaan.
aku menyedari bahawasanya cara pemikiran kita ini lebih terjurus kepada pemikiran reaktif yg berpunca dari peringkat sekolah lagi dimana diajar supaya berfikir apa yg sudah ada didepan mata dalam erti kata lain apa yg ada didalam buku itu lah yg perlu dipraktik kan oleh para pelajar. dan tidak diajar bagaimana untuk berfikir sekira nya setuasi yg berlaku tidak ada didalam teori pembelajaran.
kita didalam zaman moden ini perlu berfikir out of box supaya tidak jumud dengan cara penyelesaian dengan satu cara dan perlunya kita sebagai seorang pemikir untuk berfikir bagaimana untuk mendalami sesuatu setuasi dengan pelbagai cara supaya mudah untuk menyelesaikan permasalahan. dan perlu diingatkan setiap perkara yg melibatkan untuk kita berfikir, berfikirlah dengan mengikut landasan yg telah ditetapkan oleh syarak.
akhir kalam, jangan jadi hamba pemikir yg bodoh disebabkan kebodohan diri sendiri dengan merasakan setiap pendapat adalah betul dan tepat. pemikir yang hebat adalah pemikir yang merasakan setiap pendapatnya tidak semestinya tepat dan menerima pendapat orang lain dengan menyatakan "pendapat awak bernas'.
p/s: setiap masalah yg dihadapi perlu lah kita rujuk pada orang yg cerdik pandai bukannya orang yg bajet pandai tapi hampeh.
CURANG TANPA NIAT?
9 hours ago
0 comments:
Post a Comment