Monday, September 17, 2012

SEDIKIT DARI SKRIP 'AKU LELAKI TERUNA'

(BILIK)

KB : SUASANA MALAM TERAKHIR DIASRAMA BEGITU RIUH SEKALI DENGAN SUARA-SUARA PELAJAR YG BARU SAHAJA SELESAI MENJALANI PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA(STAM). MEREKA ASYIK DENGAN MENGEMAS PAKAIAN DAN BILIK UNTUK PULANG KE RUMAH KEESOKKAN PAGINYA. AMAN DUDUK DIATAS KATIL SAMBIL TANGAN LIGAT MELIPAT SEMUA BAJU UNUK DIMASUKKAN DALAM BEG BESAR. SEMENTARA MATA BELEGAR MENCARI KAWAN KARIBNYA MAT. LALU MATANYA TERTANGKAP SATU WAJAH DAN TERUS MEMANGGILNYA. 

aman : wei mat! sini jap.. nanti kau balik naik apa. bapak kau ambil or kau nak balik sendiri je macam aku, naik bas jelah.jgn lah manja sangat mat, asyik2 bapak ambil. jadilah macam aku ni,,gentle man kot..balik sorang je setiap bulan.

KB : AMAN BERCAKAP SAMBIL TANGANNYA MELIPAT PAKAIAN YG MASIH BERBAKI.

mat : oklah, nanti aku beritahu bapak aku tak payah ambil, tapi oklah klu balik ngn bapak sendiri,,,evan aku ni dah form 6 still dorg ingt aku ni anak kecil,,aku layan jelah,,akukan baby face,,,{KETAWA}

aman : {MENYAMPAH} gedik giler ko...oklah, klu jadi balik ngn aku nanti ko gtau aku ye, aku nak kemas3 esok dah nak balik. makanya malam ini mahu buat kerja lebih sikit! kolah air kat tandas tu dah memanggil-manggil ajak aku berenang... ko pergi kemas brg2 ko tu. jgn esok bapak ko yg kemaskan. kita ni bukan nak balik sehari dua tapi balik abis kot dari sekolah ni..alhamdulillah...lega siot!!!

mat : {TERTANYA} apasal ko alhamdulillah plak?

aman : {KETAWA SINIS} yelah , keluar dari sekolah yg penuh undang2, aku x boleh la wei..banyak sgt undang2 nya...dulu aku tahan je,,,but dah abis ni FREEDOM kot...{KETAWA}

mat : {BERDENGUS} itu bukan alhamdulillah la ngok, itu adalah ujian!

aman : {TIDAK PEDULI}lantak lah,,ok,,ko g kemas cepat..

KB : AMAN MENYURUH MAT UNTUK BERKEMAS DIBILIKNYA DAN SEMENTARA AMAN MENGAMBIL TUALA DARI KATILNYA UNTUK MENUKAR PAKAIAN MANDI. DAN TERUS MENUJU KE BILIK MANDI YG HANYA BERSEBELAHAN DARI BILIK TIDURNYA.
-------------------------------------------------------------------------------------------

(TANGGA ASRAMA)

KB : AMAN DAN MAT BERGAMBAR BERSAMA RAKAN-RAKAN SEKOLAHNYA DI HADAPAN ASRAMA.SELESAI MEREKA BERGAMBAR, MEREKA SEMUA BERPELUKAN DIANTARA SATU SAMA LAIN DAN MENGUCAP SELAMAT TINGGAL SESAMA MEREKA. AMAN DAN MAT TERUS MENUJU KELUAR KE PINTU PAGAR ASRAMA MEMBAWA BEG MEREKA YG SARAT PULANG KE RUMAH. AMAN MENOLEH KEBELAKANG MEMANDANG ASRAMA KESAYANGANNYA UNTUK TERAKHIR KALINYA.

aman : {SUARA HATI} benci2 aku kat undang2 sekolah ni, kat sinilah 6 TAHUN aku belajar. terima kasih untuk segalanya!

KB : AMAN DAN MAT TERUS MENUJU KE PAGAR SEKOLAH UNTUK MENYEBERANGI JALANRAYA MENUNGGU BAS BERSAMA RAKAN-RAKAN YG LAIN. AMAN DAN MAT MENGAMBIL TEMPAT DUDUK DITEPI PARIT KECIL DIBAWAH POKOK BERLINDUNG DIBAWAH SINARAN MATAHARI.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: untuk watak2 akan ditulis setelah siap penulisan ni,,,banyak lg yg sudah ditulis,,hanya meletakan sebahagian sahaja dari babak2 kecil,,. MENGHARAPKAN  PENULISAN SKRIP INI BERKAYA. INSYAALLAH!

jalan cerita nya akan diberitahu kemudian.

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat