Wednesday, April 21, 2010

Pesanan nabi sebelum tido.... Seminit je

Assalamualaikum... Untuk manfa'at bersama teman2........

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan ^_^

source : http://aafiqah91.blogspot.com/

p/s: matilah dlm keimanan...

Monday, April 19, 2010

persedian & picture befday razi



salam,,,

tak tau nak tulis apa cuma nak bg peringatan untuk diri aku yg sering leka sehingga byk menghabiskan masa yg tidak sepatut dibuang begitu sahaja. bulan sentiasa akan berputar dan akan bertukar nama dari satu nama ke nama yg lain, tapi bulan bg bulan ini akan masuk ke bulan yg sgt mencabar yg mampu mengetar jiwa, time aku menulis pun jiwa semakin kecut,,,,haddui!!!!




bulan ini dan akan dtg adalah bulan yg paling sibuk bg meraka yg bergelar mahasiswa, bulan untuk menghadapi detik2 imtihan, mmg takut beb! takut bukan takut sembarangan, takut ni berbeza sikit " takut gagal dan tak naik tahun" bg meraka yg suka dengan kegagalan teruskan perjuangan anda dan bg meraka mahukan kejayaan teruskan perjuangan anda. semoaga perjuangan anda mencapai target yg dikehendaki. tapi ingat kegagalan anda bergantung pada tahap belajar anda bagaimana!! dan kejayaan anda menilai pada kesungguhan anda pula bagaimana!!




oleh itu mulai dari sekarang haruslah mengamalkan sikap pentingkan masa supaya masa akan cemburu pada anda kerana anda tidak memberi rehat walaupun sedikit kepada masa. kita mmg perlu masa tapi masa tak perlu kita kerana masa mempunyai masanya sendiri tanpa mempedulikan masa korg semua. nmpk disitu masa seakan-akan mahu sebotaj kita,, sungguh hebat masa!!!! ataupun aku dan korg mmg suka masa sebotaj masa kita sehingga menjadikan alasan masa kita tidak ada? alasan semua itu.



perlu ada sikap jaga tepi kain org. sebb apa perlu supaya meraka yg tak pandai jaga kain itu sentiasa memperkemaskan kain meraka supaya tak nmpk serabut bila org melihatnya. jgn takut untuk memperbetulkan kain orang lain kerana amalan menegur itu adalah yg terbaik dan memberi impak yg baik kepada meraka yg tak pandai jaga kain ini. dan lagi satu kita tidak mahu meraka yg pakai kain tidak kemas ni akan ditertawakan dan dikutuk oleh meraka yg melihatnya. kesiankan!! oleh itu jangan lupa jaga kain org. hehehe



akhirnya dari aku agar kita menjaga masa dan kain kita supaya tidak dijaga oleh org lain dan menjadikan diri sebagai contoh untuk org lain..keep it up bro n bri.....


p/s: penggunaan bahasa khususkan untuk musim peperiksaan. akan menyusul yg belum sambut..insyaallah..!!

Saturday, April 17, 2010

Kisah Mangkuk cantik, madu manis dan sehelai rambut

Al kisah Rasulullah SAW dengan sahabat sahabatnya Abu bakar r.a , Umar r.a, Ustman r.a bertamu kerumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a istrinya sayyidina Fathimah r.a putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan didalam sebuah mangkuk yang cantik dan ketika madu itu dihidangkan terikut sehelai rambut didalam mangkuk tersebut. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta sahabat-sahabatnya untuk membuat perbandingan dari ketiga benda tersebut: Mangkuk yang cantik, madu yang manis, dan sehelai rambut.

Abu Bakar r.a berkata: "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang yang beriman itu lebih manis dari madu yang manis ini dan mempertahankan iman itu lebih sulit dari meneliti sehelai rambut.

Umar r.a berkata: "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, raja itu lebih manis dari madu yang manis ini, dan memerintah yang adil itu lebih sulit dari meneliti sehelai rambut."

Ustman r.a berkata: "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang berilmu itu lebih manis dari madu yang manis ini, dan mengamalkan ilmu itu lebih sulit dari meneliti sehelai rambut ini."

Ali r.a berkata: "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menghidangkan tamu itu lebih manis dari madu yang manis ini dan membuat tamu senang hingga pulang kerumah itu lebih sulit dari meneliti sehelai rambut ini."

Fathimah r.a berkata : "Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu yang manis ini dan mendapatkan wanita yang tidak pernah dilihat orang lain selain muhrimnya itu lebih sulit dari meneliti sehelai rambut ini."

Rasulullah SAW berkata: " Seorang yang mendapatkan taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu yang manis ini, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meneliti sehelai rambut ini."

Malaikat Jibril AS berkata: "Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menyerahkan diri,harta dan waktu untuk usaha agama adalah lebih manis dari madu dan mempertahankan usaha agama hingga akhir hayat adalah lebih sulit dari meneliti sehelai rambut."

Allah SWT berfirman: " SyurgaKu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, nikmat syurgaKu lebih manis dari madu, dan jalan meniti syurga-Ku lebih sulit dari meneliti sehelai rambut."



p/s: sumber dari facebook,,,terima kasih saudari z.....

Thursday, April 15, 2010

umno bukan parti politik,,,



Kelab UMNO bukan parti politik!

YB Dato’ Noh Haji Omar

DI : http://umnocairo.org/index.php?option=com_content&task=view&id=33&Itemid=47

P/S: NILAI DAN FIKIRKAN....

Wednesday, April 14, 2010

tahniah PMRAM!!!!





setiap hidup pastinya mahukan perubahan kearah yg lebih baik kerana manfaat banyak dr mafasid bila diniatkan semata-mata untuk islam.

minta maaf pertamanya tidak dapat pergi ke muktamar diatas sebb yg tertentu.

selaku mahasiswa memang diletakkan peranan sebagai ejen perubah untuk negara kearah yg lebih baik kerana mahasiswa itu sendiri sudah dicop dengan keintlektualnya.

sekalung tahniah juga kepada AHLI PMRAM yg sudah berani untuk kehadapan dengan membuat satu kejutan besar yg julung2 kalinya selama 18 tahun tidak membuat pilihanraya dan baru kini diadakan. tahniah kerana berani untuk berhadapan melakukan kebaikkan.

tahniah dan takziah juga kepada siapa yg telah ditabalkan sebagai BADAN PENGURUS PMRAM semalam. semoga dengan perlantikan melalui pilihanraya dapat memberi semangat kepada BP2 supaya lebih tekun dan bersungguh-sungguh untuk melakukan yg terbaik dlm pimpinan. kerana ANDA adalah PILIHAN RAMAI dan lebih tepat PILIHAN KITA.

tahniah dan rakziah juga kepada presiden yg baru U.SHAHRIZAN selaku PRESIDEN PMRAM bagi sesi 2010/2011. semoga jawatan yg telah anda duduki menjadikan pengaruh anda lebih kuat untuk berdepan dengan pihak yg tertentu. pengaruh berserta jawatan mendatangkan hasil yg terbaik bg sesebuah organisasi dan anda lah penggerak utama hala tuju PMRAM kepada ORGANISASI YG MANTAP DAN MELAHIRKAN MAHASISWA YG INTLEKTUAL.

kami sentiasa bersama dan sentiasa berada dibelakang anda semua!!!!!

p/s: selamat ulang tahun PMRAM yg ke-80...aku salute PMRAM bukan DISEBAbKAN NAMANYA TAPI perjuangan demi islam.

Tuesday, April 13, 2010

sekadar jawatan tak cukup...


selepas meneliti bermacam-macam jenis orang yg berkepimpinan dan hari ini aku hendak menyatakan yg selama ini kepimpinan itu bukan terletak pada jawatan nya tapi terletak pda pengaruhnya.

selama ini kita memandang orang dengan jawatan nya dan sekaligus memberi kata putus org itu adalah org yg sgt berkepimpinan tapi pernah ke terlintas adakah org itu org yg sangat berpengaruh?

dan kemantapan sesebuah organisasi itu haruslah melalui dari seseorang yg berpengaruh. dan pengaruh itu sendiri bermaksud menghubungkan org dengan yg lain samaada pengaruh positif atau negatif dengan cepat tanpa perlu kepada kuasa atau kedudukan. tapi bilamana seseorang yg berpengaruh diletakkan dlm kepimpinan menjadikan 2 kali ganda kemantapan organisasi yg diceburi.

aku tulis mengikut apa yg terdapat dalam kotak fikiran, ramai yg boleh memimpin melalui kuasa dan jawatan, ya memang benar! tapi kuasa dan jawatan yg diberi itu melalui pengalaman dan bakat. maaf jika aku tulis ramai yg berbakat ketika disekolah dengan memegang jawatan pengawas sekolah atau asrama tapi adakah meraka sedang berkelihatan di universiti ataupun diperingkat atasan. jgn menafikan kerana ia sudah berlaku dan ia nya adalah realiti disemua tempat, tidak sama sekali!! meraka hanya dilatih untuk memgang jawatan bila ada kedudukan tapi tidak selaiin dari itu.

cuba kita renungkan bagaimana seorang pemimpin yg boleh memimpin bila ada jawatan sahaja dicampakkan ketempat yg memerlukan memimpin mengawal persekitaran sebagai contoh ditempat awam. bagaimana tindakan nya bila disuruh mengawal sesuatu tempat tanpa diberi jawatan? dan pemimpin seperti ini tidak dapat memimpin dengan baik kerana kemampuannya terlalu terhad dan boleh klasifikasikan pemimpin yg lemah,

tidak bagi meraka yg berpengaruh bila diletakkan dimana-mana tempat dia mampu melaksanakan dengan baik tanpa perlu jawatan dan kedudukan bahkan akan menjadi baik bila diberi jawatan. dan disebabkan pengaruh itu Michael H. Hart penulis buku bagi THE 100: A Ranking Of The most Influential Person In Histori meletakkan NABI MUHAMMAD S.A.W ditempat yg teratas diatas kejayaan baginda meluaskan pengaruh islam ke serata dunia dan mampu bertahan sehingga kini.

dan aku rangkumkan semuanya disini bahawasanya setiap organisasi didalam persatuan pelajar atau pun NGO ataupun KERAJAAN memerlukan orang berpengaruh dan kedudukan didalam organisasi supaya mudah untuk mempengaruhi orang dekat dengan sesebuah organisasi supaya menjadi kuat dan kukuh. dan akan bertambah kuat bila berhadapan dengan pihak lawan.

dan sebab itulah bila berhadapan dengan pilihan raya calon yg akan diletakan didlm kawasan pilihanraya mestilah yg berpengaruh bukannya disebabkan kedudukan semata-mata. oleh itu bg meraka yg mahu mengundi undilah calon yg berpengaruh serta dihiasi dengan gaya pimpinan islamik.

* minta maaf jika ada yg tidak bersetuju.

p/s: org yg berpengaruh bila sebut nama je org dh kenal dengan gaya pimpinannya...sebut nama ucop org dh tau gaya nya camne..dan ucop adalah ciri2 yg menarik untuk ditonjolkan tak lupa juga ustaz hairul walaupun sekadar penasihat PMRAM org masih ingatkan die sebagai PRESIDEN LAGI sebab kan pengaruh nya yg sgt kuat dan juga yg lain2...

Sunday, April 11, 2010

abah bagi balik tangan ita!!!

Ayah.. Bagi balik tangan Ita

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !'

'Saya tak tahu Tuan..! '

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu.. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..


"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)


soure: rahsia namanya..


p/s: didikan perlu ikhlas...jika didikan dengan nafsu perangai anak pun akan menuruti kepada kerosakan...semoga aku menjadi bapa yg baik kelak,,,

Saturday, April 10, 2010

senarai bakal BP PMRAM 2010/2011

Calon-Calon Yang Bertanding Badan Pengurus PMRAM sesi 2010/11
(Mengikut urutan jumlah undian tertinggi.)


Nama : Shahrizan Mohd Hazimie
Kelulusan : Master Tahun 1 Al-azhar.
Negeri : Kedah
Status : Presiden PMRAM 2010 (menang tanpa bertanding)

Pertama (1)
Nama : Mohd Faizuddin Ghazali
No PMRAM : 17590
Negeri : Pahang
Kuliah : Usuluddin Tahun 2
Cawangan : Zagazig
877 undi (menang)

Kedua (2)

Nama : Muhammad Al Hidayat Khalid
No PMRAM : 16535
Negeri : Johor
Kuliah : Syariah Islamiah tahun 4
Cawangan : Zagazig
861 undi (menang)

Ketiga (3)

Nama : Muhammad Yusuf A. Kadir
No PMRAM : 19000
Negeri : Selangor
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Kaherah
861 undi (menang)

Keempat (4)

Nama : Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi
No PMRAM : 19162
Negeri : Pahang
Kuliah : Qiraat Shoubra, tahun 2.
Cawangan : Kaherah
860 undi (menang)

Kelima (5)


Nama : Mohd Solehuddin Mohd Safien
No PMRAM : 19760
Negeri : Terengganu
Kuliah : Syariah Islamiah Tahun 2
Cawangan : Kaherah
852 undi (menang)

Keenam (6)

Nama : Mohd Zahid Abu Bakar
No PMRAM : 18341
Negeri : Perak
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Kaherah
848 undi (menang)

Ketujuh (7)

Nama : Firdauz Noh
No PMRAM : 17019
Negeri : Johor
Kuliah : Syariah Undang-undang tahun 3
Cawangan : Kaherah
830 undi (menang)

Kelapan (8)

Nama : Abdul Aziz Ali
No PMRAM : 18495
Negeri : Kelantan
Kuliah : Bahasa Arab tahun 3
Cawangan : Kaherah
826 undi (menang)

Kesembilan (9)

Nama : Ahmad Huzaifah Fauzi
No PMRAM : 19069
Negeri : Kelantan
Kuliah : Qiraat, Tahun 2
Cawangan : Kaherah
821 undi (menang)

Kesepuluh (10)

Nama : Aminuddin Alias
No PMRAM : 15232
Negeri : Kedah
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Shibin El-Kom
226 undi

Kesebelas (11)
Nama : Mohd Mu'az Mohd Shukry
No PMRAM : 17906
Negeri : Kelantan
Kuliah : Syariah Undang-undang tahun 2
Cawangan : Kaherah
173 undi

Keduabelas (12)

Nama : Mohamad Hanif Haron
No PMRAM : 17137
Negeri : Pulau Pinang
Kuliah : Usuluddin, tahun 4
Cawangan : Kaherah
158 undi


Jumlah ahli PMRAM yang layak mengundi = 1445 orang

Jumlah ahli yang keluar mengundi = 920 orang (63.7%)

8 Undi Rosak

sumber: allgreenislamic.blogspot.com

p/s: tahniah dan takziah,,, buat kerja leklok ye...kami sokong dari belakang...cuba2lah senyum lepas ni supaya diri anda tidak dibelenggu mulut2 long....ucop ko mmg superb!!!!!








aku jiwa parah

tidak ada yang penting untuk penulisan kali ini, cuma mahu meluahkan sedikit perasan yg aku pendam selama ini terlalu subjektif untuk diterjemahkan. dalam minggu ini hati aku kian runcing dengan masalah hati yg cukup sensitif, aku cuba cari titik permasalahan yg aku alami sehingga kini masih tidak menemuinya.

aku menyingkap kisah hidup yg selama ini menjadi rahsia untuk diri sehingga kini tidak siapa yg tahu, satu persatu aku membuka kotak fikiran menyingkap lembaran sejarah hidup yg tidak indah untuk diperkatakan namun hati ini makin kecut dan semakin kecut pabila lembaran itu semakin menyakitkan hati untuk aku mengimbau kembali, lalu aku tutup kembali lembaran itu dan mula berfikir mencari ketenangan agar keadaan menjadi normal.

kawan menjadi tempat untuk mengadu tatkala masalah melingkari diri, tapi bagaimana untuk aku memulakannya? aku kusut dan mula berfikir agar masalah aku tidak membebankan kepada orang lain. aku bukan untuk mengelakkan diri tapi hakikatnya dan seboleh-bolehnya aku mahu meraka mendengarkan masalah aku agar bisa hati ini tenang.

aku lupakan niat dan terus berfikir dan berfikir walhal aku tahu permasalahan itu aku tidak dapat diselesaikan dengan mengharap diri sendiri. aku mencari jalan untuk luahkan masalah aku kepada meraka yg tidak aku kenali, tapi tapi dan tapi tetap juga susah untuk diluahkan kerana ia terlalu dan terlalu sukar untuk dterjemahkan dengan kata2. aku lupakan niat sekali lagi dan masalah tetap juga sama dan tiada kesudahan.

manusia itu bodoh jika berfikir dengan apa yg ada didepan mata tapi tidak pernah berfikir yg ESA itu sentiasa dekat dengan kita dan sentiasa terbuka untuk mendengar masalah hambaNYA. sombong nya aku sehingga aku lupa untuk mengadu pada YG MAHA ESA YANG MAHA MENDENGAR. jika aku sedari dari awal sudah tentunya jiwa akan tenang dan tidak perlu untuk menyakitkan diri dengan hati yang kian masalah.

jiwa ku kembali tenang, hanya padaNYA dapat mengembalikan jiwa yg parah menjadi sembuh. aku bersyukur padaMU YA ALLAH diatas pertolongan yg ENGKAU berikan padaku.

Dari sahabat Hudzaifah, ia berkata, “Bila kedatangan masalah, Nabi mengerjakan shalat. (Hadist hasan riwayat Ahmad dalam Musnad (5/388) dan Abu Dawud (2/35). Lihat Shahih Sunan Abi Dawud (1/245).)


Disebutkan dalam firman Allah, Katakanlah: “Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tentram.” (QS. Ar Ra’du : 27-28).


p/s: Oleh karena itu, semestinya seorang muslim memperbanyak doa saat bersujud, bertadharru’ (tunduk) kepada Allah, supaya Dia menyingkirkan berbagai permasalahan dan kesulitan, serta memberi kita anugerah kebaikan dunia dan akhirat.

Thursday, April 8, 2010

pemimpin cikai

kadangkala kita tidak tahu bagaimana rupanya orang yg berjiwa pemimpin, bila menjadi pemimpin semestinya kita anggap ia seorang pemimpim dan itu hanya hakikat luaran sahaja bagaimana pula hakikat yg sebenarnya adakah ia seorang yg benar2 pemimpin?

kita boleh jadi pemimpin tapi adakah jiwa kita seorang yang kuat?

selaku pemimpin pastinya ada sedih, ada gembira, ada ada rasa ketidakpuahatian, ada rasa lemah dan berbagai emosi yg bermain dlm kepala tapi dalam masa yg sama bagaimana untuk seorang pemimpin mahu mengadu nasib sedangkan dia menjadi tempat orang mengadu nasib dan penyelesai segala kekusutan pengadu. jawapan hanya satu MENGADU PADA YANG MAHA KUAT!!! oleh sebab itu lah islam menitik beratkan tentang jiwa seorang pemimpin meslilah kuat dari semua sudut tidak boleh tidak JIWA WAJIB KUAT!!!! jiwa yg kuat dan kental lahirnya dari dugaan yg kuat kerana dugaan itu adalah untuk melatih jiwa.

nak jadi pemimpin tapi tak berani!!!!

bagaimana nak jd pemimpin jika tak berani nak ambil risiko sedang kan dalam kepimpinan sentiasa bersedia dan berhadapan dengan risiko. kita bukan membuat risko tapi risiko sedang menanti untuk mereka yg bergelar pemimpin, jika tidak berani untuk berhadapan dengan risiko bagaimana pula nak membawa anak buah yg berada bawah pimpinan kita!!!!

mengawal dosa dalam keberanian?

maksudnya bukan menyuruh untuk melakukan dosa tapi berani dalam membuat sesuatu yg baru dan sentiasa berjaga-jaga dalam terjerumus ke lembah dosa. Berani biar bertempat. Bukan berani tanpa ilmu dan berani tanpa akhlak. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis. "Bukanlah seorang yang benar-benar berani dengan menunjukkan kekuatan. Tetapi orang yang benar-benar berani ialah berjaya mengawal diri sewaktu kemarahan!"

mesti ada ego ke?

ego bukan untuk menjadi diktator tapi keperluannya hanya tempat yg tertentu bilamana berhadapan dengan musuh2 yg hebat. percayalah tanpa ego anda tidak layak untuk berhadapan dengan musuh2 yg hebat dan sekali gus tidak layak untuk mengepalai sebuah organisasi dengan baik. tapi harus beringat jgn sampai ego itu memakan diri sendiri kerana syaitan sentiasa berada dipersekitaran dan sentaisa mahu menyesatkan!!! dan ingatlah setiap sesuatu yg ada didunia ini hanya ESA MAHA KUAT, maka rendahkan diri bila berhadapan dengan ALLAH kerana dihadapan DIA bukan tempat untuk berego. dan ingatlah bila ego bukan pada tempatnya anak buah dibawah pimpinan akan rasa mual dengan sikap dan anda harus tunggu untuk ditukar kan kepada orang lain!!!

bertanggungjawab lah sangat!!!

sah2 lah klu nk jadi pemimpin mesti ada sikap bertanggung jawab, kerana bila anda seorang pemimpin haruslah bertanggungjawab dengan semua yg anda pimpin tidak kira anda berhadapan dengan orang yg bijak pandai atau sebaliknya.
Awal-awal Rasulullah menyatakan, "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya." harus diingatkan jika tak pandai nak pimpin diri sendiri jangan haraplah nak pimpin orang lain. sebab apa tak pandai pimpin diri kerana diri dipimpin oleh nafsu bukan akal, bila nafsu menjadi ketua dalam diri akal akan lemah dan tidak mampu untuk membuat keputusan dan berakhir dengan kerosakan diri. Justeru, bagi mereka yang ingin menjadi pemimpin yang baik laksana Umar bin al-Khattab, perlu ada sikap bertanggungjawab. Jangan ada sikap lepas tangan terutama ketika dilanda masalah.

mesti pandai control orang.

? anda tahu bagaimana...tolong aku!!!!!!


Firman Allah SWT (yang bermaksud) :

“..Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil..” (Surah An-Nisa’, ayat 58)


p/s: kita bukan perfect tapi boleh jadi perfect dengan mencuba melatih menjadi pemimpin diri sendiri dan barulah beralih kepada organisasi.

Thursday, April 8, 2010

Pilihanraya PMRAM 2009














: HARI PEMBUANGAN UNDI ::

HARI : SABTU
TARIKH: 10 APRIL 2010
MASA: 9.00 PG - 5.00 PTG
TEMPAT: RUMAH SELANGOR HAYYU 'ASYIR




SILA BAWA BERSAMA ANDA :
KAD PMRAM @ PASPORT



PASTIKAN ANDA LAYAK UNTUK MENGUNDI
( SILA RUJUK SENARAI DAFTAR PEMILIH YANG TERKINI)


UNTUK MAKLUMAT LANJUT;

SILA HUBUNGI PENGARAH SPR PMRAM 09 :

USTAZ RAFZAN RAZAK DI TALIAN 011-4527822

sumber : wan m.zaim b.wan m.sapiansori

p/s: aku daftar pun belum lagi,,,,hehehe

Sunday, April 4, 2010

kpi 2

BORANG PENGUKUR ARAS PRESTASI KECEMERLANGAN (KPI) PER WEEK

27-2 April 2010 :

1. subuh berjemaah: 0/7

2.zohor berjemaah: 3/7


3.asar berjemaah: 3/7


4.maghrib berjemaah: 4/7


5.isyak berjemaah: 3/7


6.solat dhuha: 0/7


( solat jemaah di masjid sahaja jika solat jemaah di rumah tak kira)

7.solat tahajud: o/7


8.baca quran: 7/7


9.puasa sunat: 0/7 (hari isnin n khamis)


10.kehadiran kuliah: 3/7 (kurangkan program dan tumpukan kuliah 100%)

11.pembacaan ilmiah: 7/7


12.isu semasa: 7/7


13.usrah(jumaat): 2/7



jumlah keseluruhan : 39/91 ( 42.9% )

ulasan : sang
at lemah

monolog : kenapa ye susah sgt nak capai yg terbaik,,,!!!! sedih!!!!!!!

p/s: cuba yg terbaik,,kita bukan nabi tp manusia biasa yg hidup untuk memperbaiki diri bukan membangga diri dengan apa yg ada.


soldier song




You are a soldier
A rising sun
Wait for the heyday
Look far away
And believe in yourself
Your name’s on a shelf
A legend

You are a soldier
The chosen one
Bring back the heyday
Look far away
With respect and decay
Forever we’ll stay
Together

Chorus
And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart

You are a soldier
Light up the night
We are the soldiers
We’ll stand and fight
At the end of the day
Together we pray
For the legend (the legend)

Ulang Chorus


p/s: i like this song very much....we'll stand and fight...

Saturday, April 3, 2010

mintak je pd umno,,,

tak sangka UMNO suka beramal tatkala pilihanraya sahaja,,,

tapi aku tak kisah dia nak beramal ke tak,,selagi dia beramal khususnya untuk kawasan hulu selangor, untuk meminta kepada UMNO apa yg dimahukan kerana disitu insyaallah semua permintaaan akan dimakbulkan.

nak duit UMNO kasi, nak masjid UMNO kasi, nak sekolah walaupun tak minta tapi tiba2 dapat (muhyiddin kata mmg dlm perancangan tapi kenapa time2 nk pilihanraya baru nk gtau), klu dibagi baju ambik boleh wat tdo atau pakaian dlm umh dan macam2 lagi boleh diminta selagi pilihanraya belum diadakan. klu tak mintak belum tentu lagi selepas ini kawasan hulu selangor akan diberi segala kemudahn disebbkan kerajaan negeri kita adalah selagor PR. SEKALI GUS kita telah menjimatkan duit kerajaan negeri dari digunakan untuk pembangunan hulu selangor. baik kita dahulukan wang kerajaan BARISAN NASIONAL dari guna duit kerajaan selangor.

yg penting sekarang ini adalah bila NAK MEMANGKAH jgn lupa nk pangkah PR. sekurangnya bila pakatan rakyat menang semua kemudahan dah ada dan perlu ditambah sedikt demi sedikit yg penting istiqomah. JIKA umno bagaimana ye? boleh fikir sendirilah bagaimana mereka perintah sebelum pakatan rakyat menang.

dan akhirnya untuk kawan2 aku yg ada di hulu selangor jalan kan kerja anda supaya semua yg berada dihulu selangor MENGUNDI PR dan jelaskan kpd mereka konsep sebenar PAKATAN RAKYAT. kerana anda adalah MASKOT bg PAKATAN RAKYAT.

hidup belia!!!! hidup belia!!!!! hidup belia!!!!

p/s: jgn lupa undi ucop ye untuk bp pmram....hehehehe

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat