Friday, January 27, 2012

AKU TERFIKIR SAHAJA....

aku terfikir bagaimana ketika tua kelak. 


benarkah aku bermuka kerepot yg hilang seri hensem yg dicanang ketika ini atau aku sendiri masih tidak pasti dan pastinya nama kekal cuma panggilan berubah.

abi!!! papa!!! abah!!! ayah!!! uncle wan!!! pak cik wan!!! ammu wan!!! ( i refer papa-uncle ) 

aku menginginkan waktu itu dan aku masih menunggu didalam kesempatan ataupun tidak. 

ya, jika sempat aku sendiri terfikir apakah aku sendiri mampu memberi satu pulangan yg baik kepada generasi anak muda akan datang?

aku begitu takut dan aku sendiri tidak mengagak apa bakal berlaku kehidupan itu. 

terfikir! kenapa perlu aku berfikir sedang aku tidak perlu kearah itu dan ianya sangat jauh dan jauh...

kepentingan HANYA KINI!

TERfikir juga, adakah aku akan mendabik dada menjadi seorang yg tua pada yg muda?

aku fikir tidak dan tidak sama sekali kerana tua aku adalah untuk mereka yg perlukan pengajaran dan pengalaman ketuanku.  

aku harap ia benar dan perlu serap sebanyak yg mungkin untuk bergerak ke suatu destinasi yg jauh itu.

kadang2 dalam kehidupan perlu adanya AKU TERFIKIR!!!

P/S: jgn mendabik dada jika anda seorang citizen yg SENIOR TUA....

Saturday, January 21, 2012

abah aku dari benihmu....aku besar kerna susumu...

video



ayah, aku dari benih mu...
ibu, aku dari susu mu...
halalkan diriku bersamamu ...
hingga mati menjemputku...


aku masih teringat dan masih menitiskan airmataku bila mengenangkan pengorbanan kedua ibu bapaku, satu persatu aku singkap memori bersama mereka dan kini mereka senantiasa dihati ku dan tetap dihati sehingga nyawaku dihujung waktu.

airmata ku keguguran dan terus membasahi bumi ALLAH dan BUMI itu menjadi saksi betapa aku bersyukur dikau hadirkan mak dan abah disisi ketika aku susah dan senang.
mak, aku masih terngiang dan terlalu sedih jika aku ingat kembali pada waktu aku menengking mu dan ketika itu aku tahu betapa pedihnya hati mu bila anak yg dikau sanjung menjadi anak seperti yg dikau sendiri tidak pernah duga. ya allah! ibu ampunkan lah dosa ku ini. aku mengharapkan redha mu ibu.....

mak, aku menyesal atas kebiadapan ku, aku menyesal mengguris hati mu sedangkan aku tahu ketika aku kecil dikaulah yg membelai rambutku disikat kemas, bedak dari tangan mu mencantikan wajah ku ketika aku kaki langkah kesekolah. engkau menciumku ibarat bayi yg bersih dan dengan penuh keikhlasan kucupan sayang didahiku. 

mak, aku tahu segala kebiadapan ku terhadapmu telah dikau maafkan dan keampunan mu itu adalah nikmat yg besar buat anak seperti ku.  mak aku takut jika kemaafan itu tidak sampai kepadaku. aku terfikir bagaimana kehidupan ku sekarang? mak aku bersyukur dilahirkan dari zuriatmu. aku bersyukur pada mu ya ALLAH kerana ENGKAU berikan seorang ibu kepada ku. 

abah, peristiwa ini adalah saat tidak pernah aku lupakan dan peristiwa  ini pencetus untuk aku terus semangat menimba ilmu ALLAH. aku tahu kita bukan dari keluarga yg senang dan aku terima dan bersyukur segala kenikmatan yg kau curahkan pada kami sekeluarga. abah! aku tahu kau  masih teringat ketika mana engkau tiada duit untuk membayar tambang bas bulanan dan kami tiga beradik dihalau  dari menaikki bas dan ketika itu aku terlalu sedih dan terlalu kecewa kenapa kami yg susah diperlakukan sebegitu rupa tapi aku tidak putus asa dan semangat untuk kesekolah ku teruskan jua. kami bertiga berjalan kaki pulang ke rumah dan meminta abah hantar ke sekolah dan ketika itu aku berat untuk mengungkap perkataan "abah boleh tak hantar ke sekolah naik motor" dalam keadaan abah tidak sihat. abah kumpulkan kekuatan ddlm keadaan tidak bermaya untuk menghantar kami kesekolah. abah, aku terlalu sayangkan dirimu dari diri ku sendiri. tiada abah setabah abah untuk menyara kami sekeluarga dgn hanya bekerja sebagai pelombong biji timah.

memori indah ketika susah itu adalah kenangan yg terindah yg kau curahkan kepada aku. pernah suatu ketika abah tak ada duit untuk berikan duit belanja ketika melangkah kesekolah. aku hanya senyap dan tidak pernah meminta. aku tahu abah akan carikan duit untuk kami berbelanja ketika rehat. aku hanya mampu melihat kawan2 sekelas berehat dan aku hanya menunggu sama ada abah hantar atau tidak tapi aku hanya terus membisu dan senyap menahan lapar walaupun ketika perutku memulas sakit tapi aku hanya diam membisu menahan airmata dari terus jatuh. aku tahu rezki ketika itu tiada. aku redha dan terus membisu. sedih ya memang sedih namun kesusahan itu bukan penghalang untuk aku teruskan belajar. banyak perkara kau ajarkan kepada aku ketika zaman kecilku.

akak dan abang ku, aku bersyukur diberikan kekuatan dari kalian yang sentiasa memahami keadaan ku disini. aku bersyukur. saat ketika kalian mendiamkan kesihatan abah, aku sudah mengagak yg sebenarnya abah jatuh sakit dan kalianlah yg banyak menemani abah ketikan kalian tidak pernah sekali memberitahu kesihatan abah pada aku ketika itu. kalianlah banyak bertungkus lumus berulang alik dari hospital ke rumah dan berselang seli menjaga ayah sehingga ada diantara kalian berhenti kerja. waktu itu kalian masih mendiamkan tentang kesihatan abah terlentang sakit dari pengetahuan ku agar aku tumpu penuh perhatian terhadap study. alhamdulillah, aku bersyukur dan kini kesihatan abah berunsur pulih namun aku terfikir sejenak apakah jasa aku terhadap abah? kepada ibu ? kepada kalian? aku berfikir dan terus berfikir. 

sedih bila aku mengenangkan setiap saat detik kehidupan yg pernah aku lalui sepanjang 25 tahun ini. masa kian berubah tahun silih berganti namun aku masih terfikir bilakah jasa2 kalian dapat aku balas. jiwa ku kini hanya untuk kalian dan aku tidak sanggup untuk meninggalkan kalian dan kalian lah tempat pertama dihati  tiada kedua dan tiada ketiga. kebahagian aku hanya terletak pada kalian. hidup aku hanya untuk kalian. 

aku bersyukur padamu YA ALLAH diatas nikmat kesenangan yg ENGKAU berikan pada kami. ENGKAU berikan kebahagian yg berganda kepada kami. ENGKAU LAH menyatukan hati kami agar setiap saat dan detik itu menjadi sejarah dann pedoman untuk hidup kami. YA ALLAH ENGKAU berkatilah MAK DAN ABAH aku...ENGKAU lindungilah MEREKA dari segala kesusahan dan keperitan. ENGKAU tempatkan lah MEREKA ditempat BERSAMA PARA SOLIHIN KETIKA MEREKA MENINGGALKAN KAMI KELAK,,YA ALLAH,,,


ROBBIGHFIRLII WALIWAALIDAYYA WARHAMHUMAA KAMAA ROBBAYAANII SHOGHIIROO



“ Ya ALLAH, ampunilah dosaku dan dosa ayah ibuku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil ”.....


" TIADA YG BERNILAI SELAIN KASIH SAYANG KEDUA ORANG TUA KITA"


P/S: hayati dan cuba kita menghayati apakah kita sempat berbakti untuk meraka......apakah kita mampu untuk memandikan mereka ketika matinya mereka? kini..marilah bersama menghayati sorotan video ini...


sorotan video ust don dan ust azhar idrus









Thursday, January 12, 2012

aku dikabus malam....

aku...


berjalan dlm sejuk tanpa otak berfikir,,, tidak mahu berfikir,,,aku mahu berjalan seolah aku dlm emosi yg kegilaan,,,mungkin ya aku gila jika aku sendiri tidak pernah berfikir.


sejenak...


aku memerhati kan meraka yg duduk dlm kabus malam yg terlalu dingin buat hati aku tertanya,,kenapa mereka disitu?


ya, inilah suratan takdir mereka yg hidup dlm ketiadaan sesiapa disisi namun aku bangga merekalah pencetus untuk aku berusaha dan bersemangat,,,tapi tidak kekal untuk aku jadikan mereka sebagai idola pencetus resolusi minda aku sendiri?


siapa meraka?


itulah meraka ARAB...aku bangga kadang2 aku sendiri menolak kebanggaan aku kepada penghinaan yg mereka sendiri lakukan. 


benarkah meraka?


ya,,,itulah meraka yg membawa jiwa2 manusia sentiasa berfikir dan terus berfikir agar aku tidak gila ditelan gaya pemikiran yg songsang. siapalah aku dan meraka hanya IMAN menjadi tanda tinggi darjat aku dan mereka. IAMAN AKU? hanya aku dan RABB yg senantiasa berkomunikasi satu jiwa bertemu TUHAN NYA mengetahui siapakah aku? bagaimana IMAN ku?

p/s: jgn menilai jika sendiri tidak pernah tahu selepas penilaian itu selepas berfikir...

Wednesday, January 11, 2012

luahan aku.....

aku bingung tidak terkata,

kenapa ini terjadi pada diri aku dan acapkali melelapkan mata aku seolah mendengar esak suara perempuan itu.

aku terus akui tanpa alasan yg aku sendiri tidak perlu.

sejenak aku dalam kamar dgn mata tidak mampu untuk ditutup walaupun dipaksa erat, namum suara petang itu buat aku terlalu rasa bersalah dan inilah pertama kali aku mendengar tangisan seorang wanita.

"ana minta maaf dan ana tidak mampu untuk mengatakan kebenaran nya dan kita terpaksa membawa haluan yg sepatutnya dicipta kita berdua namun ana minta maaf" perasaan aku melafazkan kalam derita menjatuhkan airmata jernih aku sendiri walaupun aku sendiri tidak mampu untuk mengucapkan pada wanita yg sebaik dipandangan mata ku sendiri.

jika keadaan mampu diubah mungkin tetap bersama dia namun hakikat aku sendiri harus terima dan hakikat yg sebenarnya aku sendiri telah melukai hatinya. memang benar aku manusia yg zalim dalam bercinta sehingga mampu melukai hati wanita itu.

wanita sebaik dia tidak pantas untuk aku bersamanya dan tidak layak bersuamikan nya dan aku yakin memori bersamanya walaupun tidak pernah bertemu, walaupun jarang menitip mesej, namun bg aku dia wanita yg sgt setia, kuat dan sering memberi semangat ketika aku lemah, sedih dan dia lah tempat aku berkongsi kegembiraan.

"ustaz, ana ada hadiah untuk ustaz! nnt bukak kertas yg warna biru yg terselit dlm buku yg ana bg kat ustaz tadi" msg itu masih aku simpan dan semalam aku sudah men delete nya, itulah kertas SELAMAT HARI LAHIR USTAZ dan terselit kalam2 ingtan dari quran buat aku. ketika itu aku hanya merasakan hanya seorang adik dan seorang abang yg hanya berkenalan dilaman sosial sebagai wasilah untuk bertanya kan pendapat dan juga hal2 berkaitan pelajaran dan tidak  lebih dari itu.

setiap hari aku menduga perasaan aku sendiri siapakah wanita berpurdah itu? dan aku mula terpikat dan menyukai perawakannya. namun ke egoan aku tertunduk bila aku sendiri mengataan aku suka padanya.

namun kini tiada yg menduga dan aku sendiri tidak mahu diduga tapi hakikat aku sendiri harus berbuat demikian untuk wanita itu terus menjalani kehidupan dgn lebih baik dan aku hanya mendoakan kebahagian wanita itu disamping aku mahu wanita itu bertemu dgn seorang lelaki yg soleh dan lebih baik dari aku sendiri.

ana minta maaf dan ana sendiri faham jika tidak mahu memaafkan ana. selama ini ana banyak menduga walhal ana sendiri menyukai tanpa disedari. kini ana terpaksa bukan bermaksud ana melarikan diri kesalahan dan kekurangan pada diri ana dan biarlah sebab itu menjadi penyebab kepada keterpaksaan ana untuk melakukan tindakan yg ana rasa amat memeritkan. ana minta maaf dan ana minta maaf.

buanglah segalanya ke sungai nil agar biarkan memori itu terus dibawa arus.



p/s: cinta berputik tp kembangnya kadang2 menampak ketidak seimbangan namun hakikat hidup tiada siapa menolak takdir....


aku dan manusia perlu faham!

manusia tidak pernah akan faham malah jika ada kefahaman itu sekalipun dan tidak dipersetujui hatinya maka manusia sedemikian merasakan tidak perlu faham. kefahaman tanpa nilai ibarat menilai sesuatu yg tidak berhagra seprti emas zhulian tampak cantik tapi nilainya tiada.

apakah penyebab manusia sukar untuk memahami?

“Aku tidak beharap kau memaafkanku, tetapi aku hanya mengharapkan kau mengerti”

ungkapan diatas adalah salah satu bagaimana orang  berfikiran tidak sealiran dgn kita tapi dia mahu untuk kita memahami dan mengerti dan cuba untuk kita selami. pernahkah kita selami? malah kita sendiri tanpa ada kefahaman apa yg dimaksudkan terus membabi buta menyerang tanpa hala tuju. apakah itu sudah menjadi suatu budaya?

setiap sesuatu apa yg cuba dimaksudkan ada magnet yg saling berlawanan antara satu sama lain. manakan boleh positif bertemu dgn positif melain positif dgn negatif. jika positif dan positif makanya dunia ini tidak akan berkembang dan duduk didlam kejumudan. itu lah sebab setiap sesuatu itu perlu ada berlawanan kerana setiap hasil yg berlawanan dari 2 pihak akan mendatangkan natijah yg terbaik.

namun pada hari ini, sesetengah manusia tidak menganggap keberlawanan antara dua pihak sesuatu yg sgt positif . malah meraka beranggapan perkara ini seperti jenayah yg tidak boleh dimaafkan.

sebagai contoh  isu mahasiswa di UPSI kita perlu faham dan kita selami kenapa perkara ini perlu terjadi. dan perkara ini ada pro dan kontra dan natijahnya akan mendatangkan suatu keberhasilan bg mahasiswa untuk terus berada dibawah bayangan demokrasi ketika muda dan bukan menyekat mahasiswa dgn sekatan AUKU. bukan untuk menafikan pandangan anak muda dan bukanlah menafikan peranan kerajaan. disinilah kerajaan perlu memahami dasar2 pandangan anak muda setelah sekian sekian lamanya mahasiswa berada telunjuk kerajaan. jika satu pihak sedar dan satu pihak tidak sedar bagaimana untuk berada pada tahap yg lebih baik melainkan dgn contoh di UPSI! BUKAN menyokong tapi faham kenapa?

baik dalam persatuan tidak kira persatuan induk atau badan2 pelajar atau ngo yg ada saling bertelagah jika pendapat tidak kene pada jiwa dan hati meraka. sepatutnya mahasiswa perlu bertindak bijak dan bukan bertindak dgn menunjukkan KEBODOHAN diri sendiri dgn  kenyataan-kenyataan yg yg meraka sendiri tidak faham kenapa? inilah kenapa setiap perkara itu tidak pernah selesai malah berjangkit sedikit demi sedikit dan akhirnya tiada jalan penyelesaian malah BODOH sseorang dr kedua belah pihak itu yg terkelihatan. siapa yg rugi? mereka dan persatuan2 mereka sendiri. inilah yg perlu dititik beratkan untuk meraka saling faham dan memberi kefahaman bukanya menolak kefahaman mereka dgn kenyataan2 yg tidak sewajarnya. jika salah tolong tunjukkan! jika jelas salah maka nya disitu perlu diberi perhatian dan tindakan supaya orang lain tidak salah seperti mereka.

akhirnya, marilah sama2 kita saling faham dan memberi kefahaman. bukan bermaksud memberi kefahaman itu mahu mereka berpihak pada kita tapi untuk mereka mengerti kenapa mereka perlu faham.


p/s: Di dunia ini ada lebih dari lima juta orang dengan pribadi dan watak yang berbezaa. Kesemuanya bermuara pada satu tujuan, yaitu kehidupan yang lebih baik. Namun, terkadang mereka terpaksa harus merugikan orang lain yg sedikit itu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk semua.

Kita adalah penilai terhadap diri kita sendiri dan orang lain....











Monday, January 9, 2012

ya medan......nice....

video

ياه يا الميدان
كنت فين من زمان؟
معاك غنينا ومعاك شقينا
وحاربنا خوفنا .. ودعينا
إيد واحدة نهار وليل
ومفيش معاك، شئ مستحيل
صوت الحرية بيجمعنا
خلاص حياتنا بقى ليها معنى
مفيش رجوع .. صوتنا مسموع
والحلم خلاص مبقاش ممنوع
ياه يا الميدان .. كنت فين من زمان؟

هديت السور نورت النور
لميت حوليك شعب مكسور
اتولدنا من جديد
واتولد الحلم العنيد
بنختلف والنية صافية
أوقات الصورة مكنتش واضحة
هنصون بلادنا وأولاد ولادنا
حق اللي راحوا من شبابنا 
ياه يا الميدان .. كنت فين من زمان

معاك حسينا وابتدينا بعد ما بعدنا وانتهينا
لازم بإيدينا نغير نفسينا
إديتنا كثير والباقي علينا
ساعات بخاف تبقى ذكرى
نبعد عنك تموت الفكرة
ونرجع تاني ننسى اللي فات
ونحكي عنك في الحكايات
ياه يا الميدان .. كنت فين من زمان؟

ميدان مليان أنواع
اللي بايع والشجاع
فيه اللي حابب واللي راكب واللي بيزعق واللي ساكت
نتجمع نشرب الشاي
الحق عرفنا بنجيبه إزاي
خليت العالم يسمعوا
والجيران يتجمعوا
ياه يا الميدان .. كنت فين من زمان؟

فكرتنا هي قوتنا
وسلاحنا في وحدتنا
ميدان بيقول الحق
بيقول للظالم دائما لأ
ميدان زي الموجة
ناس راكبة وناس مشدودة
ناس بره بيقولوا ديه هوجة
والأعمال مكتوبة
ياه يا الميدان .. كنت فين من زمان؟
Source: LYBIO.net
 english
Hey. Hey Square (Tahrir Square).
Where have you been all this time?
 With you we sang. And with you we labored.
We fought our fears. And we prayed. 
All as one hand. Day and night.
 And with you nothing is impossible.
 The voice of freedom brings us together.
 Finally our lives have a meaning.
 There is no going back. Our voices are heard.
 And the dream is not forbidden anymore.
 Hey. Hey Square.
 Where have you been all this time?
 You brought down the wall. You lit the light.
 You gathered around you a broken people.
 We were born anew.
 And a persistent dream has been born.
We’ve disagreed with good intentions.
Sometimes things weren’t clear.
We’ll protect our country and our children’s children.
 We’ll protect the rights of the lost lives of our youth.

 Hey. Hey Square.
 Where have you been all this time?
 With you we felt and started
 After we had been far and had come to the end.
We have to change ourselves with our hands.
You gave us a lot and the rest is up to us.
Sometime I worry that you’ll become a memory.
 That you’ll become distant from us and the idea will die.
 And we’ll go back and forget what happened.
 And tell stories about you in our tales.

 Hey. Hey Square.
 Where have you been all this time?
The Square is full. With all kinds.
 The reckless one. And the courageous.
 There is the passionate one. And the one who are on a ride.
The loud one. The quiet one.
 We get together. Drink tea.
 We now know how to get our rights.
You let the world hear us.
 And you let the neighbors get together.

 Hey. Hey Square.
 Where have you been all this time?
 Our idea is our strength.
Our weapon is our unity.
 The square says the truth.
 It always says no the oppressor.
 The square is like a wave.
 There are people riding it. Others are pulled in by it.
People outside of it calling it chaotic.
 And what has been done is now written.
Where have you been all this time?



Monday, January 2, 2012

berazam dgn niat......

salam tahun baru kepada semua....

pertamanya aku merafa' kan kesyukuran pada ALLAH diatas segala kurnian nikmat HIDUP diatas muka bumi ini diatas segala kenikmatan dan ujian sepanjang tahun 2011 ini. aku bersyukur.....

bila tahun baru menyengah aku mendapati setiap satu persatu manusia saling melontarkan azam2 untuk tahun baru dan ada sesetengah pula masih dengan azam yg lama. tapi aku tetap bersyukur manusia saling memerlukan keazaman untuk mengubah jati diri kearah yg lebih baik dan taqarub kepada ALLAH.   

DAN juga setiap keazaman itu memerlukan keazaman yg kuat untuk melalui 365 hari yg akan mendatang dan aku terfikir akan diri aku adakah aku MAMPU?

malu untuk mengatakan tidak tapi aku cuba sedaya upaya yg mungkin untuk mengatakan YA..AKU MAMPU!!!!

TAPI aku perlu mencari kekuatan bagaimana untuk mencapai azam aku dgn penuh menjadi dan keterujaan tatkala akhir tahun nnt. ya aku mampu!!! semuanya aku letakkan keazaman pada NIAT.

 ( SETIAP PERKARA ITU MENGIKUT APA YG DINIATKAN )الأمور بمقاصدها
 
Dari Dari Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Khattab Radhiyaallahu ‘anhu ia telah berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Innamal a’malu binniyaat wa innamaa likullimriin ma nawaa” 

artinya ; Sesungguhnya amal perbuatan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap seseorang tergantung apa yang ia niatkan.


DARI AYAT DIATAS kita perlu nilai tahap kekuatan NIAT dilafazkan sama ada hanya lafaz pada mulut atau melalui mulut dan hati?
oleh itu, tanyalah hati kenapa AZAM kurang menjadi?

mungkinkah,,

NIAT UNTUK ADAT?
NIAT UNTUK IBADAH?

NIAT UNTUK BERSUKA?

P/S: niat tanpa azam : negatif!!!





 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat