manusia tidak pernah akan faham malah jika ada kefahaman itu sekalipun dan tidak dipersetujui hatinya maka manusia sedemikian merasakan tidak perlu faham. kefahaman tanpa nilai ibarat menilai sesuatu yg tidak berhagra seprti emas zhulian tampak cantik tapi nilainya tiada.
apakah penyebab manusia sukar untuk memahami?
“Aku tidak beharap kau memaafkanku, tetapi aku hanya mengharapkan kau mengerti”
ungkapan diatas adalah salah satu bagaimana orang berfikiran tidak sealiran dgn kita tapi dia mahu untuk kita memahami dan mengerti dan cuba untuk kita selami. pernahkah kita selami? malah kita sendiri tanpa ada kefahaman apa yg dimaksudkan terus membabi buta menyerang tanpa hala tuju. apakah itu sudah menjadi suatu budaya?
setiap sesuatu apa yg cuba dimaksudkan ada magnet yg saling berlawanan antara satu sama lain. manakan boleh positif bertemu dgn positif melain positif dgn negatif. jika positif dan positif makanya dunia ini tidak akan berkembang dan duduk didlam kejumudan. itu lah sebab setiap sesuatu itu perlu ada berlawanan kerana setiap hasil yg berlawanan dari 2 pihak akan mendatangkan natijah yg terbaik.
namun pada hari ini, sesetengah manusia tidak menganggap keberlawanan antara dua pihak sesuatu yg sgt positif . malah meraka beranggapan perkara ini seperti jenayah yg tidak boleh dimaafkan.
sebagai contoh isu mahasiswa di UPSI kita perlu faham dan kita selami kenapa perkara ini perlu terjadi. dan perkara ini ada pro dan kontra dan natijahnya akan mendatangkan suatu keberhasilan bg mahasiswa untuk terus berada dibawah bayangan demokrasi ketika muda dan bukan menyekat mahasiswa dgn sekatan AUKU. bukan untuk menafikan pandangan anak muda dan bukanlah menafikan peranan kerajaan. disinilah kerajaan perlu memahami dasar2 pandangan anak muda setelah sekian sekian lamanya mahasiswa berada telunjuk kerajaan. jika satu pihak sedar dan satu pihak tidak sedar bagaimana untuk berada pada tahap yg lebih baik melainkan dgn contoh di UPSI! BUKAN menyokong tapi faham kenapa?
baik dalam persatuan tidak kira persatuan induk atau badan2 pelajar atau ngo yg ada saling bertelagah jika pendapat tidak kene pada jiwa dan hati meraka. sepatutnya mahasiswa perlu bertindak bijak dan bukan bertindak dgn menunjukkan KEBODOHAN diri sendiri dgn kenyataan-kenyataan yg yg meraka sendiri tidak faham kenapa? inilah kenapa setiap perkara itu tidak pernah selesai malah berjangkit sedikit demi sedikit dan akhirnya tiada jalan penyelesaian malah BODOH sseorang dr kedua belah pihak itu yg terkelihatan. siapa yg rugi? mereka dan persatuan2 mereka sendiri. inilah yg perlu dititik beratkan untuk meraka saling faham dan memberi kefahaman bukanya menolak kefahaman mereka dgn kenyataan2 yg tidak sewajarnya. jika salah tolong tunjukkan! jika jelas salah maka nya disitu perlu diberi perhatian dan tindakan supaya orang lain tidak salah seperti mereka.
akhirnya, marilah sama2 kita saling faham dan memberi kefahaman. bukan bermaksud memberi kefahaman itu mahu mereka berpihak pada kita tapi untuk mereka mengerti kenapa mereka perlu faham.
p/s: Di dunia ini ada lebih dari lima juta orang dengan pribadi dan
watak yang berbezaa. Kesemuanya bermuara pada satu tujuan, yaitu
kehidupan yang lebih baik. Namun, terkadang mereka terpaksa harus
merugikan orang lain yg sedikit itu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk semua.
Kita adalah penilai terhadap diri kita sendiri dan orang lain....
0 comments:
Post a Comment