Sunday, November 28, 2010

kisah cinta ternoda

aku ketika dahulu pernah merasakan nikmat cinta walaupun aku tahu cinta itu tidak sesekali aku kecapi. ku pendam tapi hati tidak tertahan lalu ku biarkan kan sahaja berlalu cuma aku sentiasa berharap dan sentiasa bersangka baik sesungguhnya setiap hambaNYA pasti ada bidadari akan didampingi.

cinta itu dicipta tidak lain dan tidak bukan semata-mata pelengkap kebahagian setiap manusia yang dilahirkan tapi aku sentiasa berfikir apakah benar aku membuat cinta itu indah atau sebaliknya?

manusia tidak lari dari kesilapan hati apabila bertemu dengan cinta yg ghairah berahi menyusuk kalbu sehingga buta dan hilang pertimbangan tatkala cinta dikawal nafsu, aku tahu cinta sebegitu amat indah apabila disulam nafsu namun keindahan itu hanya sementara dan memakan diri yang mampu kelembah api kemarakan.

tapi ingatlah ALLAH itu maha pengampun bagi sang pencinta yang ternoda oleh kesilapan sendiri. tiada cinta hidup kemurungan tiada sayang hidup keberantakan tiada kasih hidup kehilangan.

serulah cinta yang benar agar kehidupan sentiasa harmoni bila disirami cinta kepadaNYA. serulah cinta yang hakiki agar hidup sentiasa diberkati.

p/s: aku merasa sunyi bila cinta lari dalam kehidupan. aku masih mencari cinta hakiki. bantulah aku!!!!!

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat