Thursday, January 27, 2011

gambar demosntrasi setiap muhafazah




sebelum aku meletakkan siri 2 cerita dari rentetan cerita siri 1 eloklah aku letakkan gambar muzoharat(demontrasi) kat mesir ni,,,,

cuba2 fikirkan,,,kenapa ia terjadi,,,,

agenda islam itu penting....

jauhkan diri dari utamakan hiburan,,,,

kembali kepada fitrah manusia....

cerita adaptasi.

1.

kadang2 kehidupan tidak selalunya indah bak permata yg berkilau dari jauh sudah nampak sinarnya begitulah aku permata palsu jika dilihat cantik zahirnya namun pabila dilihat tiada kilauan yg hadir. kecewa memang kecewa namun kini aku terus mengharungi jua. aku tidak pasti langkah mana yang perlu ku tuju, semakin aku melihat sinar semakin sakit derita ku tempuh. aku pendam selama ini demi untuk menjaga aib yg selama ini terpalit bertahun-tahun dalam kehidupan yg dilalui hampir 25 tahun.


zaman kanak-kanak ku tidak seindah kanak2 lain yg hidup seronok dengan dunia imaginasinya namun aku tidak. aku hidup penuh dalam ketakutan sehingga aku tidak mampu untuk melupakan kan sehingga saat ini. aku tahu segalanya akan selesai jika aku berterus terang tapi aku takut dan tidak ada seorang yang mempercayaiku dan siapalah aku ketika itu hanya kanak2 jika dicakap akan disangkal beritanya. semakin hari semakin tertekan, aku ketika itu hanya mampu berdiam dan menjalani kehidupan seperti biasa.

sakit memang sakit dan tidak perlu untuk aku mengzahirkan kesakitan itu dihadapan umum cukuplah aku seorang yg mengalami nya. keseronokan ku hanya di sekolah disitu aku tahu apa itu erti permainan dan disitu aku tau apa itu erti berkawan. keseronokan itu tak dapat ku gambarkan tapi itu semua hanya sementara. terlerai segalanya jika aku kembali kerumah dan aku bosan! aku takut dan ketakutan ku semakin menebal sehingga aku terpaksa mendiamkan diri dan menjalani kehidupan seperti biasa sedang aku menderita tersangat-sangat disebabkan perbuatan si 'dia' yg aku gelarkan abang walaupun dia hanya abang angkat didalam keluarga kami. siapalah aku dimata keluarga tidak lebih dari hanya seorang anak dan bagi die hanya seorang anak yg sangat disayangi walaupun hanya menumpang kasih. dimana keadilan ketika itu! aku benci dan aku benci dan aku belajar erti benci dari kecil lagi sedang kanak2 sedang sibuk mencipta imaginasi keriangan.

setiap hari berdepan dengan nya semakin aku mahu membunuhnya dan semakin hari aku menatap wajahnya semakin mahu cepat dia mampus dan mati dalam hidup aku! walaupun hanya sekali dia merosakan hidup aku dan disebabkan sekali itu aku merana seumur hidup yg 'kau' ciptakan untuk aku! semua nya kerana kau si bangsat!!!!!

kebencian aku meluap2 saat itu sehingga satu masa aku hilang pertimbangan dan sanggup untuk membunuhnya tapi dia terselamat dari tikaman ku dan tiada siapa yang tahu apa yg berlaku ketika itu hanya aku dan dia sahaja tapi apa yg mampu lakukan ketika itu? aku tidak mampu dan semakin tertekan!! aku tidak tahu apa yg perlu aku lakukan lagi selain hanya mampu berdiam dan berharap si bangsat itu akan pergi dalam hidup aku.

darjah lima dan saat itu saat yang paling gembira dalam hidup ku dan aku mendapat tawaran untuk kesekolah berasrama. dan ketika hanya sekolah rendah yg pertama yg membuka asrama untuk darjah lima dan enam dan aku salah seorang yg terpilih untuk meneruskan persekolahan ku disana. alhamdulillah aku berjaya dalam ujian kemasukan untuk memasuki seolah rendah berasrama. aku bersyukur bukan kerana tawaran itu tapi aku gembira aku tidak akan tatap wajah dia lagi sepanjang sesi persekolahan dan tidak seperti dulu setiap hari setiap masa aku perlu berhadapan dengan nya.

2.

kadang apa yg kita diduga tidak semestinya berlaku dan tidak semestinya panas hujan tidak akan turun.....

p/s: sambungan chapter 2 selepas ini....adaptasi dari cerita seorang teman dan sudah mendapat keizinan darinya....untuk muhasabah.

Monday, January 24, 2011

cintailah aku..

aku tak pernah bercinta dan aku hanya suka berkasih sayang.

perlu ke untuk aku bercinta?

jawapan aku : x kot....

tapi kenapa wujud perkataan cinta kalau bukan untuk bercinta!

kebenaranya aku salah dan septutnya aku perlu untuk bercinta.

tapi bagaimana?

cintalah dengan penuh kasih sayang.

itu aku mampu tapi bagaimana pula cinta hakiki.?

cintalah dengan bermatlamat dan secara intelektual.

wat pe?

supaya ko tak berzina dikemudian hari dan ko akan berusaha gigih untuk mencapai matlamat.

kalau perempuan tu tak faham apa yg aku nk wat. camne plak?

ko bg faham.

klu tak faham gak?

bg faham dengan sefaham-fahamnya dan kata putus.

ingat jgn zalim! jgn sesekali menyakiti si dia. secara hikmah zahir dan batin.

apa punca masalah cinta?

cinta kerana nafsu, dan sebb tu cinta biar ade matlamat. jgn main terjah je.

perlu ke selalu nk berhubung?

x perlu pun, cukup sekadar ada asas kukuh kepercayaan antara satu sama lain dan tetapkan pendirian dgn berpaksikan matlamat. klu nk berhubung pun perkara2 yg penting je,,tye kaba tu penting sgt ke? tye mkn tu penting sgt ke? pertyaan tu la penyebab akan ade pertanyaan yg mengarut!

akhir nya bg tazkirah sikit kat aku.

camnilah bro,

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta.

Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda:

tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

pemuda bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, pemuda mesti ada rasa tanggungjawab.

dan nk lebih tazkirah ko bacelah blog aku kat entry aku yg lps2,,,,,,

p/s: seronok mendengar masalah berkait rapat dengan cinta. cinta itu indah. tapi buat tak indah manusia itu sendiri.

Sunday, January 23, 2011

saw 1234567

aku tak de cite nk ceritakan sebb sibuk dalam rangka laghoh dengan cerita SAW si zalim yg dasyat...aku memang dari kechik suke watak2 zalim ni...tapi x semestinya aku zalim,,,se zalim-zalim aku zalim lagi kerajaan malaysia,,

betul ke aku dengar skg ni bawang merah naik sekali ganda,,dari 4 hinggit mendadak sampai kesepuluh hinggit.,..klu betul apa kejadahnya,,mmg kesian penduduk malaysia yg kaya harta tapi miskin dipandangan mata,,,kesian bg meraka yg berpendapatan rendah even seribu kalipun ttp juga berpendapatan rendah,,,bawah merah naik harga tapi ada ke masakan yg tak gune bawah merah? sup kosong harga 50 sen pun gune bawang merah,,,adoi yai,,,

aku kat mesir ni 10 hinggit malaysia dapat berkilo-kilo bwg bleh dpt sampai boleh wat kenduri beso2...aku klu ade kargo dh lama aku wat tijarah basol kat msia tu,,,hahaha,,,

aku tau ni pun tgk kat fb kwn aku.,.mmg terkejut ma...kesian giler aku kat org malaysia,.,,ape2 pun setiap satu ujian ada natijah nya sendiri,,kita saksikan kemudian apa yg bakal terjadi jika harga barang semakin mendadak,,,nasib baik la rakyat malaysia tak macm tunisia klu tak dah lama kerajaan skg tumbang/// apa2 pun aku puji dan salute kat tunisia coz perbuatan dorg lagi baik disudut agama,,,kerana menetang kezaliman dan kezaliaman itu jelas disudut syariat....

kenapa aku kaitkan kan movie saw dlm watak yg aku nak nyatakan, hanya satu "zalim" sangat melampau kezaliman sehingga tidak ade belas kasihan dan begitulah kehidupan kita seharian jika adanya perzaliman yg berlaku kat diri. anda zalim ke? ye sebenarnya kita zalim kat diri kita sendiri dengan memaksa diri dengan sepenuh paksaan itu melakukan larangan allah..betul tak? klu salah mmg aku salah la,,klu betul mmg kita semua betul la,,betul x,,,hehehe

Tuhan menganugerahkan kita pancaindera dan anggota badan seperti mata, telinga, lidah, tangan dan kaki. Kalau semua ini disalahgunakan dan digunakan dengan tidak mengikut kehendak Tuhan, maka kita telah melakukan kezaliman.

Mata melihat yang haram, telinga mendengar yang haram, lidah berkata yang haram seperti berbohong dan mengumpat, tangan berbuat yang haram seperti mencuri atau memukul orang dan kaki berjalan ke tempat yang haram, semua itu adalah kezaliman.

Semua anggota dan pancaindera mesti digunakan untuk membuat kebaikan dan berjuang ke jalan Allah. Orang yang tidak berjuang itu adalah zalim. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan (dengan tidak berjuang ke jalan Allah)." (Al Baqarah: 195)

jelas ayat diaats dengan zalim itu tidak terbatas atas perlakuan orang lain pada diri kita sedang dlm masa yg sama kita sendiri telah melakukan byk kezaliman pada diri tanpa kita sedari.

akhirnya, kempen jom jgn zalim!!!!!


p/s: entry ni terpacul kat otak sebb skg ni aku tgh nk abiskan cite saw 1234567,,,sebb aku suka cite berbentuk keganasan dlm kesakitan!


Saturday, January 22, 2011

kemaluan tidak terjaga!

aku tidak menyatakan apa yg ada dalam filem tapi kenyataan hakikat itu lebih baik dari dilakunkan tanpa ada pengajaran.

kenapa perlu anu? aku tertanya-tanya, tapi itu tidak penting bg aku anu itu menunjukan kepada kemaluan seseorang yg perlu dijaga supaya terjamin dari anasir2 kejijikan.

kenapa perlu dijaga walaupun tersimpan rapi?

jgn kata aku penulis 18sx .!

dlm kehidupan perlu meluntur buluh dari rebungnya bukan nya lps 18 tahun baru boleh melihat adegan lucah walaupun lucahnya tidak mencapai tahap yg diingini penonton. ia! memang benar ! kenapa perlu 18, tapi tidak dari kecil lagi kita dilarang? dan tidak hairan lah jika terselit perkataan 18sx bukan ramai yg tidak melihat bahkan semua golongan melihatnya. tidak kira kechil mahu pun besar atau tua bangka yg tidak tidak ade pedoman hidup! dimana akhlak muslim yg perlu kita bina dari kain putih yg bersih suci bila besar kita contengkan dengan hiasan kotoran yg merebak sehingga tidak kelihatan putihnya lagi.

rentetan dari onani saya merasakan suatu kepentingan dalam kehidupan untuk kita sama2 menjaga kemaluan dari melakukan larangan yg telah digariskan PENCIPTA MAHA ESA.

aku tahu maksiat mana yang tak best tapi itu semua nikmat yg tidak kekal dan cuba kita bayangkan nikmat yg kekal 'syyurga' tapi sebelum tu aku nk tye berapa orang yg fikirkan syurga neraka dlm satu hari? paling kurang pun tak de. betul tak? jika ia bgslah sebab sekurg-kurg nya sudah tersedia satu bilik khas untuk nya...nauzubillah la beb!!! nak ke? tak nak kan.

Ada suatu syair lagu yang berbunyi :

Dari mana datangnya lintah

Darilah sawah turun ke kali.

Dari mana datangnya cinta

Darilah Mata turun ke Hati


Ini dapat dilihat dalam Surat An-Nur (surat ke 24) ayat 30 dan 31.

Ayat 30 :

Katakanlah kepada Laki-laki yg beriman, agar menundukkan pandangan, dan menjaga kehormatannya (tafsir lain mengatakan menjaga kemaluannya). Yang demikian itu membuat mereka lebih suci. Sungguh Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.

Ayat 31 :

Dan katakanlah kepada Wanita yang beriman agar menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya (tafsir lain mengatakan menjaga kemaluannya), agar jangan memamerkan perhiasannya, kecuali yg memang biasa kelihatan padanya, agar mereka menutu kudungnya ke atas dadanya……………..dstnya.

dua ayat diatas adalah satu jalan dimana kewajipan untuk kita sama2 menjaga kemaluan masing2 dr titik permulaannya iaitu MATA. MAKA amat bahaya mata itu jika kta tidak kawalnya dari sudut syarak. memang benar kita dikurniakan mata untuk melihat dan tidak bererti kita boleh melihatnya. lucah jelas haram dan tidak bererti ada mata kita boleh melihantnya. betul tak?

bila mata sudah terpana maka sistem terus hantar ke otak lalu hati mengimbasnya. imbasan itu menjadi penyebab kepada setiap pelakunya. jika imbasan itu dikawal sistem yg baik maka kebaikkan yg dapat kita lihat dan jika sebaliknya tidak berfungsi dengan baik maka kemaluan itu turut menerima maklumat agar melakukan apa yg disuruh oleh sistem. oleh itu kita nilai kembali hati kita sama ada sudah diservis ataupun tidak pernah diservis.

aku melihat ada 3 bende yg kita saling berkait rapat dengan kehidupan seharian MATA HATI KEMALUAN dan dua darinya MATA DAN HATI karena Mata dan Hati mempunyai hubungan yg sangat erat (terpadu), kesibukkan salah satunya akan mengakibatkan kesibukan yg lain. DAN jelas kesibukan itu tidak lain dan tidak bukan hanya kepada kemaluan dan jelas disini 3 benda yg sgt rapat penentu haluan hidup kita selama ini.

akhirnya, mari kita sama2 muhasabah apakah benar kita sudah servis mata kita dan adakah benar hati kita suci dan terjaminkah kemaluan kita?

p/s: sebenarnya aku nak tulis lain tapi selepas makan ayam di kedai tadi tertulis bende lain. dan aku yakin korg mesti ingt aku nk tulis about gay...ape2 pun itu kemudian aku cite.

Friday, January 21, 2011

hukum istimna' onani.

arini untuk hari baru aku tercadang untuk membawa satu hukum fiqh yg selama ini orang sentiasa menutup sebelah mata dengan sepuluh jarinya ataupun memekak kan telinga dengan memasukkan satu jari disetiap telinga demi kepuasan! hanya ALLAH sahaja yg tahu apa yg dilakukan hambanya! tak gitu bro!

seperti yg kita tahu istimna' dalam bahasa arab atau pun onani bahasa melayu ataupun kata moden 'melancap' ataupun englishnya masturbation. segan nak tulis tapi hukum fiqh kita perlu bersifat keterbukaan! aku tidak mahu mendifinasikan apa itu onani kerana ia sudah diketahui dengan ilmu2 yg telah dipelajari secara langsung ataupun sebaliknya. cuma sikit sekadar segelintir yg masih tidak tahu "." mengeluarkan mani dengan sengaja dengan menggunakan sesuatu yg boleh merangsang syahwat seseorang ".

Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar.

dan ALLAH berfirman:-

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).

ayat diatas jelas dan penjelasan dari mafhumnya hanya menyatakan bg meraka yg sudah berkawin ataupun meraka yg memiliki hamba. dan setiap perkara yg berkaitan dengan perkahwinan menjadi halal. persetubuhan mahupun onani menjadi halal bilamana seseorang itu sudah mengikat tali pernikahan dengan sahnya.

seperti yg kita ketahui onani ini banyak mendatangkan kemudharatan dari kebaikkan dan jelasnya kesihatan adalah faktor utama menjadi sebab keburukan pada diri dan terbukti dengan lemah syahwat ketika persetubuhan, alat kelamin tidak berfungsi dengan baik dan selebihnya tanya doktor yg berhampiran dengan anda!

ramai yang menganggap onani ini satu perbahasan yg kecil sedang ia berkait rapat dengan kehidupan kita pada masa akan datang. aku tidak menafikan onani itu itu lazat tapi lazat itu hanya sementara dan tidak kekal dan boleh jadi menjadi satu ketagihan pada diri sepertimana dadah. aku pasti dan anda juga pasti.!

Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa,

sebagaimana arahanRasulullah SAW,

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).

Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

bilamana tiada kekuatan iman dalam diri dalam mencegah kemungkaran, keburukan akan mudah meyusuk kalbu supaya melakukan kemaksiatan begitulah kita dalam menjauhi zina. semua nya dengan kekuatan spritual yakni iman, tanpa iman badan binasa walaupun sedap awalnya.

namun ada juga pendapat dari mazhab hambali yg mengharuskan onani tapi hanyalah dalam keadaan tertentu:

1) Ketika dikhuatiri akan berzina.

2) Bagi mereka yang tidak mampu untuk berkahwin.

tapi tidaklah bg kita meringankan suatu hukum dengan menerima pendapat lain melainkan ia nya satu keperluan yg terdesak! dan tidak mengiktibarkan onani itu harus dengan terbit nya syahwat dengan cara lain seperti contoh onani disebabkan menonton video lucah dan hukumnya haram mutlak!

bila ianya dibenarkan dalam keadaan terdesak, bagaimana pula bg meraka yg setiap hari terdesak? jawapanya satu PUASA! seperti yg dianjurkan NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W .

setiap hukum diktibarkan dengan menerima dari kata sepakat jumhur ulamak ' HARAM ONANI '!

akhirnya, percayalah kita dilahirkan dengan fitrah yang baik, justeru kembalilah kepada fitrah yang baik itu. jangan kita berpaling dari fitrah insani. ingatlah lawan yang ingin kita KALAHKAN ini adalah syaitan/iblis dan nafsu kita sendiri….justeru ia memerlukan kekuatan dalaman untuk memeranginya bukan kalah sebelum berjuang. ingat! onani itu banyak mendatangkan kemudhratan dari kebaikan.

p/s: hukum ini bukan untuk lelaki sahaja namun merangkumi semua lelaki dan pereampuan. jika terdapat kesalahan tolong betulkan.

Thursday, January 20, 2011

fitnah dunia akhir zaman

menjangkau fikiran dengan mengadaptasikan dunia kini lebih jauh tersungkur kebelakang.
dunia kini amat licik sehingga tidak mampu diselidik para-para pelakon kemana arah tujuan nilai gaya hidup islam yg sebenar. aku sedar tapi kesedaran aku terbatas dengan ideologi tika ini amat jauh berbeza dengan ideologi islam yg dipegang pencinta nabi.

sejenak terfikir! seminit dua minit tiga minit.....

masyarakat islam dikala ini terlalu banyak fitnah yg direka semata-mata untuk menguntungkan diri supaya ummat melangkah jauh kehadapan, tapi kenapa perlu begitu? tidak cukupkah dengan syariat yg disampaikan nabi? tidak cukup ALLAH MEMPERSEMBAHKAN risalahnya pada kita? mana mungkin kita menolaknya walaupun kita hidup didunia yg penuh kenikmatan.

tidak hairan lah kenapa bani uthmaniah menjadi pemula kejatuhan islam satu persatu. semua itu hanya bermula dengan sifat pemimpin yg sudah leka dengan kenikmatan, kemewahan, dan kesenagan duniawi sehingga mengabaikan hukum ALLAH. kita lihatlah balasan ALLAH pada kamal attartuk laknatullah kerana dielah permulaan pertukaran peradaban islam kepada peradaban barat yg mahukan kita semua kehadapan dan tidak lagi toleh kebelakang. peradaban bertukar khilafah dihapuskan, semua gerakan islam dibasmi supaya gerakan baru yg dicipta barat menjadi keutamaan. malang dan hina manusia tinggalkan islam dan mulia nya islam bg meraka yg mengangkat darjatnya.

fitnah oh fitnah!

judi, arak, lacur, dan sebagainya menjadi sebahagian agenda dalam dunia islam untuk merosakkan anak bangsa. kemana hilanglah islam? pemimpin ? tiada islam dimata meraka hanya kemewahan menjadi taruhan. cukup sedih dengan sikap2 sebahagian ilmuan islam yg menjadi tali barut supaya menutup mulut dari menegur agenda2 jahat meraka2 ini. mana ilmu mereka? ustazah menghalalkan pelacuran, ustaz mengia kan memberi suntikan dadah percuma pada penagih dan dimana kebaikkan nya hanya kemudharatan bermaharajalela. khatib2 khutbah jumaat dilarang untuk menegur jemaah nya supaya berhenti melakukan kejahatan yg nyata dari melakukan perbuatan maksiat kerana maksiat itu dihidangkan sendiri oleh para pemimpin.! hiburan dijadikan tatapan zikir2 setiap hari sehingga lalai dlm mengingatiNYA. dimana nilai islam disisi kita? dimana pimpinan islam?

peranan siapa kali ini untuk mendaulahkan islam? kita! kita! ya , kita lah sebenarnya.

islam akan jadi indah jika kita sama2 mengamalkan amar makruf nahi mungkar dimuka bumi ALLAH ini. Jangan kita rasa berputus asa dan bersedih kerana Allah akan sentiasa menolong orang-orang yang ingin menolong agama-Nya.

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 104 yang bermaksud:

"Janganlah kalian berhati lemah menghadapi musuh. Jika kamu menderita, musuh-musuh juga menderita seperti derita mu itu, bahkan kamu masih punya harapan daripada Allah, apa yang mereka tidak punya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

menjadi kewajipan, marilah kita sama2 bergabung untuk kita kembali pada ajarannya dan berjuang untuk kita sama membasmi fitnah2 dunia yg sedang bertiup kencang dizaman ini dan ketahuilah zaman ini akan terjadi fenomena fitnah yg lebih dasyat lagi dengan munculnya dajjal laknatullah!

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungkan firman Allah Taa’la di dalam surah al-Baqarah ayat 193 yang bermaksud:

"dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadikan agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim."


P/S: MUHASABAH BERSAMA, KITA PEMUDA ISLAM SELAKU MENDAULAHKAN NEGARA ISLAM!

Wednesday, January 19, 2011

pagi yang indah...

selamat pagi dan selamat petang kepada rakyat mesir n malaysia!

just forwhile.....

arini aku suke nk cite tentang cermin,,,aha cermian la,,, siapa lagi,,

cermin dari kecik hingga ke besar sebahagian dr hidup, tak percaya dtg umh aku sebb ade cermin ajaib yg bleh menmpkkn diri aku sepenuhnya. hahaha

dimana-mana ade cermin.

tak caya sudah la wei..

aku pandang cermin, aku bukan pandang aku tapi aku pandang apa yg ade disebalik aku, senang cite cermin koreksi. best tu,,,,lps mandi pegi depan tu tatap puas2 dan dlm masa yg sama smart2 kan lah diri tu. jgn selekeh!

itu cite cermin. cite pendek je,,,karangan upsr pun x lps beb.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

smlm aku lupa nak tulis, bermcm2 perkara yg aku dapat dr hidup pelbagai manusia.

1) mati tu tak kenal manusia( takziah kepada keluarga pelajar medic thn 3 perubatan, meninggal disebbkan gas)

2) tak ziah juga pada tuan hazazi(wak) n cik aimie atas kepergian embah nya semlam. smg tenang menghadapi dan kuat.

kedua-ddua diatas muda dan tua dan jgn sesekali menafikan kematian itu dtg waktu tua sahaja! sama2 kita taubat awal2..jgn taubat main2..taubat nasuha la beb..

3) kene alert dgn sesuatu perjanjian yg dibuat. ini penting kerana bile kita lupa memakan diri kita sendiri. klu dpt org yg boleh tasamuh(tolak ansur) tak pela,,ni tak ! ikut kapla die je. ape2 pun ingt alert!!!!!!

4) saling membantu diantara kawan2, jgn selfish! ade kawan guna kawan. kawan susah tolong kawan. i puji u yasir my housemate yg tlg housemate nya yg dlm kesusahan. beruntung la klu dpt housemate camni..korg ade ke ? satu sen blum tentu.

5) akan menyusul..tunggu jela,,

p/s: ok aku nak study! ingt ade masalah wat muke cool je,,,,selagi tak sakit selagi tu cool,,,falsafah bodoh!!!!!!!!

luahan hati aku,,tolong!

aku selalu simpan semuanya dlm hati,

aku takut untuk meluahkan,

semuanya kerana dia,

aku takut semuanya.

setiap saat, setiap detik aku dalam ketakutan,

tiada peneman walaupun ditemani,

aku lalui,

aku tetap juga takut,

air mata tatkala ini aku menitis,

tiada siapa yg ketahui,

aku tetap bersembunyi,

aku takut,

ya allah! aku berdosa,

aku redha ujianmu,

tapi aku tak sanggup,

dimana harus aku mencari penyelesaiannya,

silap aku,

sentiasa mahu membaluti seorang,

tanpa mahu berkongsi,

biarlah ini pedoman,

agar aku sentiasa beringat,

ya allah! bukalah hatinya.

jgn terus menganggu aku,

aku mahu berubah,

kenapa kau terus mengikuti aku,

aku tahu dan kau pun tahu,

hanya kisah kau turuti nafsu,

tolonglah aku!

aku sudah berubah!

p/s: lahir dari hati aku sendiri untuk insan yg bernama 'khas', aku mahu berubah! aku harap engkau pun sama seperti aku!

ape2 je..

selalu menulis mengikut perancangan otak yg sudah dirancang dan sekarang ni aku tulis ikut sedap mulut aku je dan bleh jadi perancangan bawah sedar.

aku gembira pertamanya maysrakat tunisia dapat menggulingkan presedennya yg rakus dengan sikap sekularnya. dan tiada yg kedua.

org kat tunisia guling kerajaan kerana agama tapi kita kat sini yg sudah sedia ada agama wat macam tak de agama! reality yg dicipta oleh meraka2. tak tahu sapa punya angkara! korg pun tahu.

dulu azan tempat untuk mengajak orang bersolat, tidak ditunisia dilarang azan 5 waktu atas sebab pemimpin mahukan gaya hidup barat dan yg sedihnya pemimpin org islam. camne tu? nak ikut barat tapi barat tak melarang pun org islam melaungkan azan pade org yg agama islam. tak ke sengal nama tu! mmg yahudi !

kita plak bila azan dilaungkan 5 kali sehari siang dan malam, bila dengar je azan telinga akan kemerahan dan segera untuk dialih ke siaran yg len. jgn menipu! dulu aku pun sama gak camtu. sedihnya lagi bila org yg dh belajar agama bila dengar azan ibarat dengar lagu tak sedap, alih2 tukar lagu len dan kuat kan volume ketahap setan durjana.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

kdg2 terfikir bila sudah ade siteri, ade anak n family.... camne ye?
aku mmg tak tau sebb tak kawin, kalau tye org kawin pasti menceritakan yg elok2 dalam nada yg sama meletakkan rintangan.

cume terfikir bleh ke isteri kita terima kita seadanya? perempuan ni aku tak tau sebb aku bkn perempuan ' takut mulut kata bleh, hati tak bleh, simpan dlm hati, depan kita baik seribu tahun.! cume terfikir je...tapi semuanya percaturan ALLAH.

kata kat diri aku ' kalau dah tau tak perfect perangai tu, cepat2 lah ubah! ni lps kawin baru nk ubah!' kate aku kat aku nya qorin,,hahaha

org kata thn last macam2 nk fikir, mmg ye tapi bukan fikir2 yg melalut, yg penting kerjaya!
setakat fikir kawin, esok pun aku bleh kawin tapi niat aku bukan nak kawin skg,,,paling cincai la aku nk kawin umur 30thn,,peranjat ke! time tu cari isteri umur 26,,muda tak? hehehe..semuanya percaturan ALLAH.

sebelum kawin n lps kawin aku hanya meletakkan ibu bapa pertama n family, isteri kedua , kawan pastinya ketiga. bersedia la sapa jd bini aku,,hehee,,,jemputan kawin tungu 6 tahun lagi,,insyaallah, semuanya percaturan ALLAH. sekarang ini hanya fikir najah belajar bekerja dan belajar sebagai kerjaya!

akhirnya, tetapkan matlamat!

p/s: jgn jadi org yg tak konsisten dengan matlamat kerana ia akan melambatkan matlamat ibarat politik,,,kalau kata pas,,,pas jela jgn UMNO! MELAMBATKAN GERAKKAN ISLAM!

al-azhar melarang bunih diri.

Monday, January 17, 2011

sindir memakan diri..

Rasulullah SAW telah bersabda :

Ada empat perkara paling berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab.

Empat perkara yang paling berharga tersebut adalah :

1-Akal.

2-Agama.

3-Malu.

4-Amal Soleh.

Maka akal akan hilang disebabkan marah,

Agama akan hilang disebabkan dengki,

Malu akan hilang disebabkan tamak,

Dan Amal Soleh akan hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

aku tanya kau' kau kotegari yg mane? ' cakap je yg no satu. malu2 plak. semalam ko mrh aku n mulut ko tak de lesen time n maki2 mcm hilang akal. mmg ko la yg no satu tu.

eh, bukan ke? abis yg mane? ooo,aku tahu mesti no 3,, yela aku tgk ko tamak semacam je...betul tak! aku tak pnh tgk ko bg hagalela even satu sen. kedek!

kan betul, aku dah agak dah mmg ko mmg camtu.

esoknya ' kau tahu semlm aku jumpa mamat yg marah aku tu, aku tye la pasal marah n tamak,,die ngaku beb... lps ni sng la keje aku nak gtau org lain! padan muka ko setan. aku mmg lama nyirap ngn ko!

' sekurgnya aku dah taubat dan perbetulkan kesilapan aku dan ko ni semlm siap bercerita ttg hadith ttg empat perkara' dalam nada yg sedih.

' satu jela yg aku nk minta ko supaya amal soleh ko tak hilang' tinggalkan dunia gosip n suke mengadu domba kat org len' kata teman yg sudah taubat td.

' aku tahu kau bengkek ngn aku sebb ak dh berubah dan ramai kawan2 yg suke dekati aku yg dulunya org tak suke sekarang org mula terima aku sebagai kwn dan akhirnya mereka tinggalkan ko' jgnlah ko dengki dgn apa yg berlaku,'

' ko pun tahu kan hadith yg ko gtau aku aritu yg no 2' aku tahu ko ingt dan jgn disebbkan itu agama tergadai.' nasihat kawan kepada temanya.

p/s: ini gune uslub yg mudah dan dengan 4 perkara td bleh la diaplikasi dgn cara yg lain.

Friday, January 14, 2011

cepat or lembab?

Kata seorang pujangga:Orang yang berminda kecil membicarakan mengenai orang lain; orang yang berminda sederhana membicarakan mengenai peristiwa dan kejadian; dan orang yang berminda besar membicarakan mengenai idea dan keilmuan.?

3 jenis minda dalam pemikiran dan setiap minda itu mempunyai kelebihan yg tersendiri dan paling aku tidak suka bila sesetengah orang berfikiran dengan minda kecil.

bilamana ada orang yg menggunakan minda kecil menampakkan kejelekan dlm berfikir dan berfikir dengan objek yg terdiri disekeliling dia. meraka juga sentiasa dan terlalu suka menerima idea2 dari orang lain dari diri sendiri memberi idea.

jika korang nak tahu, meraka yg berminda kecil ini suka memberi alasan yg sama tatkala disuruh memuntahkan idea. nak tahu apa? ha... ni dia ' aku penatlah nak fikir' tak ke sengal ayat tu dan cukup aku tak suka dan bila ayat itu didengar oleh aku sendiri akibatnya meranalah mereka mendengar semburan free dari aku. tapi biarlah menggunakan semburan hikmah supaya orang2 begini akan terbuka mindanya dan cuba untuk berfikir secara intelektual!

sebenarnya, minda itu anugerah dari ALLAH untuk makhluknya supaya berfikir dengan lebih meluas dan disebabkan itu kenapa manusia itu dibezakan dengan haiwan adalah dengan MINDA. kadang2 kita sekat minda dari perkara2 yg mencambahkan kebijakasaan diri supaya sentiasa berfikiran jumud dan atas dasar itu manusia akan hidup didalam kepompong kemunduran dan akan sentiasa mundur dek perubahan zaman.

aku dengan minda aku dan kau dengan minda kau dan jika kita bergabung minda akan dapat melahirkan satu transformasi minda kepada yg lebih baik dan KRITIS. jika ini berlaku manusia dapat membezakan dimana yg buruk dan dimana yg salah dan sentiasa membawa kepada kebaikkan bila pergabungan minda2 menjadi satu! dan disebabkan itulah idea2 yg dimuntahkan akan mendapat keberkesanan dalam mana2 mesyuarat kerana akan mendatangkan satu natijah yg baik sentiap individu dan am nya pada semua orang. oleh itu jgn malas untuk berfikir! bodohnya namanya itu!

aku tahu setiap org minda lain2 dan ada baik dan ada yg lebih baik tapi bukan bermakna orang baik mindanya tidak boleh berfikir kerana ALLAH lahirkan ilham kepada setiap orang da yg membezakan adalah lambat dan cepat. amat malanglah jika kita mengalah awal dari menarik diri untuk kita kembangkan minda.

dan akhirnya, minda itu digunakan untuk kita berfikir secara terbuka dan kehadapan supaya kita akan dapat gambaran awal apa yg akan berlaku pada masa akan dtg dan mempersiapkan segala kelengkapan bila berlakunya kecacatan. dan bukan nya baru berlaku, ketika itu mahu berfikir dan disitu belum tentu dapat melahirkan natijah yg baik (boleh jadi baik juga jika mindanya besar). dan minda itu walaupun minda besar wajiblah mengikut selaras kehendak syarak dan bukannya berfikir kehadapan sepertimana meraka yg beraliran liberal dan sekular kerana aliran begitu tidak menguntungkan pada masa akan datang malah banyak mendatangkan kemudharatan ummat. lihatlah dunia!!!!

dan cuba lah berfikir secara minda besar dan intelektual kerana menatijahkan suatu fikiran yg KRITIS!

P/S: aku pelik kenapa suka mesyuarat lama2?

1) masuk mesyuarat tak tau mesyuarat untuk apa.
2) rentetan tu bila buka persoalan terhegeh2 baru nk fikir.tidak sedia!
3) tidak guna masa kualiti, main mesyuarat je.
4) malu nak beri idea- baik tak yah jadi ad-hoc!
5) tidak pernah kaji event2 yg lps.(idea2 hambar) bleh jadi memalukan
diri sendiri je.

6) korg carilah sendiri.
7) muhasabah aku dan korg semua.!!!!

Thursday, January 13, 2011

PERINGATAN!!!

Firman Allah:

"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman."
-Surah An-Nur: ayat 2

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Surah Al-Israk: ayat 32

Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas." -Surah Al-Mukminun: ayat 5-7

Sabda Rasulullah s.a.w : "Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." -Hadis riwayat Baihaqi

banyak lagi firman dan hadith nabawi yg menyatakan kecelakaan bg meraka yg berzina dan ketahuilah zina itu bermula dari mata. jika mata sudah tidak lagi dijaga mana mungkin anggota lain turut dijaga sedang nafsu itu tidak terkira nikmatnya. aku percaya persetubuhan itu suatu yg nikmat yg boleh dicapai bila2 masa sahaja jika diri berkehendakan dan hanya membezakan kita dengan penzina adalah iman!

ketahuilah nafsu itu suatu anugerah yg tidak terhingga yg diberikan oleh ALLAH pada makhluknya tapi pencemaran itu menjadikan nafsu sering disalah ertikan. manusia atau nafsu? siapa yg patut dipersalahkan!

sedikit teguran untuk diri aku dan juga kalian, zina itu bukanlah ketika mana mahu melakukan persetubuhan terlarang tapi ketika permulaan. asslamualaikum' jom kita keluar! jumpa2 n makan2 je' ayat poyos" hati dup dap dup dap, awak sihat? soalan bodoh" syaitan yg baik hati dtg' tangan bergeseran tidak tentu pasal dan tiba2 terkena tgn perempuan tadi..mata bertemu mata tatkala shock renjatan sentuhan. hati mula memdidih ghairah, muka semakin dekat dan semakin hampir lalu ciuman asmara mula berkucup lalu cari port yg best bertelanjang bagai nak rak! dan dimana permulaan cerita tadi? pastinya 'asslamualaikum" .

oleh itu aku mengingatkan supaya kita berusaha dari tidak melakukan muqodimah awal dalam setiap perhubungan kerana dari situ terbit perkara yg akan menyusul. buang baby, gugur anak dan sebaginya dan itu semua bermula dari muqadimah awal yg tidak dbendung oleh diri dan faktor agama yg tidak disemat dlm diri. dan sebab itulah firman ALLAH dan nabawiah meletakan ayat seru' jauhkanlah/hindarkanlah dlm melakukan kejahatan dan kemungkaran.

akhirnya, tidak kira kita belajar agama mahupun tidak belajar agama pastinya ia suatu kelaziman dr segi adat pergaulan laki perempuan itu suatu yg tidak elok dan dicegah. kita orang asia dan dibekal kan adat yg selari dengan tuntutan agama, tidak seperti barat kewajiban bg setiap wanita itu mesti sudah tidak "virgin" dan jika meraka "virgin" menjadi suatu keaiban! nak camtu ke?

p/s: khusus pelajar mesir(agama or medic) yg suka sgt keluar ngn akhwat pada waktu mlm..klu laki no hal( tetap dosa) ni perempuan belajar jauh2 timba ilmu balik malaysia perut beso(klu tak gugur). maaf ketelanjuran pena!

PMRAM: TERUSKAN USAHA HISBAH DAN SAYA CADANGANKAN BUAT SATU MUHAKAMAH TULLAB BG PROSES PERBICARAAN PELAJAR YG DITANGKAP.(MAHKAMAH INI SUDAH WUJUD DISETIAP UNIVERSITI2 MALAYSIA)

Wednesday, January 12, 2011

tolonglah aku!!!

aku hilang tumpuan.

dan aku tak dapat fokuskan hidup aku.

kenapa masih ada orang yg suka mengganggu aku!

kenapa aku?

aku minta maaf jika aku merosakkan hidup kau.

tapi itu dulu!

ini sekarang dan kita sudah punyai tanggungjawab masing2.

aku tak sanggup jika ini berlarutan dlm hidup aku.

tolonglah aku!!!!! jauhkan diri kau dari aku.

aku tidak boleh membayangkan kisah silam semula apatah lagi untuk mengulanginya.

dekatkanlah diri dengan ALLAH, abdikan diri bersama ALLAH. ALLAH maha pengampun.

tolong aku untuk kembalikan ketenangan yg aku hilang lamanya.

p/s: minta maaf pada kawan2, ahli bait n semua expecially "kau" .

Monday, January 10, 2011

2 cite lawak beb!!!!

Kisah Ali Orang Gila Kg Pinang

Al-kisah…..adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang. Kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni..adala sorang laki ni. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So..ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita…

Pada suatu hari..si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat…ey..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal. Contohilah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang…korang yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok….sambung citer. Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la kan . So..masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper lagi…mengamukla dia…

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: “kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat!!!!!!!…” Semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan ..memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang…..kang..ha..naya.. Diulang sekali lagi…”kepada sesiapa yang curik selipar kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!” lalu orang yang curik tu pun pulang la balik. “lek la bang.. gurau jek”….

Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu…

Haa…lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali.. takut la tue… lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya “kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??” dengan suara dan wajah yang slamber….Ali pun berkata “saya balik kakih ayam la tok….”


p/s: jgn curi selipar org n pg masjid wat pahala bukan mencari dosa...!!!

(http://www.lawak.net/arkib_lawak/baju-cinta-nenek/) yg ni bukak sendiri...takut nnt klu aku letak kene marah ma...


Sunday, January 9, 2011

picture only,,


seronok tgk bob camni...dunia akhirat seimbang.

mungkin lps ni bob boleh kembangkan parti PAS dikalangan artis. sebelum ni artis kita byk sokong puak umno sebb apa duit rakyat bagi kat meraka ni n membantu industri hiburan.

tu tak penting yg penting sekarang ni pakat ramai2 lagi2 anak muda pilihlah PAS parti dasar bg menegakkan syiar islam!

jgn duk mengalamun lagi wei!!!!

islam perlukan anda!!!

credit picture to: http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com

p/s: perlunya kita semua untuk bergerak diposisi masing2. contohnya bila jadi lecturer ajaklah studentnya bergerak dalam jamaah islam bukan mengajar semata-mata.

al-hijrah?

aku berpendapat tv hijrah ini adalah satu platform yg baik bg karya2 islam untuk berkarya dan aku percaya pengkarya islam pernah ditolak karya nya atas sebab kolot dan tidak leberal. walaupun aku tidak tahu tapi aku percaya ini pernah terjadi pada meraka. lihat lah dunia sekarang yg penuh dengan leberalnya.

cume apa yang aku risaukan bila tv hijrah mula berubah dasar pada masa akan dtg. aku tahu setiap stesen mempunyai garis panduan tapi apakah benar ia diikut seratus peratus? orang boleh menulis tapi hati boleh berubah dasarnya jika dianggap kolot. itulah yg aku takut tapi tidak harus kita menilai sebelum kita melihat hasilnya.

aku mengharapkan tvhirah akan menonjolkan imej islam seratus peratus seperti yg telah digariskan dalam panduan. dan carilah artis yg mempunyai akhlak yg tidak akan mencemarkan imej tv hijrah itu sendiri. tv hijrah tapi artisnya jenis clubbing. cari lah mana2 artis yg akhlaknya kureng tetap juga tidak sampai mesej pada penonton! itu pendapat aku jika tv islam tidak mengikut garis panduan yg telah ditetapkan.

akhirnya, mari kita sama 2 support tvhijrah kerana ia satu2 nya tv bercorakkan islam tidak seperti tv lain yg terlalu leberal n sekular. dan aku merasakan bagi pelajar2 islam berkebolehan dalam berkarya seperti seorang pelajar mesir syafik zulakifli yg kini sedang dlm bidang pengacaraan aku mengeshorkan anda berkaryalah ditv itu. ingat bidang dakwah itu luas jgn disebabkan kerajaan yg merasmikan kita menolaknya. itu silap dan menyempitkan ruang dakwah.

selamat menonton dan berkarya untuk islam!

p/s: diwaktu ini malaysia amat memerlukan cerita bercorakkan islam. dan aku mengucapkan syabas pada pengkarya drama islamik.

Saturday, January 8, 2011

sikap tercela

10 sikap buruk manusia yang dicela Allah


SYEIKH
Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati
menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari
kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.


Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam
erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan.
Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan
makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada
pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah
mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah
memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan
itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan
boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan.
Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan
perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang
yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan
atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain
adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki.
Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat
Muslim).

5. Kedekut

Rezeki
yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya.
Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan
sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat
kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu
menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan
ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah
kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat
seolah-olah kamu akan mati esok hari."
(riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam
banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah
saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan
ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang
dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana
telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia
jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan.
Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini
jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi
dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

saya juga mempunyai salah satu sifat yg tertera diatas tapi sampai bila ia harus berlaku? berubahlah selagi ada waktu selagi ALLAH beri peluang untuk kita bertaubat. jangan kita menjadi sebilangan manusia yg hanya tunggu hidayah ALLAH untuk berubah. sedang hidayah itu terbit sendiri jika hati benar2 mahu kan perubahan bak kata artis yg tidak bertudung ' insyaallah belum sampai seru lagi' dan mereka tidak tahu esok pun boleh mati jika kematianya tercatat diluh mahfuz.

p/s: sebab itu islam menganjurkan muhasabah supaya setiap perkara perlu koreksi.

Thursday, January 6, 2011

bersara....


aku begitu sedih dengan persaraan Y.M Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah kerana die dikenali sebagai BAPA PENGUMUMAN RAYA.

tapi itulah hakikat dunia setiap sesuatu itu tidak semesti kekal dan perlu diganti ibarat ketua ibarat kerajaan mana mungkin kekal!!!!!

beliau memegang jawatan penyimpan mohor raja-raja selama 22 tahun seperti yg aku dengan kat radio pagi tadi. kiranya aku umur aku 2 tahun dia dah start buat pengumuman raya dan tak percaya aku sudah besar! takjub!

apa2 pun aku mendoakan beliau sentiasa dibawah naugan RAHMAT ALLAH dan sentiasa sihat walafiat. tapi macam tak best je klu dia tak wat pengumuman raya? tapi itu tidak penting yg penting sekarang ini adalah pengumuman puasa tidak kira siapa orangnya syariat tetap syariat walaupun berganti orang yg mengumumkanya.

ape2 pun gud luck kepada orang yg baru dilantik nanti!!! boleh jadi anak2 zaman sekarang akan mengingati beliau seperti aku mengingati Y.M Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah dari kecik hingga beso!!!!

p/s: kita nantikan pengumuman perlantikan yg baru kelak!



selamatkan selangor

pertamanya kata kan tak nak! untuk umno

kedua kata kan tak nak media umno!

ketiga kata kan tak nak pemimpin umno!

keempat katakan nak untuk pakatan rakyat(PAS)!!!!

oleh itu mari bergerak untuk mengubah masyarakat untuk membuat pilihan yg tepat demi ISLAM!

KAMI PELAJAR SELANGOR MESIR AKAN SENTIASA BERADA DIBELAKANG PIMPINAN PR!

Jujurnya kami benci SUK SELANGOR KHUSRIN DARI START KAMI DTG MESIR LAGI. DIALAH INSAN YG MENYUSAHKAN KAMI UNTUK MENUNTUT ILMU ALLAH.!!!

P/S: AJAK MAK BAPAK FAMILY N RAKAN2 UNDI PR(PAS). ANAK MUDA CEPAT2 DAFTAR!!!

Wednesday, January 5, 2011

tidak setuju

saya amat kurang bersetuju dengan apa yg telah dikeluarkan jabatan agama islam selangor dimana tidak boleh berceramah sehingga dapat tauliah!

saya tidak setuju diatas stand kenapa perlu tauliah bagi mereka yg berhak dan mempunyai ilmu agama yg meraka pelajari dari universiti tidak kira luar mahu pun dalam negara. sedangkan is sesuatu yg baik yg perlu dipandang baik kerana dengan ilmunya kita dapat memperluaskan dakwah secara mudah tanpa perlu menunggu queue untuk mendapatkan tauliah.

saya tahu kepetingan tauliah itu adalah untuk menjaga kemaslahatan islam dari cubaan dirosakkan dari individu2 yg 'bertujuan' tapi dari perpektif lain kita perlu mengambil kira subjek atau apa yg mahu diajarkan oleh individu itu sendiri. sebagai contoh malaysia diwaktu ini sedang kritikal dalam permasalahan akidah dan seangkatan nya dan ini yg perlu diwajibkan untuk mendapatkan tauliah kerana sesuatu ilmu kadang2 perlu diterangkan oleh individu2 yg pakar dlm bidangnya.

dan jika ilmu yg mahu disampaikan bersifat wasatiah seperti ceramah biasa, kelas fardhu ain, ilmu fiqh saya merasakan tidak perlu untuk mendapat tauliah dari jabatan agama dan boleh jadi semangat dakwah itu akan lebih besar tapi disekat dari mana2 indvidu.

saya bukan tidak bersetuju tapi ini cuma pandangan saya sebagai jalan pemudah untuk mahasiswa islam untuk bergerak dalam jalan dakwah. cuma yg menjadi permasalahan adalah masyarakat yg mahukan jalan mudah untuk kesyurga dengan menjemput beberapa individu untuk berceramah dan tidak tahu asal usulnya dan ini perlu dipandang serius oleh masyarakat setempat kerana ini melibatkan akidah! dan disebbkan itu setiap ilmu yg berkaitan pada bidangnya seperti bab akidah dan orang ini lah yg wajib untuk mendapatkan tauliah.

dan akhirnya saya mahu melihat mahsiswa islam bergerak dalam keadaan aman untuk berdakwah tanpa unsur curiga melainkan setelah kita mengetahui bidang nya. dan saat ini malaysia amat memerlukan pendakwah express(ilmu sudah dijamin) bg mengisi kembali ruang2 ilmu yg selama ini masyarakat kehausan.

p/s: mahasiswa islam dimanakah anda?

Monday, January 3, 2011

nor aim...

aku percaya setiap dari kalian termasuk aku mempunyai matlamat yg tersendiri bg merealisasikan kehidupan sebagai pelengkap. tapi sejauhmana kita melengkapkan diri untuk mencapai matlamat itu?

aku berpendapat kebanyakkan orang hanya menanam matlamat tapi tidak memberi sebarang reaksi apa yg ditanam ibarat benih yg ditanam perlunya air dan baja disamping menunggu untuk mendapatkan hasil yg terbaik.

aku pasti mereka ini tergolong dari golongan yg menunggu awal tahun untuk menanam cita kemudian dicampakkan citanya ditong sampah kemudian kaut balik dari tong sampah untuk dijadikan matlamatnya yg baru. sangat kesian golongan ini. mungkin sedikit keras tapi itu hakikat yg perlu kita ubah supaya matlamat itu bukan dicampak tapi perlu dibelai agar tidak jauh disudut pandangan kita dan tidak lari meninggalkan kita. perlu nya kita tahu 'matlamat tu ada perasaan cuma kita yg tak perasan'.

my uncle pernah told something to me. im hold that until now "iwan nak jadi apa" aku pun cakaplah dengan bangganya ' lecturer' "for what" ' i need transform student mind'. itu jawapan aku yg ternyata sampai ini aku pegang kerana apa setiap matlamat harus dipegang dari kita mula menimba ilmu dan bukannya selesai belajar baru nak create professioan. that worst to me'
forgot to say ' pegang dan kunci ' my uncle told me before i came back here.

cume kita perlu sedar kenapa kita dihantar untuk belajar tidak lain dan tidak bukan untuk mengubah masyarakat lagi2 pelajar agama yg sudah diajar bagaimana untuk berdakwah kelak. aku tahu sistem al-azhar adalah sistem lama tidak seperti malaysia yg boleh dijadikan contoh malaysia pastinya lulus dan al-azahar pastinya diantara dua. tapi diantara dua itu adakah mungkin disebabkan takdir atau di create student untuk memang stay long time here. mungkin kita perlu muhasabah adakah kita kotegori yg bagaimana. oleh itu tidak perlu nak buat perbezaan diantara malaysia dan mesir kerna semua itu terletak ditangan kita untuk mencipta apa yg kita inginkan. nak bangunkan islam! tapi kenapa perlu mengambil masa lama disini lain la mereka yg betul2 mahukan menimba ilmu ketahap gaban 'master'. itu sebab kenapa saya kata kadang pelajar sendiri yg meng' creat kan diri nya untuk stay lama disini tolak tepi bg meraka yg betul2 lama disini menimba ilmu walaupun tak naik tahun(yang ni patut dipuji) yg tak ptutnya mereka yg belajar tapi tidak praktik dan ditambah malas dan natijah sangkut. aku berani kata sebab aku sudah leteh melihat mereka ini disini.! conclusion by my statement ( orang yg tidak ada matlamat sahaja ).

oleh itu nasihat aku kepada semua kita boleh belajar dengan lebih mendalam, pastikan ilmu kuliah diutama ( tahun 12 bulan, kuliah cuma 8 bulan, baki 4 bulan) kira sendirilah untuk manfaat kan diri. kita memang ada masalah tapi dahulukan yg utama 'exam' masalah itu kita perlu fikir tapi jgn sampai exam sangkut sebab terlalu fikirkan masalah yg timbul ( bg mereka yg praktikal tentang masa meraka pandai mengawalnya diantara exam dan masalah) oleh itu mulai sekarang masalah itu fikirkan dengan cara halus dan selepas exam kita bergerak bagaimana untuk menyingkap kehalusan itu.

aku minta maaf sekiranya ada individu yg kurang senang dengan penulisan aku kali ini cuma aku lebih suka bersikap terbuka dalam perkara ini kerana ada segelintir pelajar masih tidak ada tujuan sebab apa dtg datang ke mesir?

ingat! tanam kan matlamat sebelum memulakan langkah dan masih tidak terlambat untuk kita tanam nya semula bg mereka yg baru tersedar dari lamunan yg baru je terhenti!

:credit to pmram coz korang semua mula membawa emej intelektual pelajar ke arah masa depan yg realistik not fantastic. ( pimpinan adalah ikutan jika pimpinan ada master semakin teruja lah ia jika pemimpin itu pandai alatul makin semangat lah pelajar itu jika pemimpin disebalik itu semakin jauh lah pelajar itu)

lastly : buka minda kelas pertama adalah kunci kejayaan pelajar kerana memikirkan apa yg akan berlaku pada akan datang. dan disebabkan kelas pertama ia mencari jalan bagaimana untuk pulang dengan membawa seribu erti bg keluarga dan masyarakat.

p/s: pandang mata keatas, letak tangan ke dada (sindiran) tepuk dada tanya selera(ingat makan je)tepuk tangan tanya iman(al-hak)

Sunday, January 2, 2011

bayangan diri AKU

kadang2 dan aku suka menggunakan permulaan setiap ayat kadang2 kerana setiap yg berlaku cuma segelintir tidak sepenuhnya.

teringat dizaman sekolah dulu mengadap guru kaunseling semata-mata untuk mendenagr nasihat dan ketika itu aku bukanlah sgt suka mendengar nasihat, cakap guru pun aku suka bangkang disebab kan sistem sekolah yg bg aku terlalu menyekat pelajar dr bebas berfikir. tamparan dimuka bg aku sudah menjadi suatu kelalian dlm hidup ketika disekolah dulu dan yg pelik nya kenapa aku dilantik jadi pengawas? tapi ini bukan persoalan yg cuba aku bawakkan.

sesiapa yg merasakan dirinya disekolah bermasalah pastinya akan menghadap guru kaunseling dan paling bagusnya disediakan sekeping cermin yg menampak keseluruhan diri kita dan guru itu akan bertanya ' apa yg awak nampak dalam cermin itu' lantas aku dengan selambanya tanpa perasaan lalu menjawab 'ok je,,nampak hensem dan baik', jawapan bodoh aku ketika itu tapi memang betul pun aku hensem...hehehe.

kini aku mula sedar dr pertanyaan itu terkeluar satu jawapan dlm diri tatkala melihat cermin dirumah aku sama bentuk dan saiz nya seperti yg aku pernah lihat dulu. jawapan nya cuma satu aku tidak sedar dan kadang2 takut dengan bayang-bayang sendiri dengan apa yg aku lakukan sedang hakikat sering menunggu untuk kita terima kenyataan dengan natijah yg kita lakukan.

aku tahu setiap orang pasti menerima ujian yg tidap pernah terjangkau dek diri yang kerdil tapi itulah sebenarnya untuk kita mengenali bayangan diri kita sebenarnya untuk menghadapinya. tipu untuk aku katakan yg selama ini aku cukup sempurna dihadapan kawan2 sedang kejujuran hati aku bukan seorang yg kuat dan sering hadapinya dengan tenang sedang hati bergelut.!

aku mengatakan ini bagi mereka yg senasib dengan meraka yg takut dengan bayang2 sendiri tatkala untuk mencari jalan keluar dr kekusutan. sudah terbentang penyelesaian nya cuma kekuatan yg perlu diupload supaya berani menghadapinya.

orang kata kita sakit bila " takut bayang2 sendiri " lebih teruk orang kata kita gila dan semuanya tidak betul!!! meraka tidak tahu meraka tidak menyelaminya!!! mereke sepatutnya bersifat ta'wun bukan menambahkan kemudharatan seperti yg kita sedang hadapi.

bukan aku bukan kau tapi untuk kita!!!!!!!

p/s: emosi sentiasa tidak stabil bila jauh dengan SANG PENCIPTA!!!!

Saturday, January 1, 2011

delima cinta

kadang2 bagi mereka yang tidak pernah merasa cinta akan berkata " cinta ALLAH terbek" siapa nak nafikan bende tu,,aku sendiri pun mengatakan ia bgs.

cume yg dikatuki bila kita sudah termasuk jerat cinta akan bertukar DENGAN reaksi cinta nafsu, dan amat sukar apatah lagi untuk kita kembali pada NYA.

aku mungkin perlu bersikap begini supaya aku boleh menjadikan cinta aku cinta yg diredhai ALLAH kerananya tak akan layu dan kekal abadi sehingga bertemu ditaman syurga. tapi hakikatnya adakah aku mampu untuk menggapai cinta itu? kembali delima.

aku bersyukur jika delima itu didalam kawalan nafsu yg pada tempatnya. tapi bagaimana pula jika tidak pada tempatnya? kadang kita perlu berfikir secara realistik supaya kebimbangan delima tidak mencapai murka ALLAH.

semoga kita dikalangan orang waras serta keluar dari delima cinta dan ketemukan cinta anda demi kemaslahatan ummah.

p/s: orang kata kita tidak waras hakikat kita waras orang kata kita salah hakikat kita betul,

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat