Thursday, January 20, 2011

fitnah dunia akhir zaman

menjangkau fikiran dengan mengadaptasikan dunia kini lebih jauh tersungkur kebelakang.
dunia kini amat licik sehingga tidak mampu diselidik para-para pelakon kemana arah tujuan nilai gaya hidup islam yg sebenar. aku sedar tapi kesedaran aku terbatas dengan ideologi tika ini amat jauh berbeza dengan ideologi islam yg dipegang pencinta nabi.

sejenak terfikir! seminit dua minit tiga minit.....

masyarakat islam dikala ini terlalu banyak fitnah yg direka semata-mata untuk menguntungkan diri supaya ummat melangkah jauh kehadapan, tapi kenapa perlu begitu? tidak cukupkah dengan syariat yg disampaikan nabi? tidak cukup ALLAH MEMPERSEMBAHKAN risalahnya pada kita? mana mungkin kita menolaknya walaupun kita hidup didunia yg penuh kenikmatan.

tidak hairan lah kenapa bani uthmaniah menjadi pemula kejatuhan islam satu persatu. semua itu hanya bermula dengan sifat pemimpin yg sudah leka dengan kenikmatan, kemewahan, dan kesenagan duniawi sehingga mengabaikan hukum ALLAH. kita lihatlah balasan ALLAH pada kamal attartuk laknatullah kerana dielah permulaan pertukaran peradaban islam kepada peradaban barat yg mahukan kita semua kehadapan dan tidak lagi toleh kebelakang. peradaban bertukar khilafah dihapuskan, semua gerakan islam dibasmi supaya gerakan baru yg dicipta barat menjadi keutamaan. malang dan hina manusia tinggalkan islam dan mulia nya islam bg meraka yg mengangkat darjatnya.

fitnah oh fitnah!

judi, arak, lacur, dan sebagainya menjadi sebahagian agenda dalam dunia islam untuk merosakkan anak bangsa. kemana hilanglah islam? pemimpin ? tiada islam dimata meraka hanya kemewahan menjadi taruhan. cukup sedih dengan sikap2 sebahagian ilmuan islam yg menjadi tali barut supaya menutup mulut dari menegur agenda2 jahat meraka2 ini. mana ilmu mereka? ustazah menghalalkan pelacuran, ustaz mengia kan memberi suntikan dadah percuma pada penagih dan dimana kebaikkan nya hanya kemudharatan bermaharajalela. khatib2 khutbah jumaat dilarang untuk menegur jemaah nya supaya berhenti melakukan kejahatan yg nyata dari melakukan perbuatan maksiat kerana maksiat itu dihidangkan sendiri oleh para pemimpin.! hiburan dijadikan tatapan zikir2 setiap hari sehingga lalai dlm mengingatiNYA. dimana nilai islam disisi kita? dimana pimpinan islam?

peranan siapa kali ini untuk mendaulahkan islam? kita! kita! ya , kita lah sebenarnya.

islam akan jadi indah jika kita sama2 mengamalkan amar makruf nahi mungkar dimuka bumi ALLAH ini. Jangan kita rasa berputus asa dan bersedih kerana Allah akan sentiasa menolong orang-orang yang ingin menolong agama-Nya.

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 104 yang bermaksud:

"Janganlah kalian berhati lemah menghadapi musuh. Jika kamu menderita, musuh-musuh juga menderita seperti derita mu itu, bahkan kamu masih punya harapan daripada Allah, apa yang mereka tidak punya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

menjadi kewajipan, marilah kita sama2 bergabung untuk kita kembali pada ajarannya dan berjuang untuk kita sama membasmi fitnah2 dunia yg sedang bertiup kencang dizaman ini dan ketahuilah zaman ini akan terjadi fenomena fitnah yg lebih dasyat lagi dengan munculnya dajjal laknatullah!

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungkan firman Allah Taa’la di dalam surah al-Baqarah ayat 193 yang bermaksud:

"dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadikan agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim."


P/S: MUHASABAH BERSAMA, KITA PEMUDA ISLAM SELAKU MENDAULAHKAN NEGARA ISLAM!

1 comments:

Anonymous said...

menarik apabila adam menyentuh pasal pelakon...bukan nak citer pasal pelakon tv atau movie....

tapi kita sebenarnyer adalah pelakon di bawah Pengarah Yang MAHA BERKUASA iaitu ALLAH....skripNya sudah diberi iaitu ISLAM melalui manuskrip AL Quran dan Sunnah Nabi S.A.W...jadi kita wajiblah follow apa yg sudah di"skrip"kan

yg mana Pelakon Terbaik yg boleh kita contohi adalah Rasulullah S.A.W,dan barisan pelakon yg hebat2 juga iaitu rasul2,nabi2 terdahulu serta ulama2 dan wali2 ALLAH

dalam skrip tu juga kita diperintah agar x mencontoh pelakon2 jahat seperti Firaun,Hamman,Qarun dan yg pasti pelakon terjahat yg akan muncul di akhir zaman fitnah yg pasti 100% ainul yakin yakni Al Masih Ad Dajjal.....inilah sebab mengapa zaman ini dipanggil zaman fitnah oleh Nabi Muhammad S.A.W kerana Ad Dajjal akan melakukan fitnah selama 40 hari di muka bumi.....

so,dari sekarang kita harus sentiasa meningkatkan mutu ibadah kita x kiralah ibadah umum atau khusus ataupon khusus wa khusus...

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat