Saturday, January 22, 2011

kemaluan tidak terjaga!

aku tidak menyatakan apa yg ada dalam filem tapi kenyataan hakikat itu lebih baik dari dilakunkan tanpa ada pengajaran.

kenapa perlu anu? aku tertanya-tanya, tapi itu tidak penting bg aku anu itu menunjukan kepada kemaluan seseorang yg perlu dijaga supaya terjamin dari anasir2 kejijikan.

kenapa perlu dijaga walaupun tersimpan rapi?

jgn kata aku penulis 18sx .!

dlm kehidupan perlu meluntur buluh dari rebungnya bukan nya lps 18 tahun baru boleh melihat adegan lucah walaupun lucahnya tidak mencapai tahap yg diingini penonton. ia! memang benar ! kenapa perlu 18, tapi tidak dari kecil lagi kita dilarang? dan tidak hairan lah jika terselit perkataan 18sx bukan ramai yg tidak melihat bahkan semua golongan melihatnya. tidak kira kechil mahu pun besar atau tua bangka yg tidak tidak ade pedoman hidup! dimana akhlak muslim yg perlu kita bina dari kain putih yg bersih suci bila besar kita contengkan dengan hiasan kotoran yg merebak sehingga tidak kelihatan putihnya lagi.

rentetan dari onani saya merasakan suatu kepentingan dalam kehidupan untuk kita sama2 menjaga kemaluan dari melakukan larangan yg telah digariskan PENCIPTA MAHA ESA.

aku tahu maksiat mana yang tak best tapi itu semua nikmat yg tidak kekal dan cuba kita bayangkan nikmat yg kekal 'syyurga' tapi sebelum tu aku nk tye berapa orang yg fikirkan syurga neraka dlm satu hari? paling kurang pun tak de. betul tak? jika ia bgslah sebab sekurg-kurg nya sudah tersedia satu bilik khas untuk nya...nauzubillah la beb!!! nak ke? tak nak kan.

Ada suatu syair lagu yang berbunyi :

Dari mana datangnya lintah

Darilah sawah turun ke kali.

Dari mana datangnya cinta

Darilah Mata turun ke Hati


Ini dapat dilihat dalam Surat An-Nur (surat ke 24) ayat 30 dan 31.

Ayat 30 :

Katakanlah kepada Laki-laki yg beriman, agar menundukkan pandangan, dan menjaga kehormatannya (tafsir lain mengatakan menjaga kemaluannya). Yang demikian itu membuat mereka lebih suci. Sungguh Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.

Ayat 31 :

Dan katakanlah kepada Wanita yang beriman agar menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya (tafsir lain mengatakan menjaga kemaluannya), agar jangan memamerkan perhiasannya, kecuali yg memang biasa kelihatan padanya, agar mereka menutu kudungnya ke atas dadanya……………..dstnya.

dua ayat diatas adalah satu jalan dimana kewajipan untuk kita sama2 menjaga kemaluan masing2 dr titik permulaannya iaitu MATA. MAKA amat bahaya mata itu jika kta tidak kawalnya dari sudut syarak. memang benar kita dikurniakan mata untuk melihat dan tidak bererti kita boleh melihatnya. lucah jelas haram dan tidak bererti ada mata kita boleh melihantnya. betul tak?

bila mata sudah terpana maka sistem terus hantar ke otak lalu hati mengimbasnya. imbasan itu menjadi penyebab kepada setiap pelakunya. jika imbasan itu dikawal sistem yg baik maka kebaikkan yg dapat kita lihat dan jika sebaliknya tidak berfungsi dengan baik maka kemaluan itu turut menerima maklumat agar melakukan apa yg disuruh oleh sistem. oleh itu kita nilai kembali hati kita sama ada sudah diservis ataupun tidak pernah diservis.

aku melihat ada 3 bende yg kita saling berkait rapat dengan kehidupan seharian MATA HATI KEMALUAN dan dua darinya MATA DAN HATI karena Mata dan Hati mempunyai hubungan yg sangat erat (terpadu), kesibukkan salah satunya akan mengakibatkan kesibukan yg lain. DAN jelas kesibukan itu tidak lain dan tidak bukan hanya kepada kemaluan dan jelas disini 3 benda yg sgt rapat penentu haluan hidup kita selama ini.

akhirnya, mari kita sama2 muhasabah apakah benar kita sudah servis mata kita dan adakah benar hati kita suci dan terjaminkah kemaluan kita?

p/s: sebenarnya aku nak tulis lain tapi selepas makan ayam di kedai tadi tertulis bende lain. dan aku yakin korg mesti ingt aku nk tulis about gay...ape2 pun itu kemudian aku cite.

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat