saya amat kurang bersetuju dengan apa yg telah dikeluarkan jabatan agama islam selangor dimana tidak boleh berceramah sehingga dapat tauliah!
saya tidak setuju diatas stand kenapa perlu tauliah bagi mereka yg berhak dan mempunyai ilmu agama yg meraka pelajari dari universiti tidak kira luar mahu pun dalam negara. sedangkan is sesuatu yg baik yg perlu dipandang baik kerana dengan ilmunya kita dapat memperluaskan dakwah secara mudah tanpa perlu menunggu queue untuk mendapatkan tauliah.
saya tahu kepetingan tauliah itu adalah untuk menjaga kemaslahatan islam dari cubaan dirosakkan dari individu2 yg 'bertujuan' tapi dari perpektif lain kita perlu mengambil kira subjek atau apa yg mahu diajarkan oleh individu itu sendiri. sebagai contoh malaysia diwaktu ini sedang kritikal dalam permasalahan akidah dan seangkatan nya dan ini yg perlu diwajibkan untuk mendapatkan tauliah kerana sesuatu ilmu kadang2 perlu diterangkan oleh individu2 yg pakar dlm bidangnya.
dan jika ilmu yg mahu disampaikan bersifat wasatiah seperti ceramah biasa, kelas fardhu ain, ilmu fiqh saya merasakan tidak perlu untuk mendapat tauliah dari jabatan agama dan boleh jadi semangat dakwah itu akan lebih besar tapi disekat dari mana2 indvidu.
saya bukan tidak bersetuju tapi ini cuma pandangan saya sebagai jalan pemudah untuk mahasiswa islam untuk bergerak dalam jalan dakwah. cuma yg menjadi permasalahan adalah masyarakat yg mahukan jalan mudah untuk kesyurga dengan menjemput beberapa individu untuk berceramah dan tidak tahu asal usulnya dan ini perlu dipandang serius oleh masyarakat setempat kerana ini melibatkan akidah! dan disebbkan itu setiap ilmu yg berkaitan pada bidangnya seperti bab akidah dan orang ini lah yg wajib untuk mendapatkan tauliah.
dan akhirnya saya mahu melihat mahsiswa islam bergerak dalam keadaan aman untuk berdakwah tanpa unsur curiga melainkan setelah kita mengetahui bidang nya. dan saat ini malaysia amat memerlukan pendakwah express(ilmu sudah dijamin) bg mengisi kembali ruang2 ilmu yg selama ini masyarakat kehausan.
p/s: mahasiswa islam dimanakah anda?
MAKAN SEAFOOD MELEDAK DI ASHHRYSHOSHEDAP
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment