Sunday, July 31, 2011

PUASA ALLAHU AKRAM!!


Puasa

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah l-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan

puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.


Syarat wajib

a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya(sihat)
e) bermukim


Syarat Sah

a) Islamb) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat


Niat puasa.



akhirnya, selamat berpuasa RAMADHAN KAREEM!!!! merindui ramadhan......ALLAHU AKRAM!!!!


P/S: RAMADHAN YANG SAMA, NATIJAH NYA YG BERBEZA!

Saturday, July 30, 2011

paderi cemari masjid!



Paderi Mesir 'Cemari' Masjid Semasa Ziarah Dr.Bad'ie di Suwes?

26 Julai lalu, Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin Dr.Mohammad Bad'ie telah mengadakan ziarah pertama di wilayah Suwes dan menyampaikan ucapan pada "Hadith Sulasa" di Masjid Saidina Hamzah. Yang menarik, pada majlis yang dianjurkan dalam masjid itu telah dihadiri oleh paderi dari gereja berhampiran. Paderi tersebut turut mendengar ucapan Mursyidul 'Am. Apa pandangan anda jika ia berlaku di Malaysia?

Dr.Mohammad Bad'ie berucap dan gambar bawah paderi Kristian, berpakaian serba hitam sedang bersalaman dengan Mursyidul 'Am. Kejadian ini berlaku di dalam masjid di wilayah Suwes. Berita ini disiarkan oleh web rasmi Ikhwan Muslimin (klik untuk lihat)

http://ibnulkareem.blogspot.com/2011/07/paderi-mesir-cemari-masjid-semasa.html

p/s: malas nk menulis,,just copy n paste je,,,
credit to

Sunday, July 24, 2011

hidup penuh kebarangkalian...

aku kberangkalian hidup ini indah tapi keberangkalian aku keindahan itu hanya mampu dicapai tidak separuh dari 100%. itu cuma andaian aku yg hanya berfikir melalui sejarah.


aku tidak suka derita tapi keberangkalian aku derita itu mudah untuk dicapai lebih dari 100%. itu cuma andaian aku.

tapi aku sentiasa melihat setuasi ini mampu berubah jika keberangkalian aku berubah perspekstif kepada yg lebih positif. kerana aku sentiasa memikirkan negatif mengatasi dari positif itu sendiri.that wrong when u think about something u never know what happen comes to us.

but sometime aku perlu memikirkan negative dahulu sebelum aku terus berfikiran positif supaya aku lebih berhati-hati dgn keberangkalian akan berlaku yg aku sendiri tidak akan tahu dan inilah plan tindakan yg perlu aku tahu supaya aku hidup penuh dgn berhati-hati. tidak salah kan?

ape2 pun titik permulaan keberangkalian ini hanya terdapat jika kita berfikir dgn logik dan strategik bukan berfikir atas sebab diri dan nafsu. perlu nya hidup dgn mengadaptasikan HIDUP KEBERANGKALIAN!

P/S: im not sure betul ke tak but ini adalah aku dan hidup aku perlukan cara begini....

Thursday, July 21, 2011

susulan dari teka teki siapakah sang zalim kedutaan mesir!





saya selaku mahasiwa malu mempunyai seorang menteri dijabatan menteri dibawah bidang keagamaan tidak menunjukkan sikap profesioanal nya dgn menolak mentah2 memorandum menuntut hak sebagai seorang mahasiswa yg telah dianiaya oleh pihak tertentu./

saya mempersoalkan kenapa mereka tidak menerima memorandum itu tapi pada tahun yg lepas memorandum dari perubatan mereka menerima dgn hati yg terbuka./ apa bezanya perubatan dgn mahasiwa islam. untuk pengetahuan semua mahasiswa dibumi mesir kini sudah bersatu hati dan tidak ada bezanya diantara kuliah masing2. atas nama mahaiswa kita bersatu!/

SUDAH NAMANYA ust kher jamil ORANG KERAJAAN UMNO! orang agama yg hanya berkepentingan untuk puak tertentu. itu namanya jahil murakab! nauzubllah minzalik!/


aku begitu pelik semua pegawai dimesir disini bekerja macam sampah dan tiada etika dan seolah bermain dgn halal dan haram. terbongkar segala kerja laknat yg dibuat org2 kedutaan mesir yg telah mengancam pelajar dgn ugutan yg sgt drastik dan ianya telah terbukti dgn kejayaan meraka yg pertama MEMBUANG PELAJAR DARI DARUL IFTA' DAN SETERUSNYA MENARIK ZAKAT PELAJAR YG TELAH DILAKUKAN OLEH PUAK JAHILLIAH MUHAIMIN PEGAWAI PERAK DI MESIR DAN SETERUSNYA MEMBUANG PELAJAR DARI RUMAH MELAYU DIABBASIAH. semuanya ini tidak lain dan tidak bukan tangan2 kotor mereka dgn diketuai oleh DATO DUTA BESAR SENDIRI FAKHRUDDIN. rata-rata pegawai dari darul ifta menyatakan sebenarnya punca dari penyingkiran ini disebbkan dari dato duta sendiri berjumpa dgn org besar darul ifta untuk menyuruh mereka menyingkirkan firdaus madzlan. semua nya telah terjawab setelah sekian lama mereka menafikan sekerasnya pada awal permasalahan ini berlaku./

ape2 pun kita lihat adakah memorandum yg diserahkan KEPADA ORG BAWAH DATO DUTA pagi tadi mendapat perhatian atau pun tidak! jika ianya tidak diambil tindakan KITA MAHASISWA AKAN TERUS BERLAWAN DAN AKAN TERUS MENEGAKKAN KEADILAN! JAGA2LAH kedutaan./

MAHASISWA MAMPU BERUBAH! MAHASISWA ADA OTAK BERFIKIR! MAHASISWA TIDAK BISU! MAHASISWA BUKAN MCM umno! MAHASISWA SUARA KERAMAT! ALLAH ADALAH TEMPAT MENGADU./

PERINGATAN KEPADA SEMUA PENEGAK KEADILAN, SEBELUM KITA BERTEMU SANG ZALIM TEGAK TARBIAH DALAM DIRI. BACE QURAN SETIAP HARI, BERDOA, SOLAT DHUHA, SOLAT MALAM DAN SEBAGAINYA. JGN JADIKAN SEPERTI MERAKA YG BERCAKAP SEOLAH TIADA TARBIAH! IBARAT KATANYA MACAM SAMPAH!

P/S: orang kata jgn terlalu berani...bagi aku perlu berani.....jgn jadi pengecut..

Sunday, July 17, 2011

mohon kekuatan dari doa kalian!

saya terharu dan sedih dan saya berharap ada pertolongan dari ALLAH atas musibah yg melanda keatas sahabat kita yg kini masih sedang mencari jalan penyelesaian bg meneruskan peperiksaan yg bakal tiba pada lusa ini.


bila saya membace status beliau, saya tahu ini adalah perjuangan beliau untuk meneruskan mencari ilmu ALLAH. saya rapat dengan beliau dan beliau juga banyak membantu saya dalam semua aspek dan saya tahu hati budi beliau yg saya rasa ALANG adalah abg bagi kami di sini. saya tahu tujuan beliau mengadakan bersih itu seiring dgn apa yg beliau rasa perlu untuk kita tahu dgn ilmu yg dibawanya untuk diaplikasikan dan bukan semata-mata tahu tapi hanya diam seribu bahasa malah menyokong dgn apa jua bentuk kebodohan yg dinyatakan.

saya harap kemelut ini akan berakhir dgn jaya atas pertolongan ALLAH dgn usaha2 beliau untuk terus berjuang dan INGATLAH orang2 kedutaan kesenangan anda hanya sementara dan bukan lah untuuk kesenangan yg berpanjangan. kami tidak membenci KALIAN tapi kami benci ATAS SIKAP menyusahkan jalan2 org menuntut ilmu!

saya percaya dugaan dan ujian itu manis jika kita merasai nikmat ujian itu sendiri. ujian tanda allah sayang. kesenangan tanda kita diuji samaada kufur atau pun tidak. nauzubillah minzalik!

mohd firdaus bin madzlan:

Salam perjuangan.Sy gagal bertemu dengan Dato' duta walaupon berulang kali memohon dengan PA nya..hanya pgwi slgr shj dibenarkan masuk.Saya kesal,tuntutan 2 minit utk bertemu pon ditolak atas alasan duta sibuk..sy telah nyatakan, ini urgent utk mmstikan sy dpt mgambil imtihan lusa..tp hampa..MEREKA TIDAK MEMBANTU..Ya Allah..bantulah hambamu ini...


moga allah memudahkan jalan2 untuk mereka yg diberi ujian! kami sentiasa berada disisi anda! bukan atas sebab kepartisan tapi atas sebab ukhwah yg kita bina atas nama mahasiswa. dan saya turut kesal sebahagian mahasiswa yg hanya diam dan tidak bertindak untuk bersatu dlm isu penting mahasiswa.

suara mahasiswa suara keramat!

p/s: sama2 doa dan jgn lupa kita sedekah kan al-fatihah kepada srikandi dr lo'lo' yg telah kembali kerahmatullah semalam. beliau merupakan yb bagi kawasan parlimen titiwangsa . semoga rohnya ditempatkan bersama org yg beriman. al-fatihah....

hinakah pelajar agama?

dalam bebrapa hari yg lepas ISU pelajar agama dibuang dari darul ifta' mendapat perhatian ramai lebih2 lagi mahasiswa mesir setelah tindakan yg dilakukan pihak2(EM) tertentu untuk menjatuhkan pihak tertentu dgn tindakan yg tidak wajar.


justeru itu saya berfikir dan kenapa orang ramai berfikir terlalu hinakah kami di sini bila melakukan sesuatu yg hak dan adil untuk membantu kerajaan malaysia dalam pelaksanaan pilihan raya yg adil. kita tidak minta untuk PM turun tapi kita mahasiswa minta ketelusan dlm sistem pilihan raya malaysia yg mana jelas kecacatan dgn pelbagai penipuan dan rasuah.

saya membace dan menilai setiap ruang komen2 orang ramai terhadap isu ini dan kebanyakkan dari mereka lebih suka mengambil jalan mudah untuk berfikir dgn tidak berfikir bagaimana nasib anak cucu meraka 5 atau 10 tahun akan dtg.

meraka hanya tahu bersih itu haram, bersih itu mudharat, bersih itu memalukan negara dan pelbagai lagi tapi isunya kenapa MESIR mendapat perhatian yg sgt lebih. saya sudah ada jawapan bg persoalan meraka ianya disebabkan rata2 pelajar mesir sudah ada pendirian dlm berparti dan pendirian itu tidak lain tidak bukan PARTI PAS namun kita tidak senang2 mengzahirkan kepartisan " jika KEDUTAAN BOLEH BERMAIN POLITIK PELAJAR JUGA BERMAIN POLITIK' 'JIKA MERAKA MENZAHIRKAN KEPARTISAN PELAJAR JUGA MENFZAHIRKAN KERPARTISAN'. oleh itu siapa yg pemula kita turut akan jd pemula.!

saya turut berfikir alangkah bagusnya jika KEDUTAAN MESIR sendiri bersikap profesional seperti pelajar dan pegawai bukan seperti yg ada sekarang ini, dilihat seperti didalam PARLIMEN ada kerajaan dan ada pembangkang. tapi ini tidak akan berlaku jika pihak kedutaan yg mewakili kerajaan yg mula dalam bertindak sedemikian, selaku mahasiswa yg ada suara kita tidak bisu tapi kita juga berdiri atas stand mahasiswa.

akhirnya, kita harus sedar dan berfikir dgn fikiran yg matang ini kerana kita lihat rata2 pelajar mesir umno bila pulang kemalaysia menjadi kata bawah tempurung. saya hairan jika perhimpunan BERSIH puak umno sudah bersedia dgn meletakkan pendirian ulamak, tapi saya kesal KENAPA perkara begini tidak dilakukan jika himpunan yg haram tidak disentuh oleh ulamak UMNO. kenapa tidak kata konsert campur laki perempaun itu haram...kenapa tidak mahu kata rasuah itu haram...senyap membisu..kenap tidak mahu menegur pimpinan bertudung dan banyak lagi.....

waallhualam.

p/s: sesiapa yg bace dan tidak suka aku tidak pnh kisah pun pendirian anda......sebb aku tahu 10 tahun akan dtg anda akan berfikir dan mengatakan ALLAHU AKBAR!!!!

Thursday, July 14, 2011

preseden SUARA mesir KENE tindakan!!

preseden suara

assalamualaikum.

bahawasanya amat mendukacitakan bagi pelajar malaysia mesir terhadap tindakan pihak2 terbabit diaats tindakan yg dikenakan pada MOHD FIRDAUS BIN MADZLAN selaku preseden SUARA disebabkan penganjuran sokongan penuh terhadap BERSIH2.0./

kami amat tidak berpuas hati diatas pihak terbabit yg mana dibelakangi oleh pihak KEDUTAAN DIATAS tindakan yg terlalu drastik bagi seorang pelajar. ini amat memalukan bagi pegawai kdutan yg sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mencari penyelesaian bagi perkara diatas namun ianya tidak berlaku dan membuat satu perbuatan licik bagi memenuhi tuntutan nafsu jahanam pegawai yg hanya bertugas untuk kerajaan dan bukan untuk pelajar./

selaku pelajar mesir KAMI tidak akan berdiam diri dan tidak akan takut dengan tindakan yg akan dikenakan tapi percayalah kami mahasiswa berintegriti mampu untuk melakukan apa sahaja demi menegakkan kezaliman./

persoalannya apa salah kami sedangkan ianya aman? kenapa mesir mendapat tentangan yg hebat? atau PEGAWAI DIMESIR yg bertugas disini hanya cebisan sampah yg tidak mampu dikutip oleh PENGUTIP SAMPAH ITU SENDIRI. jika yg hina datang kesini pastinya mereka mahukan pulangan yg baik. beginilah cebisan2 sampah yg mahukan dirinya dipandangan mulia hanya melakukan apa sahaja demi kelangsungan nafsu politik./

jika mereka2 berani untuk melakukan tindakan dengan menggugut menarik zakat atau jpa,,kami dengan rela hati untuk turun dihadapan kedutaan untuk sama2 protes TINDAKAN tersebut. tunggu saat itu dan kami bersedia untuk saat itu. /

kami pelajar rela dihukum jika ianya bersesuain dgn apa yg dilakukan tapi sekiranya melampau batas tiada maaf bagimu./

teringat satu petikan kata dari seorang pelawak " nampaknya pakcik ni songkok lagi tinggi dari otak"

p/s: Baru dapat maklumat Ustaz Mohd Firdaus Madzlan dibuang dari Universiti kerana BERSIH... semakin jelas kejahatannya puak-puak nih, sama-sama doakan kepada yang dizalimi dan menzalimi.. Ustaz Firdauz ada beberapa hari sahaja lagi untuk menamatkan pengajian..

KISAH DI BULAN SYAABAN

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !” Kata saya (Nabi Muhammad) : “Hai Jibril, apakah erti malam ini ?” Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan serta pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.”

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

Sabda Rasulullah S.A.W.: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.”

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

sumber:

http://kisahteladan.info/

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0 MESIR.












alhamdulillah mahasiswa mesir telah menjayakan satu anjuran BERSIH dibawah kelolaan suara yg diterajui saudara firdaus bin mazlan. kejayaan ini dilihat melalui rakan2 yg hadir untuk meramaikan lagi bahawasanya ketidaksetujuan terhadap pilihan raya yg selama ini BERAT SEBELAH dan tidak memenuhi tuntutan bersih 1.0. /


aku merasakan sedikit keterujaan bilamana beberapa pegawai kedutaan yg hadir untuk menangkap gambar pelajar bagi tujuan bahawasanya pelajar telah melakukan kesalahan berhimpun secara haram. dan yg lebih kelakar mereka menangkap gambar secara ketakutan duduk dalam kereta sambil memegang kamera. kami selaku mahasiswa tidak gentar ugutan pegawai kedutaan dan secara peribadinya tidak seorang pun pegawai kedutaan yg aku respect disebabkan meraka bekerja mengikut ideologi politik bukan atas dasar bekerja mengikut portfolio./

aku sendiri tidak pernah gentar ugutan2 selepas ini jika meraka mengeluarkan kenyataan yg berbentuk ugutan. jika meraka mengugut kita juga akan membuat ugutan versi mahasiswa. jika dimalaysia boleh buat BERSIH kita juga mampu buat NAZOFAH versi mesir. seperti biasa zakat adalah mainan ugutan pegawai2 kerajaan dinegeri dibawah kerajaan BN. mahasiswa tidak gentar!/

cukup kesian ada golongan agama mengatakan hukum kita duduk belakang ambiga itu adalah haram. disebabkan ambiga adalah golongan bukan islam dan pernah mencetus isu bagi peguam untuk isu murtad. perlu kita jelas dalam politik islam diharuskan untuk kita menerima orang bukan islam untuk kita jadikan ketua walaupun apa jenis pengajuran. islam meltkkan syarat ketua itu mestilah bukan ketua hal2 yg melibatkan akidah dan persoalannya adakah ANJURAN AMBIGA HIMPUNAN BERSIH termasuk dalam bab akidah? tentu sekali tidak dan ianya adalah mainan isu supaya meledakkan isu perkauman. who stupid now? oleh itu meraka yg belajar agama yg masih tidak mengerti tentang hukum belajar lah sampai dlm jgn amik sekerat2, keliru masyarakat yg sekarang ini yg tengah keliru dibawah pimpinan NAJIB. elakkan dari menjadi ULAMAK SUU'. nauzubillah min zalik..../

akhirnya, kita manusia dilahirkan untuk berfikir dan bukan dilahirkan untuk ikut telunjuk. jika berfikir jgn berfikir untuk satu tempoh yg sekejap tapi biarlah berfikir untuk tempoh panjang. jika kita tidak buat BERSIH, cuba kita fikir bagaimana pemerintahan meraka? dari demokrasi ke setengah demokrasi dan dari setengah beralih kuku besi. manusia cepat untuk bertindak demi melangsungkan keinginan mendapat jawatan dan kekayaan. oleh itu ketepikan isu yg kecil2 supaya kita dapat manfaat yg besar kelak./

Pandangan ulamak tentang perhimpunan aman atau demonstrasi.

1. Kebanyakan ulamak muktabar seperti Dr. Yusof Al-Qadhowi, Dr. Ali Jumaah, Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq dalam kitabnya ( فصول من السياسة الشرعية ), Syeikh Salman Fahd Audah dan Dr. Sa'aduddin Mus'ad Hilali serta kebanyakan ulamak masa kini berpendapat HARUS mengadakan demostrasi aman lebih-lebih lagi ia dibenarkan oleh perlembagaan sebagai cara untuk rakyat menuntut keadilan dan menyuarakan hak serta pendirian mereka.

Malah gabungan suara rakyat yang ramai lebih didengari dari menyuarakannya bersendirian. Ini berdasarkan Firman Allah bermaksud : "Dan tolong-menolonglah dalam mengerjakan perkara kebaikan dan taqwa, jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan" (al-Maidah : 2).

Dalam kaedah fiqh juga ada menyatakan : "Asal sesuatu perkara itu harus selagi tidak ada dalil qat'ie dan sorih yang mengharamkannya.

2. Diriwayat dari ibnu Abbas bahawa Sayyidina Umar al-Khattab ketika menjawab soalan ibnu Abbas tentang kenapa dia digelar Al-Faruq oleh Rasulullah S.A.W . Ini kerana disebabkan keberaniannya bersama dengan Sayyidina Hamzah memimpin dua saff muslimin yang turut disertai oleh Nabi S.A.W berjalan beramai-ramai menuju ke Masjidil Haram untuk menzahirkan Islam dan kekuatan muslimin di Mekah. (تاريخ دمشق /حلية الأولياء)

3. Demonstrasi walaupun dilihat berasal dari Barat tetapi intipatinya tidak bercanggah dengan dasar Islam dan erti kemanusiaan. Malah himpunan umum menjadi salah satu syi'ar islam dalam menzahirkan' izzah, kekuatan dan kesatuan umat Islam seperti himpunan ketika solat berjemaah, hari raya dan ketika ibadat haji.

4. Diriwayatkan dari ibnu Abbas, Hadis yang dikeluarkan oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim) bahawa Nabi S.A.W suka menyamai Ahli Kitab pada perkara yang tidak ada perintah tertentu berkenaannya. Malah Rasulullah S.A.W ketika membina parit dalam perang Khandak,membuat cop dan asal kaedah jual beli salam juga mengambil contoh dari orang bukan islam. Sistem Kharaj juga diambil oleh sahabat dari negara Parsi.

5. Demonstrasi bukan bermaksud menentang atau mengangkat senjata menghadapi pemerintah. Ia adalah sebagai salah satu cara untuk menasihati pemerintah dan menegahnya dari terus melakukan mungkar serta ketidakadilan terhadap rakyat.

Ini berdasarkan dua Hadis Rasulullah S.A.W : "Agama itu nasihat". Adapun Hadis yang kedua : "Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah menegahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, tegurlah menggunakan lidah dan jika tidak mampu juga, maka dengan hati dan ia selemah-lemah iman".

6. Kaedah المصلحة المرسلة " dan " للوسائل حكم المقاصد " juga menjadi hujjah selagi tujuan iaitu maslahah yang mahu dicapai diakui oleh Islam serta mendatangkan manfaat kepada rakyat. Antara maslahah yang diperakui mendatangkan padanya manfaat seperti nasihat kepada pemerintah, meneguhkan pendirian umat Islam pada perkara hak dan memperkukuhkan suara rakyat menentang ketidakadilan pemerintah.


p/s: perlu ke mahasiswa tutup mulut dan diam bila ada kemungkaran berlaku? bukan mahasiswa je,,tapi semua org terlibat....

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat