Thursday, September 8, 2011

mohon doa dari kalian....

mohon doa dr sahabat2..us Haizrul Azizy Idros dilanggar lari dn dlm keadaan koma tahap ke 3 ( deep coma ), kaki kiri patah, tempurung kepala ats dia pecah, jantung x berfungsi..memerlukan bantuan alat semua nye...kejadian berlaku di Sollah Salem kat kubri..mohon kepada sahabat2 mendoakan keselamatan beliau..." -Abdnafi' Roslan-maklumat terkini di terima dr pegawai selangor y melawat Ust.Mohd Faryzan Subkhi



p/s: teruskan berdoa,,kerana doia merubah takdir,,,,

Wednesday, August 31, 2011

Kerajaan China Tidak Melarang Masyarakat Islam di Xinjiang Berpuasa



Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia bagi semua masyarakat Islam di seluruh dunia. Di China pula, lebih 20 juta penduduk yang beragama Islam menunaikan ibadah puasa dan bersolat tarawih dalam bulan ini. Bagaimanapun, Ramadan yang suci juga dipolitikkan oleh sebahagian kumpulan antikerajaan China di luar negara yang menganggap mereka mewakili masyarakat Islam di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Pada 8 Ogos lalu, Utusan Malaysia menerbitkan rencana dari Kongres Sedunia Uygur yang mengkritik kerajaan China melarang mesyarakat Islam di Urumuqi menjalankan sebarang aktiviti keagamaan. Restoran halal milik etnik Uygur pula dituntut buka pada siang hari.

Sebuah restoran halal di Urumqi, Xinjiang tidak membuka perniagaan pada bulan Ramadan. Pada pintunya dilekatkan notis yang bermaksud "Minta maaf, kami tidak berniaga pada bulan Ramadan".

Baiertiyar, seorang pegawai Jawatankuasa Agama di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang menafikan khabar angin itu dengan mengatakan bahawa, sebagai seorang yang beragama Islam, kakitangan mereka setiap hari telah berkunjung ke puluhan masjid tempatan untuk bersolat dan berbuka puasa bersama-sama masyarakat Islam tempatan. Setiap malam ribuan yang berbuka puasa bersama. Jika benar seperti apa yang didakwa oleh Kongres Sedunia Uygur, sesiapa pun yang mahu masuk ke masjid perlu menunjukkan kad pengenalan dan mendaftar dulu, ini akan menggunakan waktu begitu panjang dan tidak mungkin berlaku. Penduduk etnik Uygur tempatan pula menyatakan, mereka tidak pernah mendengar maklumat tersebut di Urumqi.

Jadi, sumber maklumat Kongres Sedunia Uygur dari mana? Pertubuhan ini yang beribu pejabat di Jerman, merupakan organisasi yang disusun semula dengan beberapa kumpulan pemisah Xinjiang di luar negara, termasuk beberapa kumpulan yang telah disifatkan sebagai kumpulan keganasan oleh masyarakat antarabangsa. Setelah berlakunya peristiwa 11 september, kumpulan-kumpulan tersebut takut menjadi sasaran dalam perang antikeganasan dan menyusun semula pertubuhan dan dikenali dengan nama Kongres sedunia Uygur. Pertubuhan ini mendalangi peristiwa 5 Julai yang berlaku di Xinjiang pada tahun 2009 dan mengakibatkan 197 orang terbunuh. Menjejaskan keamanan dan keharmonian di Xinjiang merupakan kaedah mereka untuk mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, khususnya negara barat dan juga mendapat sokongan dana dari sesepihak.

Untuk mengetahui keadaan benar di Xinjiang, China mengalu-alukan rakan dari masyarakat Islam melawat ke Xinjiang dan menengok dengan mata sendiri. Kebetulan CRI sedang menganjurkan aktiviti "Xinjiang dalam Lensa Kamera", mengundang wartawan dari masyarakat Islam di Afrika dan Asia, termasuk wartawan dari "Bernama" Malaysia untuk membuat liputan ke Xinjiang. Kami berharap gambar-gambar yang diambil oleh mereka di Xinjiang dapat membantu anda memahami Xinjiang yang sebenar.

Monday, August 29, 2011

salam perantauan......

saya dgn penuh rendah diri MOHD AZUAN BIN SULAIMAN a.k.a ADAMHAWA mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

WA KULLU AM WA ANTUM BIKAHIR.

semoga RAMADHAN kali ini memberi impak yg besar untuk meneruskan ibadah2 yg akan datang.

kita mudah leka dan kita mudah lupa dan TARBIAH RAMADHAN adalah salah satu tempat untuk kita meneruskan perjuanagn dlm mendekati diri kepada ALLAH.

AMAT lah rugi jika SYAWAL ini sekadar mendapat kegembiraan tapi tidak ada kesan yg positif dari ramadhan yg kita sudah lalui.

moga hari ini kita muhasabah diri sebelum selepas dan seterusnya....jgn kita anggap kegembiraan syawal hanya semata-mata mendapat kemenenagan diri tapi jgnlah kita yakin sebenarnya KEMENANGAN HAKIKI adalah mereka yg benar2 menghayati RAMADHAN.

MOGA KITA TERUS MEMPERBAIKI DIRI.

ASSALAMUALAIKUM.

Wednesday, August 24, 2011

sentuhan lagu yg amat mendalam.....ku milikmu...

video

Jauh ku tinggalkan kisah semalam
Jauh ku tinggalkan duka kelmarin
Kusut jiwa menyesakkan dada
Kecamuk hati ini tak pernah ku luah

Ketika Kau kurniakan
NikmatMu kepadaku
Terasa diri dlimpahi RahmatMu

(chorus)
Ku mohon Engkau pimpinlah kelemahan hati ini
Agar aku selalu di jalan RedhaMu
Tak putus memujiMu
Moga tak Kau biarkan dan lontarkan diriku
Bersama mereka yang di dalam kemurkaanMu

Tuhan kepadaMu aku meminta
Jangan Kau biarkan aku terleka
Dan tenggelam dalam nikmat dunia
Terlupa yang ku miliki semua milikMu

Hanyalah keikhlasan serta pengabdianku
Menjadi lafaz syukurku kepadaMu

Dan ku kembali padaMu Tuhan
Yang Menciptakan


p/s: azhan atan datang mesir baru aku tahu betapa best nya lagu dia,,,syahdu,,,air mata mudah mengalir bila dosa kembali menyingkap nostalgia///

Friday, August 19, 2011

pertama kali buat adobe....


PUAS HATI EVEN BURUK DAN KURANG MENARIK BUT SOMETIME PEOPLE PERLU ADA SIFAT MENCUBA DAN YAKIN. U BELIVE YOURSELF THAT U CAN DO IT!

NOW I DID IT!

Align Center
Seorang bijak berkata :

“engkau mengharapkan kesuksesan sedangkan engkau tidak pernah menempuh jalannya, ingatlah sesungguhnya kapal tidak pernah berlayar di daratan.”


P/S: KLIK BESO KAN SENDIRI.....JIKA TAK MENARIK MMG TIDAK MENARIK..IANYA HANYA UNTUK PERCUBAAN PENAMBAIKAN. I TRY MY BEST.

CREDIT tO : zaim n azfar.

Wednesday, August 17, 2011

a make a donation for SOMALI!!!

Assalamualaikum wbt...

Hulurkan bantuan, tiada paksaan dan tiada ugutan, ikhlas dari hati tidak kira bangsa dan agama.
Untuk kamu yang 'kenyang', apa yang kamu nampak dan fikir bila kamu melihat video di bawah ini...
Saya sudah tunaikan tanggungjwab saya walau tak seberapa, kamu bila lagi? ..

"Act the way you'd like to be and soon you'll be the way you act."...Donate & support.



Kanak-kanak mati setiap enam minit di Somalia ..
Marilah kita sama sama menyumbang kepada saudara seagama kita di sana .. Kalau bukan kita , sapa lagi .. klik SINI jika sudi ...

Saturday, August 13, 2011

kisah dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


ulasan:

lagu by stacy mempunyai maksud yg sgt syahdu dan hiba bila kita memerhatikan setiap bait2 lirik yg dipersembahkan. aku bukan peminatnya tapi aku menilai lirik ini dgn meletakkan aku ditempat itu.

ya! memang sepatutnya aku tempat aku ditempat itu supaya supaya orang tidak seberapa MCM AKU sedar diRi yg aku ini hanyalah insan yg terlalu KERDIL di sisi ALLAH. buat apa kita mahu menjadi orang yg sangat apa2 tapi dalam rohaninya tiada nilai disisi ALLAH. semuanya dapat dilihat jika segala bentuk dalaman itu hanya kita serahkan jiwa dan raga PADANYA.

rupa, wang ringgit dan harta semuanya tidak ada nilai disisi ALLAH jika tidak dipsakkan iman dalam hati ini. ada apa dgn kecantikan jika hati penuh dgn palitan hitam! apa guna wang ringgit jika hidup dgn ketamakan! dimana kemuliannya?

tidak ada apa yg sempurna didunia ini dan tiada kisah dongeng didunia ini, hanya hakikat yg akan terbentang didepan mata jika masa itu sudah tiba bg hakikat orang yg beriman dan hakikat orang tidak beriman.

jika naluri manusia mendominasikan positif dalam diri makanya kebaikan yg akan hadir dan jika negatif mendominasi keseluruhan hidup tidak ade tempat yg layak untuk kebaikkan bahkan dihantar ALLAH dgn kehinaan. ALLAH berfirman :

kemudian Allah kembalikan manusia ke tempat yang serendah-rendahnya“.

p/s: lirik yg aku amik cume sedikitnya untuk diaplikasikan dlm kehidupan....jadilah manusia sempurna dgn keimanan bukan semata-mata mencari kesempurnaan yg tidaK nilai disisi ALLAH.

Tuesday, August 9, 2011

kerahmatan berlalu,,,,hadirnya keampunan....

Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.


alhamdulillah, segala puji kita padaNYA atas kehidupan yg diberikan nikmat bernafas dgn izinya. aku bersyukur dan kadang aku merasakan suatu penyesalan, tapi biarlah penyesalan ini dapat dihilang dgn rasa TAUBAT dan KEAMPUNAN kepadanya.

ramadhan rahmat sudah berlalu dan beberapa detik akan terus meninggalkan kita, aku terfikir apakah aku diantara manusia yg akan dirahmati? aku tertanya-tanya tapi aku yakin dgn amalan kerana NYA dapat menggolongkan aku diantara insan yg diberi nikmat RAHMAT dari allah azawwajallah. insyaallah. biarlah pengamalan, taubatku, keampunan dosaku akan berterusan dan akan terus sehingga nafas ku hingga ke detik yg terakhir. rahmat ALLAH sukar untuk didapati tapi aku yakin jika pengamalan yg berterus akan menjanjikan rahmat yg kita seringkali kita inginkan.

Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah... " (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

berapa orang inginkan kerahmatan dalam masa yang sama apakah pengamalan yg boleh kita lakukan untuk sampai pada rahmat allah?

apakah hanya rahmat itu sekadar dibulan ramadhan?

syaitan digari bagi mudahkan mendapatkan rahmat, tapi apakah kita sadar sebenarnya hikmah segala percaturan ALLAH ini adalah untuk mengislah manusia dari perlakukan yg jijik disisi ALLAH. aku percaya kerana satu bulan ini dgn amalan yg berterusan dapat memberi satu imbuhan kebaikan untuk sebelas bulan selepas nya. tapi jika satu bulan ini tidak dapat dimanfaatkan hakikat nya untuk sebelas bulan yg akan dtg pastinya kita mudah untuk rebah kejalan yg tidak diredhai. dan sebalik itu ramadhan itu juga sebagai bulan TARBIAH, bulan ISLAH, bulan JIHAD.

amat rugilah manusia hanya sekadar menahan lapar dan dahaga tapi disebalik rohaniah hilang tiada tempat untuk bergantung.

akhirnya, MARI MENGHIDUPKAN CAHAYA RAMADHANDGN IBADAH!!

RAMADHAN YG SAMA, NATIJAH YG BERBEZA.

P/S: nak tulis panjang malas,,sikit je la ye,,,sbb dah azan,,,nk get ready,,!! ramadhan kareem beb!!

Friday, August 5, 2011

aku terpana

aku menghadap nya aku terpana keadaan tenang nya buatkan jiwa ku kembali tenang. aku melalui setiap ruang pada dirinya buat ku dekat pada tuhan. alangkah indah jika dia bersama ku untuk terus bersama ku menemani aku kejalan syurga.


itu cerita lama dan kini dan akan kusemai persahabatan itu....

ramadhan sudah berlalu lima hari, aku tetap begini tiada anjakan kepada satu dimensi hidup yg lebih sistemetik agar terus berkualiti disamping penuh inovasi. aku tertanya kenapa? apakah aku puasa untuk memenuhi tuntutan ataupun puasa sekadar adat? aku berfikir dgn satu gaya yg terlalu abstrak dgn jawapan yg aku sendiri ada dan aku sendiri perlu mengaturkan jawapan itu lebih kemas untuk masa akan dtg. aku tidak mahu jawapan yg ada sekarang ini mempengaruhi hidup ku sendiri pada masa akan datang, biarlah aku mengharapkan satu keajaiban agar hidup aku kelak akan lebih memenuhi tatacara hidup yg dianjurkan syariat.

aku terdiam dan dan terus diam agar aku dapat bermuhasabah dan koreksi diri. aku mengenepikan segala virus2 meresapi diri agar aku terlindung dgn jangkitan yg mungkin akan berjangkit jika aku sendiri tidak berusaha untuk mengelak nya. nafsu? ya nafsu lah virus hidup yg ditinggalkan syaitan pada kita. apakah aku mampu? kekuatan? berlawan? ya itu yg perlu aku lakukan...

mencari kekuatan....

aku melihat sekeliling kedaan yg berada didepan mata...aku lihat ada baik dan tidak baik. tapi aku terus melihat dgn lebih dekat manusia itu lebih suka memilih sesuatu yg tidak baik. ya mmg benar. aku sendiri kadang2 tergolong dlm golongan itu. tapi adanya sahabat sejati aku cepat2 sadar agar aku keluar dari golongan itu. aku keluar tapi aku takut jika aku meninggalkan mereka yg masih dgn perlakuakn tidak baik. ayuh!!! mari bersama ku.! aku tidak sesekali akan meninggalkan kalian dlm keadaan aku selamat tapi kalian masih disitu. aku tidak rela,,,dan aku tidak sanggup membiarkan....

aku terus mendalami diri.......

terima kasih selamatkan ku.....


p/s: selamat tinggal kawan ku ( dlm bilik terdengar lagu ni,,aku pun tulis jela),,,


Thursday, August 4, 2011

taubat ku...

malam hening syahdu membuatkan hati ku tenang. aku duduk diatas tikar sejadah sambil berzikir dan terus berzikir. aku terhenti seketika mengingatkan dosa2 ku yg lalu yg selama ini baru kusedar dari lena dgn nikmat duniawi. satu persatu ku singkap kisah hitam satu persatu ku tatap wajah yg pernah aku sakiti. airmata ku tidak dapat ku tahan dan aku biarkan manik putih itu lalu tanpa ku sekat kerana aku tahu tangisan itu dapat membuatkan jiwa aku kembali tenang dari dibelengu dari jiwa ku yg kotor dan hina dgn maksiat.


aku sedar yg kini aku hanya insan yg hina disisi MU ya ALLAH. kini ku sedar yg dahulu kalanya aku adalah kaki dosa. kini aku sembah padaMU YA ALLAH. aku memohon segala keampunan dari mu YA ALLAH. aku terlalu kerdil hina disisi mu ya allah, aku perlukan lembayung RAHMAT mu ya ALLAH.

ya allah, aku tidak kuat untuk terus diuji aku tidak kuat untuk berhadapan dgn ujian yg getir yg kau barikan pada ku ya allah. kau berilah aku kekuatan dan kau berilah pendiding untuk jiwa ku yg seringkali rapuh bila cabaran dan dugaan menghampiri ku. ya allah, BANTULAH AKU, aku harapkan kekuatan dan kau pasak kan jiawa agar aku dapat terus berlawan dgn nafsu ku sendiri.

ya allah kau berikanlah kebahagian yg hakiki pada ku yg selama ini tidak pernah aku rasai dan tidak pernah aku daptkannya. ya allah, aku tahu aku kotor dan aku hina, aku juga tidak layak kesyurga mu tapi aku berharap agar rahmatMU menghampiri ku ya allah. ya allah kau terimalah taubat ku. kau terimalah taubatku, kau terimalah taubat ku ya allah.

ya allah, kau datangkan lah seorang sahabt yg boleh membantu ku, kau datangkanlah sahabat yg boleh berikan aku kekuatan, kau datangkanlah sahabat yg boleh berikan aku kebahagian. YA ALLAH sudah lama aku menunggu sahabat yg boleh membantu hambamu ini ya allah. aku mahukan sahabat yg boleh membawa ku kejalan yg boleh membawa ku kesyurga mu. ya allah aku mohon kau perkenankan lah doaku ini ya allah.

airmata ku terus mencurah bagaikan curahan dosa yg pernah aku lakukan sewaktu ketika dahulu. aku tersu berharap akan keampunan dan taubat ku diterima. ku duduk bertafakur tenang sambil hati mulut ku menyebut namamu. jiwa ku kembali tenang dan jiwa ku seakan putih bersih dan satu pengharapanku adalah KEKUATAN agar jiwa ku tidak kembali pada jalan-jalan HITAM itu lagi.

tidak ku persiakan diri ku pada jalan-jalan kehancuran. aku bertekad! dan aku tidak akan lagi kejalan itu. jalan yg kelam tiada arah tiada petunjuk. tikar sejadah menjadi saksi taubat ku....

p/s: tak pandai nk wat ayat bunga2...kira oklah ni,,,

Tuesday, August 2, 2011

leteh diri ini...

leteh bukan selalu yg sering kita ungkapkan selalu kerana leteh itu sendiri terlalu jarang untuk dihadapi.


memang benar aku leteh bukan bermakna aku leteh untuk sehari dua.

aku perlu letih dan teruskan bekerja agar aku terus leteh supaya aku tidak terlalu dgn kesenangan nikmat.

orang kata mengapa perlu letih? itu hanya akan menyiksa jiwa dan raga.

pahala itu melalui keletehan dan keletehan itu melalui jiwa yg bersungguh untuk leteh.

bagiku alangkah indahnya letih jika dibandingkan dgn nikmat duniawi yg singgah untuk sementara dari letih natijahnya jalan kesyurga.

salam mubarak RAMADHAN KAREEM!!!

belajarlah untuk MENYEBUT RAMADHAN KAREEM DAN JAWABLAH ALLAHU AKRAM!

P/S: terlalu hina dan kerdil diri ini berbanding dgn mereka yg berilmu..,teruskan menimba ilmu!!

Sunday, July 31, 2011

PUASA ALLAHU AKRAM!!


Puasa

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah l-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan

puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.


Syarat wajib

a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya(sihat)
e) bermukim


Syarat Sah

a) Islamb) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat


Niat puasa.



akhirnya, selamat berpuasa RAMADHAN KAREEM!!!! merindui ramadhan......ALLAHU AKRAM!!!!


P/S: RAMADHAN YANG SAMA, NATIJAH NYA YG BERBEZA!

Saturday, July 30, 2011

paderi cemari masjid!



Paderi Mesir 'Cemari' Masjid Semasa Ziarah Dr.Bad'ie di Suwes?

26 Julai lalu, Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin Dr.Mohammad Bad'ie telah mengadakan ziarah pertama di wilayah Suwes dan menyampaikan ucapan pada "Hadith Sulasa" di Masjid Saidina Hamzah. Yang menarik, pada majlis yang dianjurkan dalam masjid itu telah dihadiri oleh paderi dari gereja berhampiran. Paderi tersebut turut mendengar ucapan Mursyidul 'Am. Apa pandangan anda jika ia berlaku di Malaysia?

Dr.Mohammad Bad'ie berucap dan gambar bawah paderi Kristian, berpakaian serba hitam sedang bersalaman dengan Mursyidul 'Am. Kejadian ini berlaku di dalam masjid di wilayah Suwes. Berita ini disiarkan oleh web rasmi Ikhwan Muslimin (klik untuk lihat)

http://ibnulkareem.blogspot.com/2011/07/paderi-mesir-cemari-masjid-semasa.html

p/s: malas nk menulis,,just copy n paste je,,,
credit to

Sunday, July 24, 2011

hidup penuh kebarangkalian...

aku kberangkalian hidup ini indah tapi keberangkalian aku keindahan itu hanya mampu dicapai tidak separuh dari 100%. itu cuma andaian aku yg hanya berfikir melalui sejarah.


aku tidak suka derita tapi keberangkalian aku derita itu mudah untuk dicapai lebih dari 100%. itu cuma andaian aku.

tapi aku sentiasa melihat setuasi ini mampu berubah jika keberangkalian aku berubah perspekstif kepada yg lebih positif. kerana aku sentiasa memikirkan negatif mengatasi dari positif itu sendiri.that wrong when u think about something u never know what happen comes to us.

but sometime aku perlu memikirkan negative dahulu sebelum aku terus berfikiran positif supaya aku lebih berhati-hati dgn keberangkalian akan berlaku yg aku sendiri tidak akan tahu dan inilah plan tindakan yg perlu aku tahu supaya aku hidup penuh dgn berhati-hati. tidak salah kan?

ape2 pun titik permulaan keberangkalian ini hanya terdapat jika kita berfikir dgn logik dan strategik bukan berfikir atas sebab diri dan nafsu. perlu nya hidup dgn mengadaptasikan HIDUP KEBERANGKALIAN!

P/S: im not sure betul ke tak but ini adalah aku dan hidup aku perlukan cara begini....

Thursday, July 21, 2011

susulan dari teka teki siapakah sang zalim kedutaan mesir!





saya selaku mahasiwa malu mempunyai seorang menteri dijabatan menteri dibawah bidang keagamaan tidak menunjukkan sikap profesioanal nya dgn menolak mentah2 memorandum menuntut hak sebagai seorang mahasiswa yg telah dianiaya oleh pihak tertentu./

saya mempersoalkan kenapa mereka tidak menerima memorandum itu tapi pada tahun yg lepas memorandum dari perubatan mereka menerima dgn hati yg terbuka./ apa bezanya perubatan dgn mahasiwa islam. untuk pengetahuan semua mahasiswa dibumi mesir kini sudah bersatu hati dan tidak ada bezanya diantara kuliah masing2. atas nama mahaiswa kita bersatu!/

SUDAH NAMANYA ust kher jamil ORANG KERAJAAN UMNO! orang agama yg hanya berkepentingan untuk puak tertentu. itu namanya jahil murakab! nauzubllah minzalik!/


aku begitu pelik semua pegawai dimesir disini bekerja macam sampah dan tiada etika dan seolah bermain dgn halal dan haram. terbongkar segala kerja laknat yg dibuat org2 kedutaan mesir yg telah mengancam pelajar dgn ugutan yg sgt drastik dan ianya telah terbukti dgn kejayaan meraka yg pertama MEMBUANG PELAJAR DARI DARUL IFTA' DAN SETERUSNYA MENARIK ZAKAT PELAJAR YG TELAH DILAKUKAN OLEH PUAK JAHILLIAH MUHAIMIN PEGAWAI PERAK DI MESIR DAN SETERUSNYA MEMBUANG PELAJAR DARI RUMAH MELAYU DIABBASIAH. semuanya ini tidak lain dan tidak bukan tangan2 kotor mereka dgn diketuai oleh DATO DUTA BESAR SENDIRI FAKHRUDDIN. rata-rata pegawai dari darul ifta menyatakan sebenarnya punca dari penyingkiran ini disebbkan dari dato duta sendiri berjumpa dgn org besar darul ifta untuk menyuruh mereka menyingkirkan firdaus madzlan. semua nya telah terjawab setelah sekian lama mereka menafikan sekerasnya pada awal permasalahan ini berlaku./

ape2 pun kita lihat adakah memorandum yg diserahkan KEPADA ORG BAWAH DATO DUTA pagi tadi mendapat perhatian atau pun tidak! jika ianya tidak diambil tindakan KITA MAHASISWA AKAN TERUS BERLAWAN DAN AKAN TERUS MENEGAKKAN KEADILAN! JAGA2LAH kedutaan./

MAHASISWA MAMPU BERUBAH! MAHASISWA ADA OTAK BERFIKIR! MAHASISWA TIDAK BISU! MAHASISWA BUKAN MCM umno! MAHASISWA SUARA KERAMAT! ALLAH ADALAH TEMPAT MENGADU./

PERINGATAN KEPADA SEMUA PENEGAK KEADILAN, SEBELUM KITA BERTEMU SANG ZALIM TEGAK TARBIAH DALAM DIRI. BACE QURAN SETIAP HARI, BERDOA, SOLAT DHUHA, SOLAT MALAM DAN SEBAGAINYA. JGN JADIKAN SEPERTI MERAKA YG BERCAKAP SEOLAH TIADA TARBIAH! IBARAT KATANYA MACAM SAMPAH!

P/S: orang kata jgn terlalu berani...bagi aku perlu berani.....jgn jadi pengecut..

Sunday, July 17, 2011

mohon kekuatan dari doa kalian!

saya terharu dan sedih dan saya berharap ada pertolongan dari ALLAH atas musibah yg melanda keatas sahabat kita yg kini masih sedang mencari jalan penyelesaian bg meneruskan peperiksaan yg bakal tiba pada lusa ini.


bila saya membace status beliau, saya tahu ini adalah perjuangan beliau untuk meneruskan mencari ilmu ALLAH. saya rapat dengan beliau dan beliau juga banyak membantu saya dalam semua aspek dan saya tahu hati budi beliau yg saya rasa ALANG adalah abg bagi kami di sini. saya tahu tujuan beliau mengadakan bersih itu seiring dgn apa yg beliau rasa perlu untuk kita tahu dgn ilmu yg dibawanya untuk diaplikasikan dan bukan semata-mata tahu tapi hanya diam seribu bahasa malah menyokong dgn apa jua bentuk kebodohan yg dinyatakan.

saya harap kemelut ini akan berakhir dgn jaya atas pertolongan ALLAH dgn usaha2 beliau untuk terus berjuang dan INGATLAH orang2 kedutaan kesenangan anda hanya sementara dan bukan lah untuuk kesenangan yg berpanjangan. kami tidak membenci KALIAN tapi kami benci ATAS SIKAP menyusahkan jalan2 org menuntut ilmu!

saya percaya dugaan dan ujian itu manis jika kita merasai nikmat ujian itu sendiri. ujian tanda allah sayang. kesenangan tanda kita diuji samaada kufur atau pun tidak. nauzubillah minzalik!

mohd firdaus bin madzlan:

Salam perjuangan.Sy gagal bertemu dengan Dato' duta walaupon berulang kali memohon dengan PA nya..hanya pgwi slgr shj dibenarkan masuk.Saya kesal,tuntutan 2 minit utk bertemu pon ditolak atas alasan duta sibuk..sy telah nyatakan, ini urgent utk mmstikan sy dpt mgambil imtihan lusa..tp hampa..MEREKA TIDAK MEMBANTU..Ya Allah..bantulah hambamu ini...


moga allah memudahkan jalan2 untuk mereka yg diberi ujian! kami sentiasa berada disisi anda! bukan atas sebab kepartisan tapi atas sebab ukhwah yg kita bina atas nama mahasiswa. dan saya turut kesal sebahagian mahasiswa yg hanya diam dan tidak bertindak untuk bersatu dlm isu penting mahasiswa.

suara mahasiswa suara keramat!

p/s: sama2 doa dan jgn lupa kita sedekah kan al-fatihah kepada srikandi dr lo'lo' yg telah kembali kerahmatullah semalam. beliau merupakan yb bagi kawasan parlimen titiwangsa . semoga rohnya ditempatkan bersama org yg beriman. al-fatihah....

hinakah pelajar agama?

dalam bebrapa hari yg lepas ISU pelajar agama dibuang dari darul ifta' mendapat perhatian ramai lebih2 lagi mahasiswa mesir setelah tindakan yg dilakukan pihak2(EM) tertentu untuk menjatuhkan pihak tertentu dgn tindakan yg tidak wajar.


justeru itu saya berfikir dan kenapa orang ramai berfikir terlalu hinakah kami di sini bila melakukan sesuatu yg hak dan adil untuk membantu kerajaan malaysia dalam pelaksanaan pilihan raya yg adil. kita tidak minta untuk PM turun tapi kita mahasiswa minta ketelusan dlm sistem pilihan raya malaysia yg mana jelas kecacatan dgn pelbagai penipuan dan rasuah.

saya membace dan menilai setiap ruang komen2 orang ramai terhadap isu ini dan kebanyakkan dari mereka lebih suka mengambil jalan mudah untuk berfikir dgn tidak berfikir bagaimana nasib anak cucu meraka 5 atau 10 tahun akan dtg.

meraka hanya tahu bersih itu haram, bersih itu mudharat, bersih itu memalukan negara dan pelbagai lagi tapi isunya kenapa MESIR mendapat perhatian yg sgt lebih. saya sudah ada jawapan bg persoalan meraka ianya disebabkan rata2 pelajar mesir sudah ada pendirian dlm berparti dan pendirian itu tidak lain tidak bukan PARTI PAS namun kita tidak senang2 mengzahirkan kepartisan " jika KEDUTAAN BOLEH BERMAIN POLITIK PELAJAR JUGA BERMAIN POLITIK' 'JIKA MERAKA MENZAHIRKAN KEPARTISAN PELAJAR JUGA MENFZAHIRKAN KERPARTISAN'. oleh itu siapa yg pemula kita turut akan jd pemula.!

saya turut berfikir alangkah bagusnya jika KEDUTAAN MESIR sendiri bersikap profesional seperti pelajar dan pegawai bukan seperti yg ada sekarang ini, dilihat seperti didalam PARLIMEN ada kerajaan dan ada pembangkang. tapi ini tidak akan berlaku jika pihak kedutaan yg mewakili kerajaan yg mula dalam bertindak sedemikian, selaku mahasiswa yg ada suara kita tidak bisu tapi kita juga berdiri atas stand mahasiswa.

akhirnya, kita harus sedar dan berfikir dgn fikiran yg matang ini kerana kita lihat rata2 pelajar mesir umno bila pulang kemalaysia menjadi kata bawah tempurung. saya hairan jika perhimpunan BERSIH puak umno sudah bersedia dgn meletakkan pendirian ulamak, tapi saya kesal KENAPA perkara begini tidak dilakukan jika himpunan yg haram tidak disentuh oleh ulamak UMNO. kenapa tidak kata konsert campur laki perempaun itu haram...kenapa tidak mahu kata rasuah itu haram...senyap membisu..kenap tidak mahu menegur pimpinan bertudung dan banyak lagi.....

waallhualam.

p/s: sesiapa yg bace dan tidak suka aku tidak pnh kisah pun pendirian anda......sebb aku tahu 10 tahun akan dtg anda akan berfikir dan mengatakan ALLAHU AKBAR!!!!

Thursday, July 14, 2011

preseden SUARA mesir KENE tindakan!!

preseden suara

assalamualaikum.

bahawasanya amat mendukacitakan bagi pelajar malaysia mesir terhadap tindakan pihak2 terbabit diaats tindakan yg dikenakan pada MOHD FIRDAUS BIN MADZLAN selaku preseden SUARA disebabkan penganjuran sokongan penuh terhadap BERSIH2.0./

kami amat tidak berpuas hati diatas pihak terbabit yg mana dibelakangi oleh pihak KEDUTAAN DIATAS tindakan yg terlalu drastik bagi seorang pelajar. ini amat memalukan bagi pegawai kdutan yg sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mencari penyelesaian bagi perkara diatas namun ianya tidak berlaku dan membuat satu perbuatan licik bagi memenuhi tuntutan nafsu jahanam pegawai yg hanya bertugas untuk kerajaan dan bukan untuk pelajar./

selaku pelajar mesir KAMI tidak akan berdiam diri dan tidak akan takut dengan tindakan yg akan dikenakan tapi percayalah kami mahasiswa berintegriti mampu untuk melakukan apa sahaja demi menegakkan kezaliman./

persoalannya apa salah kami sedangkan ianya aman? kenapa mesir mendapat tentangan yg hebat? atau PEGAWAI DIMESIR yg bertugas disini hanya cebisan sampah yg tidak mampu dikutip oleh PENGUTIP SAMPAH ITU SENDIRI. jika yg hina datang kesini pastinya mereka mahukan pulangan yg baik. beginilah cebisan2 sampah yg mahukan dirinya dipandangan mulia hanya melakukan apa sahaja demi kelangsungan nafsu politik./

jika mereka2 berani untuk melakukan tindakan dengan menggugut menarik zakat atau jpa,,kami dengan rela hati untuk turun dihadapan kedutaan untuk sama2 protes TINDAKAN tersebut. tunggu saat itu dan kami bersedia untuk saat itu. /

kami pelajar rela dihukum jika ianya bersesuain dgn apa yg dilakukan tapi sekiranya melampau batas tiada maaf bagimu./

teringat satu petikan kata dari seorang pelawak " nampaknya pakcik ni songkok lagi tinggi dari otak"

p/s: Baru dapat maklumat Ustaz Mohd Firdaus Madzlan dibuang dari Universiti kerana BERSIH... semakin jelas kejahatannya puak-puak nih, sama-sama doakan kepada yang dizalimi dan menzalimi.. Ustaz Firdauz ada beberapa hari sahaja lagi untuk menamatkan pengajian..

KISAH DI BULAN SYAABAN

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !” Kata saya (Nabi Muhammad) : “Hai Jibril, apakah erti malam ini ?” Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan serta pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.”

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

Sabda Rasulullah S.A.W.: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.”

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

sumber:

http://kisahteladan.info/

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0 MESIR.












alhamdulillah mahasiswa mesir telah menjayakan satu anjuran BERSIH dibawah kelolaan suara yg diterajui saudara firdaus bin mazlan. kejayaan ini dilihat melalui rakan2 yg hadir untuk meramaikan lagi bahawasanya ketidaksetujuan terhadap pilihan raya yg selama ini BERAT SEBELAH dan tidak memenuhi tuntutan bersih 1.0. /


aku merasakan sedikit keterujaan bilamana beberapa pegawai kedutaan yg hadir untuk menangkap gambar pelajar bagi tujuan bahawasanya pelajar telah melakukan kesalahan berhimpun secara haram. dan yg lebih kelakar mereka menangkap gambar secara ketakutan duduk dalam kereta sambil memegang kamera. kami selaku mahasiswa tidak gentar ugutan pegawai kedutaan dan secara peribadinya tidak seorang pun pegawai kedutaan yg aku respect disebabkan meraka bekerja mengikut ideologi politik bukan atas dasar bekerja mengikut portfolio./

aku sendiri tidak pernah gentar ugutan2 selepas ini jika meraka mengeluarkan kenyataan yg berbentuk ugutan. jika meraka mengugut kita juga akan membuat ugutan versi mahasiswa. jika dimalaysia boleh buat BERSIH kita juga mampu buat NAZOFAH versi mesir. seperti biasa zakat adalah mainan ugutan pegawai2 kerajaan dinegeri dibawah kerajaan BN. mahasiswa tidak gentar!/

cukup kesian ada golongan agama mengatakan hukum kita duduk belakang ambiga itu adalah haram. disebabkan ambiga adalah golongan bukan islam dan pernah mencetus isu bagi peguam untuk isu murtad. perlu kita jelas dalam politik islam diharuskan untuk kita menerima orang bukan islam untuk kita jadikan ketua walaupun apa jenis pengajuran. islam meltkkan syarat ketua itu mestilah bukan ketua hal2 yg melibatkan akidah dan persoalannya adakah ANJURAN AMBIGA HIMPUNAN BERSIH termasuk dalam bab akidah? tentu sekali tidak dan ianya adalah mainan isu supaya meledakkan isu perkauman. who stupid now? oleh itu meraka yg belajar agama yg masih tidak mengerti tentang hukum belajar lah sampai dlm jgn amik sekerat2, keliru masyarakat yg sekarang ini yg tengah keliru dibawah pimpinan NAJIB. elakkan dari menjadi ULAMAK SUU'. nauzubillah min zalik..../

akhirnya, kita manusia dilahirkan untuk berfikir dan bukan dilahirkan untuk ikut telunjuk. jika berfikir jgn berfikir untuk satu tempoh yg sekejap tapi biarlah berfikir untuk tempoh panjang. jika kita tidak buat BERSIH, cuba kita fikir bagaimana pemerintahan meraka? dari demokrasi ke setengah demokrasi dan dari setengah beralih kuku besi. manusia cepat untuk bertindak demi melangsungkan keinginan mendapat jawatan dan kekayaan. oleh itu ketepikan isu yg kecil2 supaya kita dapat manfaat yg besar kelak./

Pandangan ulamak tentang perhimpunan aman atau demonstrasi.

1. Kebanyakan ulamak muktabar seperti Dr. Yusof Al-Qadhowi, Dr. Ali Jumaah, Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq dalam kitabnya ( فصول من السياسة الشرعية ), Syeikh Salman Fahd Audah dan Dr. Sa'aduddin Mus'ad Hilali serta kebanyakan ulamak masa kini berpendapat HARUS mengadakan demostrasi aman lebih-lebih lagi ia dibenarkan oleh perlembagaan sebagai cara untuk rakyat menuntut keadilan dan menyuarakan hak serta pendirian mereka.

Malah gabungan suara rakyat yang ramai lebih didengari dari menyuarakannya bersendirian. Ini berdasarkan Firman Allah bermaksud : "Dan tolong-menolonglah dalam mengerjakan perkara kebaikan dan taqwa, jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan" (al-Maidah : 2).

Dalam kaedah fiqh juga ada menyatakan : "Asal sesuatu perkara itu harus selagi tidak ada dalil qat'ie dan sorih yang mengharamkannya.

2. Diriwayat dari ibnu Abbas bahawa Sayyidina Umar al-Khattab ketika menjawab soalan ibnu Abbas tentang kenapa dia digelar Al-Faruq oleh Rasulullah S.A.W . Ini kerana disebabkan keberaniannya bersama dengan Sayyidina Hamzah memimpin dua saff muslimin yang turut disertai oleh Nabi S.A.W berjalan beramai-ramai menuju ke Masjidil Haram untuk menzahirkan Islam dan kekuatan muslimin di Mekah. (تاريخ دمشق /حلية الأولياء)

3. Demonstrasi walaupun dilihat berasal dari Barat tetapi intipatinya tidak bercanggah dengan dasar Islam dan erti kemanusiaan. Malah himpunan umum menjadi salah satu syi'ar islam dalam menzahirkan' izzah, kekuatan dan kesatuan umat Islam seperti himpunan ketika solat berjemaah, hari raya dan ketika ibadat haji.

4. Diriwayatkan dari ibnu Abbas, Hadis yang dikeluarkan oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim) bahawa Nabi S.A.W suka menyamai Ahli Kitab pada perkara yang tidak ada perintah tertentu berkenaannya. Malah Rasulullah S.A.W ketika membina parit dalam perang Khandak,membuat cop dan asal kaedah jual beli salam juga mengambil contoh dari orang bukan islam. Sistem Kharaj juga diambil oleh sahabat dari negara Parsi.

5. Demonstrasi bukan bermaksud menentang atau mengangkat senjata menghadapi pemerintah. Ia adalah sebagai salah satu cara untuk menasihati pemerintah dan menegahnya dari terus melakukan mungkar serta ketidakadilan terhadap rakyat.

Ini berdasarkan dua Hadis Rasulullah S.A.W : "Agama itu nasihat". Adapun Hadis yang kedua : "Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah menegahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, tegurlah menggunakan lidah dan jika tidak mampu juga, maka dengan hati dan ia selemah-lemah iman".

6. Kaedah المصلحة المرسلة " dan " للوسائل حكم المقاصد " juga menjadi hujjah selagi tujuan iaitu maslahah yang mahu dicapai diakui oleh Islam serta mendatangkan manfaat kepada rakyat. Antara maslahah yang diperakui mendatangkan padanya manfaat seperti nasihat kepada pemerintah, meneguhkan pendirian umat Islam pada perkara hak dan memperkukuhkan suara rakyat menentang ketidakadilan pemerintah.


p/s: perlu ke mahasiswa tutup mulut dan diam bila ada kemungkaran berlaku? bukan mahasiswa je,,tapi semua org terlibat....

Sunday, June 5, 2011

hidup ini penuh celaru

aku melalui dihadapannya dan aku berpura-pura tidak bertemu dengan nya dan aku sendiri tidak tahu mengapa ia berada disitu sedang aku turut ada disitu. aku teruskn langkah seperti aku tidak tahu yg dia sedang berada disitu dan niat aku juga tidak mahu agar dia menganggap diri aku sedang perhatikan dirinya yg sedang berjalan.

aku sendiri keliru dalam keadaan diri aku sendiri tidak begitu stabil dan bergantung pada ubat boleh yg menyembuhkan jiwa aku yg sedang kembali sakit setelah sembuh hanya sementara. aku sendiri tidak tahu kenapa ia datang kembali dan semua nya perlu kenapa pertanyaan kenapa dan kenapa aku begini. aku bersamanya tidak bersama lagi dan kami berjalan mengikut jalan yang terbaik untuk dirinya dan terbaik untuk diriku. tapi aku sendiri tidak sanggup untuk melepaskan dia dihati aku, tapi aku terpaksa agar aku tidak mahu dia membenci aku dan tidak mahu untuk bertemu ku lagi walaupun aku tahu hati ini seolah tidak dapat terima hakikat yg dia kini sudah jauh dari aku.

lebih baik aku tidak berhubungan dari aku terus berhubungan dlm keadaan aku sendiri tidak stabil dan sentiasa akan menyakit kan nya dengan perbuatan aku sendiri dan aku sendiri tidak mahu ia terjadi tapi aku tidak boleh berbuat apa jika aku sendiri tidak sedar apa yg sedang aku lakukan terhadapnya. kini aku hanya mampu melihat mu dari jauh dan setiap saat aku tidak mahu untuk melepaskan untuk menatap wajahmu walaupun dalam kau ketiduran dan tidak sedar akan kehadiran ku.

masih teringat dikala kenangan diantara kita bergurau senda dan waktu itu adalah waktu yg terindah dalam ketika peekenalan kita tapi kini kau sudah tiada untuk kita bersama bergurau dan aku akur kita bukanlah kenalan yg kekal untuk kita berdua dan aku tahu kau adalah milik untuk orang lain yg lebih baik dari diri aku yang hina.

kini tiada lagi kedengaran suara dan tiada lagi sendaan dan tiada lagi hubungan dan kenalan kita semuanya hanya terbina desebabkan sakit aku dan kini baru aku sedar yg sebenar aku lah punca kenalan kita menjadi retak tanpa sebab dan aku lah punca segalanya. maafkan aku jika kau kecewa atas perbuatan ku dan berilah aku ruang untuk aku berubah dan mencari penyelesaian diri aku yg kini celaru dan aku tiada lagi tenpat bergantung untuk aku gantungkan diri aku kepada mu yg pernah aku lakukan ketika perkenalan kita dahulu.

kini aku keseorangan tiada tempat untuk mengadu dan tiada tempat untuk bersua masalah dan aku hanya aku dan masalah hanya padaku. kadang-kadang penyesalan itu tiada berguna jika diri sendiri penyebab kepada penyesalan itu dan aku lah sebabnya menjadi sesal dan aku lah yg harus menjadi tenpat bagaimana untuk aku keluar dari penyesalan.

p/s: dari cite kat atas penyesalan itu disembuhkan melalui taubat,,,dan sakit dan dugaan itu dapat diselesaikan jika kita menghadap ALLAH.

Allah berfirman, “Atau siapakah yang memperkenankan (do’a) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati-(Nya).” “Atau siapakah yang memimpin kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan siapa (pula)kah yang mendatangkan angin sebagai kabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-Nya? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Maha Tinggi Allah terhadap apa yang me-reka persekutukan (dengan-Nya). (Qs. An-Naml: 62 – 63)

Tuesday, May 31, 2011

اعلان نتيجة كل فصل دراسى على حدة

اعلان نتيجة كل فصل دراسى على حدة

وافق مجلس جامعة الازهر فى جلسته المنعقدة يوم الأربعاء الموافق

6/4/2011 علىإعلان نتائج كل فصل دراسى على حدة بالنسبة للمواد

غير الممتدة وتترك المواد الممتدة إلى الفصل الدراسى الثانى ويطبق ذلك من العام القادم 2011/2012.

http://www.azhar.edu.eg/pages/news/t5.htm

p/s: well!!!!!


Monday, May 30, 2011

tanpamu...

sedih jiwa ini bila aku melihat kelakuannya semakin mahu menjauhkan diri dariku atau pun aku sebenarnya yg menjauhkan diri tanpa aku sedar. tapi bila ku lihat setuasi yg sedang terjadi sebenarnya dia yg mahu menjauhkan atau lebih elok jika aku guna istilah lain 'mengasingkan diri' dari bertemu dengan ku. aku senyap dan aku terus membisu tanpa perlu aku bertanya dan aku sendiri dapat mengaggak apa yg terjadi diantara kami adalah berpunca diri aku yg sedang mengalami gangguan jiwa yg semakin hari semakin aku tidak dapat bendung lagi.

aku tidak tahu kenapa ini terjadi dan kadang-kadang aku sendiri menyesal atas apa yg aku lakukan pada awalnya dan kenapa ini harus terjadi dan kenapa aku tidak sedar atas apa yg ku lakukan padanya. kini aku tahu dia mulai sedar dan tahu siapa sebenarnya diri aku.

bila melihatnya semakin hari semakin sedih hati ini. kalau boleh dia tidak mahu bertemu dengan ku lagi. bila aku mahu berbicara seoalah aku tahu dia tidak berminat untuk memandang wajah ku lagi. tidak sedikit suaranya untuk dikeluarkan berbanding dengan kawannya yg lain. jawapan bila ditanya hanya isysrat tanpa suara. banyak kali ini terjadi pada ku namun aku hanya diam dan aku tidak mahu untuk terus berbicara, biarlah aku dengan hati ku dan biarlah aku simpan disudut hati aku yg sedang duka. aku masih teringat dengan kata-katanya 'NGADU LAH PADA ALLAH.' itulah yg sedang ku lakukan. aku amat menyanyangi sebagai seorang sahabat tapi aku menyesal atas apa yg telah aku lakukan. aku tahu aku lah yg bersalah dlm perkara ini. maafkan aku!!

aku terlalu rindu untuk berbual bersamanya dan aku terlalu ingin berkongsi masalah bersamanya tapi aku sendiri tidak mampu untuk mengulanginya lagi. aku terus simpan dihati untuk bersama melaluinya. aku harus kuat tanpanya aku harus kuat mnelalui nya seorang. dialah sahabat bila ku pandang wajahnya tenang jiwa ini. masalah aku kian terurus bila berkongsi bersamanya. kadang2 aku tidak mampu untuk terus begini dan hidup begini.

kini aku seorang dan sahabat itu sudah pergi untuk mencari apa yg dia inginkan. aku doakan sahabat itu bahagia disamping itu aku doakan kejayaannnya didunia akhirat. aku mahu melihat mu dari jauh walaupun kau sendiri tidak tahu sebenarnya aku ikhlas untuk bersahabat bersamamu.

akhirnya. aku minta maaf atas perlakuan ku terhadapmu. moga ini adalah jalan yg terbaik untuk kita berdua. kau tetap sahabat ku didunia dan diakhirat. satu dari aku tolong doakn aku diberi kekuatan untuk melalui kehidupan ini seorang.

credit to mas :cerita seorang sahabat yg aku terjemahkan melalui tulisan.

p/s: Kata seorang ulama: " Hendknya seorng yg brilmu mnyampaikn ilmu ilmunya dgn niat dn matlamat yg baik. Jika ucapannya bgitu menyenangkannya,hendaklah dia diam. Dan jika dia begitu ingin utk diam, hendaklah dia mengucapkannya. Jika diam khuatir akan pujian, hendaklah dia diam dan jangan ragu2 untk mnjaga nafsu dirinya. Kerana Nafsunya menyukai untk dikenal dan dipuji," NauzuBILLAH min zalik. YA MUHAIMIN, YA 'ALIIM, YA MUQIIT, pelihara hati kami , perbaiki sifat buruk kami, kurniakan kami ikhlas dlm menyampaikan dan amal yg disampaikan.

Thursday, May 26, 2011

jahil to ilmu : ISLAM













#credit to wak h.

p/s: ilmu to jahil : hina

Wednesday, May 25, 2011

KAU BAIK AKU JAHAT......

aku jahat tapi kau tetap sahabat...
aku keji tapi kau tetap sahabat....
aku hina kau tetap sahabat...
tapi kau tetap anggap aku tidak berguna...

aku lihat wajah mu aku merasa damai....
aku pandang sikapmu aku seakan kesyurga....
aku tenung kelibatmu aku seolah berimani....
tapi kau lihat aku seperti aku pergi keneraka....

aku mahu kau bersamaku...
aku mahu kau ajarku...
aku mahu kau tegurku...
tapi kau tidak mahu...

hinakah aku dimatamu...
tidak layakkah aku bersahabat denganmu...
atau kau malu bila bersahabat dengan ku...
atau aku tidak setaraf dengan kebaikkan mu...

percayalah KAU ADALAH YG TERBAIK SEMENJAK AKU BERTEMU DENGANMU....
AKU percaya ADA SEBAB KENAPA KAU TIDAK MAHU MENDEKATI KU LAGI...
AKU terus BERMUHASABAH....
AKU terus MEMPERBAIKI DIRI....

P/S: dedikasi untuk mereka yg merasakan diri mereka baik sangat sehingga tidak layak untuk berkawan dengan org yg tidak baik....muhasabah kau dan aku.....

Monday, May 23, 2011

hawa menanti abang disyurga.....

aku termenung diluar jendela menghirup udara pagi sambil menuggu langit kembali cerah. aku lihat sekeliling halaman rumah dan masih segar rasanya keadaan yg pernah aku lalui suatu ketika dahulu. kicauan burung berselang seli sambil ayam menyelit kokokannya untuk meenjalankan tugas sebagai seeokor ayam. aku juga seperti mereka yg mempunyai tanggungjawab sebagai insan didunia yg fana ini.

aku memandang langit dan cerah pagi sudah kelihatan menyimbahkan cahayanya dibumi. sejadah biru memanggilku untuk solat dhuha bersamanya. alhamdulillah aku bersyukur setiap ruang didunia ini ada peluang untuk aku terus melakukan tanpa sedikit paksaan.

'ya allah, aku memohon padamu agar ko tetapkan jiwaku agar tidak berpaling darimu kau jauhkan aku dari segala kemaksiatan yg terus berlingkar di setiap genap ruangku. ya allah, aku hamba yang lemah dan doif dihadapanmu, ku mohon ENGKAU berilah kekuatan untuk aku teruskan hidup didunia ini yg penuh dengan pancaroba. ya allah, kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, ahli keluarga ku, sanak saudaraku, sahabat handaiku, dan ummat islam yg berada di dunia ini.

ya allah, dalam kesedihan ini kau berilah aku sedikit kegembiraan agar kau tempatkan isteriku ditempat yg kau redhai dan berikan isteriku rahmat diatas segala kebaikan yg dia berikan kepada ku sepanjang dia hidup bersamaku. ya allah, aku terlalu merinduinya dan aku terlalui menyintainya dan kekalkan setiap sayang kasih dan cintanya dihati aku agar aku terus dapat bersamanya dan aku mohon padamu ya allah kau kekalkan aku dan hawa disyurga kelak.....'

airmataku terus mengalir dan aku terus mengharap agar aku dapat bertemu dengan isteriku disyurga kelak. aku terlalu merinduinya dan aku terlalu mencintainya dan aku tidak sanggup untuk berpisah jauh darinya dan aku redha, ini semua telah ditetapkan diluh mahfuz dan aku redha dan aku yakin cinta ku untuk hawa akan bersemi disyurga kelak. akan ku tunggu mu hawa.

' abang, hawa sangat mencintai abg sepenuh jiwa hawa dan jika boleh hawa tidak mahu berpisah dengan abang sampai bila pun tapi hawa minta maaf jika hawa tidak dapat bersama abang seperti abang harapkan.' ketika itu aku menahan sebak dan nafasku kian laju menahan airmata berguguran.

'abang percayalah dan hawa akan tunggu abang disyurga dan hawa mahu menjadi bidadari untuk abang bila kita bertemu disana. abang tunggu hawa ye,' mengalir airmataku bila mendengar setiap kalimah yg hawa ungkapkan padaku. aku terus memeluk hawa dan aku tidak mahu mendengar ungkapan yg boleh menusuk jiwaku. aku tidak mahu kehilangan hawa. kini aku rela perpisahan terjadi ini kerana aku yakin ianya hanya sementara didunia.

aku masih teringat ketika aku mahu melafazkan akad nikah dan sesudah itu ku kucup dahinya sambil mengucapkan 'MOGA HAWA MENJADI ISTERI YG SOLEHAH' dan kemudian itu hawa bersalam tangan ku sambil mengungkapkan kalimah azimat ' insyaallah, hawa akan menjadi isteri yg solehah untuk abang.'

alangkah manisnya saat itu dan sehingga kini aku masih tidak lupa segala kemanisan yg telah hawa berikan padaku. tidak pernah sekali dia menyakitkan hatiku malah dialah madu ketika aku dalam kepahitan dan dia lah ubat ketika aku sakit dan dialah penenang ketika aku resah. ya allah kau satukan kami kembali, dia begitu berharga buatku dan tiada yg layak untuk menggantikan tempatnya. dialah satu-satunya wanita yg bertakhta dihatiku.

aku bersyukur kerana takdir telah menemukan aku dengan wanita yang bernama HAWA...............

P/S: sekadar bingkisan untuk bakal suami carilah isteri yg solehah kerana disitu hikmah nya terlalu abstract....aku cuma mengandaikan mengikut imaginasi dan tiada kaitan antara hidup dan mati dan HAWA itu adalah watak yg aku guna untuk melengkap cerita bilamana ada adam pastinya ada hawa....

Sunday, May 22, 2011

anak syahid.....


al-fatihah.......

i feel it!!!

video

aku memandangmu penuh cinta dihati,
kau kuburkan derita ku dengan kasihmu,
aku merindui setiap sayang yg kau curahkan,
percayalah kau insan istimewa bagi nyawaku.

p/s: aku masih menunggu cinta bidadari syurga......layakkah aku? berimankah aku?

i like it!!!! just enjoy!!!!

video

p/s: aku suka !!!!!!!

Saturday, May 21, 2011

doakan!! jadual exam syariah islamiah tahun 4.



p/s: click untuk besarkan ye,,,,yg penting doakan ana najah dalam peperiksaan terakhir ana didunia mesir ini,..,...moga doa kalian menjadi wasilah untuk kemudahan ana untuk berjaya didunia wal akhirat..insyaallah!

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat