Thursday, August 4, 2011

taubat ku...

malam hening syahdu membuatkan hati ku tenang. aku duduk diatas tikar sejadah sambil berzikir dan terus berzikir. aku terhenti seketika mengingatkan dosa2 ku yg lalu yg selama ini baru kusedar dari lena dgn nikmat duniawi. satu persatu ku singkap kisah hitam satu persatu ku tatap wajah yg pernah aku sakiti. airmata ku tidak dapat ku tahan dan aku biarkan manik putih itu lalu tanpa ku sekat kerana aku tahu tangisan itu dapat membuatkan jiwa aku kembali tenang dari dibelengu dari jiwa ku yg kotor dan hina dgn maksiat.


aku sedar yg kini aku hanya insan yg hina disisi MU ya ALLAH. kini ku sedar yg dahulu kalanya aku adalah kaki dosa. kini aku sembah padaMU YA ALLAH. aku memohon segala keampunan dari mu YA ALLAH. aku terlalu kerdil hina disisi mu ya allah, aku perlukan lembayung RAHMAT mu ya ALLAH.

ya allah, aku tidak kuat untuk terus diuji aku tidak kuat untuk berhadapan dgn ujian yg getir yg kau barikan pada ku ya allah. kau berilah aku kekuatan dan kau berilah pendiding untuk jiwa ku yg seringkali rapuh bila cabaran dan dugaan menghampiri ku. ya allah, BANTULAH AKU, aku harapkan kekuatan dan kau pasak kan jiawa agar aku dapat terus berlawan dgn nafsu ku sendiri.

ya allah kau berikanlah kebahagian yg hakiki pada ku yg selama ini tidak pernah aku rasai dan tidak pernah aku daptkannya. ya allah, aku tahu aku kotor dan aku hina, aku juga tidak layak kesyurga mu tapi aku berharap agar rahmatMU menghampiri ku ya allah. ya allah kau terimalah taubat ku. kau terimalah taubatku, kau terimalah taubat ku ya allah.

ya allah, kau datangkan lah seorang sahabt yg boleh membantu ku, kau datangkanlah sahabat yg boleh berikan aku kekuatan, kau datangkanlah sahabat yg boleh berikan aku kebahagian. YA ALLAH sudah lama aku menunggu sahabat yg boleh membantu hambamu ini ya allah. aku mahukan sahabat yg boleh membawa ku kejalan yg boleh membawa ku kesyurga mu. ya allah aku mohon kau perkenankan lah doaku ini ya allah.

airmata ku terus mencurah bagaikan curahan dosa yg pernah aku lakukan sewaktu ketika dahulu. aku tersu berharap akan keampunan dan taubat ku diterima. ku duduk bertafakur tenang sambil hati mulut ku menyebut namamu. jiwa ku kembali tenang dan jiwa ku seakan putih bersih dan satu pengharapanku adalah KEKUATAN agar jiwa ku tidak kembali pada jalan-jalan HITAM itu lagi.

tidak ku persiakan diri ku pada jalan-jalan kehancuran. aku bertekad! dan aku tidak akan lagi kejalan itu. jalan yg kelam tiada arah tiada petunjuk. tikar sejadah menjadi saksi taubat ku....

p/s: tak pandai nk wat ayat bunga2...kira oklah ni,,,

4 comments:

Abe Goreng said...

Nice entri.goreng suka bace.:D

UPDATE: Kat Bazar Ramadhan Pun Jadi!!!

Anonymous said...

alhamdulillah syukur kau dah bertaubat dan insaf dari perbuatan kau mengikut telunjuk Parti Ajaran Sesat (PAS) selama ini.

adam said...

parti pas ke umno ke,,,,yg penting TAUBAT,,,,

kau dah taubat ke? mesti belum kan...g cpt taubat,,sebb ko pun akan mati,,dan aku takut kau mati dgn mati yg berazab,,,nauzubillah,,

wawa wadzir said...

semoga berjaya..sama2 kita mencari keredhaannya dalam bulan Ramadhan ni..insyaALLAH..=)

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat