Saturday, July 24, 2010

pesanan je...

di tubuh kita banyak terdapat tanda cinta Allah.. mata, telinga, hidung, mulut, tangan, kaki dan lain2nya.. di sekeliling kita banyak lambang dan tanda kasih sayang Allah.. ada keluarga, teman, udara, air, daln lain sebagainya.. (Tausiah shubuh hari ini).. d akhiri dgn.. hamba yg baik, bukanlah yg tdk pernah melakukan kesalahan, tapi hamba yang menyadari kesalahannya, lalu ia bertobat.. :)

p/s: nabi berpesan agar selalu bermuhasabah dan menulis wasiat sebelum kita tido..

Friday, July 23, 2010

masa ?

kenapa perlu masa dalam kehidupan?

dan apa peranan masa pada kehidupan?

semua nya sibuk kata masa itu emas tapi sejauh mana untuk mendapatkan keemasan nya.

dan yang paling menyedihkan orang suka melengahkan masa sedangkan dia tahu masa itu emas.

aku bukan lah orang pandai mengatur masa dan bukanlah orang pandai sgt menjaga masa tapi aku kat sini cuma nak kita bermuhasabah bersama agar kita sentiasa jaga masa walaupun masa itu cuma satu saat.

aku belajar erti masa ketika zaman kecik lagi dimana telah diatur untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan masa. dulu ketika zaman kanak2 aku diajar mandi sebelum 6 petang dan tido pula pukul 10 dan semuanya tentang masa kerana masa itu boleh menjamin kita agar hidup lebih terurus dan tidak serabut.

dan satu lagi yg perlu kita tahu, wajib untuk kita tahu menjaga waktu orang lain dari waktu sendiri supaya kita lebih tahu bagaimana untuk lebih disiplin dan jgn sesekali kita mencuri waktu orang. maaf jika aku nyatakan yg selama ini kita bermesyuarat selalu lewat dari waktu yg sepatutnya sebagai contoh mesyuarat jam 8pg dan terlewat sehingga setengah jam or satu jam. ini perkara yg memalukan disebabkan orang yg selalu bermesyuarat ni bukan lah calang2 orang. dan fikirkan perasaan orang yg datang awal mesyuarat tu. pastinya meraka telah menetapkan waktu untuk waktu sekian-sekian dan tidak lebih dari itu, dan cuba bayangkan jika mesyuarat lewat dan pastinya abis lewat. dan telah mencuri waktu org yg telah datang awal.

akhirnya, waktu dijaga bukan untuk kepentingan sendiri tapi lebih kepada kepentingan orang lain. belajar lah untuk menjiwai masa supaya kita lebih disiplin. dan diingatkan kepada meraka yg bergelar pimpinan amda sebagai model untuk pengurusan masa. jika anda kantoi jgn salahkan anak buah anda. prganisasi yg terbaik dilihat dari pucuk pimpinan yg terbaik.

p/s: muhasabah bersama kau dan aku...dan aku pun sedang cuba untuk menjiwai masa...lagi best klu korang baca surah al-asr..demi masa.!!!!

Thursday, July 22, 2010

salah sekolah

aku tulis bukan untuk menyalahkan sekolah tapi ini adalah kebenaran yg perlu disedari oleh para pendidik untuk mendidik para2 pelajar supaya berfikir dengan berfikiran proaktif yakni berfikir disebalik maksud dan keadaan.

aku menyedari bahawasanya cara pemikiran kita ini lebih terjurus kepada pemikiran reaktif yg berpunca dari peringkat sekolah lagi dimana diajar supaya berfikir apa yg sudah ada didepan mata dalam erti kata lain apa yg ada didalam buku itu lah yg perlu dipraktik kan oleh para pelajar. dan tidak diajar bagaimana untuk berfikir sekira nya setuasi yg berlaku tidak ada didalam teori pembelajaran.

kita didalam zaman moden ini perlu berfikir out of box supaya tidak jumud dengan cara penyelesaian dengan satu cara dan perlunya kita sebagai seorang pemikir untuk berfikir bagaimana untuk mendalami sesuatu setuasi dengan pelbagai cara supaya mudah untuk menyelesaikan permasalahan. dan perlu diingatkan setiap perkara yg melibatkan untuk kita berfikir, berfikirlah dengan mengikut landasan yg telah ditetapkan oleh syarak.

akhir kalam, jangan jadi hamba pemikir yg bodoh disebabkan kebodohan diri sendiri dengan merasakan setiap pendapat adalah betul dan tepat. pemikir yang hebat adalah pemikir yang merasakan setiap pendapatnya tidak semestinya tepat dan menerima pendapat orang lain dengan menyatakan "pendapat awak bernas'.

p/s: setiap masalah yg dihadapi perlu lah kita rujuk pada orang yg cerdik pandai bukannya orang yg bajet pandai tapi hampeh.

Sunday, July 18, 2010

lawak pandai

nenek muntah

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.

“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.

“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”


p/s: sekadar hiburan..nak lawak lebih g la cari sendiri,,,tapi AISHAH R.A pernah menyatakan ketawa NABI MUHAMMAD S.A.W adalah SENYUMAN tapi bagaimana kita?..kita bagaikan tak ingat dunia..jom KEMPEN praktik sunnah!!!!

Friday, July 16, 2010

megah dengan ujian

salam

selama ini aku meletakkan diri aku ditempat yg paling selamat agar diri tidak tertipu dengan ajakan duniawi. tapi hakikatnya aku sering ditipu dengan apa yg aku alami sekarang ni dan hakikatnya diri aku ini sentiasa dizon yang DANGER.

manusia tidak pernah didalam zon yg selesa kerana ALLAH mahu melihat kita bagaimana untuk kita hadapinya samaada kita menerima atau sebaliknya.

jika benar kita didalam zon yg selesa kenapa ramai manusia sekarang ni sentiasa merintih dengan ujian yg berlaku, jgn kata anda tidak pernah ditimpa ujian dan jika tidak pernah sekalipun anda haruslah bersedia untuk menghadapinya, sedangkan NABI menerima ujian apakah kita tidak layak untuk menerimanya.?

berhati-hatilah didalam menthabitkan hati apabila ditimpa ujian kerana disitu ALLAH mahu melihat kekuatan iman seseorang untuk menghadapinya, dan janganlah sesekali bersikap suk zon yakni sangka buruk dengan ALLAH kerana seolah-olah kita menyalhkan takdir diatas apa yg berlaku pada diri kita dan layakkah kita untuk berprangsaka buruk sedangkan ALLAH adalah pencipta kita.

ujian mematangkan diri bukan melemahkan, dan mematangkan diri bukan untuk kita bermegah-megah dengan ujian dengan mengatakan aku kuat dalam menghadapinya dan aku boleh atasinya tapi untuk kita koreksi kembali diri kita kenapa ujian ini ditimpa pada aku'. ujian adalah tempat untuk kita mendekatkan diri pada ALLAH bukan menunjuk-nunjuk pada ALLAH yg kita mampu atasinya. dan bersyukurlah kerana setiap permasalahan itu dapat diselesaikan dengan bantuan dr ALLAH.

AKHIR KALAM: ALLAH memberi ujian pada manusia mengikut kemampuan hambaNYA. dan jgn sesekali berputus harapan sebelum kita hadapinya dan jika ini terjadi tidak layak untuk digelar kan diri sebagai KHALIFAH.!!!


P/S: KEKAL 2010 (PMHK) AKAN DIADAKAN PADA AWAL BULAN OGOS, nantikan
kemunculannya.....mmg gempak!!!!! tak caya? tunggu ye....

MAJALAH SUKSES EDISI SELANGOR 2010 DLM PROSES. JUST
PEMBERITAHUAN.
NANTIKAN YA!!!!!

MATRUH SIWA SELANGOR 2010 19/20/21 JULAI NI. NAK PEGI BG NAMA
KAT
AMIN SHARIL 014-6805780

DAKWAH KOTEMPORARI SIRI 2 2010 25/26 JULAI BAGI NAMA KAT ZUL
KAPAN
011-4562773

USMB SELANGOR 2010 (MAHASISWA BARU JE)

Sunday, July 11, 2010

perihal rasullullah

PERIHAL RASULULLAH S.A.W

~ Bahawasanya Rasulullah saw adalah manusia yang paling tampan wajahnya, paling bagus bentuk penciptaannya, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek.
(Muttafaq alaih)

~ Bahawasanya Rasulullah saw berkulit putih dan berwajah elok.
(Muslim)

~ Bahawasanya badan Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, dadanya bidang, janggutnya lebat, rambutnya sampai ke daun telinga, aku (sahabat) pernah melihatnya berpakaian merah dan aku tidak pernah melihat yang lebih indah daripadanya.
(Bukhari)

~ Bahawasanya wajah Rasulullah bulat bagaikan matahari dan bulan.
(Muslim)

~ Bahawasanya apabila Rasulullah saw gembira, wajahnya menjadi bercahaya seolah-olah seperti belaian bulan dan kami semua mengetahui yang demikian itu.
(Muttafaq alaih)

~ Bahawasanya tidaklah Rasulullah saw tertawa kecuali dengan senyum dan apabila kamu memandangnya maka kamu akan menyangka bahawa baginda memakai celak pada kedua matanya, padahal baginda tidak memakai celak.
(Tirmizi. Hasan)

~ Dari Aisyah ra, dia berkata "Tidak pernah aku melihat Rasulullah tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongnya. Akan tetapi tertawa baginda adalah dengan tersenyum".
(Bukhari)

~ Dari Jabir bin Samurah ra, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah saw pada malam bulan purnama. Aku memandang baginda sambil memandang bulan. Baginda mengenakan pakaian merah. Maka menurutku, baginda lebih indah daripada bulan."
dari Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan gharib. Dan disahihkan oleh al-Hakim serta disetujui oleh az-Zahabi)


Ya Rasulullah,
keperibadian mu menjadi ikutan
tauladan ummah sepanjang zaman..

p/s: RASULULLAH amat merindui ummat nya yg senantiasa berselawat keatasnya.

kekal gempak!!!!!! nantikan!!!!!

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat